As per entry title ..Payung emas...janji Allah kepada Para isteri yangmembenarkan suami mereka berpoligami.(Ini saya dengar dari ceramah yang saya ikuti sewaktu muda remaja dahulu di masjid.huhu).
Saya berkira-kira untuk meminta cerai daripadanya...(untuk pengetahuan sedari usia perkahwinan saya setahun jagung lagi acap kali saya meminta cerai...kerna hidup berjauhan ini banyak betul rintangannya..banyak betul dugaanya dan banyak kali juga hati ini terdetik bahawa dia masih lagi bersama isteri pertamanya..Tapi dia menidakkannya dengan cara yang sungguh berkesan sehingga saya percaya bulat-bulat...
(Adalah amat berdosa besar seorang perempuan itu ,jikalu meminta cerai dari suaminya namun pada pemikiran saya jikalau kita asyik menghambur suami kita dengan kata kata kesat dan ksar makanya dosa besar itu semakin berlarutan...
Inilah hidup.................
Penuh dengan rahsia dan teka teki..dan kita harus menghadapinya sama ada suka atau tidak...dan bagaimana mengatasi segalanya dengan baik..Umpama menrik benang basah didalam tepung.tepung di dalam mangkuk tidak boleh berselerakan diatas meja...
What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it’s like moving on
It is very important women nowdays bekerja!!When something like this occured to us, one thing we can be sure is we got our own income.Lelaki akhir zaman sekarang kualitinya tidak seperti zaman Rasullullah dahulu..terlalu sedikit yang bertanggungjawab tapi banyak pula yang menjadi tukang ranap masa depan wanita.Bertuahla bagi yang mempunyai suami penyayang yang kekal perkahwinanya berpuluh tahun...syukur diucapkan.Namun apabila membicarakan soal hati ini..ia sentiasa berbolak balik.Tak pernah tetap.Makanya bagi yang senasib dengan saya , apabila kita bekerja , kita tak terlalu mengharapkan sangat nafkah yang diberikan oleh suami kita.
Disebabkan saya bekerja, hati ini tidak terlalu runsing memikirkan masa depan azryl.Memang susah hidup berseorangan namun saya pikir daripada saya digelar sekali lagi perampas , parasit lebih baik saya mengundur diri namun dia tidak mahu melepaskan.Maaf , sorry, beribu kali diucapkan namun saya hanya mampu berdiam diri.Tidak ada lagi perkataan didalam bahasa melayu , atau inggeris yang saya boleh ucapkan betapa luluhnya hati saya nak-nak dengan kehadiran azryl ini.Dia masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.Walau macam mana luluhpun hati saya , saya tidak boleh heret azryl sekali didalam taufan penceraian ini.
Jadi setiap keputusan yang saya ambil saya perlu teliti sedalamnya agar tidak menjejaskan azryl terutamanya....
Ibu dan bapa saya hanya mampu menasihatkan supaya bersabar dan bertabah.Terus terang saya katakan , dugaan ini membuatkan saya lebih kuat.Walaupun laju air mata saya mengalir namun saya masih lagi berfikiran dengan waras.Dan untuk kesekian kalinya sumber kekuatan disebalik kemelut ini ialah permata hati saya azryl.
Udah saya agak ini antara kemungkinan yang saya perlu hadapi dan ketakutan ini menjadi nyata.Dugaan demi dugaan yang saya perlu hadapi dan setiap dugaan itu ada sinar disebaliknya.
"Tuhan tidak akan menduga seseorang insan itu dari apa yang mampu ditanggungnya"
Berpegang kepada kata-kata hikmat diatas saya mula mengatur kembali percaturan hidup saya....
(Insyallah saya akan sambung lagi rentetan payung emas ini di entry akan datang.Maafkan saya jikalu ada yang menganggap saya jahat...namun paparan kisah ini saya mahu semua menjadikan iktibar agar setiap langkah yang diambil harus diteliti sedalam dalamnya supaya apabila tersadung kita mampu berdiri kembali)
8 comments:
saya seorang yg boleh terima hakikat sekiranya bermadu ttp..seboleh2nya tak ditipu bila dah berkahwin.. saya lebih suka lelaki tu sincere since awal2 perkenalan.. dan jika dia suka kan saya..guna la saluran yg terbaik..dan mendapat keredhan semua orang.. I just hope the best for u.. just remember ..yg kita hidup ni kita berjuang utk mendapat syurga Allah.. layan la suami kita sebaik yg mungkin.jika bermadu..berusahalah menjadi isteri yg paling disayangi di antara isteri yg lain.. tak salah untuk bermadu..sebab mungking itu nasib kita..maka kita kena redha dan relakan perkara tu.. just go through ur life..the best as u can do.. be the best wife as u can be.. even u've been cheated..try to forgive him..dptkanla keredhaan seorg suami.. jika tak.. berdosa kita..ke neraka la tempat kita nnt..bykkan bersabar.. kejarla syurga idaman kita..walaupun di dunia ni kita sengsara.. sekurang2nya u ada husband..tapi bagi org lain..yg masih bujang..? last2 andartu..anak xde..husband pun xde..so kita kena bersyukur apa yg kita ada yea.. good luck to u..
Syurga neraka terlalu subjektif..
Tak semestinya kita sebagai isteri perlu menrut segalanya ,telan semuanya begitu sahaja.Isteri juga ada hak.Sbar juga perkataan yang subjektif..tak semua boleh memahami andai belum meletakkan diri sendiri di tempat mangsa itu.
Apapun ya..hidup perlu diteruskan..kerana ia terlalu pendek untuk diisi dengan deraian air mata..
Sebolehnya ..semahunya diri ini mahu terus mengucap syukur diatas apa yang telah diberikan..
Terima kasih yer cik anon.
yes it's hard to be like u..have to face everything after u sacrificed a lot..cumanya..just jaga apa yg patut as a wife..banyakkan bersabar..semoga husband lin mendpt iktibar drpd ape yg dia dh buat kt lin..hopefully u r not neglected by him and lucky u are a working women.. sbb tu la org pompuan kena keje kan..kita tak tau apa yg akan jadi in our future.. good for you..and I also be reminded not to quit job kecuali pencen je..kita tak boleh nak ramal masa depan kita cmn.. once kita dh takboleh bergantung kat suami,sekurang2nya kita ada keje yg dpt menjamin masa depan kita ,,kan..take care dear.. have a good day...take care of azryl yea..
:)..
lin..bkn sy nk menidakkn smua cerita awak.. pengalaman awk dan pgalaman mak sy lbh kurg..cerita itu sama.. cme mgkin mak sy sbg isteri pertama mematangkn kehidupannya slpas2 kejadian itu.. sy akui,mse ayah sy berkahwin lain, mgkin sy dan adik2 agak mrh dgn si perampas itu.. tp kini x lg.. krana mak mgajar kami bgaimana nk mnjadi anak2 yg sabar,tabah dan smakin menerima si dia.. kini mak dan ibu saling melengkapi..dan anak dia pn berada di bwh jagaan mak sy.. syukur krana mak mnjadi mak terbaik didunia dan mudah2an di akhirat..jadi tidak timbul isu perampas @ yg sebgnya krana itu adalah takdir lin.. x siapa bole menidakkn takdir Allah..
Saya kagum bagaimana ibu cik pelangi redho dan tabah..
Sungguh!
Tapi sebolehnya lin tak mahu menghancurkan hati sesiapa.Alangkah baiknya kalau lin boleh menjadi seperti ibu cik pelangi.
Tidak mahu lagi membuat dosa kering kerana selalu bertengkar dengan suami.Tapi duduk berjauhan ini banyak dugaannya..
Terima kasih cik pelangi kerana memberi saya satu lagi perspektif buah fikiran dari sudt pandangan yang lin tak berapa nampak sebelum ni
Yang!! Kita baru dpt jelajah kisah awok satu perasatu.. Ya allah!! Sgghnya dugaan allah pd setiap hambanya itu adalah tanda kasihnya DIA walaupun kdangkala kita anggap ia trlalu kejam.. Sabarlah dear!! Azryl penguat diri awok.. Dialah yg akan mmbela awok.. Awok!! Senyum kerana dia.. Ketawa demi dia.. Kuat utk dia.. ;) stiap manusia punya dugaan masing2.. Ini dugaan awok dugaan kita lain pulak.. Tp dugaan ttp dugaan kan.. Moga ada ruang bahagia utk awok atas keikhlasan & keredhaan awok.. Inaya'allah!!! Amin!! ;)
Sepatutnya Puan kena selidik dahulu sebelum berkahwin dengannya, paling kurang tahu dan kenal baik dengan keluarganya dan bekas isterinya/isterinya, itulah mungkin kesilapan Puan. Jumpalah dengan isteri pertama agar masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin, untuk pengetahuan puan suami saya pun sudah berkahwin lain, pada mulanya sukar untuk saya terima tetapi kami kini bahagia bertiga dengan anak-anak. Saya yakin suami puan masih sayangkan puan, dia pasti boleh berlaku adil kalau puan dan madu berbaik - baik, insyaallah.
Post a Comment