Subscribe

Wednesday, December 8, 2010

Doa, harapan, cita-cita sempena tahun baru....

Salam Maal Hijrah buat semua.....

Semalam merupakan tahun baru bagi kalendar islam dan amat besar cita-cita saya sempena tahun baru yang ini....

Cita cita saya pada tahun depan ialah:

1.Pindah ke rumah baru!!Huhuhu.....tak mampu lagi beli rumah sendiri tapi hanya mampu menyewa buat sementara waktu.Dengan kenaikan RON 95 5 sen bertambahlah beban saya dijalan raya.Waktu saya terbuang begitu saja di atas jalan dek kesibukan trafik yang menggila sewaktu pulang dari kerja.Akibatnya?Saya tak dapat meluangkan masa secara kualiti dengan satu-satunya anak lelaki tunggal saya Azryl yang semakin membesar dari hari ke hari...


2.Since dah menyewa rumah baru, achik nih baru nak mengumpul barang rumah sendiri.Tak banyak yang nak dibeli..tv baru(yang lama rosak),peti ais , mesin basuh and dapur.Mesti tertanya-tanya kan kenapa la baru nak beli ...sebabnya sebelum ni saya menyewa rumah yang 'fully furnished'hanya bawa beg sahaja.hehehehe.

3.Pengasuh yang berkualiti untuk azryl.Baru dapat sebenarnya.tetapi belum lagi saya godek-godek and siasat latar belakangnya lagi.First impression rasanya ok.penting bagi saya dalam 'baby sitter hunting'..orang yang menjaganya perlu sabar dengan kerenah toddler cilik ini.Dan kalau boleh sewaktu dirumah pengasuh nya ini, masa yang diluangkan juga berkualiti dalam erti kata lain azryl dapat belajar benda baru...setiap hari.

4.Diharapnya kehidupan saya lebih teratur pada tahun hadapan dan semoga rezeki untuk azryl sentiasa dimurahkan OLEH-Nya.


4 cita-cita dan goal setting pendek untuk saya bagi dua bulan pertama diawal tahun baru.Moga doa saya dimakbulkan...Amin....

0 comments: