Subscribe

Tuesday, January 22, 2013

It's been a while since u left us.

Dear adam,

Dah hambir seratus hari adam pergi meninggalkan mummy untuk bertemu dengan Sang Pencipta.Adam mesti bahagiakan kat sana?Mummy dekat sini meniti hari hari seperti biasa dengan abang sulong mu...Mummy sudah mula bekerja kembali.Sedar tak sedar dah dua minggu jugakla.Ini bermakna..abang azryl harus ke rumah pengasuhnya seawal jam 6 pagi semula.Mummy agak bimbang jugak sebab dah hampir dua bulan lebih dia menempek dekat mummy dan bangun lewat setiap kali..tup-tup tup kena bangun pagi semula.Hari pertama mummy hantar abang..kemain dia menangis..berjurai-jurai air mata dia samapai mummy sendiri pun sayu.Nak buat macam mana kan?Nasib baik hari kedua dan seterusnya dia dah tak nangis dah...

Kalu adam ada mesti lagi riuhkan?

Rindunya mummy dekat adam..Hati mummy tak pernah lupakan adam..Mummy harap kita akan ketemu lagi suatu hari nanti.Insyaallah..


P/s:next month abang azryl sudah 3 tahun..yeay!hehehe.hadia untuk abang mummy masih tercari-cari..nantilah mummy fikirkan..At the mean time..Mummy nak cakap yang mummy sayang kamu berdua.Muah!

Thursday, January 3, 2013

The ugly truth

Salam tahun baru ..tiada apa yang me nak perbaharui pada tahun ini kecuali mengharapkan mega mendung yang menyelubungi hati ini cepat cepat  berlalu pergi....

Walaupun masih ada insan di luar sana masih kurang mengerti apa yang termaktub di dlm hati ini dan beranggapan buruk terhadap  me and suami...tidak ada apa yang boleh me lakukan...hidup perlu diteruskan dan me tidak meminta ihsan dan simpati juga...cukup mahu menjalani hidup ini dengan dikelilingi oleh insan -insan yang tidak berprasangka dan tidak prejudis..namapun insan atau manusia biasa....biasalah tidak sempurna..apabila kita mula belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain barulah suatu hubungan itu dapat dibentuk tanpa prasangka dan tidak propa semata...


sudah melalut panjang ...huhu ..sebenarnya me ingin bercerita tentang sebuah parut.Dekat badan me ini terdapat bermacam parut...Setiap parut ada kisah disebaliknya..dan parut yang paling memberi kesan didalam hidup me sepanjang masih bernafas di muka bumi Allah ini ialah parut pembedahan arwah mikhail.Parut ini meninggalkan seribu satu kepahitan di dalam hidup me.Sebelum ini me hanay mengikuti kisah ibu ibu tabah yang kehilangan anak mereka..ada yang akibat penyakit yang sukar diubati, akibat kemalangan, kematian di dlam perut dan sebagainya....Dan tidak terlintas langsung di dalam hati me , bahwa me juga mengalami nasib yang sama..Seluruh kekuatan yang ada di dlam diri me hancur sama sekali..hampir me tidak boleh bangun disebabkan ujian yang maha berat ini...Namun siapalah kita untuk menentang takdir...

Seperti me yang berkahwin dengan suami me yang jauh bezanya dengan me, dan dimadukan..semuanya telah tertulis.Bukan kehendak tapi ini semua telah tertulis sejak azali lagi...



Arwah mikhail kini berada dibawah jagaan nabi Ibrahim dan telah melupakan me juga kerana berada di syurga bersama anak-anak syurga yang lain..mana mungkin dia mengingati kita yang masih dibumi ini....


Dan kini parut yang suatu ketika dulu menegeluarkan nanah bak mata air..kini telah pulih..belum sepenuhnya pulih...kerana melahirkan arwah mikhail disertai dengan komplikasi ..komplikasi ini telah menyebabkan dr yang tak berapa bagus di hospital seremban menjahit luka pembedahan di perut ku dengan hudoh sekali..tak percaya ..ha tengok gambar kat bawah..Gambar itu menunjukkan sebahagian dari jahitan yang merupakan sepanjang lengan orang dewasa.Hudohkan..Ketika gambar ini diambil..luka ini masih baru..masih berair...dan jahitan masih belum dibuka....



Memang me rasa berbanding HKL hospital seremban tidak begitu bagus didalam bab kes yang mempunyai komplikasi sebegini....kaki kanan me masih lagi sakit..bahana suntikan epidural yang dilakukan oleh mereka..tidak begitu tepat menyebabkan me masih tidak dapat berjalan dengan betul..kaki me masih lagi bengkak.masih lagi tidak boleh pijak tanah dengan betul...Dan me masih lagi berubat...kini me ambil kaiedah semulajadi rawatan homeopathy..drug free..tak mahu urut-urut..hari tu makcik urut tersalah urut buatkan kaki me bertambah bengkak lagi..nasib badan...




Kini..yang lepas..telah pun lepas...semakin lama masa berjaya mengubati luka me...walaupun emosi me boleh dikatakan kurang stabil lagi....Semoga diri ini diberikan kekuatan bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang tinggal ini...

Dan me tidak serik untuk mengandung lagi...bukan sekrang..biarlah badan ini pulih dari segala kecederaan dahulu...dan pembedahan adalah pasti untuk kelahiran akan datang..takplah me redha.. :)


Menjadi ibu adalah anugerah terhebat di dalam hidup setiap wanita bukan?

P/s:Bulan satu..bulan yang juga membawa makna didalam hidup me dan suami...hubungan yang banyak ditentang oleh banyak pihak ini bakal mencecah 8 tahun...Kalu arwah mikhail ada lengkaplah keluarga kecil kami...huhu...Namun begitu Allah pasti ada perancangannya khas buat me...kan?
Semoga ikatan ini terus kukuh walau sehebat manapun tsunami melanda...