Subscribe

Wednesday, July 27, 2011

Kena mandrem kah ?

Is it true people say "Good looks people always got what their want"..

Hmm , me rasa kekadang ada benarnya jugak..nak-nak kaum hawa yang body ala-ala neelofa ke, montok dan gebu cam zizi ezet..sapa tak tertawan kan?huhuhu.

In certain cases, lelaki plak, walu pun muka yang ampun, ..dapat sembat hot chicks in town..macam me..hehehe(Harap maaf tuan tanah perasan lebih)


Tak caya?

moh tengok gambo ni:




Rasanya buat pertama kali achik letak muka laki akak kat sini.Tengok la muka achik waktu zaman kegemilangan dulu.siap higlight rambut bagai.tapi dah jadik mak..terus malap jer rambut.

Ha ni lagi muke achik zaman-zaman bintang dolu-dolu..kahwin tu dah cume belum beranak jer time nih.





Alangkah cemburunya achik dengan diri achik zaman dolu-dolu..huh!

Mungkin ade benarnya achik kena mandrem dengan laki achik sehingga sanggup terima nikahnya kan..(ini orang panggil jodoh syaitan..)Ada tiga jodoh la yang kekononnya manusia ni tetapkan, jodoh nafsu..yakni kahwin sebelum nikah, jodoh syaitan yakni jodoh pakai mandrem..last sekali jodoh Allah..yakni jodoh yang ditetapkan.

Sebenarnya me tak kisah la depa-depa diluar sana nak kategorikan jodoh me sebagai hapa.Sedapla mulut hangpa semua buat caturan macam tu, yang achik ni tak dak pun susahkan hidup hangpa semua.Nasi achik bukan hangpa bagi sedekah.

Achik percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah dan kebenaran disebaliknya.Kena mandrem atau tidak, bukan achik suka-suka nak p belajar kat perlis nun carik laki.Jodoh ,ajal dan maut telah ditetapkan semenjak azali lagi.Sekrang achik telah terima dengan seredha-redhanya diatas apa yang terjadi.
Laki achik ni ghupa tak dak tapi insyaallah takat lani masih buleh diharap.hehehehe.
Kami mungkin kurang dari segi harta tapi insyaallah kami akan penuhkan rumahtangga kami dengan kasih sayang yang tiada bertepi ..khasnya demi anak kami chenta hati kami.. :)

Selamat hari rabu :)

Monday, July 25, 2011

I meet Somebody Special :)

Last friday unintentionally, by coincidence, I met the mother to be aan at Mid valley. :).She is the proud mother of zara elena ,her sweet pwincess.

waktu i passed by her time dia tengah nak mencucuk duit, i takut i salah oranng but i beranikan diri jugak tegur dia.hehehe.She is one nice lady.Sweet and talkative like me. :).


(Adake patut aan kata muka me berseri-seri?hehehe.Salah tu aan.U should say i am chubby instead.I was envy at her because tho she is pregnant badan maintain beb!)

So, aan hope we met again in the future.. :)

To other blogger lain kalu terserempak me kat mana-mana tegur jer..me kompom tak makan orang.

Thursday, July 21, 2011

Harimau Malaya :)

Sekuat dan segagah namanye...

Doa kami sebagai rakyat Malaysia..agar kamu semua memberikan persembahan bermutu.Kalah tak mengapa tapi semangat yang enggan menyerah kalah itu yang kami mahu saksikan.

Selamat berjuang wahai perwira!


MAlaysia Bakal melawan Chelsea hari ini.Sama-sama kita doakan buat pemain-pemain kita nanti :)

Wednesday, July 20, 2011

Dalam Hati ada taman...

Dalam Perut ada isi?


Eh! Eh! ke situ la pulak mummy lin ni...belum lagi..belum masanya lagi untuk beri azryl adik supaya dia senang buli.hehehe..Perasaan untuk merasa kembali ada nyawa di dalam badan me tu membuak-buak..tapi keadaan luka c-sect tu yang membuatkan me tahan niat itu dahulu...


Kalu boleh biarlah rahim itu cukup sihat dan kuat bagi anak me supaya tidak ada masalah komplikasi dikemudian hari.

Tujuan me menulis entry berkaitan hati ini cuma sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati.setelah hampir setahun jugakla me tahu me dimadukan..hidup me sebenarnya tak banyak berubah.Perhubungan jarak jauh antara me dan suami..sememangnya penuh panca roba.Masakan tidak,sewaktu suami tak ada, kitalah ibu, kitalah bapa buat azryl.Me angkut kesana-kemari anakanda me yang satu itu.Adakalanya, badan melolong-lolong mintak direhatkan tapi kekangan tugas tidak menghiraukan sang badan yang merayu-rayu supaya direhatkan.

Sungguh,sememangnya besar tanggungjawab kita sebagai isteri dalam menggalas cabaran keseorangan di kota metropolitan tanpa suami disisi.Perkahwinan bukan sahaja membawa maksud ikatan halal bagi sang arjuna dan dewi cinta ..ia membawa maksud lebih dari itu.Nak-nak me terpaksa rela juga dimadukan walau hati ini tidak rela.


Tapi, semua itu cukup menjadikan me tabah dan cekal walaupun ada kalanya me ingin menyerah kalah....Menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...

Walaupun begitu, Jodoh kami berdua tetap kuat sehingga kini..Dan harapnya terus kuat sehingga bila-bila..

Walaupun sentiasa dihujani dengan pelbagai masalah..namun me masih lagi waras dalam menyusun langkah buat hari esok dan seterusnya.Me tak mahu merancang baik dari segi apapun.kerana tak selalunya yang dirancang itu akan menjadi.Biarlah semuanya datang secara semulajadi..baik dari segi apa-pun.

Setiap maslah yang dihadapi..mnemberi kita sebuah ruang untuk berfikir dari sudut dimensi yang lain dan seharusnya kita bersikap positif atas setiap apa yang berlaku.

Semoga kita para ibu yang mengalami nasib yang sama seperti me, yang menghadapi perhubungan jarak jauh atau pun dimadukan lebih tabah menghadapi liku-liku hidup yang mendatang.Itu lumrah kehidupan.

Tuesday, July 19, 2011

Kedudukan paling stress bagi wanita Malaysia di dunia ialah..?

Di tangga ke :


16!!!!


Ini menunjukkan wanita malaysia ni kebanyakannya mengalami tekanan perasaan.Mengapakah?
Mungkin disebabkan kita semua terpaksa mengimbangi tekanan kerja dan bebanan kerja rumah yang tak pernah habis tuh.

Alahai....

(Sumber news Strait time)

I guess sampai masanya kita para isteri ni curi-curi masa untuk menghadiahkan diri sendiri dengan rawatan spa ke shopping ke, makan kat tempat best ke..supaya semangat untuk terus berusaha mengimbangai beban kerja dan tugas sebagai isteri, dan ibu mampu digalas dengan sempurna.

Yang bapak-bapaknya pun apa salah menghulurkan bantuan sesekali.Orang tak pandang hangpa semua dayus la kalu sidai lampin anak.huhuhu.

Sesama kita pikirkan.. ye ?

Friday, July 15, 2011

A Parent always..

and should have the undying Faith to their children.And thats what i learned from Naruto Shippuden series .U know.


Kata-kata itu sungguh terkesan di hati saya.Sungguh!

Naruto its not just ordinary cartoon series.Sejak saya mengikuti cerita ini dari zaman anak dara sampai ke la ni dah jadik mak orang dah pun saya memang tak ketinggalan mengikuti cerita ni.Called me childish.But i learned a lot.

Hardwork, have faith, never give up,bersangka baik semua nilai nilai murni itu ada dalam jalan cerita ini.


(Happy weekend every one!)

Thursday, July 14, 2011

Azryl sudah setahun 5 bulan

Sowi entry ini juga tidak ada gambar...


Nanti me qadakkan balik segala gambo bila dah ade gadjet ...sendiri later on..

Move on to azryl's miles stone

1.Sudah faham instrunction sesikit.Seperti "No", "Sit","Jom Jalan" and etc.

2.Sudah reti kira sesikit.sebenarnya tiru apa yang me cakap.satu ..dua...senyap...pastu terus empat.Buleh la nak..

3.Sudah reti kiss pipi.

4.sudah paham untuk salam dan cium tangan.

5.Sudah banyak gigi tak terkira.

6.kalu tido dia akan cakap "Bam"

7.tak suka buah..tapi sayur makan.

8.pandai ajuk orang cakap kat telepon.

Huh!kalu nak senarai berkajang-kajang.Yang penting Hwnag tejha sihat walafiat.Alhamdulillah.

Sekarang me tengah ajar dia bagi salam sebelum masuk rumah.Yang dicakap nyer cuma "Kung" kung.

hehehehe.Buleh la..nanti pandaila tuh,Takpe nak sikit-sikit belajar...lelama jadik bukit kan?

Semoga anak jadi anak yang soleh.Amin.
Selamat ulang tahun yanng ke setahun 5 bulan nak.Mommy so proud of u. :)

Tuesday, July 12, 2011

Cemburukah Aku?

Entry yang dipaparkan ini tiada kaitan langsung dengan hidupku yang semua sedia maklum hidup bermadu.kalu ada yang bertanya "Takkan tak ada sikit pun?"

"heheh"..jawap ku tidak.kerna,matlamat hidup ku bukan bergomolan dengan suamiku, bukan juga duduk dibawah ketiak suamiku semata.Hatta aku kini mempunyai matlamat hidup yang lebih penting dari itu semua.

Apa yang lebih penting kita sebagai ibu ini kalau tak lain dan bukan menyediakan kehidupan yang hampir sempurna buat permata amanah Allah ini bukan?

(Yang lain itu me tolak tepi.Tak ada masa nak memikirkan Apalah laki aku buat dengan bini tua nun jauh di Perlis.Nan ado.Masa ku setiap hari dihabiskan dengan memikirkan apa yang perlu dibuat untuk esok, minggu depan , bulan depan dan tahun depan)

Tak lama lagi hwang tejha bakal memasuki alam pre-school, budjet dan sekolah yang sesuai me dah mula survey-survey..huhu..sesungguhnya ongkos memang perlu dibajet kalu tak nak berpeluh dikemudian hari.

Tipu jugak la kalu ada di waktu ketikanya me tak merindui laki me tu.ado mase-masenye namun masa amat mencemburui me.Lepas balik kerja , melayan kerenah azryl , mak ai barulah terasa segala otot sendi ni mintak direhatkan.tahu-tahu jer malap dan sedar keesokkan pagi.Tv pun mak tak sempat tengok nak..


Oh..muqadimah me terpanjang plak..hehehehe...Apa yang me nak ceritakan ini ialah..
Me memang CEMBURU Buta dengan Pengasuh me.Dilema bagi seorang ibu yang bekerja ialah anak kita lebih rapat dengan pengasuh.

Bayangkan bila sampai jer rumah pengasuh azryl terkinja-kinja melompat suka.Lain pula bila me amik dia time petang , dia leh wat tak tahu kat me.Kepala me dilanting-lanting nyer.lain pula dengan pengasuhnya...siap dicium-ciumnyer..adoyaii..cemburu mak nak...

dilemma la mak yang bekerja ni...rasa cam tak adil plak.Tapi tulah nak buat macam mana.Itu realiti yang harus diterima.Masa yang anak luangkan bersama pengasuh lagi lama dipada masa yang diluangkan bersama kita.Kalu buleh weekend tu memang me nak semaksimum mungkin bersama dia.

Tak ada yang lebih penting dari itu.Alahai anak..kalu mummy leh bekerja dari rumah alangkah heaven nye...hidup kan?

Beckham's new addition in the family

Ok peeps!Here is the latest news..Porch spice aka Victoria Beckham safely delivered a healthy baby girl last weekend .Woot! Woot!after the fourth attempt , finally the princess is in da house!!!

Yeay!


The baby and mother is fine in LA, They named the gurl Harper.

Welcome to the world Harper!So much more to explore lil one.hehehe

congratulations to the proud Parent. :)

(Semakin membuak-buak perasaan itu.huhuhu)


Update:
P/s:Victoria named the baby gurl Harper because actually Harper is the very old English name.Seven because 7 is lucky number, her father's jersey is seven and she was born on the month of July and she weight about 7 pounds..Wow!

So, Baby Harper seven Beckham..your name is sure full with deeper meaning! :)

Monday, July 11, 2011

Melaka world treasure heritage.

Morning Peeps!

Me wanna start my day with my latest adventure of course with hwang tejha gone to melaka on the Bersih day itself.watpo nak p bando dengan fru segala bagai tengah berperang dengan anwar, ambiga dan segala konco-konconya.Muhla lari beramai ramai ke selatan Tanah air kita .

To tell u the truth asal datang melaka bulu roma me memang meremang.Kat situlah segala titik tolak sejarah kita bermula.Kehandalan pahlawan pahlawan melayu dahulu kala semuanya bersemadi di Melaka .Jadi memang wajarlah Melaka dinobatkan sebagai salah satu harta dunia yang tidak ternilai.

Kebetulan my laki aka husband berada disana sempena sukan staff universiti..so daripada me memerap kat rumah baiklah me bawak hwang tejha berjumpa bapaknya kan?
Tak ado la jauh manapun melaka nun..sejam jer lebih kurang sama la dari nilai nak p kl.Punyalah seronak en azryl kita ..asyik pot pet pot pet dalam kereta sepanjang perjalanan.hohoho.

Sampai sana bila jumpa abahnya , terkinja-kinja seronokla dia.Ok tak pe biarkan la ..jumpa pun tak dalah kerap mana..so moment moment begini i biarkan anak beranak itu berdua sambil mata me melilau tempat mana nak lepak.

I tertarik dengan mydin sebesar-besar alam kat melaka nun.!hehehe..punyolah besau..and to tell u the truth i rasa koleksi tudung kat melaka macam lagi cantik jer warna and opcoz murah.Kat kl nih mahai!sayur kat dalam mydin tu lagi segar bugar berbanding giant nilai yang layu di tasik madu nih.

Adehla.....

Since my husband terpaksa bersokan (tak kurus pun)dan bekerja jadi makanya tak adelah kami berjalan sangat pun.Azryl la keutamaan kami pada hari itu.Me lebih biarkan azryl bersama apaknya..

Overall me suka p melaka walaupun sesak jalannya ya ampun.macam penang dah me rasa ghupanya.hoho..

Insyaallah nanti cadangnye nak p lagi..kali ni sajo nak p cari makan. :)

Till then peeps!

HAppy monday ;)

Wednesday, July 6, 2011

Bersih?version 2.0? wat der?

Mokcik agak hot la pepagi ni,

Huh!bukannya apa, disebabkan kita digembar gemburkan dengan reformasi or korupsy yang bakal berlaku sabtu ni, kita sebagai penduduk yang ingin keluar kerja pepagi demi sesuap nasik yang mahail nak mam.. sekarang ni diganggu dengan berpuluh macam road block di sana sinun.Yang mokcik tak tahan polis nun dok menyuluh mato mokcik yang sedia rabun ni.Bepinau la bang oi!

Seb baik mokcik tak langgo kon yang hangpa letak tengah jalan nun.Kalu tak naya yop!

Mokcik heran la , pasai pa depa takut sangat korupsy bersih nih?Kalu bagi jer depa jalan secara aman mungkin tak dak masalah kot.yang timbui masalah bila FRU mula sembur gas dan segala bagai..tu yang huru-hara...

Yang puak Bersih ni tak dak kerja lain ka selain nak p bersihkan sistem pilihanraya.Acu kome-kome sekalian wat perhimpunan bantahn rega makan, rega barang yang naik mencanak-canak kebelakangan ni.Kalu cam tu mokcik pun nak join jugak.
bayangkan gula la ni dah 2.60 hengget sekilo?

Nanti mokcik langsung tak terkejut kalu daging dan ayam hanya buleh di makan oleh golongan berado je.tok mustahil tuh...alahai nasib...

So kome-kome yang suke sangat wat perarakan ni tak kira bersih ka, kotor ka, acu cube buat benda yang berpaedah untuk orang ramai,
Ketua hok dok atas-atas tu bukan kenal pun kome-kome yang dok berarak tuh.buat penat ja.Tak kira hangpa dari parti manapu.Hak atas tak ado keje nak skodeng apa terjadi kat hak bawah yang berpeluh ketiak sebab berarak.Percayolah cakap den.

Sungguh emo hari ni sebab merosakkan mato den yang memang sudah sedia rosak.

Tuesday, July 5, 2011

Dark Of the Moon (my personal preview)

Demam Transformers melanda kembali.hohoho..Bagi yang belum tengok sila..sila ke panggung dan saksikan sendiri kehebatan prime dan kengkawan berjuang habis habisan untuk menangkis serangan megatron.

Perlu tak me cerita plot dia sesikit..

Acila no?

Ia bermula dengan sejarah lama dahulu kala di mana lelaki pertama yang menjejakkan kaki ke bulan iaitu Neil Armstrong..Actually dia ni on secret mission sebenarnya.Selepas pihak Nasa mengesan ada sesuatu di bulan sana nun..depa pun kekonon nak p siasat.Tapi di mata penduduk bumi sejagat time tu,itu adalah sains di luar jangkaan.Setakat tahun itu mano ado orang p ke bulan lagi yop!huhu..

Bila neil dan kengkawan berjaya mendarat di bulan..jeng! jeng! jeng!

Di situlah penggembaraan bermula....

Nah!sila ke panggung ye kengkawan..?

Ada banyak watak baru yang diperkenalkan di dalam cerita kali ini..Si carly ni merangkap gf si sam whitwicky ni terlalu "meganie foxxie" la sangat.Kesian kat dia.Cam tak dak identity.Plot permulaan dia cam agak kompius sikit.coz mukadimah panjang pehtu terus cut it short ke dunia zaman la ni.Maybe cerita ini di potong dek terlalu panjang kot..(kena tunggu blue ray special edition ..kot-kot ada extended version)

Oh mr hero dalam diam kita Sam nih masih tak berubah.Hidup kelam kabut dari awal cerita dulu sampaila ke Dark of the moon ni.Tak berubah.Still the silly old Sam.hoho.

Ada watak robot baru yang diperkenalkan dalam dark of the moon kali ni,..nak tahu?
again silalah tengok ye?Kalu me dedahkan macam tak syiok la plak kan..?

Ha lagi satu,tiket wayang kita ni dah naik rega ek?me dah lama tak masuk panggung.Tak sangkala plak tiket wayang dah berharga 13 hengget.ayo ma!ayo pa!
Seb baik setiap sen berbaloi tengok Transformers nih.Pertarungan antara megatron, sentinel prime and optimus kat tengah bandar tu buat me tak berkelip langsung mata wokey!

Teknik CGI yang digunakan memamg tak mengecewakan penonton.hoho...


Antara scene yang me suka ialah waktu megatron berjalan kat desert pakai cloak tuh.hehehehe.>Sexy beb wa cakap sama lu..
cer tengok gambo kalu tak caya.

(Tho gambar yang dipaparkan ni toys.hehehe)

kredit tu uncle google yer?




Tho megatron looks like a big piece of junk..still dia musuh berzaman untuk optimus Prime.Me agak keciwa sikit sebab Prime still di takuk lama..Tak kuat sangat.senang tumbang.

Oh well me bocor rahsia terlalu banyak.Again sila ke panggung ok kengkwan..

(Tak sabar tunggu finale harry potter plak next week.hehehe :) )

Till then peeps!

Friday, July 1, 2011

Salam Jumaat

Salam Jumaat buat rakan blogger tak kira di mana anda berada.

Sebenarnya dah lama me nak upload picca azryl yang terbaru.Tapi since camera tak ada ni..me hold la sementara waktu.Kalu dapat durian runtuh buleh la sembat Samsung Galaxy(cecewah..angan-angan tinggi menggunung nyer ...lin yer?)

Hmm....

Hari ni satu julai genap sebulan umat islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan.
Bulan yang ,mulia..me dah pasangkan niat agar dapat terus berubah walaupun sebsar zarah.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas.

(Doakan me buleh yer kengkawan?)


Semoga berat me turun lebih banyak lagi pada bulan puasa ni.Almaklumla me duduk kat walk up apartment katakan .huhuhu.dengan menggengdong hwang tejha yang seberat 12 kg itew..rasanya setakat sekilo dua tu no hal kot. :)


Dan yang anehnya lagi...

Perasaan ingin merasa kembali ada'nyawa' didalam badan me tumbuh segar semula..hmm entahla kenapa ..mungkin azryl dah besar, dan rasanya dia sunyi berseorangan..bila dia dikelilingi budak-budak yang ramai sungguh dia seronok.huhu..tengokla macam mana..

Parut operate c-sect dulu masih jelas kelihatan..kalu buleh biarlah yang kedua nanti lahir secara normal..(lagi setahun baru buleh la kot)


Me percaya pada rezeki yang telah ditetapkan..Insyaallah la kan...

So sebelum me mengakhiri entry ini, me nak ucapkan selamat berhujung minggu kengkawan! :)