Subscribe

Friday, May 24, 2013

Bahagia dengan cara saya :)



 Iya dlm gambar memamng segalanya menunjukkan bahagia, suka dan gembira.Tapi sesungguhnya bahagia itu adalah pilihan kita sendiri.Anda pilih.Bukan ditentukan oleh sesiapa.Apa yang saya buat cuma menyesuaikan diri dengan situasi yang saya hadapi.Kita boleh berasa tidak puan hati sepanjang masa.Tapi persoalannya sampai bila?Hidup ini terlalu singkat untuk dendam, perasaan amarah, sikap tak puas hati..sebaiknay menikmati kehidupan itu dengan masa yang ada adlaah lebih afdal.Saya pilih hidup begini.Iya kadang kadang kita dihiris, kita di cincang..tapi semua itu asam garam kehidupan.Bangkit, senyum dan cuba sekali lagi. :)

Kenapa perlu menggeronong di dlm setiap perkara?sebaiknya bersyukur dengan apa yang ada.kan?

Selamat bercuti rakan rakan cyber ku.Gambar gambar ini baru diambil sebentar tadi pada hari ini.Kami berjimba jumbu .huhu.Melayan kerenah anak itu..cukup membuat urat sarafku merayu minta direhatkan.Tapi itulah penat tapi bahagia.Serba kekuarangan tapi puas dengan berada disisi insan yang paling berharga didlm hidup ini .Anak dan Suami..

Thursday, May 23, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Kalu tak mampu Kesana..

Cukupla dengan menghantar doa ke Pintu Kaabah.Huhu itulah yang ku buat.Dengar jer sesiapa yang ke Makkah terus ku titipkan doa .Hanya doa ubat mujarab bagi hatiku yang melara..doa juga merupakan motivasi buat ku untuk ters menjadi ibu yang baik buat anakku..doa jugalah merupakan senjata utama ku dalam memerangi kemurungan hati ku..


Ibu angkat ku selamat sampai ke tanah suci kota makkah.Ku kirimkan rinduku buat-NYa, ku kirimkan salam buat Rasul dan anakanda ku disana dengan harapan agar permintaan ku untuk melihat dirinya cukupla ketika di dlm tidurku biarpun sesaat dua terlaksana dan dimakbulkan.Aku juga mengharapkan doaku supaya dikurniakan seorang puteri nanti apabila aku boleh mengandung kembali.Tak lupa juga mengharapkan jodoh ku dengan suami merupakan jodoh sampai syurga..

Semoga ibu angkatku selamat sampai dan selamat kembali.Dan diharapnya adam sudi sudikanlah datang dalam tidur mummy agar terlepas sekejap rindu mummy buat mu nak.

Tuesday, May 21, 2013

Saturday, May 18, 2013

:)



I forgive whoever once upon a time ago that hurt me alot .Without you hatred and mean behavior i wont be standing steadily like this with a smile on my face.I choose to be happy in my own way.

Wednesday, May 15, 2013

Hanya Dia sahaja yang Mengerti

Sedari pagi..tak henti henti..air mata ini mengalir...luka akibat kehilangan adam seolah olah berdarah kembali..namun selama ini ia masih tetap berdarah lagi..peristiwa kehilangan adam masih belum sembuh sepenuhnya...

PAgi tadi, tersentap dada ku bila membaca kisah seorang ibu yang telah kehilangan anak kecil baru baru ini..Anak syurga itu dipinjamkan selama setahun lebih untuk ibu dan ayahnya lalu Pencipta mengambilnya kembali..

Nah..!menangis air mata darah seklaipun mereka takkan kembali...bahkan mereka sudah berbahagia disamping NAbi Ibrahim..Tinggal ibu ibu mereka yang menanggung derita rindu yang tidak berkesudahan...

Esok 16/5 genapla dia meninggalkan me..Adam anak syurga itu..jadi mood me hari ini agak down..agak suram..ditambah lagi lepas baca kehilangan seorang ibu ini lagilah down...

Semoga ibu itu terus bertabah..dan akan dikurniakan permata hati oleh-Nya.

Monday, May 13, 2013

Bila Berpolitik hendakla kembali kepada AGAMA.

Kata-kata ini dipetik daripada seorang tokoh agama yang sangat saya kagumi.Dia seorang Cina beragama Islam.Dia tak lain dan tak bukan Ustaz Ridhuan Tee.Yang saya nak pastekan disini ialah pendapat beliau yang diambil dari hasil tulisan beliau di blog peribadinya.

APAPUN POKOKNYA bila berpolitik ingat agama.
Saya ingin menasihat umat Islam, apabila berpolitik, ingat Tuhan. Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.

Saya teramat sedih membaca kempen MCA dalam iklan akhbar the Star sepanjang hari berkempen. Terang-terang menghina agama Islam. Walaupun ditujukan kepada PAS (PR), tetapi perkara tersebut merupakan perkara asas Islam seperti cuti pada hari Jumaat, larangan arak dan judi, pengasingan lelaki perempuan dalam kolam renang dan saloon, panduan berpakaian dan sebagainya.

Pada saya, jika Kelantan dan Kedah ingin melaksanakan perkara asas tersebut, itulah adalah hak dan wajar. Lagipun majoriti umat Islam berada di sana. Bilangan bukan Islam amat sedikit. Hak majoriti mesti dipertahankan jika itu yang mereka mahu dan disyariatkan. Bandingkan dengan minoriti Cina Islam di negeri China, adakah mereka dapat hak-hak Islam mereka dilaksanakan? Saya harap MCA sedar diri.

MCA ternyata semakin kurang ajar, mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir PAS dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati. Jangan sampai mahu menyindir PAS, sehingga menghina Islam.

Saya harap UMNO dapat menegur rakan parti komponen ini. Sedarkan mereka, jangan sentuh kesucian Islam. MCA boleh mengkritik PAS. Tetapi, perlu diingat, jika ada perkara yang dibawa PAS merupakan perkara asas dalam kehidupan beragama, jangan sama sekali berani mempermainkan agama wahyu ini.

Begitu juga dengan PAS, agenda hudud PAS ditolak mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, PAS sanggup berkompromi dengan mengatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. Jika begitu, bagaimana PAS mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang PAS sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR. Bolehkah negara diperintah oleh dua sistem? Sekalipun PAS berjaya dengan agenda hududnya bagaimana orang Islam yang ada dalam PRK dan DAP. Apakah mereka akan terkecuali dari hudud?

DAP dan semua bukan Islam sudah tahu, bahawa hudud bukan untuk mereka. Hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Persoalannya, kenapa mereka masih menentang? Saya simpulkan, mereka tidak mahu apa jua perkara dikaitkan dengan Islam. Mereka mahukan negara ini menjadi sekular dan beridentitikan mereka.

Mereka sengaja memejamkan mata bahawa negara ini asalnya bertuankan ketuanan Islam dan Melayu. Melalui pemahaman agama Islam jugalah yang menyebabkan orang Melayu menerima mereka di sini dan hak-hak mereka terjamin. Jika orang Melayu tidak beragama Islam, saya tidak fikir, orang Melayu mahu menerima orang bukan Islam berada di sini. Nasib mereka mungkin sama seperti minoriti umat Islam di China dan India.




:).Dia dihina oleh ahli saudara maranya kerana mempertahankan bangsa melayu beragama ISlam.Kita?Jadi apapun berbalik la kepada agama.BN harus merbersihkan kesemuanya.Suatu masa dahulu, BN diwarisi oleh tiga bangsa yang berlainan agama..Semangat toleransi antara sesama kaum tunjang kemakmuran negara ini.Kita kecil namun kita aman tenang dan harmoni.Tidak perlu melalak terlolong jika tidak puas hati terhadap sesuatu.Kerana mencari punca masalah dan memperbaiki segala kesilapan adalah lebih baik.

Me tetap berpegang kepada sejarah yang lampau.Me datang dari keluarga yang sanggup tumpahkan darah demi mempertahakan tanah air ini.Dari sejrah kita dapat menjangka perkara yang akan berlaku di masa akan datang.

Sok sek sok sek PRU 13

Halu,

Mak jemah kembali lagi  :)

Apa khabar semua?Sihat?Ok mak jemah nyer kereta dah keluar ICU cumanya tak berani nak speed melampau takut ade pulak spart part tertinggai atas jalan.heheheh.Total habis 4 ribu. :).Ni pun rasanye kereta ni kena jadi pesakit luar plak tak lama lagi sebab ade lagi bunyi yang tak enak didengar.I think tak critical.Cumalah elokla berjaga jaga supaja tiada kerosakan beso plak.Koyak dah poket mak ni..huhu...

Oklah..enuff bab kereta, ni negara kita ni baru jer melepasi tahap kritikal dimana time nilah RAKYAT ni raja sebab keputusan siapa yang nak mentadbir negara terletak di tangan rakyat.huhu.Tahun ni banyak tul drama drama yang mak rasa tak elok la sebabnya?persepsi dunia terhadap negara kita sedikit sebanyak tercemar dek anasir anasir yang nak memecah belahkan kaum.

Depa kata undi adalah rahsia kan?Mak tak mau rahsia.Mak memang setia dengan BARISAN NASIONAL.kikiki.Mesti ada yang nak banned mak kan?Ini terpulanglah pada individu ..pada mak berlainan fahaman politik tidak bermaksud menamatkan ukhuwah yang terjalin sekian lama nye.Memutuskan sillaturahimkan haram disisi ISLAM.Tapi mak juga tidak menolajk perjuangan PAS yer..mak kureng sikit dengan manifesto PKR dan DAP.Sebab?
PKR ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan Anwar Ibrahim.bukan untuk rakyat.DAP pula memang sah sah mak ingat 13 mei 1969.Walaupun kini mereka perjuangkan hak rakyat..kununnya.Tapi mak rasa ada agenda yang tersembunyi.

Mereka kata pendidikan boleh kasi free..Sapa tak suka benda free, negara takkan bankrap kalu kasi pendidikan free.Tapi akibatnya?tgk sajelah sekrang ni hak surh bayar pun ramai anak melayu melingkup separuh jalan...ni kan free?Perkara pertama yang mereka dapat duit PTPTN , beli handphone canggih manggih.bukan auta .INI FAKTA.mak pernah jadi student dulu.And sedangkan berbayar pun depa bleh ponteng kelas inikan free?Akibatnya tiada kualiti siswazah yang graduate dr universiti tempatan.Bukan susah nak free, belajar kasi dapat pointer 3.8..freela..alahai bedah...mak tak taula nak kata apa.

Ya kini selangor dibawah pemerintahan PR.Mereka kata tanah rezab melayu dah naik percentnya.HArga rumah pun sama naik jugak.Takdalah nak mimpi jumpa rumah 150 k dlm kawasan selangor ni..Ini juga membebankan rakyat.tapi tula..manifesto mereka kebanyakannya tak relevan.Begitu juga BN,

Rasanya BN perlu lakukan sesuatu untuk memenangi hati rakyat balik.Kini golongan muda ini dahagan ilmu agama.Nah!hentikan segala konsert monsert yang tak dak pedah tu.Mantapkan sistem pengangkutan aam untuk menangani isu kesesakan jalan raya yang melampau,Dan rasanya Rosmah MAnsur perlu duduk diam diam kat rumah jaga makan minum najib only.NAk soping soping online sajo macam mak. :P.

PAS pulak?Jangan jadikan HUKUM HUDUD sebagai agenda politik dengan mengatakan bahawa hukum hudud untuk orang islam sahaja.Anda perlu jelaskan bahawasanya HUKUM HUDUD ini adalah undang undang islam dan sesiapa yang berada didlm negara ini termaktub didlm undang undang ini.NO BEERS, KAsino kat genting tutp,kedai no ekor tutup, tada rumah urut, Beer dan arak tidak dijual secara terbuka, Kilang arak kat shah alam sebesag besaq alam tu WAJIB TUTUP.Bersekedudukan  walaupun non muslim TAK BOLEH.

POKOKNYA semuanya harus berlandaskan syariat.Bukan org islam aja tau yang kena.

hmm giulah sok sek sok sek mak jemah.Anwar Ibrahim dah dahla dengan road tour anda.TUHAN tak izinkan anda jadi PM lagi.Rkayat kita ni tak susah mana pun.Sekrang yang mintak sedekah bangsa asing.Bukan orang kita.Next time PRU 14 ade lagi.Janganlah sibuk buat demonstrasi jalanan murahan itu.Datuk ingat rakyat tak dak kerja ka?

terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka.U will gain more respect because of that.Raja Nong Chik kalah ngan Nurul Izaah tak dak sibuk nak protes pun.Hang ja lebih.huhu.

Sekian untuk kali ini.

Psst...Musim harum manis datang lagi..MAngga yang agak terbaik keluaran negara kita di PErlis.Sedap Yum yum. :)