Kata-kata ini dipetik daripada seorang tokoh agama yang sangat saya kagumi.Dia seorang Cina beragama Islam.Dia tak lain dan tak bukan Ustaz Ridhuan Tee.Yang saya nak pastekan disini ialah pendapat beliau yang diambil dari hasil tulisan beliau di blog peribadinya.
APAPUN POKOKNYA bila berpolitik ingat agama.
Saya ingin menasihat umat Islam, apabila berpolitik, ingat Tuhan. Umat
Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Apatah lagi
untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh
juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh
setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan
terhakis.
Saya teramat sedih membaca kempen MCA dalam iklan
akhbar the Star sepanjang hari berkempen. Terang-terang menghina agama
Islam. Walaupun ditujukan kepada PAS (PR), tetapi perkara tersebut
merupakan perkara asas Islam seperti cuti pada hari Jumaat, larangan
arak dan judi, pengasingan lelaki perempuan dalam kolam renang dan
saloon, panduan berpakaian dan sebagainya.
Pada saya, jika
Kelantan dan Kedah ingin melaksanakan perkara asas tersebut, itulah
adalah hak dan wajar. Lagipun majoriti umat Islam berada di sana.
Bilangan bukan Islam amat sedikit. Hak majoriti mesti dipertahankan jika
itu yang mereka mahu dan disyariatkan. Bandingkan dengan minoriti Cina
Islam di negeri China, adakah mereka dapat hak-hak Islam mereka
dilaksanakan? Saya harap MCA sedar diri.
MCA ternyata semakin
kurang ajar, mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan
antara menyindir PAS dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati.
Jangan sampai mahu menyindir PAS, sehingga menghina Islam.
Saya
harap UMNO dapat menegur rakan parti komponen ini. Sedarkan mereka,
jangan sentuh kesucian Islam. MCA boleh mengkritik PAS. Tetapi, perlu
diingat, jika ada perkara yang dibawa PAS merupakan perkara asas dalam
kehidupan beragama, jangan sama sekali berani mempermainkan agama wahyu
ini.
Begitu juga dengan PAS, agenda hudud PAS ditolak
mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, PAS sanggup berkompromi dengan
mengatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. Jika begitu,
bagaimana PAS mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah
hudud untuk orang PAS sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR.
Bolehkah negara diperintah oleh dua sistem? Sekalipun PAS berjaya dengan
agenda hududnya bagaimana orang Islam yang ada dalam PRK dan DAP.
Apakah mereka akan terkecuali dari hudud?
DAP dan semua bukan
Islam sudah tahu, bahawa hudud bukan untuk mereka. Hudud hanya untuk
orang Islam sahaja. Persoalannya, kenapa mereka masih menentang? Saya
simpulkan, mereka tidak mahu apa jua perkara dikaitkan dengan Islam.
Mereka mahukan negara ini menjadi sekular dan beridentitikan mereka.
Mereka sengaja memejamkan mata bahawa negara ini asalnya bertuankan
ketuanan Islam dan Melayu. Melalui pemahaman agama Islam jugalah yang
menyebabkan orang Melayu menerima mereka di sini dan hak-hak mereka
terjamin. Jika orang Melayu tidak beragama Islam, saya tidak fikir,
orang Melayu mahu menerima orang bukan Islam berada di sini. Nasib
mereka mungkin sama seperti minoriti umat Islam di China dan India.
:).Dia dihina oleh ahli saudara maranya kerana mempertahankan bangsa melayu beragama ISlam.Kita?Jadi apapun berbalik la kepada agama.BN harus merbersihkan kesemuanya.Suatu masa dahulu, BN diwarisi oleh tiga bangsa yang berlainan agama..Semangat toleransi antara sesama kaum tunjang kemakmuran negara ini.Kita kecil namun kita aman tenang dan harmoni.Tidak perlu melalak terlolong jika tidak puas hati terhadap sesuatu.Kerana mencari punca masalah dan memperbaiki segala kesilapan adalah lebih baik.
Me tetap berpegang kepada sejarah yang lampau.Me datang dari keluarga yang sanggup tumpahkan darah demi mempertahakan tanah air ini.Dari sejrah kita dapat menjangka perkara yang akan berlaku di masa akan datang.
Monday, May 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment