Subscribe

Saturday, December 15, 2012

Kisah Rantai emas

My husband is here..for couple of days..and semalam ialah hari Jumaat...Memang me extra emo kalu hari Jumaat tiba..sebab..it will kept reminded me how my life change forever...How i struggle to keep my self sane and terima semuanya dengan redha..Tapi hati ibu ini..mata ibu ini..masih mahu bersedih,masih mahu menangis semahunya...

Ini kerana rindu me tak tertahan sungguh...pabila melihat bayi kecil yang lain terus hati ini teringatkan adam,Bagaimana me tak ingatkan dia..me tak dapat menyusukan dia untuk kali pertama biarpun setitik...me tak dapat pakai kan dia pakaian baru sebaliknya hanya kain kapan yang membaluti tubuhnya...

ya...ini semua ku cakapkan kepada suamiku...kebelakangan ni kalau dia datang memang dah jadi rutin dia untuk menyeka air mata ku yang tumpah tanpa semena-mena...


dan semalam sambil dia menyeka air mataku..terus dia berkataq kepada ku.."hny,meh abang nak ceritakan satu cerita..Pada zaman nabi ada seorang pemuda ni yang kematian isterinya..Isterinya baik, cantik..dia berkabung terlalu lama, orang pun tak mahu dia nak jumpa..dia berkurung terus dalam rumah dia..seoalah olah macam dia tak redha yang isterinya dah tak ada...So ade suatu hari tu ada seorang perempuan datang ketuk pintu rumah dia..dia memang tak nak buka..sampai perempuan tu kata takpelah berapa tahun sampai aku mati aku tetap nak suruh kamu buka pintu ni jugak sebab aku ade masalah.Aku perlu jumpa kau..
Sambung laki ku..."akhirnya laki tu pun mengalah dan buka pintu rumah dia setelah bertahun tak terasing dari dunia luar..kata perempuan itu"begini aku ada pakai rantai emas ni, bertahun aku pakai..tapi itu hak orang..bukan aku punya.Jadi orang tu nak amik rantai ni balik.Masalahnya dah bertahun aku pakai, aku sayangkan rantai ni.Aku tak nak pulangkan.


Lalu lelaki itu berkata"Eh itu hak orang..kau pinjam bila tuannya mintak balik kau wajib pulangkan..."Lalu wanita itu berkata..Aku tak nak pulangkan ..aku sayang betul dengan rantai ni...Lelaki itu berkata.."tak boleh kau kena lepaskan rantai itu kepada tuannya",Wanita itu berkata semula"Sedangkan engkau berkata demikian dengan menyuruh aku memulangkan kembali rantai ini kpd tuannya,demikian jugalah engkau..Allah cuma meminjamkan isterimu kepada engkau ..sampai masa Dia mahu mengambilnya semula engkau harus berikannya kembali"..

Lelaki itu tersedar ..dan beristigfar berulang kali...dia sedar yang selama ini dia trlupa..akan hakikat bahwa semua ini hanyalah pinjaman...


Begitulah cerita yang suamiku sampaikan kepada ku..."Abang bukan lin tak tahu tu bang...Lin ni ibunya bang,lin tak boleh pegang dia walau untuk kali terakhir sebab lin tak daya..."Suamiku berkata"Sabar hny...sekurangnya tuhan pelihara dia dari siksa dunia ni...dia tunggu hny nanti..dia takkan masuk syurga selagi mummy dia tak masuk...dia jaga hny kat sana nanti..."Aku hanya mampu menangis perlahan....aku belum cukup kuat lagi..untuk tersenyum seperti sediakala...Aku tahu suamiku juga merasai kesedihan yang sama..cuma dia tidak tunjuk didepan ku kerana dia tahu ia akan memburukkan lagi keadaan.....


Adam...anakku,hanya melaui tulisan di alam maya ini mummy dapat meluahkan segalanya tentang betapa mummy merinduimu nak,,tentang betapa kehilanganmu merupakan dugaan yang maha hebat untuk mummy nak..mummy hampir tak dapat bangun semula..mujur abang mu memberi mummy sebab untuk terus bertahan, sebab untuk terus hidup dan berjuang...

Namun begitu adam, adam jangan risau ye sayang...biarpu air mata mummy jatuh tanapa dipinta kerana mengenangkan mu..ini tidak beerti mummy patah semangat untuk hidup.Air mata ini jatuh kerana terlalu merinduimu nak.

Akhir sekali ,bersemadilah sayang dengan tenang disana,mummy tahu sayang bahagia,Nanti sesekali datangla berjumpa mummy ye nak...

Wednesday, December 12, 2012

Menumpang Kasih....

Alhamdullilah..me di kelilingi oleh insan-insan yang penyayang..tidak prejudis terhaadap me dengan status me sebagai isteri kedua suami me,menerima diri me seadanya tanpa persoalkan apa-apa pun...Me bersyukur sangat untuk itu.


Insan-insan ini tidak bertanya banyak dia ats apa yang berlaku malah berterusan memberi sokongan yang tidak bertepi di saat me cuba membina kekuatan yang telah pun musnah sama sekali bersama perginya anak me..adam..
Ibu angkat me menjaga me macam anak sendiri.Luka c-sect yang sangat hudoh tidak seperti luka c-sec yang biasa itu..dicucinya hari-hari..tanpa perasaan gelipun..Makan minum me dijaga sunguh.Ayam bagi c-sect patient memang tidak buleh disentuh langsung.Nak -nak infection yang me kena sangat serius.nanah keluar macam mata air sewaktu me mula-mula keluar hospital dulu...Kaki kanan me juga bengkak  masa mula-mula dulu..jalan pun berseret..jadi azryl dia yang uruskan..huhu..
Aku hanya mkn haruan , tenggiri dan kerapu.Itu aje menu yang dibenarkan mkn.Ubatku dia akan make siure aku telan semuanya..Susu pun dia paksa aku minum.hoho.Pokoknya semuanya terjaga.

Sahabat karibku shila merangkap opis mate ku juga tidak kurangnya .Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasanya.Setiap petang..dia akan bawa aku dressing di hospital.Rakan rakan opisku yang prihatin telah memberi sumbangan yang agak byk juga untuk aku buat rawatan hari hari di hospital.Sungguh...aku amat terharu.

Dan selepas seminggu lebih aku berada di rumah mak angkatku, aku tidak perlu memakai pampers lagi, bengkak kaki ku surut, tak perlu mengheret kaki semasa berjalan lagi..Aku masih mengalami kesukaran berjalan dek kebas kakiku tak hilang lagi..tapi bulehla drive dah..walu tak jauh..


Kini luka c-sect ku kering walau me masih perlu melakukan dressing hari hari disebabkan ade satu lubang kecil yang jahitannya terbuka kerana area itu infectionnya teruk..dulu ia mengeluarkan air nanah tak berhenti apabila ditekan..kini telah kering.Dressing dilakukan  sehinggalah daging baru mentupnya sendiri....


Ada yang mengatakan semua ini dugaan bagiku..iya aku terima segalanya dengan redha..takpelah...Sebgai manusia , memang sinonim sungguh dengan perkataan alpa.Pabila diberikan kesihatan yang sempurna seringkali lalai bahawa nikmat sihat itu merupakan nikmat terbesar sekali dalam kehidupan sehari-hari..Pabila sakit datang menjengah barulah kita akan hargai nikmat sihat itu...




P/s:Adam anakku, semalam kawan mummy aunty sofea datang ,melawat mummy..dia tolong mummy consult dr homeopathy and tolong mummy amilkan ubat untuk mummy.Mummy berikan cd-cd mu yang tak sempat adam pakai walaupun sekali kepada anak keclnya Daryl yang mummy dah anggap macam anak mummy sendiri.Mummy tahu adam tak kisah...Walaupun adam tiada dengan mummy tapi adam dah buat pahala dengan berikan cd-cdmu kepada yang memerlukan....
Akhir sekali sayang,walau dimana pun anak mummy adam berada, ingatlah sayang, tidak ada sedetikpun dlm hidup mummy , mummy tidak ingatimu...Demimu juga mummy akan lakukan perubahan terhadap diri mummy kelak selepas mummy suci nanti.Kalau adam senang , sesekali adam muncul lah dalam tidur mummy ye nak?agar terubat rindu mummy terhadap mu...biarpun sesaat cuma...

Monday, December 10, 2012

Adakah ianya satu kebetulan...?

Jika diimbas kembali..ku seprti telah mengetahui bahawa Adam bakal meninggalkan me..Petunjuk yang diberikan jelas kelihatan tapi ku buat tak endah disebabkan aku cuma mahu semuanya selamat...dan tidak mahu berfikir yang bukan bukan.Jikalu kalian melihat gambar profile me di FB, sebelum ni gambarnya sperti blog badge me..

Tapi ku tukarkan ia 3 atau 4 hari ku sakit bersalin...gambar baby yang memakai costum angel sambil tido..Iya..adam tidak kelihatan seperti mayat.Dia kelihatan seperti sedang lena diulit mimpi...dan iya..dia telah pun kembali ke Pencipta yang Esa  sebagai ahli syurga.

Entahla...petunjujk itu jelas sekali..tapi hati ini tidak terdetik pun bahawa inilah yang bakal terjadi..Adam..anakku,tak ada sedetik pun dalam setiap hari mummy lupakan adam.Adam ada dalam abang azryl.Pabila mummy tatap wajah abangmu, mummy pasti teringatkan adam..


Mummy sedang memulihkan diri mummy adam..demi meneruskan sisa hidup mummy...demi membesarkan abangmu...Mummy tahu adam ramai kawan disanakan?Adam mesti tak sunyi...Adam berada di tempat yang paling selamat dan paling bahagia kan?Adam tak perlu berada di bumi yang penuh dugaan dan cabaran ni..Anak mummy terpelihara dari segala kejahatan di langit dan di bumi...Mummy bersyukur untuk itu...


Insyaallah adam..tak sabar mummy nak jumpa adam..Tak sabar mummy nak ziarah pusara adam..sebab rindu mummy terhadap mu tak terbendung nak....Mana mungkin mummy tidak rindu anak yg mummy kandung lebih 9 bulan ini...Nanti kita ketemu ye sayang...

akhir sekali,

Salam sayang buat mu adam dari mummy dan abang mu azryl...


Saturday, December 8, 2012

Stabilkah aku?

Belum...belum sepenuhnya....hatiku masih lg rapuh..masih lagi blm kebal terhadap keadaan sekeliling..bila mana aku melihat baju adam, bila mana aku melihat wajah abang sulong nya yang persis wajahnya mcm adam...aduhai hati bertabahlah...demi azryl...


hari hari yg aku jalani setiap hari memang seperti biasa..melayan kerenah azryl yg pelbagai ragam itu...namun tak ada satu haripun yg mana air mataku tidak tumpah...ia pasti jatuh berderai walau tanpa dipinta...Sesungguhnya aku masih blm pulih dr trauma ini..kalu la dr klinik sakit mental tu tahu keadaan aku mcm ni,mesti dia panggil aku balik..

Me rasa me tak ceritakan lg tentang sewaktu di hospital , me dirujuk di pusat sakit mental kerana ianya seperti keperluan bg me yg baru kematian anak.Yg boleh me katakan klinik tu horror bebeno..rasanya dr kat situ pun mental jugak.udahla klinik luar hospital,kena naik ambulan ke sana...dgn kaki bengkak,dengan luka czer sepanjang lengan me..perjalanan sungguh siksa ,perit dan sakit yg amat.
Sampai je..kena tunggu..sambil tu..me pandang kiri kanan penuh kelibat banduan..ade perempuan meracau..apek yg berckp sorang sorang...oh my...me terpinga-pinga..Ape depa ni ingat aku dah mental ke?

they shouldn't consult me at that place.Jumpa counselor or ustaz or ustazah much much better then dr mental.Why i said dr mental?at first i buleh terima all the questions yg ditanya.. but at the last conversation,he asked me,"u ade dengar suara-suara tak?what suara i asked back..and he asked again..u ade rasa mahu bunuh diri?ok thats it..ini ridiculous.I said to him..dr, my c-sec scar is enough to kill me if terbukak because is huge and painful as we talk now.futher more i got another kid to take care..kill myself is not an option at all.the dr keep quiet.Me naik hangin sungguh.Dah la me tak buleh control pee,the tempat jahit so painful,i pakai pampers pulak,i cant walk...u asked me stupid question.seriously me bengang sungguh!I said it is normal for a mother who cried because she loss her son..normal feeling but me tak la sampai nak bunuh diri.....


After that he called my husband and asked the same question..My laki pun bengang jugak dengan soalan tu...adeh...that one is a terrible experience at Gh hospital..


Walau emosi ku tk stabil namun akalku masih lg buleh menaakul yg mana buruk dan baik..dan skrg azryl adalah keutamaanku...wahai kekuatan hati datangla..agar diri ini terus kuat dan kuat bg menempuh hr-hr yg mendatang...

Friday, December 7, 2012

Hari Jumaat

Hari jumaat Penghulu segala hari, hari bumi dijadikan,hari kiamat juga bakal berlaku pada hari ini,Anakku azryl dilahirkan pada hari ini, Adam juga sama,Hari jumaat hari penuh barakah, namun dah 3 kali hari jumaat datang menjengah, hari ini juga aku masih mengeluarkan air mata..aduhai...

Adam sayang, dah 21 ari adam bersama Para nabi, para sahabat ,di suatu tempat yang mummy sendiri belum tentu dapat pergi ...

Adam sihat?Abangmu seringkali bertanya akan mu,Betapa mummy ingin sekali bertemu dengan mu walaupun sesaat sayang..Insyaallah lepas mummy suci,akan mummy kirimkan bekalan buatmu ya sayang....walaupun adam tak perlukannya..mummy tak dapat berikanmu air susu badan mummy jadi doa dan surah mummy akan kirimkan buatmu dengan harapan adam tahu ianya dari mummy.

Mummy akan berhijrah ke arah yang lebih baik sayang...Kerna, pabila kita ketemu semula nanti, mummy tak nak malu dengan adam.Mummy ingin jadi ibu yang lebih baik buat abang adam,dan adik adik mu.Menjadi ibu mengajar mummy banyak benda sayang..dan mummy bersyukur diberi peluang menjadi ibu.Mummy belajar erti sabar, mummy belajar erti mengasihi , mummy belajar erti hidup.

p/S:Hari ni mummy dah berada di rumah kita ,nurse pun dah datang cuci luka mummy,kaki mummy pun dah semakin baik walau belum pulih sepenuhnya...Jadi Adam jangan risau ye?mummy ngan bang azryl ok kat sini..Adam akan selalu dekat di hati mummy..

Wednesday, December 5, 2012

Ketentuan Allah

Segala yang berlaku,semuanya telah ditetapkan..Jodoh itu juga rahsia Allah,diri ini bukan pinta dimadukan, bukan juga ingin menjahanamkan rumahtangga orang, tapi..kita cuma mengikut apa yang telah ditetapkan..Hakikat itu telahpun aku redha ...


Dan kini sekali lagi diri ini diuji,hatta, aku merasakan aku tidak kuat bagi menghadapi ujian kematian anak...tapi ku diuji uga...Ya..kali ini....agak payah untukk ku telan...namun..hari demi hari..aku bina semula kekuatan yang tinggal bersisa ini demi kebaikan azryl...Hati ini telah pun redha dengan apa yang telah terjadi..sesekali walau air mata keluar tanpa dipinta namun ia cuma air mata rindu kan adam...

Alhamdullillah tahlilnya selamat kami buat ..hanya kecil kecilan..pemberiann kecil buat kami kepada putera kedua kami...harapnya Adam tahu ianya dari kami walau kita tak sempat bersua...



Selamanya Adam tetap di hati mummy dan abah serta abang..Adam, abang mu seringkali bertanya akan mu..mummy cakap adam dengan Allah.. :)

Salam sayang buat Adam anak mummy yang kini berbahagia disana...Semoga kita ketemu lagi ye sayang..Sementara hayat mummy dikandung badan, mummy akan didik abang adam, dan adik adik nanti agar menjadi hamba Allah yang diredhai...


Monday, December 3, 2012

Pengorbanan Sang suami

Ya,kali ini ku tak nafikan bahawa pembedahan c-sec yang ku lalui sungguh berbahaya...Dr juga sudah berpesan kepada ku awal awal bahwa ..kemungkinan rahim ku dibuang chances nyer amatla tinggi..aku seperti orang bodoh , lidah kelu, mati akal..kerana badan ku lemah,disuntik dek bermacam dadah,dirodok di bahagian bawah sana tanpa relaku...seperti dirogol pulak rasanya..bila dr mengesahkan anakku tiada lagi di dunia ini..tiada setitik air mata pun tumpah kerana aku rasa semua ni cuma mimpi buruk...

dan bila semuanya selesai..anakku dibawa berjumpa dengan ku untuk mengesahkan jantinanya..sungguh..aku  merasakan bahwa dia masih hidup lagi disebabkan wajahnya sungguh tenang...kaki comelnya , mulut merahnya..masih terbyang bayang dimataku sehingga kini..

Sekali lagi dr bercakap dengan ku bahawa mereka meneyelamatkan rahimku,mereka juga mengatakan aku mengalami pelbagai komplikasi, kadar denyutan jantungku pantas, tekanan darahku naik mendadak, buah pinggangku mengalami kecederaan,ini telah menyebabkan kaki kanan dan tangan kananku kebas sampaila skrg....

Aku diberi berjumpa sekali lagi dengan anakku sebelum diberikan kepada suamiku..dan terus dibawa ke ICU.Suamiku menguruskan jenazah anakku dan petangnya berjumpa denganku.hanya 10 minit.kesian azryl.Suamiku mengatakan bahwa Azryl jalankan tangunngjawab sebagai abang sulungnya dengan  baik.Dia tolong Pak imam mengambus tanah buat tempat persemadian terakhir adiknya..time tu memang ku sebak..tapi..air mata ini tidak dapat keluar...

Pada hari aku dipindahkan ke wad biasa , time tu aku sedar semua ini benar..dengan semahu mahunya aku menangis..menangis dan menangis...

Disebabkan ku dipindahkan ke wad biasa,tiub cateter untuk membuang air kecil dicabut dan akibatnya...aku terpaksa memakai pampers bagi mengawal air kencingku..Agak siksa kerana aku tidak boleh bangun sehingga hari ke 4.Dan Suamikulah yang akan memakaikan ku pampers.huhu..menukarkan bajuku,menyuapku makan,menyeka air mata ku yang memang setiap saat mengalir tanpa dipinta..Hampir dua minggu dia menjagaku dan kini,tiada insan yang paling rapat denganku kecuali suamiku sendiri dan anak sulongku.Aku bina semula kekuatan dengan kehadiran dua insan ini.


Semoga selepas ini,keluarga kecil ini terus utuh walau apapun badai yang melanda..dan buat rakan rakan ku, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan buatku.Ya adam kini Anak syurga...namun begitu..adam tetap anak mummy yang Tuhan hanya pinjamkan sementara buat mummy dan abah.Mummy dan abah tetap akan ingatiku dan kamu sentiasa bersemadi didalam hati mummy dan abah sayang...

Saturday, December 1, 2012

Kenapa Adam Pergi tinggalkan mummy?

Me ingin sekali melahirkan adam secara normal tapi telah tersurat normal bukan jalan yang baik untuk me dan adam...Adam tiada kerana jangkitan kuman akibat berada di pintu faraj terlalu lama..tapi disebabkan kepalanya di pintu faraj dia telah menyelamatkan me dari mengalami pendarahan dalaman yang teruk.Adam dikeluarkan secara c-sect.dan c-sect yang ku alami kali ini bukan sekadar c-sec yang biasa...Aku juga mengalami scar rupture akibat terlalu lama meneran...jadi makanya dr juga cuba menyelamatkan rahimku dari dibuang.Dan selepas ini..jika ku mengandung..c-sec sahaja pilhanku...

Mummy tak dapat pegang adam dek kerana kesan dadah yang melampau dalam badan mummy..mummy hanya mampu mengatakan mummy so sorry baby..mummy so sorry...anak mummy cukup sifatnya...mulus kulitnya...wajahmu persis abang sulong mu..dan mummy sedaya upaya menyeka air air mata ini dari tupah setiap kali mummy memandang abang sulong mu...


Hanya kerana abang sulungmu mummy cuba sedaya upaya bertahan sayang...separuh nyawa mummy pergi bersama dengan mu....Sewaktu di hospital mummy menolak semua yang ingin melawat mummy bukan kerana apa..mummy tak kuat sayang...mummy hanya akan menangis dan menangis dan menangis...


Mummy tahu anakanda mummy berbahagia di sana..Insyaallah bila mummy dah kuat sikit mummy akan ziarah pusaramu sayang...Al-fatihah buat anakanda mummy yang mummy sayang...