Subscribe

Friday, December 31, 2010

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)


Hello darlings!! New year will come only a few hours a way and i want all of u, yes you readers to take a simple tests from nestle profiler to help you in achieving good healthy life style!Nobody can help you if you , yourself dont have determination to change our unhealthy life style due to hectic schedule.So what u waiting for babeh!It won't take long..just click! click!

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)Got your passes for DiGi LIVE Kpop Party 2011 passes during the pre sale earlier? Don't worry, if you missed the pre sale, you can still purchase your party passes at various outlets - DiGi Retail Centre at Sunway Pyramid, Rock Corners at The Gardens, and a few more outlets, check them out and share today! The Kpop party is not just about partying to your favourite K-Pop artist performing, you will also get the chance to have a meet and greet session with them! We're talking about once in a lifetime experience! How do you join this meet and greet session contest? You just need to look out the details under 'Meet & Greet Contest". Do share this with your crazy K-Pop addicts! Till then enjoy rocking with the K-Pop! There's a gift for 100 early birds as well as lucky draw for those who bought it! Spread the word!
sOURCE FROM DIGI.



hURRY!HURRY!!i lET'S GROOVING AND MOVING!!!!


I have nothing much to say...

Today is the last day of the wonderful year of 2010.Yup a lot of tragic thing happened along the year but still there is something i wont forget till i die.


I am officially became a mom at 2.08 PM , Friday on 12 February 2010.


That day was the happiest moment in my life.Kalah waktu terima scroll dulu.hehehe.Walapun disebalik kegembiraan itu terselit berjuta kesedihan namun, kehadiran Azryl banyak membantu ku dalam menghadapi segala rintangan dengan mudah.Hatiku hancur apabila dapat tahu aku dimadukan secara senyap.Hatiku hancur lagi pabila dia yang bergelar suami itu sebenarnya telah lama menduakan aku..Aku pasrah namun biarlah ..ini semua ketentuan ..Walaupun hatiku hancur aku masih bisa berdiri di alam ini dan berfikiran rasional.Terima kasih kepada anak ini kerna memberi aku kekuatan luar biasa ..Kalau tidak mana mungkin aku dapat bertahan..Nah..ini hanya cubaan kecil.Sebetulnya ia juga tidak salah disisi agama ..cuma hati perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih?Rambut memangla sama hitam..tapi hati lain-lain...
Sebab itu aku bertekad walau apa jua keadaan aku mesti terus bekerja.Tulang empat kerat ini harus digunakan semaksimum mungkin bagi tujuan menjamin masa depan anak kecil yang belum lagi mengetahui.. keadaan sebenar ini...biarlah..biar aku simpan segalanya di dalam hati.Andai kata aku tidak bisa menhan ..air mata ubatku..Menagis memberikan satu kepuasan dan ketenangan bagiku.Bila dilanda ujian sebegini..semakin hati ini sentiasa bermonolog dengan-NYA.Aku merasakan aku tidak keseorangan.ku cuba untuk menjadi kuat dan tak mudah akur
dengan keadaan ini.

Makanya ku mengharapkan ada sinar baru menantiku dan azryl di tahun 2011.semoga keluarga kecil ini sentiasa dirahmati selalu.Amin.

Hello 2011 and Goodbye 2010!!!!

Thursday, December 30, 2010

Baby Hatch Center. The First in Malaysia

(picture :Googled)

Some people may say that baby hatches will encourage premarital sex and reckless behaviour.

The baby hatch, located at 6, Jalan SS1/24A, Kampung Tunku

But me in the other hand, support this NGO orphan care to save the helpless child and babbies out there from dying in the mud, trash can, toilets and river.

In Bahasa Melayu Mode

Tolong la , saya merayu kepada adik-adik , kakak-kakak , abang-abang di luar sana,Jangan cuba perbuatan itu kalau tak nak menanggung akibatnya.Sedapnya sekejap je dik tapi akibatnya kaum hawa yang kena menanggungnya.Buat adik adik perempuan yang baru belajar erti cinta ni remember this "Men got nothing to lose but as a woman .we got alot of thing to lose."

Now , kalu itu terjadi jugak(Again saya bukan menggalakkan perbuatan itu dilakukan),dan akhirnya anda mengandung, jangan ambil tindakan terburu-buru, Baby hatch adalah salah satu cara untuk anda ambil supaya bayi itu diserahkan kepada pasangan yang telah lama meng- inginkan anak tetapi allah tidak memberi rezeki itu lagi.anak secara lahiriah dan fitrahnya adalah suci.Perkataan haram tak sepatutnya ditujukan kepada anak yang tidak berdosa itu.Anda yang bertanggungjawab melahirkan dia ke dunia.Jangan disebabkan perbuatan anda , bayi yang tidak bersalah itu diperlakukan dengan kejam.Apa salah mereka?Apa dosa mereka?

Ahli keluarga juga memainkan peranan penting, kalu ini telah terjadi, macam mana anda maki hamun pun tidak berguna tapi gunalah pendekatan yang positif.Bimbing anak itu agar melaluinya dengan tenang.Memang la kalu diikutkan cakap memang senang kerana saya tidak berada didalam kasut anda tetapi kalau kita juga menolak, akhirnya mereka akan mengambil jalan mudah dengan membunuh nyawa yang tak berdosa.Dahla zina itu satu dosa besar , ditambah pula dengan membunuh?nauzubillah.

Sekali lagi saya ingin mengajak semua pembaca, tak kira tua muda, sokongla badan NGO ini, buang perspektif yang mengandaikan bahawa jikalu anak ini dihantar ke situ kita akan mendapat aib besar.Tidak sama sekali ...kerana satu nyawa telah kita selamatkan dan amat besar ertinya buat bayi itu.

Update on Setem Collection Upin dan Ipin

Hi gorgeous.!!





hati achik berbunga riang.sebab tula shoot terus entry ke dua ..peh ni ade entry ke-tiga atau empat.(oii lyn company bayo ang tulih blog ke??.hehehehe.maklumla esok cuti umum.Achik nak celebrate sakanla.).Kalu sempat la no?








Ingat tak entry Upin Ipin dan kawan-kawan...tak berapa lama dulu?ha....


Thanks a lot to my prend ecah yang setiap hari pergi ke berjaya times square semata-mata nak kumpul cop special edition upin dan ipin ni.Memang ramai.seb baik ecah bujang lagi.so tak la masalah bagai nak balik lambat.huhuhuhu(suddenly i miss so much zaman vogue dulu.sob..sob..)





meh achik tepek kat sini hasil kumpul cop selama seminggu kat times square tu.Memang betul kita leh tempah sendiri je cop ni.Tapi keoriginalan tak dak la kan?hohohoho.Very comel wokey?











Kalu tengok betul betul kat envelope tu ada 6 keping setem yang menunjukkan upin, ipin , kengkawan termasukla kakak garangnya beserta opah tengah main permainan tradisional.Setem nya'ber glitter " sikit.kilat-kilat la kata bahasa orang melayunya.disebelahnya la tu terpampang cop-cop yang hanya dapat diambil pada minggu setem hari tu.huhuhu.dapat bayangkan ecah berebut rebut nak amik cop tu .Seb baik ecah peminat setem tegar.alah bisa tegal biasa la katakan.....

So ada readers yang kumpul setem jugak macam achik?chik baru start ja kumpul setem ni..terpengaruh dengan ecah.hehehehe.

P/s:nak cakap tahniah lagi untuk team malaysia.agak-agaknya kul bapa la flight balik depa ni.Nak p baling bunga ros la kat goal keeper tuh.hehehehehe.

If u happy and u know it clap your Hand!!










Woot!! woot!!


Malaysia aka Harimau MALAYA won the Suzuki Cup.!!!
hoyeh!!


hoyeh!!











Laser coli ka,laser pen ka, laser mulut ka,semuanya berjaya ditepis oleh skuad harimau malaya nih!!Kepada negara jiran ...hey chill out la babe!!kita berjiran..makan nasik sesama, hang tsunami malaysia hantar bantuan..setakat rebut bola takkan hang nak bertegang urat, lidah dan berperangai macam manusia zaman batu!!Chill la beb!!piala tembaga tu rebut pulak la tahun depan.Bukan Malaysia amik bawak balik terus.Adehla...cannot la gaduh-gaduh..
Tak baik wokey!!

Oh thanks to Our Prime minister for declaring Public Holiday Tomorrow!! Double Yeay!!

Deep in my heart i think this victory open a new era in our football history.With the consistent energy level like this i am sure in no time the team will going to rock the world babeh!!

To the team..i wish u all the best next year!!and to the goal keeper achik lap u so much for savings the day !!muahahahahahaha!! You are the shinning star babeh!!

Wednesday, December 29, 2010

What u should look for when buying toys for your children

Mommies and daddies not to forget abang and kakak..................





Adalah penting untuk kita sebagai orang dewasa memastikan setiap permainan yang kita beli tak kira la di pasar malam, Pasar Harian, supermarket giat ke, Tesco ke , Pavillion or Toy's R us..


Kita harus memastikan permainan itu ada logo ini

Ini bermaksud permainan itu bebas toksik dAn telah di uji ianya selamat untuk di main oleh permata hati kita.Ha, not to forget permainan free yang kita dapat seperti Chicky meal atau mc donald happy meal tu pun harus kita belek dan tilik sama ada ada tak logo keselamatan di atas.kalu tak ada saman tau jangan tak saman.

Ia selaras dengan kempen kerajaan Malaysia yang sekarang ni berkumandang di corong-corong radio dan kaca televisyen yang mengajak para pengguna dan rakyat malaysia hanya membeli barang permainan yang telah diuji bebas toksik dan selamat.

Maklumla sekarang banyak permainan yang dibawa masuk dari china kerana ianya murah dan very the colorful plak tu.Bagi todler seperti anak achik yang suke menggigit barang , ditakuti warna yang ada pada permaianan itu buleh mendatangkan alahan ataupun yang paling takut sekali keracunan....

Jadi sebagai pengguna kita harusla bijak dan peka terhadap isu isu yang kita rasa macam remeh ni.Ambil masa sedikit belek-belek logo yang di cap tu, selain harga..hehehehe ..

Demi anakanda yang tersayang yang bukan sahaja akan happy sebab dapat toy baru malahan selamat sewaktu bermain

(Achik baru beli lego di kedai toy R us untuk en azryl bermain.Mak aii !!!mahai betul harganya pehtu claim buat kat denmark.I doubt la sebab kualitinya tak sama macam achik punya lego dolu-dolu.tebal and tahan lama.Hak ni nipis and ringan.Langgar dengan kereta kompom pecah.)

till then love....

Tuesday, December 28, 2010

azryl's health update.

Hello and good morning everyone!!

Phew... after a terrifying episodes dealing with azryl high fever for a week and measels combat , finally i got chance to go to work today...


He still on mending process but i sill have to watch his cough and flue.


My annual leave?yilek...zero or i might say its totally empty .



Oh my.....here i want to share ,my experience giving azryl Anti-biotik...and dia pulak memang ANTI-antibiotik.Walau yeh!!!!separuh botol antibiotik keluar habis tak sempat masuk dalam perut pun.Pelbagai cara, usaha yang i buat untuk membolehkan ubat itu cecah lantai perut azryl untuk di-digestkan...dari camputr dalam susu sehinggalah dalam makanan semuanya dimuntahkan bulat-bulat...

Oh dengan i terpaksa menjerit dan memarahinya , termasuklah panggil tukang sorak tambahan (my mom, adik and dad semuanya tepuk tangan kat dia dengan harapan dia lupa yang dia telan ubat)pun tak makan saman jugak ini budak.still , setiap kali dia muntahkan i sumbat jugak ..muntah je sumbat balik.(i memang jadi tersangatla kejam dalam situasi ini because kalau dia tak makan tongsilnya takkan baik dan selagi itulah demam nye tak kebah).Berjayala jugak masuk 0.5 ml.Disebabkan pepagi buta lagi rumah i riuh rendah dengan pasukan tukang sorak untuk azryl ..makanya terpaksa jugak cari idea baru ..yolah pepagi buta tak bulehla sorak melebih ..menganggu jiran sebelah pulak.huhuhu.

Alkisah kebetulan azryl muntah lagi lepas makan ubat...i pun letak dia dalam sink besar kat dapur(lucky sink my mum beso buleh jadi bath tub mandi dia terus.hehehehe).I bukak paip tu and dia memang suka air..I pun bersiap sedia dengan senjata i (syringe and ubat)ambil 1.5 ml antibiotik and terus tembak dalam mulutnya..dia boleh la pulak terus main air samapi lupa ubat pahit yang ditelannya.Ehehehehehehehe.Berjaya!!!!.Semenjak itu,demamnya mula beransur ansur kebah and keluar la bintik-bintik merah........seluruh badan...dalam rumah nampak macam sikit je..bila keluar rumah cahaya terang barulah nampak seluruh kaki tangan belakang badan samapaila ke tempat shi-shinya ada bintat-bintat merah ni.....i letak chalomine lotion..dulu kasi sejuk badan dia and after that i letak elomet...hilang dah separuh cuma beberapa bijik je yang tinggal...


Berat badan azryl agak menyusut sedikit .Nak wat cammane ..mulut pahit..nestum jela yang dia nak telan.Bubur tak nak makan langsung.

Mummy nyer mata ..looks like Po in kungfu Panda.hehehehehehe.

Hmm ...begitulah kan kita dah jadi ibu ni..korbankan segalanya untuk kepentingan si kecil yang kita sayang.If azryl baca blog ni nanti..would u do the same for mummy lalink?
I hope so ...Insyaallah...

Sunday, December 26, 2010

measels

Measles is a highly contagious viral disease that can kill you. Although an uncommon disease in the United States of America, in 2008, measles killed 164,000 children worldwide. In most people, the disease producesfever (temperature > 101 F [38.3 C]), a generalized rash that last greater than three days, cough, runny nose (coryza), and red eyes (conjunctivitis). The complications of measles that result in most deaths include pneumonia and inflammation of the brain (encephalitis).

source(http://www.medicinenet.com)

Yes lalink lalink sekalian..achik menyepi agak lama sebab putera kesayangan kena campak.Selepas seminggu demam panas on and off akhirnyakeluarla bijik bijik bewarna merah seluruh badan .Makanya dengan cuti dah completely gone wth the wind ni...achik terpaksa amik unpaid leave .sob...sob...takpela nak...nak buat macam mana...kesihatan dan senyuman mu melebih gaji yang bakal dipotong oleh majikan mummy.......


esok acik cuti lagi sebabnya baginda putera belum pulih sepenuhnya..................

Oh selamat hari natal buat rakan rakan yang mnyambutnya...!!!Ho!ho!ho!merry christmas!!!

Tuesday, December 21, 2010

A quick hapdet

Salam lalink lalink semua...my azryl is currently sick.Demam off and on...mulut merah means tekak merah...jadik terpaksa mintak bantuan doktor untuk prescribe kan antibiotik.Not good la actually to give to infant.tapi regular medicine wont do...So sat lagi i akan bergegas ke nilai amik dia and ke KPJ seremban....



Insyaallah kalu tak keberatan i hapdet esok wokey?

Till then ...

Friday, December 17, 2010

Origami anyone?

Origami (折り紙?, from ori meaning "folding", and kami meaning "paper") is the traditional Japanese folk art of paper folding, which started in the 17th century AD and was popularized in the mid-1900s. It has since then evolved into a modern art form. The goal of this art is to transform a flat sheet of material into a finished sculpture through folding and sculpting techniques, and as such the use of cuts or glue are not considered to be origami.



The number of basic origami folds is small, but they can be combined in a variety of ways to make intricate designs. The most well known origami model is probably the Japanese paper crane. In general, these designs begin with a square sheet of paper whose sides may be different colors or prints. Traditional Japanese origami, which has been practiced since the Edo era (1603–1867), has often been less strict about these conventions, sometimes cutting the paper or using nonsquare shapes to start with.
source from wikipedia.

I adored the beautiful of kawasaki roses....the handsome horse made by folding colorful papers ...and i decided to try making them onmy own.I failed to make the complicated kawasaki roses but i did success in making the hourse and a spider.hehehe.After several attempt which cost me dozens of origami paper and my hand sweat alot.hoho.I tell u with my big sausage fingers it make things more difficult in paper folding.But nevertheless practise make perfect.Right?




There are thousands of video ready for us in making an origami.From the simplest to the most complicated paper folding origami..is there.All u need to do is ask Mr Google Know It all..I am sure u going to get your search and need.




here i present u the final product that i made with my own hands!!hehehehe.Tho my sister claimed the somersault horse looks like Ilama and the spider looked like a bug but hey i am proud with them wokey..hehehehe....




So readers?do like origami..?do share with me k?


Thursday, December 16, 2010

Persiapan Untuk Ke rumah Babysitter@Taska

Mommies!!

Di sini saya ingin berkongsi menurut pengalaman saya sendiri dalam menghantar anak ke rumah pengasuh.

Sewaktu saya berkenalan dengan pengasuh yang bakal menjaga anak saya...basically saya tanya dulu soalan

1."Akak perlu saya bawa apa untuk menyenangkan kerja akak?"Of coursela keperluan asas macam sabun , susu,pampers , dan keperluan asa yang kita rasakan perlu tu wajib la kita bawak.

Bagi saya saya akan bawak setiap hari baju, pampers dan bubur dalam satu beg.Bukannya apa senang saya kira berapa banyak azryl tukar pampers dalam satu hari.

Ada ibu-bapa yang menyediakan stok satu minggu kat babysitter tu meaning hanya amik baju kotor sahaja...Agak praktikal juga..makanya ibu bapa tak perlu angkut berkoyan koyan beg macam saya.Cumanya risiko baju hilang ke, pampers cepat habis ke (mungkin bagi anak orang lain pakai)
tu ada la..

Susu?kalau babysitter tu pro breastfeeding di mana kebanyakkannya masih kurang arif dalam meng'handle' ebm ni...ibu-ibu seharusnya letak label..make sure instruction tentang cara pengurusan ebm ni dilakukan dengan betul.kalu salah anak kita boleh cherry berry.

azryl pula dalam kategori minum susu campur-campur.Makanya susu tepung satu kotak memang saya bagi kat babysitter dia untuk stock seminggu.Nestum setin besar untuk makan pagi pun saya bagi untuk stock seminggu.

Bg anak-anak yang tido dalam buai, seharusnya mereka menyediakan buaian sendiri.Lebih hygenic sikit.Kadangkala baby sitter sendiri request untuk sediakan buai..jadi ikut sajalah ye dak?

mainan kegemaran macam teddy bear ke..kereta ke bawakla untuk hiburkan hati anak kita."ada bau rumah sendiri" sedikit.Sebabnya perwatakan little todler ni kita tak leh jangka.ada hari yang dia bad mood susah kita sebagai parent nak p kerja.Gundah gulana adalah....jadi kalu ade permainan feveret dia tu leka la sikit.

Warning..jangan bawak banyak-banyak atau yang mahal.silap-silap rosak atau hilang.Maklumla hantar rumah orang atau taska kan?better play safe...huhuhu.

The main point is tanya apa yang bakal penjaga anak kita perlu..kalu tak tanya kita bawak muatan terlebih plak..naya nak mengangkut balik....

Mommies yang ade experienced moh la share kat sini....sharing is caring kan?hehehe

Upin Ipin dan Kawan-kawan...mmm betul.!betul!Betul!

Hi nama saya Upin,


Nama dia Ipin,



hehehehehe......................................



Karaktor kartun yang memang disukai oleh kanak kanak di Malaysia, Indonesia, Mahupun Singapura.Kira Famousla dua adik beradik ni.............



Ok mommies or adik-adik atau kakak-kakak...abang-abang sekalian adakah anda peminat setem yang tegar?huhuhuhu....Jikalau ya ...mohla penuhkan Berjaya Times Square di Bukit Bintang nun....sebab dari hari Isnin lepas sampaila ahad nih adalah MINGGU SETEM bak kata omputih Setem Week ye?Achik tinggal kat nilai..nak p lepas time keje a big No no to me...



Achik bukan la peminat setem yang setia sangat tapi achik adalah kumpul sekeping dua setem yang limited edition Contohnya Setem seluruh pejabat pos yang ada kat TANAH MELAYU ni, Hari Jadi Sultan Pahang punya setem sebab achik lahir kat PAhang..hohoho...









(mesti U olls pelik kan tajuk kat atas Upin dan Ipin tapi si achik ni membebel pasal setem plak)Sebenarnya kalu anda semua nak tahu every month Pejabot POs Besar Malaysia ada keluarkan stem ikut tema.Contoh bulan lepas , tema stem ialah SATU MALAYSIA...ha bulan ni




UPIN DAN IPIN!!!cantik wokeh rugi kalu tak ade.very the colorful....huhuhuhu..I loike.!!









Tak caye?moh tengok gambar amatur yang achik snap pakai crapberry achik




(Folder Khas Upin dan ipin..only RM5.50)


(kat sampul yang gambar ada kak upin dan depa berdua tu ialah setem..berharga lima ringgit.Ada lagi setem yang bergarga 60 sen tapi achik soh kawana chik kumpul cop dulu setiap hari contoh macam yang kat dalam gambar tu ..everyday different cop.Most setem collectors kumpul cop cop ni sebab tak ade dimana -mana kecuali hari setem itu dikeluarkan ye kengkawan?)


(rupa dalam folder nyer..colorfulkan?)
So ape lagi sila serbu berjaya times square untuk dapatkan setem UPIN DAN IPIN serta kengkawan depa .Limited Edition ni..next week dah tak ada!!!

Wednesday, December 15, 2010

Payung emas everyone?(Warning ini entry agak Kontroversi)



(Picture googled)




As per entry title ..Payung emas...janji Allah kepada Para isteri yangmembenarkan suami mereka berpoligami.(Ini saya dengar dari ceramah yang saya ikuti sewaktu muda remaja dahulu di masjid.huhu).






Persoalannya disini..Adakah anda sebagai wanita sanggup menerima kenyataan bahawa anda dimadukan?Cerita yang bakal saya rungkapkan adalah kisah benar iaitu kisah saya sendiri.Bukan niat untuk membuka pekung di dada mahupun mengaibkan rumahtangga saya...Tapi saya ingin cerita hidup saya dijadikan pedoman buat adik-adik yang bakal mendirikan rumahtangga ..kakak-kakak yang telahpun berkahwin dan mempunyai anak..mahupun belum mempunyai anak.terpulang pada pembaca untuk menilai saya ini bagaimana.Kerana di alam maya ini kita bebas untuk berbicara dan mengutarakan pendapat kerana pemilik blog hanya mengenali anda di alam maya sahaja ye dak?






Berulang kali saya berkira-kira sama ada perlu untuk saya 'publish post' ini atau tidak.berulang kali saya menimbang tara buruk baik atas kesan yang bakal saya terima setelah saya tekan butang "publish"...namun kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan kesilapan...begitulah juga saya.....




Kalu anda mengikuti blog saya ini...mahupun menjadi silent reader ...saya harap anda tidak zalim dalam menghakimi saya.Namun saya tidak boleh berkata apa-apa seandainya ada komen-komen pedas dari anda buat saya.Huhuhuhu...takpe alam maya ini tidak dapat ditepis atau dibataskan dengan mudah kerana semuanya hanyalah 'virtual' semata-mata.


Ok, jika diimbas kembali, saya ada menulis didalam post saya yang bertajuk 26.01.2010.

Saya ada jelaskan disitu bahawa suaminya pernah berkahwin dan telah bercerai...namun

sebenarnya TIDAK!


saya dimadukan secara rahsia(Saya akui ini salah satu kebodohan saya) Nah anggaplah saya sebagai Parasit, Pencemar kedamaian rumahtangga orang,perosak dan pemusnah...anggapla apa sahaja kerana saya patut dicemuh sedemikian rupa.Suami saya pandai menyimpan rahsia ini selama 5 tahun!!Perkahwinan saya bakal mencecah 5 tahun tahun depan dan rahsia ini tersimpan kemas dan rapi olehnya .Memang mudah baginya untuk merahsiakan segalanya kerana say bekerja nun jauh di kuala lumpur manakala dia pula di Perlis ..utara semenanjung malaysia.
Bagaimana saya memecahkan tembelangnya???Semuanya bermula sewaktu menjelangnya syawal pada tahun ini...Saya berkira-kira dan berangan boleh lah saya menyambut syawal pertama kalinya dengan suami apatah lagi dengan kehadiran azryl..syawal pada kali ini akan menjadi satu kenangan yang manis bagi saya.ditambah pula dengan restu kedua-ibu bapa saya..Surely i thought its going to be a memorable syawal for me.
Namun Semuanya berkecai begitu saja...Suami ini begitu banyk alasannya , sampai kami bergaduh besar kerana dia mengatakan dia harus bekerja untuk menambah pendapatan ...nak-nak dengan kehadiran azryl semuanya memerlukan duit..Saya cakap"takkan hari raya pertama tak ada di rumah as ini pertama kali azryl menyambutnya selepas mula melihat dunia.Our first child together!!!!)
Selepas ditekan tanya bertubi-tubi termasuk ayat ayat(@%$#%%%%)..akhirnya dia dengan rela hati mengaku bahawa dia belum menceraikan isteri pertama 2 hari sebelum syawal..
dunia saya seakan gelap gelita...badan saya lemah longlai......fikiran saya tak keruan seperti kurang siuman..Air mata ini tumpah tanpa dipinta dan susah pula untuk memberhentikannya....
Saya berkorban segalanya untuk dia!!!segala yang saya ada untuk dia!!!Saya hadapi segala liku liku kehidupan ini dengan segla keringat yang saya ada kerna dia!!!Namun....
itulah .....ia tidak menurut perancangan yang telah saya catur selama ini...
Sitting in an empty room,
trying to forget the past,
this was never meant to last...
I wish it wasn't so...
(Lin kinPark)

Saya berkira-kira untuk meminta cerai daripadanya...(untuk pengetahuan sedari usia perkahwinan saya setahun jagung lagi acap kali saya meminta cerai...kerna hidup berjauhan ini banyak betul rintangannya..banyak betul dugaanya dan banyak kali juga hati ini terdetik bahawa dia masih lagi bersama isteri pertamanya..Tapi dia menidakkannya dengan cara yang sungguh berkesan sehingga saya percaya bulat-bulat...

(Adalah amat berdosa besar seorang perempuan itu ,jikalu meminta cerai dari suaminya namun pada pemikiran saya jikalau kita asyik menghambur suami kita dengan kata kata kesat dan ksar makanya dosa besar itu semakin berlarutan...

Inilah hidup.................

Penuh dengan rahsia dan teka teki..dan kita harus menghadapinya sama ada suka atau tidak...dan bagaimana mengatasi segalanya dengan baik..Umpama menrik benang basah didalam tepung.tepung di dalam mangkuk tidak boleh berselerakan diatas meja...

What was left when that fire was gone

I thought it felt right but that right was wrong

All caught up in the eye of the storm

And trying to figure out what it’s like moving on

It is very important women nowdays bekerja!!When something like this occured to us, one thing we can be sure is we got our own income.Lelaki akhir zaman sekarang kualitinya tidak seperti zaman Rasullullah dahulu..terlalu sedikit yang bertanggungjawab tapi banyak pula yang menjadi tukang ranap masa depan wanita.Bertuahla bagi yang mempunyai suami penyayang yang kekal perkahwinanya berpuluh tahun...syukur diucapkan.Namun apabila membicarakan soal hati ini..ia sentiasa berbolak balik.Tak pernah tetap.Makanya bagi yang senasib dengan saya , apabila kita bekerja , kita tak terlalu mengharapkan sangat nafkah yang diberikan oleh suami kita.

Disebabkan saya bekerja, hati ini tidak terlalu runsing memikirkan masa depan azryl.Memang susah hidup berseorangan namun saya pikir daripada saya digelar sekali lagi perampas , parasit lebih baik saya mengundur diri namun dia tidak mahu melepaskan.Maaf , sorry, beribu kali diucapkan namun saya hanya mampu berdiam diri.Tidak ada lagi perkataan didalam bahasa melayu , atau inggeris yang saya boleh ucapkan betapa luluhnya hati saya nak-nak dengan kehadiran azryl ini.Dia masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.Walau macam mana luluhpun hati saya , saya tidak boleh heret azryl sekali didalam taufan penceraian ini.

Jadi setiap keputusan yang saya ambil saya perlu teliti sedalamnya agar tidak menjejaskan azryl terutamanya....

Ibu dan bapa saya hanya mampu menasihatkan supaya bersabar dan bertabah.Terus terang saya katakan , dugaan ini membuatkan saya lebih kuat.Walaupun laju air mata saya mengalir namun saya masih lagi berfikiran dengan waras.Dan untuk kesekian kalinya sumber kekuatan disebalik kemelut ini ialah permata hati saya azryl.

Udah saya agak ini antara kemungkinan yang saya perlu hadapi dan ketakutan ini menjadi nyata.Dugaan demi dugaan yang saya perlu hadapi dan setiap dugaan itu ada sinar disebaliknya.

"Tuhan tidak akan menduga seseorang insan itu dari apa yang mampu ditanggungnya"

Berpegang kepada kata-kata hikmat diatas saya mula mengatur kembali percaturan hidup saya....

(Insyallah saya akan sambung lagi rentetan payung emas ini di entry akan datang.Maafkan saya jikalu ada yang menganggap saya jahat...namun paparan kisah ini saya mahu semua menjadikan iktibar agar setiap langkah yang diambil harus diteliti sedalam dalamnya supaya apabila tersadung kita mampu berdiri kembali)

Giggly, wiggly..., wobbly adventure!!

Morning Peeps!!Still remember my entry about Skytress Adventure?Hehehehehehe,...
Here i sertakan video sekali bagaimana my cheeky cookie monster giggling while trying to stand , climb and crawl.Fuh!!very exausting to handle the little one..(Err ... i think little not suit him anymore since he gain weight quite a lot...must be my nutricious poriddge fault.hohoho)

----------WARNING!!! In the video u might see one big kaki gajah or badak which ever u like to call and hats my leg.I am huge ok?!!-----------
Just ignore the leg wokey?hehehehehe
Ada part yang dia jatuh tersembam ..seb baik ats tilam and he still can laugh...Oh boy..I thought he would start to cry in soprano voice but he just laugh.Thanks to my little sister who distract him from crying.
Ok peeps !!let's enjoy this amature video taken by me. :)
video

Tuesday, December 14, 2010

My Oath for 2011

Trully hontonyi(bahasa jepun ye kengkawan.Hontonyi bermaksud sebenar-benarnya)....For the past 11 months...banyak yang dilalui oleh saya yang bernama norlinziana.Rasa-rasanya perjalanan hidup pada tahun 2010 ini penuh liku.Dan ada ketikanya saya saya berada di bawah paras normal.Sungguh..Pernah saya rasa hilang pertimbangan apabila arus elektrik yang mengalir didalam tubuh saya mencapai voltan kritikal..................

Namun...saya masih sempat memutuskan litar eletrik tersebut sebelum meletup dan terduduk untuk merenung kembali di mana silapnya saya...dimana puncanya saya terpaksa berhadapan sedemikian rupa.Sumber kehidupan saya ataupun energon(huhuhu transformer la plak)..ialah azryl.
Kerana dia ..datang gelombang tsunami sebesar alam sekalipun...saya masih saya.Akal saya tidak dibawah keadaan separa sedar.


Untuk tahun yang bakal datang 2011...saya sambut dengan perasaan berdebar-debar.Mampukah saya untuk mengharungi sekali lagi gelombang tsunami yang bakal menyerang bila-bila masa?Mampukah saya mempersiapkan diri untuk menhadapi gunung berapi yang bisa mengeluarkan lavanya bila-bila masa?Hanya doa yang menjadi senjata saya.Tiada yang lain.

Sempena tahun baru ini,

I , lin will promise that if I can't cope with my situation I will quit.But surely I am hoping for the best.It's all in HIS Hands now.

I may be not a good person but I am qualified enough to sacrifice everthing i ever had to own a so called HAPPINNESS.That's Linziana's strongest point.Regardless how many time my heart shattered to million pieces still i just can't give up.My perspective of life changed tremendously since my Teja jeonha (Teja jeonha in korean = Prince) arrived to accompany me.With him beside me everthing seems so transparent..so simple for me to get through.

I will always bear in my mind that When GOd close the door HE sure leave the window open for us to jump.

Therefore I am looking forward to see and experience 2011 with my little one.One thing for sure me and Azryl are going to rock this world BABEH!!heheh ok la not world but perhaps KUALA LUMPUR!!hehehehe.Life is too short to keep myself drowning in the grief and despair.

So sayonara 2010.....and Welcome 2011..!!

baby sitter Oh baby sitter

Since i decided to move out to Kuala Lumpur next year(Gara -gara achik tak larat nak travel disebabkan minyak naik ...isk..isk..isk...) , the latest by february, the soonest by January....I was on baby sitter hunting for the the past a month.

Thanks to this modern technology so called INTERNET...i managed to find a quite charming babysitter in a website."See everybody babysitter pun hanya dihujung jari sahaja"hehehehehe.

Her place is only a block away from my office which give me the advantage of sending azryl late to the baby sitter and have some morning quality time with him...which i missed it alot...(I am so sorry son).Since i also planned to stay near my office tho it will coz me fortune(not really actually as my journey cost from nilai to Kl mencecah RM1500 per month)..its actually quite the same thing.Hopefully babah azryl and me dapat menyediakan duit cengkeram by next month.HUHUHUHU.

Oh, i forgot to mentioned that last weekend i went to see her.Her house fits for babysitting criteria..no fancy mancy furniture..Only big pillows and alot of children toys.Azryl straight away crawling the second i put him on the play mat.The babysitter got helper...so i think it should be ok.Since she is so fluent with english i am not worried about azryl development.The soonest he is exposed with English Language the better.Ok achik bukan racist ok ..it just sekarang dunia tidak menuggu sesiapa.as long as he is understand with the basic english Language it should be ok.


The fees?quite expensive but i dont mind.RM400 is nothing compared to azryl safety while i am at work.If any chance i got to work late at night , she still can babysit him.Of course need to pay extra lo...Again i dont mind... i dont have to crack my head to find part time nanny...

I hope next year going to be a wonderful year to me and azryl.Itulah harapan saya sebagai seorang ibu.semoga saya dapat meluangkan lebih masa bersama putera yang semakin membesar itu.Saya akan terus merindui muka comel sewaktu dia bayi......Sob...sob..tak sangka anak terunaku dah setahun tahun depan...huhuhu


Again ...Please Allah...help me in making this dream become a reality...Amin.

Monday, December 13, 2010

Revolusi Teh O Ais

(Bulan pose kalu tayang kat achik gambo ni , meleleh air liur achik tau..godaan beso ni.hehehe)



"MamaK Teh O Ais Kaw Punya Woney!!"





"Wokey minachi siap!!"





Anda peminat tegar teh o ais?Bukan tak boleh buat sendiri kat rumah.nak ..nak kita bukan pakai serbuk teh yang main timbang pakai kati tu..Lipton lagi..tak pun paling koman teh Boh.Tapi Achik penggemar Teh" Ahmad tea".Nasib ko la mad.Famous tul Ko Sampai ada teh jenama sendiri.Tertulis di Pek"Ahmad Tea London "Mari....




Tapi tu la kan kita nak jugak aroma ketiak mamak yang berpeluh tak hengat dunia tu diadun dalam teh o ais kita..tu yang kaw tu.hehehehehehe.


"Oppsie!!"...bukan jenama teh yang nak achik bincangkan disini......tapi harga nya yang kian mencanak tingginya....








Mana taknya..dolu-dolu achik pergi bercanda ria di kedai mamak harganya alahai baru 8 kupang bak kata oghang utara....la ni amboila.....naik sampai Rm1.40......!!!!!kalau Takdak 2 ringgit tak lepas nak bayar teh o ais ngan roti canai kosong wokeY!!!!!


adakah kerana dunia semakin moden, harga teh o ais faveret achik pun kena moden sekali?Achik tengok alat yang depa guna untuk buat air sama ja....penapis buruk kurun berapa tu la jugak depa guna.Tong air panas yang tu jugakla depa pakai..Tak dak pun peraltan moden..Mungkin tang teknik kacau air tu yang mahai bebenor.Achik dok skodeng mamak yang buat air tu..cara depa kacau fuyo achik tengok macam pro la katakan........dia punya kacau tu sudu tu nala baik punya kacau..Sat je sebati gulo dengan air nye.....


Adehla Peh ni kalau semakin tinggi rehga teh o ais semakin mengancam poket achik makanya minum sky juice aja sudeh!!Sekarang kan kempen kerajaan pasal Penyakit diabetes ni..Memang Patutla pun ,depa penaik rehga gula tula mai tang kempen hindarkan penyakit diabetes melitus nie....bijak...bijak......


Jadi Pembaca blog yang tak seberpa nie...achik nak ajak kome-kome minum sky juice aja(Sky juice pun 5 kupang dah la ni) .Kurangkan manis dalam makanan dan minuman tambahkan manis dalam senyuman yer?



The miracle of Pumpkin and Sweet Potato

I thought i want to share this wonderful vegetables or fruits..with all of u .....







Pumpkin And Sweet Potato.










(Yummylicious!!)




(Divine.....so tempting the sweetness of this gorgeous plant)
I combined this two gorgeous plant into azryl porridge and the result?Walla!!Azryl love it to the max.habis semangkuk bubur .....Its sweet, thick and very creamy and the color looks vibrant as well..It really attract the kid to eat them.
How do u do it?Simple...cook the the plain rice in the boilling water.Dice pumpkin and sweet potato.when the rice begin to thicken mixed everything and add more water...let it simmer for a while.Cook till the pumpkin and sweet potato become soften.Best u dice them into small bits so it will cook faster.huhu.Rest them to cool and blend together.U going to get nice, thick and sweet pumpto porridge(pumpto=pumpkin +sweet potato.hehehe).

10 months old baby.

yeay!!


Yesterday was a very special day...Indeed it was because my superhero turn 10 months old .Its been a wonderful journey for me and azryl.


And the achievement so far?


Let's see...

One major thing i noticed is he can stand up by himself.hehehehehe...I hope he can walk in anytime soon as he is getting bigger nowdays.Its hard to carry him around like i used to.Or maybe i should consider a stroller but its not worth it.hmmmm....

But overall as a mom, i am so happy for u son.Stay healthy,be happy and I hope Allah will bless your life forever son. Muah!!!

(Daddy's little rascal..and mummy little rascal too.hehehehe)

Friday, December 10, 2010

Pesan Buat remaja diluar sana yang Baru Belajar ERTI CINTA

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang


(Betul tu adik -adik ye?kalu kita berdua yang ketiga itu ...nun yang bertanduk tuh...bersiap sedia menarik kia ke lembah al jahanam)

Chorus
Boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman


(Pengalaman Ahkak yang lepas mengatakan bahawa alangkah indah jika cinta kita diserikan dengan sifat Malu.....tak rugi ape.pemikiran barat memang coba merosakkan budaya dan cara hidup kita sebagai orang islam dan asia...Dont follow them kay?)


Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
[Yeah kita sambung cerita Kalau kamu berdua aku yang ketiga Aku penambah perasa Akulah pendarab nafsu serakah Hai teruna bikin perangai selamba Hati si dara kata tak apa Berani buat terima padah Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang) Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang) Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat) Bertambah sayang (nanti confirm dapat) Biar malu-malu (jangan malu-malu) Biar segan-segan (jangan segan-segan) Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


Mokcik suke lagu ni sebab banyak unsur nasihat.Mokcik tak nak la anak orang melayu terus hanyut dalam sandiwara cinta monyet ni.Adik-adik remaja seawal usia 12 tahun tu mokcik nak nasihatkan berkawan boleh.Sapa kata tak boleh...bercinta tunggulah sampai menjejakkan kaki kat menara gading dulu....Capai cita-cita yang kita tanam sedari kecik lagi..Jangan lupo itu untuk periuk nasik kita dikemudian hari....nak-nak minyak naik nih.(ish...ish ...tak habis-habis kan mokcik membebel pasal minyak)

Lagi satu mokcik tahu keinginan untuk mencuba tu tinggi..Mokcik faham .Seeloknya salurkan keinginan untuk tahu itu lebih kepada bentuk ilmiah ..bukan berlandaskan nafsu semata.Akibatnya...?sian bayi bayi yang tak berdosa jadi mangsa..Bukahkah mereka itu nyawa?
Kalu seandainya terlajak sudah bak kata stacy"Opps!! terlebih sudah!!" Takpo-takpo jangan panic.Dapatkan bantuan..ceritakan kepada orang yang anda percayai untuk bantu anda supaya anda tak buat perkara yang bukan-buakan.Ingin mokcik jelaskan disini...mokcik bukan menggalakkan wokey?Mokcik cuma taknak kome-kome buang anak tak berdosa tak tentu hala.Dosa membunuh tu namanya........Lebih baik dapatkan bantuan dari pihak bertanggungjawab , serahkan bayi ke keluarga angkat and dapatkan khidmat kaunseling untuk pemulihan diri...Bukan senang jadi ibu muda tau adik-adik?Jadiknya untuk mengelakkan semua ini berlaku wahai adik-adikku sayang.....hindarilah semua itu.wokey?

Pesanan ini untuk mokcik jugak .Almaklumla mkcik ada anak teruno..Bahayo...bahayo.....

Selamat beramal ye?Happy weekend!!!

Donation vs Petrol

I am sure everybody are aware with our current situation now.I am not the opposition supporter but i am one of the BN supporter.huhuhu.Not trying to campaign or whatsoever but this supporter is so sad with the current situation.How on earth we are going to support the Government is the oil price continue to increase madly in just 2 months?

I dunno it is just me or anybody yang notice the paternt that our beloved prime minister yang sungguh baik hati menderma sana sini.Itu adalah satu perbuatan mulia.No doubt.But after YB menderma jer, Ron 97 naik 5 sen pastu naik lagi sebulan selepas itu sebanyak 15 sen sekaligus!!
Itu tak terhenti disitu sahaja..Minyak murahan(oopsie !!) Ron 95 pun naik 5 sen.


To tell the truth i ain't a government worker yang ade segala macam elaun...And I have to starve to death to ensure my budget for my car petrol is enuff for each month.!!!And to add this point , the salary remain the same for the past two years and within the year dah banyak kali minyak naik.....oh my....

In FB one of my friend said , Samy Vellu in his twitter saying"Apa mahu bising minyak naik 5 sen je , u can afford to have I-Phone,Blackberry bagai...sudah mahu bising satu dunia."Lebih kurang macam tula ayat dia.Alamak DATUK!!! 5 sen itu minyak naik,itu tepung naik 20 sen, gula naik 10 sen,Ayam naik jugak Datuk, Sayur?Tak payah cerita semua naik.Itu kalu, semua naik rakyat yang miskin lagi hina ini mahu makan apa?Kadavalei....kadavalei..............
It's not impossible kalu satu hari nanti ayam dan daging hanya mampu dimakan oleh golongan orang yang berada sahaja.......

Tolong La YB.....ringankan la beban rakyat ni tak seinci dua inci pun jadikla .hehehehe.
Banyak implikasi yang tak baik disebabkan kenaikan minyak yang begitu mendadak ni.Skim cepat kaya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan...Kemunculan Along-along durjana yang tunggu masa nak menjerat mangsa...kes rompak yang berleluasa...Jual benda haram macam dadah pun orang tak kisah dah asal dapat duit jadikla.

Harap semua ini diambil kira oleh pemimpin yang terhormat di atas singgahsana sana.Sesekali turunla dari singgahsana dan tinjau kehidupan sebenar rakyat kita ni.Janganla time pilihanraya je baru sanggup berkaki ayam masuk kampung rakyat......itu namanya hipokrit.

Renung-renungkan...

Thursday, December 9, 2010

Can A Family Man with salary RM3000 survive in Malaysia?!!










Ok ladies and Gents,



In Malaysia , the average family income is RM3000 Per m(Where father works the mom doesn't @ housewife la)



Tho many families monthly income below RM3000
To make things simple lets take average RM 3000 as a figure







Heehehehe,let's start the calculation
with a family that has baba, mama,daughter and a son

cukup cukup lo...
And the calculation begin with....

+ =RM100
(no air-con,water heater,home theater wokey?)

= RM 100







+ + + air kosong + = RM775




(3 meals with rm25/day. RM 25 for 4 person??)



Baba punya lunch during working day?







+ sky juice








(say RM5/day....RM5 boleh beli apa?)







= RM400








(Standard viva la no)








= RM300








(DAH ADE KERETA MESTILAH KENA ISI MINYAK KAN?ONLY CAN AFFORD 1 CAR RUNNING..)







= RM 600



(Perlindungan untuk malang tak berbau bagi baba, mama, dotter and son)







= RM750




(low cost apartment house loan for 30 years.when retired still has to pay!!)





= RM80




(Tuition nowdays not cheap .)




= RM20




(Pocket money RM1/day...eat plain bread only?)




Milk(yang murAH aja no BPA, DHA,AAA, that one expensive)= RM50




+




Mischellaneous to buy= RM100




+




=RM130


(Basic Barang dapor)


Oh wait have to stop here!!!Total



RM3610


FUIYOH!!!!


Itu tak termasuk makanan selingan seperti KFC, MC d,bercanda dekat GSC,EPF,INCOME TAX,
How to survive ladies and gentlemnt?