Subscribe

Friday, December 10, 2010

Pesan Buat remaja diluar sana yang Baru Belajar ERTI CINTA

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang


(Betul tu adik -adik ye?kalu kita berdua yang ketiga itu ...nun yang bertanduk tuh...bersiap sedia menarik kia ke lembah al jahanam)

Chorus
Boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman


(Pengalaman Ahkak yang lepas mengatakan bahawa alangkah indah jika cinta kita diserikan dengan sifat Malu.....tak rugi ape.pemikiran barat memang coba merosakkan budaya dan cara hidup kita sebagai orang islam dan asia...Dont follow them kay?)


Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
[Yeah kita sambung cerita Kalau kamu berdua aku yang ketiga Aku penambah perasa Akulah pendarab nafsu serakah Hai teruna bikin perangai selamba Hati si dara kata tak apa Berani buat terima padah Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang) Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang) Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat) Bertambah sayang (nanti confirm dapat) Biar malu-malu (jangan malu-malu) Biar segan-segan (jangan segan-segan) Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


Mokcik suke lagu ni sebab banyak unsur nasihat.Mokcik tak nak la anak orang melayu terus hanyut dalam sandiwara cinta monyet ni.Adik-adik remaja seawal usia 12 tahun tu mokcik nak nasihatkan berkawan boleh.Sapa kata tak boleh...bercinta tunggulah sampai menjejakkan kaki kat menara gading dulu....Capai cita-cita yang kita tanam sedari kecik lagi..Jangan lupo itu untuk periuk nasik kita dikemudian hari....nak-nak minyak naik nih.(ish...ish ...tak habis-habis kan mokcik membebel pasal minyak)

Lagi satu mokcik tahu keinginan untuk mencuba tu tinggi..Mokcik faham .Seeloknya salurkan keinginan untuk tahu itu lebih kepada bentuk ilmiah ..bukan berlandaskan nafsu semata.Akibatnya...?sian bayi bayi yang tak berdosa jadi mangsa..Bukahkah mereka itu nyawa?
Kalu seandainya terlajak sudah bak kata stacy"Opps!! terlebih sudah!!" Takpo-takpo jangan panic.Dapatkan bantuan..ceritakan kepada orang yang anda percayai untuk bantu anda supaya anda tak buat perkara yang bukan-buakan.Ingin mokcik jelaskan disini...mokcik bukan menggalakkan wokey?Mokcik cuma taknak kome-kome buang anak tak berdosa tak tentu hala.Dosa membunuh tu namanya........Lebih baik dapatkan bantuan dari pihak bertanggungjawab , serahkan bayi ke keluarga angkat and dapatkan khidmat kaunseling untuk pemulihan diri...Bukan senang jadi ibu muda tau adik-adik?Jadiknya untuk mengelakkan semua ini berlaku wahai adik-adikku sayang.....hindarilah semua itu.wokey?

Pesanan ini untuk mokcik jugak .Almaklumla mkcik ada anak teruno..Bahayo...bahayo.....

Selamat beramal ye?Happy weekend!!!

0 comments: