Subscribe

Thursday, December 9, 2010

Smile! bABY sMILE! pART 2

Hujan rintik rintik dan semakin lebat bila mummy turun untuk ke kantor mummy di Kuala Lumpur.Perjalanan dari nilai ke Kl cukup mencabar jiwa dan raga apatah lagi apabila pulang dari kantor terpaksa pula menempuh ribuan kenderaan yang berpusu-pusu di atas jalan raya.




Tapi....................................................................................







Semua itu tak cukup menggetarkan hati mummy pabila mummy tahu bahawa ada sinar redup mata yang mulus menanti dengan setianya di rumah kak ati...penjaga yang bertanggujawab menjaga azryl "muchuk" takkala mummy mencari rezeki....








Si cilik yang semakin menghampiri usia 10 bulan ini , ada saja perangai baru yang ingin ditunjukkan , ada saja adegan drama penuh syahdu yang dilakonkan khas buat tatapan me,mummynya.Mungkin dia tahu bahawa apa sahaja yang dibuat olehnya berjaya menambat hati mummy ..hehehehehe


Buktinya seperti ini:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Apa anda akan buat ?Apa anda akan rasa jika berada ditempat saya?Walau macam mana teruk pun hari anda pada hari itu, walau berpuluh ribu hutang yang terpaksa anda tanggung, walau cuma ada 20 ringgit sahaja di dalam poket anda pada hari itu....semuanya akan padam, semuanya akan terhapus sama sekali dek senyuman yang mulus ini.Sungguh!Hati ibu ini terus cair dek senyuman yang penuh bermakna itu.

Dan dek kerana senyuman ini datangla beribu onak sekalipun, terjahla badai yang setinggi gunung sekalipun ...Senyuman ini memberi ibu ini sejuta kekuatan untuk menempuh cabaran yang sedia menanti di depan mata.

Inilah kekuatan yang diberikan oleh Sang anak terhadap ibunya.Jadi wahai anakku teruslah senyum sayang...Dunia ini amat indah dengan kesucian senyumanmu.Senyumanmu ibarat kemunculan pelangi setelah hujan berlalu pergi...

2 comments:

Unknown said...

apsal comel sgt azryl senyum ni
pergghh
patutlah mummy lupa segala benda bila muka awak
tp mmg la lin
dpt peluk anak, trus lupa segala benda
tak sbar nak balik
nak dukung peluk cium cha

linziana said...

betul dayu...macam therapy pulak.tak yah buat yoga.ngeeheee.semoga cha cepat sembuh :)