Adalah penting untuk kita sebagai orang dewasa memastikan setiap permainan yang kita beli tak kira la di pasar malam, Pasar Harian, supermarket giat ke, Tesco ke , Pavillion or Toy's R us..
Kita harus memastikan permainan itu ada logo ini
Ini bermaksud permainan itu bebas toksik dAn telah di uji ianya selamat untuk di main oleh permata hati kita.Ha, not to forget permainan free yang kita dapat seperti Chicky meal atau mc donald happy meal tu pun harus kita belek dan tilik sama ada ada tak logo keselamatan di atas.kalu tak ada saman tau jangan tak saman.
Ia selaras dengan kempen kerajaan Malaysia yang sekarang ni berkumandang di corong-corong radio dan kaca televisyen yang mengajak para pengguna dan rakyat malaysia hanya membeli barang permainan yang telah diuji bebas toksik dan selamat.
Maklumla sekarang banyak permainan yang dibawa masuk dari china kerana ianya murah dan very the colorful plak tu.Bagi todler seperti anak achik yang suke menggigit barang , ditakuti warna yang ada pada permaianan itu buleh mendatangkan alahan ataupun yang paling takut sekali keracunan....
Jadi sebagai pengguna kita harusla bijak dan peka terhadap isu isu yang kita rasa macam remeh ni.Ambil masa sedikit belek-belek logo yang di cap tu, selain harga..hehehehe ..
Demi anakanda yang tersayang yang bukan sahaja akan happy sebab dapat toy baru malahan selamat sewaktu bermain
(Achik baru beli lego di kedai toy R us untuk en azryl bermain.Mak aii !!!mahai betul harganya pehtu claim buat kat denmark.I doubt la sebab kualitinya tak sama macam achik punya lego dolu-dolu.tebal and tahan lama.Hak ni nipis and ringan.Langgar dengan kereta kompom pecah.)
till then love....
0 comments:
Post a Comment