Subscribe

Friday, December 7, 2012

Hari Jumaat

Hari jumaat Penghulu segala hari, hari bumi dijadikan,hari kiamat juga bakal berlaku pada hari ini,Anakku azryl dilahirkan pada hari ini, Adam juga sama,Hari jumaat hari penuh barakah, namun dah 3 kali hari jumaat datang menjengah, hari ini juga aku masih mengeluarkan air mata..aduhai...

Adam sayang, dah 21 ari adam bersama Para nabi, para sahabat ,di suatu tempat yang mummy sendiri belum tentu dapat pergi ...

Adam sihat?Abangmu seringkali bertanya akan mu,Betapa mummy ingin sekali bertemu dengan mu walaupun sesaat sayang..Insyaallah lepas mummy suci,akan mummy kirimkan bekalan buatmu ya sayang....walaupun adam tak perlukannya..mummy tak dapat berikanmu air susu badan mummy jadi doa dan surah mummy akan kirimkan buatmu dengan harapan adam tahu ianya dari mummy.

Mummy akan berhijrah ke arah yang lebih baik sayang...Kerna, pabila kita ketemu semula nanti, mummy tak nak malu dengan adam.Mummy ingin jadi ibu yang lebih baik buat abang adam,dan adik adik mu.Menjadi ibu mengajar mummy banyak benda sayang..dan mummy bersyukur diberi peluang menjadi ibu.Mummy belajar erti sabar, mummy belajar erti mengasihi , mummy belajar erti hidup.

p/S:Hari ni mummy dah berada di rumah kita ,nurse pun dah datang cuci luka mummy,kaki mummy pun dah semakin baik walau belum pulih sepenuhnya...Jadi Adam jangan risau ye?mummy ngan bang azryl ok kat sini..Adam akan selalu dekat di hati mummy..

3 comments:

Salina@IbuAqil said...

X mampu akak nak ckp apa lg Lin..
Allah swt menduga krn dia terlalu sygkan kita..
Dugaan mu begitu..
Dugaan akak begini..
Binalah kekuatan mu itu syg..
Krn Allah swt tahu tiap hambaNYA yg diduga itu kuat sbnrnya..

Ummi Najla said...

Dalam tak sedar, tumpah juga air mata saya baca entry Lin terutama bila Lin kata tentang hijrah tu... Sebak kenangkan betapa Allah sayangkan Lin dan kirimkan rasa sayang itu dgn ujian.. InsyaAllah, dugaan ini akan berganti dengan hikmah..

Hanani said...

sesungguhnya ALLAH menguji Lin..semoga Lin tabah