Subscribe

Wednesday, July 20, 2011

Dalam Hati ada taman...

Dalam Perut ada isi?


Eh! Eh! ke situ la pulak mummy lin ni...belum lagi..belum masanya lagi untuk beri azryl adik supaya dia senang buli.hehehe..Perasaan untuk merasa kembali ada nyawa di dalam badan me tu membuak-buak..tapi keadaan luka c-sect tu yang membuatkan me tahan niat itu dahulu...


Kalu boleh biarlah rahim itu cukup sihat dan kuat bagi anak me supaya tidak ada masalah komplikasi dikemudian hari.

Tujuan me menulis entry berkaitan hati ini cuma sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati.setelah hampir setahun jugakla me tahu me dimadukan..hidup me sebenarnya tak banyak berubah.Perhubungan jarak jauh antara me dan suami..sememangnya penuh panca roba.Masakan tidak,sewaktu suami tak ada, kitalah ibu, kitalah bapa buat azryl.Me angkut kesana-kemari anakanda me yang satu itu.Adakalanya, badan melolong-lolong mintak direhatkan tapi kekangan tugas tidak menghiraukan sang badan yang merayu-rayu supaya direhatkan.

Sungguh,sememangnya besar tanggungjawab kita sebagai isteri dalam menggalas cabaran keseorangan di kota metropolitan tanpa suami disisi.Perkahwinan bukan sahaja membawa maksud ikatan halal bagi sang arjuna dan dewi cinta ..ia membawa maksud lebih dari itu.Nak-nak me terpaksa rela juga dimadukan walau hati ini tidak rela.


Tapi, semua itu cukup menjadikan me tabah dan cekal walaupun ada kalanya me ingin menyerah kalah....Menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...

Walaupun begitu, Jodoh kami berdua tetap kuat sehingga kini..Dan harapnya terus kuat sehingga bila-bila..

Walaupun sentiasa dihujani dengan pelbagai masalah..namun me masih lagi waras dalam menyusun langkah buat hari esok dan seterusnya.Me tak mahu merancang baik dari segi apapun.kerana tak selalunya yang dirancang itu akan menjadi.Biarlah semuanya datang secara semulajadi..baik dari segi apa-pun.

Setiap maslah yang dihadapi..mnemberi kita sebuah ruang untuk berfikir dari sudut dimensi yang lain dan seharusnya kita bersikap positif atas setiap apa yang berlaku.

Semoga kita para ibu yang mengalami nasib yang sama seperti me, yang menghadapi perhubungan jarak jauh atau pun dimadukan lebih tabah menghadapi liku-liku hidup yang mendatang.Itu lumrah kehidupan.

3 comments:

shaliza said...

hidup perlu diteruskan....kadang kita kena nampak kuat untuk orang kan...huhu dalam hati hanya Allah saja yang tahu...wanita mmg kuat sebenarnya.

linziana said...

dari segi rohani ye shaliza kita lebih kuat sebenarnya..badan kita memang direka untuk menahan segala macam kesakitan ...

Wanita Timur said...

sedih gak baca entry awak ni...
apa2 pun memang betul .. jadi ibu dan mummy banyak cabarannya...
terluka hatimu itu semoga ada obatnya nanti..
semoga allah memberi kekuatan , kesihatan dan penghidupan yang baik untuk awak ye.. insyaallah..