Entry yang dipaparkan ini tiada kaitan langsung dengan hidupku yang semua sedia maklum hidup bermadu.kalu ada yang bertanya "Takkan tak ada sikit pun?"
"heheh"..jawap ku tidak.kerna,matlamat hidup ku bukan bergomolan dengan suamiku, bukan juga duduk dibawah ketiak suamiku semata.Hatta aku kini mempunyai matlamat hidup yang lebih penting dari itu semua.
Apa yang lebih penting kita sebagai ibu ini kalau tak lain dan bukan menyediakan kehidupan yang hampir sempurna buat permata amanah Allah ini bukan?
(Yang lain itu me tolak tepi.Tak ada masa nak memikirkan Apalah laki aku buat dengan bini tua nun jauh di Perlis.Nan ado.Masa ku setiap hari dihabiskan dengan memikirkan apa yang perlu dibuat untuk esok, minggu depan , bulan depan dan tahun depan)
Tak lama lagi hwang tejha bakal memasuki alam pre-school, budjet dan sekolah yang sesuai me dah mula survey-survey..huhu..sesungguhnya ongkos memang perlu dibajet kalu tak nak berpeluh dikemudian hari.
Tipu jugak la kalu ada di waktu ketikanya me tak merindui laki me tu.ado mase-masenye namun masa amat mencemburui me.Lepas balik kerja , melayan kerenah azryl , mak ai barulah terasa segala otot sendi ni mintak direhatkan.tahu-tahu jer malap dan sedar keesokkan pagi.Tv pun mak tak sempat tengok nak..
Oh..muqadimah me terpanjang plak..hehehehe...Apa yang me nak ceritakan ini ialah..
Me memang CEMBURU Buta dengan Pengasuh me.Dilema bagi seorang ibu yang bekerja ialah anak kita lebih rapat dengan pengasuh.
Bayangkan bila sampai jer rumah pengasuh azryl terkinja-kinja melompat suka.Lain pula bila me amik dia time petang , dia leh wat tak tahu kat me.Kepala me dilanting-lanting nyer.lain pula dengan pengasuhnya...siap dicium-ciumnyer..adoyaii..cemburu mak nak...
dilemma la mak yang bekerja ni...rasa cam tak adil plak.Tapi tulah nak buat macam mana.Itu realiti yang harus diterima.Masa yang anak luangkan bersama pengasuh lagi lama dipada masa yang diluangkan bersama kita.Kalu buleh weekend tu memang me nak semaksimum mungkin bersama dia.
Tak ada yang lebih penting dari itu.Alahai anak..kalu mummy leh bekerja dari rumah alangkah heaven nye...hidup kan?
Tuesday, July 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
betul la tu...dilema mak2 yg bekerja. Jeleskan, lagi terasa bila pengasuh dok kata hmmm budak ni bukan nak mana ngn ibu dia...huhu sodihhh sungguh.
itulah senario yg trpksa d'tempuh oleh sume ibu2 yg bkerja. Tp nk wt mcm'ne kn...tp yg pentg utamakn kualiti drpd kuantiti;-)
tu la shaliza..kita nilah yang dok membayo kat pengasuh dia nun..
Sedih bila tengok dia baring atas riba pengasuh tanpa disuruh.huhuhu.
alangkah bahagianya kalu dia wat cam tu kat kita..hilang semua letih
@nur-hati tak rela namun terpaksa redho.
Biasala masa dia lg byk dgn pngasuh :)
U rock mommy win ur son's heart :)
Apapon dia ttp anak emaknya kan hehe
@nana- yup senario tu memang biasa tapi dah perasaan emak ni kalu anak wat cam tu kat kita alahai semua penat hilang.
Tulah kalu boleh kena luangkan masa yang banyak dengan dia..supaya dia tak rasa kena tinggal...
Post a Comment