Subscribe

Thursday, January 3, 2013

The ugly truth

Salam tahun baru ..tiada apa yang me nak perbaharui pada tahun ini kecuali mengharapkan mega mendung yang menyelubungi hati ini cepat cepat  berlalu pergi....

Walaupun masih ada insan di luar sana masih kurang mengerti apa yang termaktub di dlm hati ini dan beranggapan buruk terhadap  me and suami...tidak ada apa yang boleh me lakukan...hidup perlu diteruskan dan me tidak meminta ihsan dan simpati juga...cukup mahu menjalani hidup ini dengan dikelilingi oleh insan -insan yang tidak berprasangka dan tidak prejudis..namapun insan atau manusia biasa....biasalah tidak sempurna..apabila kita mula belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain barulah suatu hubungan itu dapat dibentuk tanpa prasangka dan tidak propa semata...


sudah melalut panjang ...huhu ..sebenarnya me ingin bercerita tentang sebuah parut.Dekat badan me ini terdapat bermacam parut...Setiap parut ada kisah disebaliknya..dan parut yang paling memberi kesan didalam hidup me sepanjang masih bernafas di muka bumi Allah ini ialah parut pembedahan arwah mikhail.Parut ini meninggalkan seribu satu kepahitan di dalam hidup me.Sebelum ini me hanay mengikuti kisah ibu ibu tabah yang kehilangan anak mereka..ada yang akibat penyakit yang sukar diubati, akibat kemalangan, kematian di dlam perut dan sebagainya....Dan tidak terlintas langsung di dalam hati me , bahwa me juga mengalami nasib yang sama..Seluruh kekuatan yang ada di dlam diri me hancur sama sekali..hampir me tidak boleh bangun disebabkan ujian yang maha berat ini...Namun siapalah kita untuk menentang takdir...

Seperti me yang berkahwin dengan suami me yang jauh bezanya dengan me, dan dimadukan..semuanya telah tertulis.Bukan kehendak tapi ini semua telah tertulis sejak azali lagi...



Arwah mikhail kini berada dibawah jagaan nabi Ibrahim dan telah melupakan me juga kerana berada di syurga bersama anak-anak syurga yang lain..mana mungkin dia mengingati kita yang masih dibumi ini....


Dan kini parut yang suatu ketika dulu menegeluarkan nanah bak mata air..kini telah pulih..belum sepenuhnya pulih...kerana melahirkan arwah mikhail disertai dengan komplikasi ..komplikasi ini telah menyebabkan dr yang tak berapa bagus di hospital seremban menjahit luka pembedahan di perut ku dengan hudoh sekali..tak percaya ..ha tengok gambar kat bawah..Gambar itu menunjukkan sebahagian dari jahitan yang merupakan sepanjang lengan orang dewasa.Hudohkan..Ketika gambar ini diambil..luka ini masih baru..masih berair...dan jahitan masih belum dibuka....



Memang me rasa berbanding HKL hospital seremban tidak begitu bagus didalam bab kes yang mempunyai komplikasi sebegini....kaki kanan me masih lagi sakit..bahana suntikan epidural yang dilakukan oleh mereka..tidak begitu tepat menyebabkan me masih tidak dapat berjalan dengan betul..kaki me masih lagi bengkak.masih lagi tidak boleh pijak tanah dengan betul...Dan me masih lagi berubat...kini me ambil kaiedah semulajadi rawatan homeopathy..drug free..tak mahu urut-urut..hari tu makcik urut tersalah urut buatkan kaki me bertambah bengkak lagi..nasib badan...




Kini..yang lepas..telah pun lepas...semakin lama masa berjaya mengubati luka me...walaupun emosi me boleh dikatakan kurang stabil lagi....Semoga diri ini diberikan kekuatan bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang tinggal ini...

Dan me tidak serik untuk mengandung lagi...bukan sekrang..biarlah badan ini pulih dari segala kecederaan dahulu...dan pembedahan adalah pasti untuk kelahiran akan datang..takplah me redha.. :)


Menjadi ibu adalah anugerah terhebat di dalam hidup setiap wanita bukan?

P/s:Bulan satu..bulan yang juga membawa makna didalam hidup me dan suami...hubungan yang banyak ditentang oleh banyak pihak ini bakal mencecah 8 tahun...Kalu arwah mikhail ada lengkaplah keluarga kecil kami...huhu...Namun begitu Allah pasti ada perancangannya khas buat me...kan?
Semoga ikatan ini terus kukuh walau sehebat manapun tsunami melanda...

9 comments:

Unknown said...

subhanallah lin..teruk tu..xcantik diorg jahit..semoga lin cepat sembuh..jaga diri ye lin..

WE said...

haish...teruknye!! mcm dah tersembul WE tengok...seriauuuuu je nengok bekas jahitan tu

shaliza said...

AllahuRabbi...tak sanggup nak tengok Lin, saya doakan cepat sembuh. Dan Lin juga kembali ceria seperti biasa.

linziana said...

seriau kan?huhu..memang seriau..even me sendiri tak sanggup tengok

hawanie said...

takpe lin..nnti bleh ilangkan parut kesan jahitan tu..mcm2 product skrg..yg penting Lin terus kuatkan semangat..hebat betul dugaan utk Lin..Betapa Allah terlalu sygkan Lin..

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Ya ALLAH camtu sekali ke dia jahit..seram tengok lin..semoga cepat sembuh ye Lin

Cik Aann said...

Salam kak.. boleh tak saya nak mintak email akak.. I have something that I need your advice.. thank you.. email saya aann6485@gmail.com.

semoga akak sentiasa tabah dengan dugaan Allah ni.. Allah hanya bagi dugaan pada orang2 yang dia sayang,, Alhamdulillah..kasih sayang Allah sentiasa ada dengan akak...

alyalyana said...

you leave foot print in my blog last 2 years and now i come back after a long time....lots of thing to catch up with yours =)

~saya doakan semoga awak cepat sembuh~ =)

linziana said...

Hi I'm happy being alone..my email add is norlinziana@gmail.com.