Subscribe

Friday, July 23, 2010

IBU

Tugas berat yang perlu digalas di bahu seorang wanita............................
Mendidik,mengasuh, menjaga permata hati yang dikandung selama 9 bulan dengan tanpa rasa jemu...


Hebatnya wanita,walaupun anggota tubuh badannya ditoreh, dihiris,dijahit ..tapi dia tetap utuh dan boleh berdiri diatas kaki sendiri..demi anaknya yang tercinta...

Jikalau anaknya menangis...diusap lembut ubun ubun anaknya memujuk dengan kasih sayang..walaupun seharian penat bekerja dan menguruskan rumahtangga...

hai anak...

Ibu ini tidak meminta kamu membalas setiap titik sarah yang keluar sewaktu melahirkan mu,
Tidak pula ibu ini meminta membalas setiap jam yang dihabiskan sewaktu malam hari sewaktu menidurkan mu,
Dan tidak juga ibu ini meminta membalas setiap sen yang dikeluarkan untuk keperluanmu sehari-hari...
Kerana ku adalah ibumu sayang.....

Jikalau kamu menangis, hati ini bagai dihiris hiris sayang...
seandainya kamu sakit, tidak putus putus ibu ini berdoa agar sakitmu sembuh dan kalau boleh biarlah ibu yang menanggungnya....
Kerana ku adalah ibu sayang............

Oleh itu....anakku,
Ibu ini hanya mahukan yang terbaik buatmu,seandainya kamu tersasar dari landasan kebenaran pabila dewasa nanti, jangan takut sambutla tangan ibumu, ibu senantiasa bersamamu nak walau dimana saja kamu berada....


Kasih ibu terhadapmu tak pernah kurang walau sezarahpun sayang.....
Semoga hidupmu sentiasa dirahmati oleh YANG Kuasa......

0 comments: