Subscribe

Monday, July 5, 2010

26.01.2006

Hi peeps.....

This entry is about my marriage journey for the past four years.Bukan hendak membuka pekung didada, mahupun mendabik dada diatas apa yang ku telah lalui selama 4 tahun ini, tapi untuk dijadikan iktibar dan panduan bagi golongan muda di luar sana jika hendak membina rumahtangga.Entry ini juga khas untuk anakku azryl .Moga sayang jadikan pedoman pabila dewasa kelak.

Seprti yang telah sedia maklum...seluruh rakan uni ku tahu bahawa aku bercinta bersama dengan seorang pemandu bas di tempat ku belajar dahulu.Percintaanku ditentang hebat oleh kedua org tuaku sendiri bahkan di tempat ku belajar juga aku dipandang serong.Kerana?

1.Dia suami org.

2.Dia berumur .Perbezaan kami lebih kurang 15 tahun jaraknya.

3.Taraf pendidikan yang jauh lebih rendah dariku.


3 faktor utama yang menyebabkan aku di 'mark' sebagai pelajar bermasalah, anak bermasalah.Akibatnya?

"Nasi lemak buah bidara,
dimakan dengan gulai ikan,
buang emak, buang saudara.
kerana cinta kuturutkan".

Kedua ibu bapaku sangat murka diatas kelakuanku itu,tapi kupekakkan telinga, ku turutkan rasa dan firasat hati.Entah mengapa hati ku kuat mengatakan jodoh aku dan suamiku sekarang amat kuat.Di sebabkan tindakan aku yang sedemikian rupa, maka bermulah episod drama tyang amat tragis dan sedih.Bapaku mengambil keputusan untuk membuangku jauh jauh.Dia juga telah telefon di universituku supaya berhentikan aku dari terus belajar.Kebetulan sewaktu itu aku masih melakukan latihan industri.Pengarah ditempat ku belajar itu pun mengambil keputusan untuk membuangku dari menruskan latihan ku disana.Perasaan?Pedih yang amat pedih.Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ku dikala itu.Aku mempertaruhkan masa depanku untuk bersama dengan org yang ku fikir boleh menjagaku sehingga akhir hayat.

Namun begitu,Tuhan masih sayangkan ku.Di buka kan hati Dekan ku untuk berunding dengan bapaku supaya membiarkan aku terus belajar.Dia sendiri memantauku didalam pelajaran.Yang anehnya...aku gembira didalam duka.Gembira kerana , bapaku tidak lagi mengongkongku.Duka?Ku kira, ku ini anak durhaka namun tidak terlintas olehku untuk menjadi sedemikian rupa.Bagiku aku tidak mempunyai apa-apa kesalahan kerana bercinta dengan suamiku sekrang.Pandangan masyarakat membuatkan kami dipandang serong.Akibat dari tindakan bapaku,
" Kami berkahwin secara senyap di Thailand"
Now , ingin ku ingatkan disini, ini ialah option terakhir jikalau mati kutu tidak ada pilihan lain.Dan anda perlu bertangungkjawab diatas segala tindakan anda.Jangan salahkan sesiapa jika perkahwinan anda tidak berjaya kerana ini jalan yang anda pilih.

Sepertiku tarikh 26.01.2006 ialah tarikh keramat bagiku.Ku masih ingat lagi, hari itu hari khamis.Aku masih menjalani latihan praktikal tapi keputusan yang aku ambil untuk berkahwin telah aku fikir sedalamnya.Since my family already discard me from them, i was left alone.By marrying m husband i felt secured.Since i faced a lot sexual harassment during my practical session, my husband decided to marry me.His first marriage?well its over.
Dari pandangan mata kasar, orang akan mengatakan aku perempuan murahan....tapi ku percaya pada ketentuan, dan jodoh.Tidak terlintas olehku langsung untuk mengambil hak orang apatah lagi mengahwininya.

Perkahwinan ini lebih kepada, saling memperbaiki kelemahan masing-masing.Suamiku telah bertukar menjadi seorang penyabar, dia rajin mengerjakan solat, dan rajin menziarahi pusara kedua ibu-bapanya.


Banyak sungguh perubahan keatas dirinya.tiada lagi sikap panas baran...dan aku?telah bertukar menjadi seoarang yang lebih kental menharungi segala dugaan dan cabaran.

Berbalik kepada hari khamis itu.....

SEbelum kami mengambil keputusan berkahwin, suamiku telah merujuk di jabatan agama perlis, bagaimana hendak berkahwin dengan ku.Pegawai sana mengatakan boleh berkahwin di perlis dengan syarat mereka akan menghantar surat kepada wali yakni bapaku sebnyk tiga kali.Jikalau bapaku gagal menghadirkan diri ,kami buleh berkahwin tanpa wali, dengan menggunakan wali hakim.Namun bapaku tidak setuju untuk menjadi wali lalu jatuh kepada adik lelakiku.Since adik lelaki ku belum baligh lagi, maka dia tidak boleh menjadi wali.

Disebabkan suasana panas sewaktu itu, dimana bapaku masih lagi menyerangku tidak berhenti henti maka sebab itu kami berkahwin di Thailand...aku pasrah...kosong dan entahla...perasaanku bercampur baur.........

Pada jam 2 ptg selamat aku menjadi isteri kepada suamiku sekarang,Aku bersujud syukur didalam kesedihan, dan suamiku berkata kepadaku"Abang tahu , sepatutnya sayang bersanding diatas pelamin, dihias umpama puteri, berarak bersama paluan kompang, tapi abang tak mampu,abang hanya boleh berikan hati dan kasih sayang ....harap syang sudi menjadi isteri abang sehingga akhir hayat"..Berhamburan air mataku jatuh ketika itu...
Aku hanya mengangguk.Dalam hati ku tak putus putus berdoa sehinggalah sekarang agar jodoh kami panjang dan hubungan kami tetap utuh walau terpisah beribu batu.......

Disebabkan kami tidak menpunyai cukup duit untuk membayar denda kerana bernikah diluar negara, dan aku sewaktu itu baru menamatkan pelajaran ku, kami menangguhkan sehingga tahun lepas, dimana akhirnya kami telah mendaftar perkahwinan kami di pejabat agama di MALAYSIA.
Ya, kawan kawan, ku berjaya menamatkan pelajaranku dan mempunyai kerja yang elok.Dan Aku juga telah kembali kepada kedua ibu bapaku..setelah sekian lama.Sepanjang perkahwinan kami, kami tidak menyusahkan sesiapa, susah senag kami harungi berdua.\ tanpa minta simpati sesiapa.Dengan kehadiran Azryl, menyebabkan hubungan ku dengan kedua ibu bapaku kembali jernih.Walaupun ku tahu disudut hati kecil mereka, mereka tidak menyukai suamiku namun mereka cube menerima hakikat yang aku kini milik orang.

Kepada Azryl, suatu hari nanti kamu akan belajar mencintai seseorang...dan mengahwini seseorang, nasihat mummy kepadamu syang, bawalah mummy berjumpa dengannya, kita berbincang dari hati ke hati,mummy tak mahu kamu mengulangi apa yang mummy telah lalui....
Kepada saudaraku diluar sana , ini ialah perjudian hidup yang tiada kompromi.Sebelum melakukan sesuatu, kamu mesti ingat tiada istilah berundur atau dan perlu bertanggungjawab diatas setiap perbuatanmu.Buktikan yang kamu mampu buat.Jangan ditengah jalan pabila ada ujian melanda kamu angkat kaki...

Sebagai ibu bapa mereka hanya inginkan yang terbaik, yang nereka tidak mahu melihat anak mereka kembali kepada meraka menangis setelah berkahwin mengejut ....si suami pula lepas tangan meninggalkan isteri terkontang kanting..tanpa hala tuju.Pelajaran harus diutamakan.Jangan kerana ada masalah sejemput ,kamu tidak mahu belajar .Pelajaran adalah tiket masa depanmu.Usah sia-siakan.Sentiasa merendah diri , dan jangan ade hasad dengki di dalam dirmu nescaya TUHAN akan sentiasa bersamamu.

Semoga kisahku dijadikan iktibar dan pedoman......wallauhalam..... :)





2 comments:

S.A.L.J.U sha said...

salam lin...

comment sha ni terpulang..lin xpaparkan pun bagus. sha hanye menulis memberi semangat pd lin.

dr comment lin pd sha ttg berjauhan tu...tibe tibe lin buat sha bertanda tanye....hingga la sha terjumpe entry2 kisah ni.

maaf terlebih dahulu, jika sha commentkat entry yg menjadi kosah pahit lin.

setelah sha baca2...

sha kagum ngan lin.

rupe2 nye lin lebih byk menjaga bersama azly sendirian tanpa hubby bersama.....jika dbandingkan kami yg berjauhan keraja kerja.

tp lin berjauhan kerana kerja dan juga sesuatu sebab lain.

sabar lah lin... dugaan ini ade hikmahnye.
harap azly menjadi anak yg baik menyayangi mamanye sehingga tiada tandingannye...bile kelak dia mula faham kahidupan ini.

lin hebat boleh uruskan azry sebaik sesihat azry skg.
kerjaya lin pun bagus..ape2 pun teruskan kerjaya lin dan tinggakkkan demi masa depan lin dan anak.

perempuan zaman skg mmg perlu ade kerja...ape2pun tu la backup kewangan sendiri jika ape2 berlaku untuk membesarkan anak2.

pepun.. lin sesuatu yg lin kongsikan d sini ade pengajarannye.. bukan mudah mahu membuka kisah yang dsimpan lame.
semoga lin terus tabah dan menemui jalan kebahagian yang lin dan keluarga inginkan.

linziana said...

sha , tetiba jatuh pulak air mata lin...yer sha lin tak kisah apa yang orang lain nak anggap..buruk ke lin mahupun gelarkan lin parasit..tapi itulah hakikatnya...lin tak buleh menyesal.Kerana apa yang lebih penting sekarang azryl...demi dia lin telan semuanya.semuanya sekali sya...nak menyesal pun tiada guna..as lin telah mula redho dengan ketetapan yang Dia telah tentukan.

Thanks sha..sebab sudi jadi kawa lin. :).Lega rasanya walau kita tak pernah bersua muka namun kita dekat pulak dihati.