Subscribe

Wednesday, December 28, 2011

Kisah krim Hilangkan Parut

Al kisah suatu hari mummy lin berjalan-jalan di sebuah pasaraya...tak la besau mana pasaray tu cumanya mummy kalu shopping tak suka sales girl atau sales man membontoti buntut lebau mummy ini.hoho..tapi maybe itu kerja depa dan rasanya kerja depa pun kena biarkan pelanggan bersendirian mengira budget dulu sebelum membeli..tul tak..Usah diasak..kalu tak nanti elok-elok customer nak beli tak jadi beli.


Ok berbalik kepada krim hilangkan parut ni..Ada satu jurujual mendekati mummy..time tu mood tak berapa nak elok.Saja buat window shopping untuk hilangkan stress.Bagi pompuan jalan-jalan cuci mata tengok barang yang berkenan dihati tu kiranya macam pil penenang la kot kan?kan?kan?

so mamat ni pun try la pancing me.."kak mehla tengok and try krim hilangkan parut ni kak, parut luka, stretchmarks,parut jerawat..boleh hilang kak.."sambil dia tersenyum memandang mummy.

bagi mummy pulak time tu mood tak berapa la baik sangat" So mummy cakap balik kat dia"dik macam mana nak pakai krim ni kalu luka kat sini masih berdarah lagi..sambil mummy tunjuk dada mummy.(refer ke hati la tuh)..Ternganga sekejap jurujual tu.Mummy pun angkat kaki and cau tanpa menoleh pun ke belakang .hehehehehe


:)

Lawak tak?ke tak berapa nak lawak?

Anyway buat teman blogger,..(kalu masih ada yang baca blog ni)me rindu banget sama kalian.Rasa dah lama tak menulis.Blog dah macam rumah percutian mummy disaat hati ini runsing tak ketahuan.

Walaubagaimanapun , segalanya harus bisa ditempuhi dengan hati yang cekal tak gitu?

Till then ya folks!muah!

Wednesday, December 21, 2011

Sebelum tido..Senyum dulu






:)

Ok dah senyum!Actually, setiap malam memang my routine to spoke softly to my hwang teja to tell him how much i love him, how much he meant to me, how wonderful to have him as my son..will kiss him madly till i made him uneasy with my smooching activities.hohoho.

Namanya pun berdua kan..So time tido is my best time to straighten our bonding.mother and son bonding..I always tell him to be a good boy whenever i am not around,Please be a good son , a good friend, a good brother later on..He will just simply angguk.hehehe.

Anyway Sebelum dia tido mesti nak me polok dia.Dalam Pada tu me suka snap gambar dia jugak.TErsipu-sipu menyengeh macam kerang wangi.hehehe.Dah gosok gigi ma, mestilah wangikan?
Dah dia lena, baru me buleh wat aktiviti lain.Tengok citer korea sambil minum nescafe.What a day!


Lagi sebulan lebih dia bakal berusia dua tahun..lepas tu tiga dan empat...and the counting will still on going ..How time zoom so fast.

I hope i can still preserved this mother and son bonding walaupun dia dah besar but opcoz with different approach later on.Cara nak tackle anak bujang mesti dah lain pulak nantikan..hmm..me Hope for the very best..

Tak sabar nak cuti panjang next week. :)

Friday, December 16, 2011

Macam Pop Corn.

Hoho..

I think most of my blogger friends as well as my colleagues semuanya dah selamat melahirkan anak.Macam Pop corn.Kenapa me cakap macam Pop corn?Sebabnya tak berhenti henti.At least once a week me mesti dapat sms mengatakan mereka sudah selamat melahirkan.hehehehe.So sweet.Macam Pop corn jugak.(teringat Pop corn GSC MID VALLEY)

Anyway , Kompom la ada sok sek sok sek tanya , woi ang bila nak tambah umat pulak.Aku dah second round dah nih.Amboila cheq..Hang takpa la, laki hang dok sedia ngan hang hari-hari.Laki cheq ni PJJ.Rezeki anak, datang nya dari DIA, Bukan tak mau,cuma belum masanya kot.Mungkin keadaan azryl perlu stabil dahulu.Biar dia polok cium puas-puas dulu mummynya ini. :).

Kepada teman yang selamat melahirkan, tahniah dan alhamdullilah me ucapkan.Amanat Yang ESA ini marilah sama-sama kita bajai dengan penuh kasih sayang dan kecintaan.

Lastly, Happy weekend!!Muah!

Lots of love from mummy and azryl.

Tuesday, December 13, 2011

One after another

Just a little update from mummy azryl..

Azryl kena attack pulak by rashes yang tak la berapa teruk sangat dekat kedua dua belah tangan dia.Oh my.Lucky i save Elomet cream at home.Calamine lotion tak jalan.This cream is the best to treat Rashes.

By the way Azryl sudah setahun sepuluh bulan semalam.YEay! I am happy coz aside from the rashes he is one healthy young man. :)

Gosh! i miss him already.


Hmmm..till then folks!!!

Wednesday, December 7, 2011

Bangga Menjadi Rakyat Malaysia

Hello!


Topik Pada hari ini ialah saya bangga menjadi anak Malaysia.Kenapa?Bukan sebab kita dapat emas sukan SEA, tapi sebagai manusia saya dambakan kedamaian.Walau pun pernah negara ini dilanda provokasi oleh pihak-pihak tertentu namun Hakikatnya kita tidak perlu tidur dalam ketakutan dek gempa bumi, dek bom oleh pesawat pejuang..Kepelbagaian kaum di negara ini tidak menjejaskan keharmonian kita sebagai rakyat Malaysia.


Ini Pesanan mummy buat Azryl jugak.satu hari nanti kamu akan dewasa.Satu hari nanti kamu akan berkawan.Nasihat mummy berkawanlah dengan semua orang tanpa perasaan prejudis pun terhadap mereka.Pandai-pandailah kamu membawa diri.Jangan tersilap memilih kawan.

Bagi mummy, mummy memang banyak rakan-rakan yang datang dari bangsa lain cina, india , kadazan, Italy, australia,Uk, sebab mummy bekerja di dalam syarikat yang multi culture.Tapi Kami saling menghormati akan adat dan budaya serta agama masing-masing.Santapan roti canai teh tarik memang tidak asing buat kami..Malah di dalam kantor mummy ada surau untuk umat islam bersembahyang.Dan setiap perayaan setiap kaum kami sambut dengan hati yang gembira.Makanya nak, kamu juga harus begitu

Kalu kamu berkesempatan Tontonlah filem Hati Malaya itu.Bagi mummy sejarah yang sudah lama dilupakan hidup kembali didalam cerita itu.Kamu harus minat sejarah seperti mummy.Sejarah membolehkan kamu menaakul balik di atas segala tindak tanduk kamu di kemudian hari.Bagaimana kita dulu hati nya sama walaupun rambut berbeda,Bgaimana nenek moyang kita berhempas-pulas dalam menuntut kemerdekaan.
Tahu tak azryl idola mummy dalam filem itu tak lain dan tak bukan Allayarham Tuanku Putra abdul Rahman?Selami erti kemerdekaan dengan setelitinya nak.

Jangan biarkan anasir anasir kuning meracuni pemikiran kamu sehingga boleh menjejaskan keharmonian kita sebgai rakyat Malaysia.Mungkin azryl tidak tahu, Dunia luar amat mencemburui keharmonian negara kita.Sungguh! tidak tipu.Masakan tidak , kita bebas menghirup udara ditempat sendiri walhal Palestin terpaksa meminta sedekah di negara mereka sendiri.Anak-anak muda disini mendapat peluang belajar sama seprti yang lain.Tapi tidak di somalia.Mereka terpaksa memikirkan berapa butir nasi yang buleh dimakan agar tidak mengalami kelaparan di minggu-minggu akan datang.Tengok? Betapa Beruntungnya kita sayang?

Makanya nak jangan disiakan peluang yang ada.Pilih jalan yang sebaiknya.Sesekali terkehel di perjalanan hidupmu takpa..kerna pengalaman mendewasakan kamu.Letakla AGAMA mu itu ditempat yang tertinggi didalam dirimu kerna ISLAM adalah agama kedamaian.Jangan takut dan gentar kerana kamu anak lelaki mummy danwira negara ini di generasi akan datang.

Jangan sesekali kamu lupa akan asal usul tempat mu .Tanah tumpahnya darah kita sayang ...MALAYSIA....

Tuesday, December 6, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga.Jom yuk! kita berias!

Salam sayang mommies!especially la kan..sebab blog ni pun lebih kepada cerita mok-mok,cerita keluarga, cerita anak, cerita gossip (ini kengkadang), cerita 18 sx( Ini juga kengkadang)..namun secara keseluruhannya memang cerita seorang wanita yang sedang kuat berusaha untuk memperbaikkan diri demi menjadi seorang ibu, isteri , kepada sebuah keluarga kecil.Insyaallah..


Ok berbalik kepada betapa berharga dan pentingnya wanita sebagai tunjang utama keluarga sering kali kita mengutamakan orang diseliling kita .Dalam konteks kita sebagai mak, op coz la anak adalah segalanya.Once wanita itu dah berkahwin memang dah tak pakai dah segala make up( ini saya..kalu yang lain me kurang pasti), baju berbranded, kasut mahai(Selalunya me pakai sandal.No high heels), oh Bab penjagaan muka amatlah ringkas hanya cukup dengan pencuci muka sahaja.


lama kelamaan, wajah jadi tidak bermaya, kulit menjadi kusam, dah wujud beg mata (eye bag)Badan pulak ..?Amboi semakin gebu gitew.

Bagi me, zaman anak dara dulu tak banyak bezanya dengan sekarang kerana me bukan suka berdandan.Habis kuat me buat curl rambut, kengkadang rebond, kengkadang color..itu sahaja.Tentang wajah pula tak pernah dan tak suka pakai krim.Kulit mak dah memang tak do jerawat.alhamdullilah.Jadi me kurang titik beratkan bab wajah.Tak pernah pakai losyen pun.Bab baju plak.asal senang sarung sudah.Environment kerja juga memberi kesan dalam fesyen me ke kantor sebab?semua lelaki yob!kerja kasar dan juga pakaian beretika bukan menjadi isu besar di tempat me.Sebab mat salleh di tempat ni ni asal kerja jalan sudah.Jangan pergi kerja tolanjang bolat udah.heheh


Setelah beranak ni, dan baru mula menyedari usia mahu masuk ke angka tiga polohan..
Timbul satu kesedaran sivik setelah pada satu hari me mentelaah setiap inci tubuh me.Mak ai..pening mak nak!muka udah tiada seri, rambut udah tiada volume,lomak di badan diternak dengan jayanya.. ish..ish..ish...


Jadi di satu hari yang tenang, me ambil kunci , start kereta..zoom ke guardian.Azam baru yob!upacara meng make overkan diri bermula dengan mencari krim muka.(buat pertama kali dalam hidup.Disebabkan pipi dah gebu (macam roti benggali) Me mahu mencari krim yang leh susutkan sket muka ni disamping menyerikan balik muka yang udah kusam ni.

Jeng! jeng! Jeng!MAta terus terpandang BIO ESSENCE (face lift) with pine pollen.(sesekali pakai duit plastik apa salahnya.(duit plasti=kredit card)Me dah naik cemuih tengok muka sendiri.rega dalam 60 hingget sebab guardian ada diskaun untuk 40g.Sesekali memanjakan diri apa salahnya.Since dah lama tubuh ini terbiar...

Jika ditanya berkesankah?Apa seperti di dalam tv ?Jawapan me..ya dong!pertama kali pakai , ia panas-panas sejuk gitu.Barangkali molekul-molekul krim sedang bekerja keras membakar lomak degil di pipi .hehehe.Hasil nya agak memberansangkan walu seminggu pakai.Me memang pakai Bio essence produk untuk pencuci muka jugak.Yang warna gold tuh.bird nest series.Tapi pencuci muka jela .no toner and serum bgai.Dengan harga rm 23.90 , pencuci muka ini tahan 3 bulan lamanya.So not bad la kan.Cuma serum dan krim agak mahai sikit.


Untuk eye bag plak tengok la macam nak beli eye serum bio essence jugak.huhu(Tengah congak duit claim).

Untuk mommies di luar sana, tak kira lah apa brand yang dipakai, at least kita seharusnya tidak buleh abaikan langsung akan diri kita.Ya kita sibuk nak uruskan anak-anak, suami, kerja rumah, kerja di opis, masak bagai tapi, cuba curi masa untuk diri kita .5 minit cukupla.tepek krim tuh.Ha! barulah berseri kan?baru berkondifen sikit bila jalan dengan suami walu tanpa secalit lipstik pun.Ingatla ibu-ibu walaupun kamu tunjang utama keluarga namun kamu juga ibarat warna di dalam syurga kecil mu itu.Biarkan warna-warna itu sentiasa terang dan ceria.Jangan biarkan ia pudar ok?

OH!meh la mak tepek gambo setelah seminggu dua pakai krim nih..hehehe.Tak nyesal mak beli nok!




Jika nak tahu krim bio essence tu rupa macam mana? ni dia



(Mak bukan dibayor ye oleh bio essence cume mak adalah salah seorang pengguna yang agak berpuas hati dengan hasilnya.hehehe)

Ha! Apa kata mommies share produk apa yang mommies sekalian guna?
sharing is caring kan...?hehehehe..


(Anyway akan datang me akan post something about menghapuskan lomak degil nih.Tapi me nak tengok hasil nya dulu dalam sebulan dua ni baru me akan post)


Till then ya!

Monday, December 5, 2011

Pelajaran Hidup.

Selamat Pagi semua!


Mummy azryl ingin memulakan hari senin dengan sedikit pelajaran yang mummy dapat dan ingin berkongsi dengan para mummy yang lain.Kisah ini berlaku terhadap mummy sendiri yang mana mummy sendiri terkedu setelah mendapati ada kebenarannya disebalik kata-kata yang hasil perbualan mummy dengan seorang wanita yang berketurunan cina.Perbualan ringkas dan singkat ini memberi mummy satu pengajaran baru buat mummy bagi menjadi "bookmark" dalam mummy menjadi ibu azryl.

Senario perbualan mummy bermula dengan rengekan azryl yang seperti biasa mahu bermain sudu dan garfu.Dia langsung tak mahu nak makan ,Apa yang me suap semua diluahkan balik.Bila berada di kedai memang agak segan nak memarahi si kecil di khalayak ramai.Me menggetap bibir dalam diam.


Tapi fiil azryl menjadi-jadi.Wah!bikin hati mak panas dong!Lalu terkeluarla suara garau me dan azryl apa lagi...mula la dramanya..WAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!.me biarkan aja kerana me tahu dia akan berhenti.Lagi dipujuk lagi kuat.Oh semestinya!

Ha..memang betul tak lama lepas tu dia diam.Lalu me didatangi oleh wanita yang sudah agak berumur ini.."I think u trained him quite well.Usually some children will cry for hours and the parent didint do anything to stop them." ME pun pelik.dalam hati "Eh nyonya ni perli aku ker?"hehehehe..

Anyway yang membuat mak sentap bila dia cakap macam ni"We adult already forgotten that we used to be kid long time ago.We should know how to tackle our children.After all they are our own blood and flesh right?"..huhu time ni mak rasa nak nanges ok?
Dia sambung lagi,"After all in their world there is no such thing right or wrong..they just want to explore.We should channel their curiosity in the right way"sambil tersenyum...Me mengggiakan banyak kali." Kau betul sungguh nyonya!Sungguh!


perbualan yang singkat itu betul betul memberi impak yang dalam buat me.Kekangan masa, keletihan akibat seharian bekerja dan merempuh kesesakan lalu lintas yang menggila ..membuatkan kita hilang pertimbangan apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang baru bermula hidupnya.

Me minta maaf banyak kali dekat azryl.huhuhu.ternanges plak me situ.Ya, dia bukan jenis anak yang banyak ragam.Dia tidak minta barang mainan ,tidak pula merungut bila terpaksa berhujan panas dengan me.Malah sering melontarkan senyuman dan gelak ketawa yang ikhlas terhadap me apabila me datang menjemputnya di petang hari.

Jadi..masih banyak yang perlu me belajar.dan akan terus belajar.Semahunya me mahu menjadi ibu yang terbaik buat anakanda me yang satu itu.Kepada-Nya me memohon agar dipermudahkan segala-Nya....

Thursday, December 1, 2011

Esok Kamek Tak da...

Teehehehe...





Mak nak p kenduri kahwin Edward dengan Isabella swan tu.Hangpa kenai tak?Jemputan exclusif sebab berbayor.hoho..musim Mengawan kan la ni..tak terkecuali jugak la depa berdua...


Poster kahwin melotop kau.Cer tengok nih:



(Credit to google)


Rata-rata yang p, kata kenduri depa meriah.Mak pun nak jugak rasa p kenduri celebrity( oops!sudah melalut di situ)


U olls dah tengok?Rata-rata kata best gilos.hmmm....see how la after tengok kan.hehehe

Wednesday, November 30, 2011

Hasil Yang Memberansangkan dari Pediasure Complete

No more Cough!

Weight gain yang sangat memberansangkan bukan obes yer kengkawan, tapi chubby di tempat yang sepatutnya.Selera makan dah ok since sakit hari tu.Semakin riang gumbira dan banyak bercakap walau sedkit sahaja yang buleh me faham.

dia lebih cergas dari biasa.Bagi ubat yang berbentuk pil pun ok (since azryl masih lagi on dexamethasone).Hanya campur didalam susu ini dan ready to go.


Kalu apa persoalan seperti..:"Eh susu mahal ni?ko takpe la gaji banyak.Jawap me(alhamdullilah gaji banyak...(ORANG DAH KATA KITA AMINKAN AJAwalu tak banyak mana pun-kata-katakan doa?heheeh))- hujung bulan i sangkut jugek seprti yang lelain.


dan kalu ada yang bercakap seperti ini: (Kau promote la susu apa pun susu ibu tetap yang terbaek)-betui!tapi anak saya sudah tidak mahu menetek dan minum ebm bila dia berumur 14 bulan aritu.

Dan lagi : "Bukan semua susu sama je ke dari lembu jugak."Jawap me: meme dari lembu, cumo kontent dalam susu itu yang membezakannya.Tak semestinya mahai tu baguih untuk anak kita ..dan tak semestinya murah itu sesuai untuk anak jugak.Analyze body anak anda dahulu dan decide susu mana yang sesuai dengan anak dan poket anda.(try and error).Bagi azryl dari susu mahai ke susu sederhana mahai..me dah try..Cuma dia prone to get sick easily.Sampai habis MC mak wokey?faktor pemakanan juga jadik satu hal as me tak selalu buleh pantau dia makan makanan yang berkhasiat 24 7 as me pun bekerja.Bila time cuti plak dia mogok tak nak makan nasi dengan me.Susu la source vitamin lengkap dia .And thanks to pediasure , dia sudah mahu makan buah tau!dulu...harem..semua di reject mentah-mentah.sudah buleh makan ayam,pokoknya me tak pening lagi dengan soal makan dia.Perut pulak sentiasa bolat dengan jayanya.



Tak caye?mai tengok muka si teruna bolat ni:


Tudia!Apom feveret mummy dari pandangan sisi.






Ni plak pose sebelum tido.




Last but not least its munching time!makan roti red bean paste.






Ya sebagai mummy azryl me puas hati with this milk.Semoga dia sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat senantiasa.

:)


Me harap dapat membantu buat ibu runsing seperti me yang dah tak larat nak turun naikturun naik sepital sebab anak sakit.Kualiti kerja kena jaga juga.Dah asyik cuti camno increament nak naik bagai air paip tul tak?Anak sihat, cergas gumbira..hati mak senang banget. :)

Tuesday, November 29, 2011

Anak babah

Selalu orang cakap kalu anak lelaki rapat ngan mak..terus dapat gelaran your royal higness anak emak.(hehehe).Anak perempuan pulak rapat dengan ayah dapat gelaran her royal highness anak ayah.

In my case, memang me lahirkan dia, duduk dengan si azryl siang malam, sampai mandi sekali,makan sepinggan ,air share berdua(kalah orang yang berdating), namun pabila dia bersama babahnya..muka me mak dia nih langsung tak tengok.Boleh plak dia tukar allegiance,heh!bertuah punya anak.Me marah dia, terus ngadu kat babah,buat muka seposen bajet kiut,.babah dia buat apa terus ikut.Sekali jer.Contoh?lepas gosok gigi ludah .amboila....



Anyway , me senang banget kalu babah dia ada.Azryl makan senang, tido , mandi pun senang sebab bila dengan me, dia banyak akal.jadi me buleh layan hindustan and the babah mengasuhla anaknya itu.hehehe..

Jadi tanpa membuang mase lagi me selitkan sekeping dua gamba anak babah buat tontonan umum dan juga mak nya anak tadi .Me :).hehehehe


Salam tahun Baru

Selamat Menyambut tahun baru buat saudara-saudara muslim di luar sana. :).Rasanya bagi ibu-bapa cuti panjang berjela dan mungkin ada yang sambung cuti bagi menghabiskan baki dan sisa anual leave tu sampai minggu depan.hehehehe.

Jadi apakah hajat dan impian saya pada tahun hadapan?


1.Saya mahu KURUS!!!!(Sila mari wahai azam ...tolong saya..saya tak mahu diet separuh jalan)



2.Tuhan Kurniakan saya kesabaran yang tinggi buat saya untuk mendidik anak teruna yang semakin membesar ini dan juga menjadi seorang isteri yang baik.



3.Saya mahu gaji saya naik.(Hai bos dah nak masuk lima tahun saya kerja tolong up kan lagi gaji saya wokey?)


4.Saya mahu jadi orang yang senantiasa tersenyum walau dalam keadaan apa jua sekalipun.


Nanti me tambah kalu ada penambahan yang lain.Jadi makanya buat rakan blogger yang dah mula bekerja , jom yuk! sama-sama kita 'rock' pagi ni di saat yang lain tengah bercuti.hehehehe...(senyum pahit).

Thursday, November 24, 2011

Payung Emas Vol.2

Bagaimana harus dimulai bicara..tersilap kata, maksudnya lain lantas memberi gambaran lain buat si pembaca.Tapi ingin ditegaskan yang penulis hanya menulis untuk diri sendiri sebagai pedoman untuk meneruskan hidup di masa akan datang.

Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun..pernikahan ku dengan suami dan dimadukan oleh nya.Suatu masa ynag cukup lama kami hidup berjauhan disebabkan kerjaya.Ada baik dan buruknya.Ada manis dan pahitnya.Masakan tidak , disaat diri ini benar-benar berada didalam keadaan yang memerlukan kehadirannya disisi, Sang suami tiada.

Sungguh hidup bermadu tidak semanis kurma dan tidak pula semanis madu.Ia menuntut kesabaran yang tinggi.sebagai isteri yang kedua pulak tu, faham-faham sajelah..dicerca oleh masyarakat tak usah cerita.Namun, isteri tetap isteri.No berapa pun, tugas sebagai isteri harus dilaksanakan dengan sempurna.syurga seorang wanita yang telah berkahwin terletak dibawah telapak kaki suaminya.Masyarakat hanya buleh mengata , tak kemana pun ..yang nak meneruskan kehidupan..si isteri tadi.Yakni aku.

Kalu di tanya kepada ku..bagaimana?ok tak ?Kau buleh terima bulat-bulat?adil ke suami kau?

Jawapan ku..dia tidak adil sepenuhnya.kerna hidup kami berdua berjauhan disebabkan rezeki sesuap nasi.Namun nafkah ku dan anak tak pernah diabaikan.Kami mula mengatur hidup kami semula setelah aku keluar dari rumah kedua ibu bapaku setelah menumpang sementara hampir setahun lebih...segalanya seperti baru bermula dek barang-barangku sewaktu hidup di kl dahulu habis ku berikan kepada orang lain..Kami mengesot perlahan-lahan namun...kami masih berupaya memberikan hanya yang terbaik buat azryl.
Mungkin tahun depan kehidupan keluarga kecil kami akan bertambah baik..

Bagi azryl, dia amat rapat dengan babahnya masakan tidak hampir saban minggu babahnya datang menjenguknya, menjaganya..(buleh me tido terlopong sejam dua huhu)..walaupun jauh tapi kami tetap dekat.Sebab itu aku tidak punya alsan untuk berasa jauh hati ..atau pun berperasangka terhadap suamiku.


Antara dia dan isteri pertamanya..aku langsung tidak ambil peduli.Biarlah..janji tugas ku sebagai isterinya dan ibu kepada zuriatnya ku galas sebaik mungkin.azryl juga telah kukenalkan kepada abangnya yakni anak suamiku hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya.Aku terima semuanya seadanya.Jadi..Tidak ada sengketa, dengki khianat langsung terhadap keluarga suamiku yang lagi satu.


Insyaallah ku harap perhubungan ini akan bertambah kukuh di masa akan datang.Nah!Jika dtanya..adakah aku gembira dengan kehidupan sekarang..jawabnya.Ya.Walaupun kami hidup serba kekurangan namun kami bahagia.Yang kecil-kecil usah diambil hati.Kata-kata orang ku tidak ambil peduli....fokus utama ku hanyalah memperbaiki kesihatan azryl, masa depannya..makan minumnya, dan persekolahannya kelak.Hidup ini terlalu singkat untuk disiakan begitu saja.
Perkahwinan ini mengajar aku erti kesabaran yang tidak bertepi, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi...buat masa ini sudah memadai apa yang aku ada...

Semoga..Ikatan perkahwinan ini tetap utuh dimasa akan datang...semoga azryl dimurahkan rezeki senantiasa...

^ ^
- peace no war

Wednesday, November 23, 2011

Kisah Azryl dan paru-parunya

Semalam, me cuti sebab bawa azryl ke follow up check-up di KPJ seremban.al-kisah dia masih down with the flue and cough.Dah baik ari tu tapi khamis lepas kena balik.
It seems that singular and Iridin tak mampu nak cure dia immediately.Paed asked me wether ada sesiapa yang baru balik dari oversea ke (kes influenza la ni),or ada sesiapa yang kena jangkitan ini.I blame at the condition of the Weather.Anyway doctor cakap the lungs baru baik dari infection and still in a weak condition.So Paed add on lagi ubat Salbutamol as well as the DEXA to help him breath properly .

Will see him the next two weeks.See how la..I harap tak la sampai kena asthma kan?

Monday, November 21, 2011

Baby Talk..

Morning Peeps!

Me buleh di klasifikasikan sebagai ibu baru kerana anak baru setahun jagung,dan sungguh semenjak menjadi ibu ini, anak mengajar banyak benda ...Kena rajin mentelaah , menaakul, mencari apakah tindakan yang sesuai, cara-cara menangani emosi, mental, faham fiil anak..pendek kata tak ubah macam belajar sains, matematik.

Dan usia azryl dah pun menginjak ke setahun 10 bulan.Me masih mencari langkah yang sesuai me ambil untuk membuat azryl bercakap.

Sekrang dia masih berbaby talk.Pada me tak menjadi masalah kot sebabnya dia tahu namanya azryl, dia akan menyahut kalu namanya di panggil.Cuma itulah..perkataan-perkataan mudah dia masih agak ketinggalan berbanding usianya yang meningkat itu.Paed agak concern.

Salah satu pendekatan me ambil, me akan sebut perkataan itu banyak kali.Pakai kad bergambar dibalingnyakad itu balik ke muka me.Dia buleh sebut tapi malas.Sebagai contoh me kata"Azryl makan ubat".dia kan balas balik "babat"

hoho..mungkin me harus mencari lagi kaedah yang sesuai.kengkawan ada tips?sharekan dengan me buleh?


Marilah sesama kite membentuk generasi intelek bagi di masa hadapan.hehehehe :)

Wednesday, November 16, 2011

Pediasure for Picky eater

Bila Azryl kena admitted baru-baru ini his Paed ada tanya Susu apa yang dia minum..and I said dutch Lady.Dia sarankan minum susu dari Kumpulan Enfa or anmum.I reject Anmum sebab azryl tak sesuai.Enfa Pulak azryl rasi kata orang.Dari dulu sampai umur dia 16 bulan memamng minum enfa.Cumanya me Switch ke dutch lady 123 tuh.Al-kisah..dia ok jer minum.Tak ada masalh constipation pun.Cumanya mungkin sebab dia prone to get sick easily.Walaupun ada banyak sebab lain yang menyumbang but i've learned my lesson very well yakni kalu bab anak tak boleh cheapskate dan tak boleh amik ringan.

So balik kepada Paed tadi,Dia suggest Azryl minum Susu Pediasure for his post recovery.Pediasure claimed to be susu yang memang cukup lengkap dengan vitamins mineral even Carbs.It also suitable for picky eater especially kids yang tak suka makan sayur dan kurang makan nasi.It helps to reduce the amount of sick days for children.
Kalu ikutkan susu mahal tak bererti anak itu sesuai kan?Makanya me pun try dulu setin kecil untuk azryl.So far dia sangat suka.I repeat sangat suka minum sampai kalu dia nak minum susu dia amik tin tu and bagi pada i.Hoho..sampai macam tu sekali.

Setin kecil yang cuma 400 gm dah 35 hengget di Tesco.I tak survey kat Giant lagi.But kalu tin besau tu al maklumlah rega dia 128 something if i'm not mistaken.


Anyway i think i will mix the milk la kot.Kat rumah babysitter dia ,mungkin i bagi susu dutchlady.But dekat rumah sendiri i bagi Pediasure.Sebab di rumah babysitter dia makan nasi jugak walu pun i rasa dia makan tak dak la banyak mana pun.

Anyway untuk ibu-ibu yang anaknya kerap sakit ataupun dalam tempoh pemulihan, susu ini direcommend memang terbaek!

Lepas sembuh switch la ke susu yang bese dia minum kalu rasa berat nak switch ke susu mahai ni.Pediasure buleh replenish balik badan anak anda selepas dia sakit ni.Yela kekadang depa masih pahit mulutkan makan pun tak lalu.Tak payah bagi extra supplement dah.Susu ni pun dah cukup.
Ni rupa susunya:






Pesanan ini dibawa oleh Mak yang prihatin.hehehe.

Monday, November 14, 2011

Pneumucoccal vs Pneumonia

Annyong everybody!


Lama telah me tinggalkan warkah virtual ini setelah hampir seminggu berkampung di KPJ Seremban Specialist Hospital.

Rentetan dari warkah terakhir yang sempat me karangkan minggu lepas berkisar bagaimana hati me gundah gulana disebabkan anakanda tersayang terlantar sakit hampir sebulan lamanya.

Permulaan bagaimana penyakit ini bermula hanyalah sekadar demam biasa.Maklumlah cuaca tak menentu di kuala lumpur mahupun nilai membuatkan azryl lambat sembuh.Ditambah lagi dengan seorang dua di rumah pengasuhnya sakit lagilah bertambah lambat azryl sembuh.

Setelah 2 minggu , azryl sekali lagi tiba-tiba diserang demam panas.lantas me bawak dia ke klinik biasa.diberinya doktor ubat biasa, ada antibiotik, paracetamol, batuk dan selsema.demam kebah namun kembali berulang hanya di waktu malam.Bukan me tidak mahu segera bawa dia ke specialist yang biasa me bawak ke KPJ tapi me empunyai beban kerja yang meninbum di pejabat.Dengan cuti yang suam-suam kuku, lagilah membantutkan me untuk bercuti lagi.

Dan sewaktu raya haji hari tu keadaannya amat membimbangkan..Dia muntah pula.demam panas di malam hari.Nak serang KPJ cuti pula.Thats why hari selasa minggu lepas baru berkesempatan pergi ke sana.Nah!Diagnosis awal Doktor mengatakan dia kena pneumonia.
Agak hairan juga me kerana Azryl dah cukup dose penumucoccalnya tapi masih lagi terkena jangkitan kuman di peparunya.Diagnosis doktor dikukuhkan lagi dengan X-ray dan ujian darah yang dibuat.Ok!time to admit yourself son.Maka kelam kabut me uruskan admission dia, angkut segala tok nenek bagasi dan kelengkapan dia ke sana.
Segala ubat uang pernah azryl makan me angkut sekali buat rujukan Specialist itu m,cuma antibiotik nya telah me buang.Jadi tak hengat pulak namanya.

Suhunya waktu admit itu 39 darjah celcius.agak tinggi dan dia memang dah tak bermaya.
Dia kena ambil nebulizer, antibiotik dan kena buat physio dimana belakang badannya depan dan sisi ditepuk bagi melonggarkan cecair ataupun kahak di dalam peparunya bagi senang dia memuntahkannya keluar.

Seb baik dia suka nebulizer tu.Mungkin sebab berasap-rasap heheheh.Sengeh jer dia seiap kali pakai topeng gas oksigen itu.Nurse pun hairan.Sebab kanak-kanak lain asal nak pakai jer topeng tu nanges tapi ini budak suka. :)

Antibiotik sepanjang 6 hari diberikan without fail .

dan akhirnya setelah 6 hari berkampung semalam kami baru dibenarkan keluar.Actually kena stay lagi sehari tapi mak tak sanggup la since kerja di opis berlambak-lambak.Azryl me boleh katakan 94 percent dah sembuh.Batuk masih sesekali.Tapi selsema dan demam sudah tiada.Selera makan pun dah ada.Hidung tidak melecet.Kahak sudah hampir kesemuanya hilang.Cuma ada sikit aje kot.Sikit sesangatbukan dalam situasi yang membimbangkan.


Ok lah , panjang betul mak membebel,mari layan pica-pica yang me sempat snap waktu berkampung di hospital bebaru ni.-




(HAri sebelum dia ke hospital.mata merah sebab demam, hidung berair..)



(Di ward emergency sementara tunggu katil siap diatas.Lama jugak.And dia pun dah tak bermaya)





(Kena neb.suka dan pasrah.hehe)




(Mula tersenyum hari kedua)




(boleh bermain di hari ketiga)

hari ke-empat dan kelima serta ke enam ada gambarnya tapi sudah terlalu panjang rasanya post kali ini.hehehe.nanti bosan pulak nak membacanya kan?

Jadi para ibu yang dihormati, kesimpulan dan pengajaran yang me dapat ialah pengambilan vaccine tak bermakna seratus peratus anak kita dilindungi.Banyak lagi faktor lain yang boleh menyumbang kemudaratan sekiranya kita tak mengambil langkah yang sewajarnya.Keadaan cuaca yang tak menentu ini kita tidak boleh amik mudah.Bagi yang ada anak kecil dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya membawa anak bercuti di tempat yang ada kes-kes seperti influenza.Avoid crowd places.Kebersihan dirumah perlu dititk berat sepenuhnya.Pastikan rumah ada pengudaraan yang sempurna.Dan akhir sekali Bertawakal kepada DIA.Hanya DIA yang bisa menyembuhkan segala Penyakit.Kalu segalanya kita dah buat tapi diberi jugak ujian ini MAKA haruslah kita REDHA.Ini mengajar me untuk lebih bersabar..Bukan senang nak menyabarkan diri apabila anda pun sakit seperti mana anak anda.And me tabik spring kepada ibu 6 orang anak yang me jumpa di hospital.Setengah bulan berkampung di hospital dek kerana anaknya kena POX dan athma.huhu.Sungguh ada banyak perkara di luar sana yang me sendiri tidak tahu.dan me juga bersyukur kerana dengan pengalaman yang me dapat ini, dapat me jadikan panduan hidup di masa akan datang.

Salam sayang dari mummy azryl. :)

Tuesday, November 8, 2011

Hati mak Gundah gulana

Al kisah, Putra kami yang satu itu sedang gering.Batuk, selsema dah sebulan.Dah berbotol ubat diberi namun tiada tanda-tanda mahu pulih.Bukan itu shaja, demam malam sudah dua minggu.Ya, barangkali pasti anda tertanya-tanya mengapa tidak dibawa ke sepital..hari ini baru nak berkesempatan bawanya ke sana.Mungkin juga susunya harus ditukar.Mak ini sungguh cheapskate.Dah elok-elok anak minum enfagrow ditukar ke dutchlady .Barangkali tidak sesuai.

Pening dan runsing sungguh hati ibu ini melihat anakanda batuk dan sampai melecet hidungnya disebabkan dia suka menggenyeh hidungnya dengan rakus sekali.

Salah lalu ditempat terlarangkah sehingga ada "benda" yang menegur?..entah..

semoga diri ini diberi kekuatan sebanyak mungkin..

(akan diupdate lagi jika diberi ruang waktu untuk menulis.Al maklumlah kerja tinggi menggunung...)

Tuesday, November 1, 2011

Daniel the builder

Hi Peeps!

Sorry for the silent week as i was so busy juggling my life as a pathetic worker, Obedient wife, Monsterous mommy (hehehehe , ini hanya terjadi bila azryl notty netti)but usually a loving and caring mum to my one and only cempedak nangka azryl daniel.



Anyway, today , i want to blog about my little builder azryl.after i dunno thousands attempt of persuading and trying to teach azryl to be creative using LEGO, he finally knew how to make tower using the lego which i bought for him a year ago.Mungkin pada orang lain..oh well itu bese aje as anak depa-depa dah pandai wat banyak benda.Pakai laptop main game bagai.Tapi me tak ajar pun dengan segala tok nenek gadjet ni bagai.

Sebab?Pada me biar dia explore apa yang ada di depan mata ni naturally.Dia tahu rupa rumput macam mana, main pasir macam mana,main air macam mana,berkawan macam mana, sebabnya? Bila terlalu obses dengan game di komputer, otak jadi malas nak berpikir, tak reti berkomunikasi dengan orang,Malas dan menyebabkan obesiti sebab dok depan PC lama bedooh.(ini cara me maybe cara orang lain lain pulok.....huhu tapi semuanya menjurus kearah kebaikan anak kita tul tak?)

Brad pitt pun sorok ipad , laptop anak-anak dia sebab dia tengok anak-anak dia tak berkomunikasi sesama adik beradik yang lain..tak mahu bermain kat luar, bersukan bagai..Ha tengok?

(Zaman kecanggihan teknologi ni ada baik dan buruknya namun atas kita as a parent untuk salurkan ke minda anak-anak dengan cara betul.)


Hmm tanpa membuang masa ,may i present u my little builder daniel :)



(kusyuk)




Dan last but not least





(hehehe tetibe gambar dia waktu umur 4 bulan...babab subgguh anak mummy...ala-tomel-tomel...la ni dah kurus.huhu...hai anak)Rasa mahu freeze time.bior dia tembam macam itu aje, :)

Monday, October 24, 2011

Bulan Haji Menjelma lagi

Selamat menunaikan Haji buat Bakal-bakal jemaah haji yang telahpun berangkat mahupun yang bakal berangakat.Semoga mendapat haji mabrur.diucapkan juga selamat pergi dan selamat kembali. :)


(Bulan haji diserikan lagi dengan ibadah korban.bagi yang berkemampuan, sama ada lembu, qibas atau kambing mahupun unta disembelih menandakan simbolik korban bagi memperingati Pengorbanan nabi ibrahim terhadap anaknya Ismail.Bagimana tingginya Iman Nabi allah itu terhadap PENCIPTA melebihi kasihnya terhadap anaknya sendiri.Jikalau Ditanya aku, belum tentu aku sanggup kerna imanku cuma senipis kulit bawang.)

Terima kasih juga ku ucapkan kepada para perajurit yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Malaysia ini dengan darah dan keringat mereka ..sendiri,Disebabkan Jasa kalian..Kami hidup aman tidak seperti negara Libya,yang berpuak-puak akhirnya menyebabkan negara huru hara dan kucar kacir.

Sungguh besar konteks pengorbanan ini.Apapun semoga kita semua sentiada berada di wah lindungan RAHMAT yang MAHA ESA. :)

Thursday, October 20, 2011

Berdua Bersatu.

Wah ! lagu ni memang meletup da vaasss , da voom gitu..at least it did to me.Sebab?
Memang kena dengan citer cheq.hehehe...


Kenapa cinta kita,

selalu saja diduga,

bagai ada tak merestu,

Kita berdua bersatu,


Atau mungkin kau dan aku,

ditakdir untuk berpisah,

Walaupun melawan arus ,

Kita BERDUA bersatu,

Sering kali ku mendengar ,

patah tumbuh ,hilang berganti,

tetapi ku tidak mahu,

Cinta selain darimu,


JIKA DENGAN MU SALAH,

KU TAK MAHU YANG BENAR,

JIKA DENGaN MU REBAH

BIARLAH KU TERCALAR,

WALAU DILANDAI BADAI,

KU SANGGUP KERNA KU MAHU,

KITA BERDUA BERSATU...


**Ya begitulah hendaknya...Sungguh,, memang banyak dugaannya, memang banyak cabarannya,Tapi Cheq dan tok laki masih utuh lagi hubungannya walau berjauhan.Sebab sesuap nasikla terpaksa berjauhan macam ni kalu tak dah lama cheq angkut azryl balik perlis.Mungkin tak lama cheq berada di kuala lumpur ni disebabkan mungkin cheq akan bertukar kerja di utara plak.Sebenarnya, ini telahpun bermain main dikepala cheq dah lama dah.Cumanya time tu pengalaman kerja tak ada and peluang bekerja di sana amatlah tipis sebab kerja yang ditawarkan tak seberapa.

Azryl semakin besar dan tak lama lagi akan menginjak ke alam persekolahan...Suasana persekitaran di kl ni tak begitu sesuai sangat untuk tumbesarannya as banyak betul anasir-anasir durjana yang bersedia merosakkan minda suci anak-anak yang tak tahu ape-ape ni.At least kalu disana pergi dan balik sekolah cheq jemput.Kos sara hidup pun rendah tak la semput menjelang hujung bulan.


(banyak betul yang bersarang di benak hati ni..tapi inilah perancangan dalam masa terdekat ni.Duit boleh cari ,kebahagiaan rumahtangga dan anak-anak tak boleh ditukar ganti dengan duit.Syurga buat me ialah melihat azryl sihat , gembira dan berjaya didalam hidupnya, tak ada yang lain.Barangkali ini sifat semulajadi yang dianugerahkan oleh DIA buat wanita yang bergelar IBU.

:)

Monday, October 17, 2011

Love ada expiry date tak?

Ting!

Semua benda kat dalam duani ni ada tarikh luput.Even Nyawa kita pun sama?Bagaimana pulak dengan perasaan kasih dan sayang ..?


Dalam banyak banyak benda..rasanya ini sahaja yang tiada tarikh luputnya nak-nak kasih ibu terhadap anaknya..Tak kira apapun , bagaimanapun keadaan anaknya itu, baik mahupun buruk, sihat mahupun sakit kasih ibu takkan pernah berubah.Kerana ibu sendiri pun tak dapat mengukur sejauh mana kasihnya terhadap anaknya itu.Setuju tak para ibu sekalian?

JAdi kalu ada yang bertanya teka teki "dalam banyak banyak benda benda benda apa yang tiada tarihkh luputnya? JAwapannya ialah kasih ibu terhadap anaknya.Kerana Kasih ibu membawa ke syurga.

(entry ini khas untuk anakku azryl.Dia demam di waktu ini.Tadi sewaktu hantar ke rumah pengasuh tak plak demam.Tiba-tiba pengasuh call beritahu status kondisi kesihatannya.Sabar ye nak.Kalu tak kerana mummy ada kursus dah lama mummy balik amik sayang.Mummy promise balik awal tau.)

Friday, October 14, 2011

Tahniah buat sahabat ku liza ...

Ini merupakan sahabatku dunia dan akhirat.Di waktu susah dan senang, pendengar yang setia diwaktu jiwa ini berduka,seorang sahabat yang cukup istimewa.

Perkenalan ku dengan Liza bermula di zaman kami bermatrikulasi bersama-sama sehinggalah menggenggam segulung ijazah di universiti yang sama , school of electrical engineering bersama-sama namun kursus yang berbeza.

Seluruh kaum keluarganya aku kenal, keluarga disebalah bapaknya mahupun disebelah emaknya.Last-last aku menjadi anak angkat ibunya dan semstinya azryl menjadi cucu angkat didalam keluarga itu.

Kalu ke rumahnya, bilang aja mahu makan apa..mesti mak angkat ku yang pot-pet pot pet itu tunaikan.hehehehe....

Dan kini sahabatku ini selamat bergelar isteri pada sabtu minggu lepas.Pasangannya Faiz juga memang ku kenal kerana aku liza dan dia belajar di universiti yang sama.Malah usia perkenalan mereka sama seperti usia perkenalanku dengan suamiku .8 tahun lamanya....

So kepada liza semoga perkahwinanmu sehingga ke anak cucu...dan aku tumpang bahagia melihatmu gembira...

Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku..dan semoga persahabatan kita kekal walaupun kita sudah tiada di alam ini. :)



Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Hati manusia sukar difahami?

Mungkin kerana setiap dna yang dijadikan olehnya Maha unik.Hanya Dia sahaja yang MAHA mengetahui.


Hati ini mudah berbolak balik.Kejap disuruh ke kiri, sekejap disuruh ke kanan.Kadang-kadang aku rasa perkahwinan ku dan suamiku adalah suatu kesalahan, namun ada diantara harinya aku merasakan ia telah tersurat.Nah!ini adalah fakta dan bukan auta.

Aku mencintai suamiku bukan di atas syarat-syarat yang tertentu.Perasaan cinta lahir tanpa dipinta.Tuhan menggerakkan hati berdasarkan apa yang difikirkan oleh Hamba-Nya.(dipetik dari ceramah Fadhilah Kamsah).



Jadi buat insan yang sedang bercinta , tahniah kerana dikurniakan perasaan berkasih sayang ini merupakan anugerah teragung dari Ilahi buat manusia.Lebih elok diteguhkan lagi dengan ikatan suci perkahwinan dan dimuliakan lagi dengan Mengingati DIA Tuhan yang mengurniakan Perasaan kasih dan sayang ini buat kita.


Kasih Manusia tiada abadi ,

Sayang manusia tidak kekal selamanya,

Namun kAsih Tuhan tiada bertepi,

Malah tidak memilih dia itu kaya, berdarjat atau papa,

Apatahlagi kasih-NYA tidak pula berbelah bahagi.....

Tuesday, October 11, 2011

PMS or Preggo?

Seriously i myself confuse about this two scenario.Woman Body has been designed by God in a unique way.

U think u pregnant but actually it is a sign that ur best friend going to visit u any time and vice verse.


Honestly I've been trying for several month but still no luck in my bambino quest.

Still, keep trying and no giving up is the key right?

Ok la ..actually what i am going to write is i want to list all the pms symptoms that are very much similar to early pregnancy symptoms.So those who are ttc (trying to conceive).. listen to the body carefully.Because we women have this special instinct telling that u are actually preggo.



PMS Symptoms:

1.Headache -similar to early pregnancy ..lightheaded..

2.Acne- this happen to me when i was pregnant to azryl

3.Bloated- hoho..yes definitely for early pregnancy..(it happened to me)

4.Lower abdomen cramp.-mild pain but sometimes it could be painful as the fertilized
ovum is trying to lining up with the uterus

5.Back ache -first trimester i did feel it but very mild.But in pregnancy it
will increase gradually as the uterus is stretching up for the baby to
snug in.

6. Nausea- Yep usually it happen in the first trimester and last trimester

7.Food craving- Some women do eat a lot.but can't really tell as different pregnancy
different symptom

8.Spotting - brownish kinda discharge ..i consider it as blood..happen maybe
because of the implantation bleeding or its a sign of your period
going to start soon enough

Breast enlarge and tender- This is similar symptom for pms and pregnancy.


There u go..to me its very confusing.

So like usual.. i will wait till the period late about a week and then rush to the drug store and do the test.Funny thing is when i was pregnant to azryl..i thought that i've bought various brand of tests and all came back negative till i was 8 weeks pregnant.

So dont worry ladies.Maybe u are pregnant but the HCG level is too low to be detected by normal HPT tests.

Thats why they encourage us to do several tests to make sure the result is accurate.
If still worried consult your gynae.

Right now i am collecting baby dust as much as i can.
huhuhu..

Till then love...

Tuesday, October 4, 2011

Random Bable..

Setelah hampir seminggu menyepi diri, maka me ingin berkongsi lagi cerite-ceritu yang telah berlaku sepanjang minggu.

anak teruna me azryl sudah semakin besar..kena "piang"kat kaki itu memang dah biasa bagi dia.Asal me kata "aip!bese ni!pok (lepok ) kang baru tahu!" mula la air mata berjebah-jebah..hehehehehe...Azryl seorang anak lelaki yang aktif.Pada me lebih baik aktif dari pasif.Cuma keaktifannya itu perlu disalurkan dengan kaedah yang betul.I think me sebagai ibunya kenalah mainkan peranan.fiil nya suka berlari tak tak tengok depan.Berapa kali terhantuk berdarah.Lebam kat kaki.
Suka betul mengutip apa aje dia atas lantai.Ha! time ni me memang tak tolak ansurla.Udah dicakap elok..jangan dikutip, kutip jugak, memang me bertukar menjadi singa betina.Apapun sebelum me marah dia, memang me kata dalam hati, me marah bukan tak sayang tapi niat nak mengajar..Ini me buat untuk mengingatkan me ada hadnya kalu nak marah anak teruna me.


Kadang-kadang memang mencabar kesabaran..nak-nak ada satu-satu masa me memang tak larat.Ada satu ketika me tengah minum teh panas..nak jugak minum, menjerit-jerit..pastu me bagi rasa mug panas tu.Terus terkejut tak nak dah.hehehehe..tulah mummy cakap tak nak dengar.

Fiil dia bila makan plak memang memilih sikit.Tapi kalu dia tak nak me tak paksa asal dia minum susu cam biasa udah.Buah memang tak suka.tak tahu la kenapa.sayur makan plak.Daging?aiyo lagi lah tak suka.Dia suka makan nasi dengan telur dada.Roti canai , tosei memang feveret sungguh.Bihun pun sama.

Hai anak..takpelah..apa sahaja yang kamu buat memang mencuit hati mummy.At least terubat jugak hati mummny bila mummy balik dari kerjA.


Tanpa membuang masa me tempekkan beberapa aksi yang kekadang tu membuatkan me bertukar Mommy Monster.



(Ni gambo semalam.Nampak ada parut luka kat dahi tu?entah apa dia buat kat rumah babysitter sampai jatuh...)



(Ni plak gambo ngan bapaknya nak p berjalan..kemain la sengihnya ...sampai semua gigi nampak)





(Ha, ni plak bila kat super market..aduhla..nak dok dalam troly..pehtu tak dapat apa dia nak..mula me nak jadik Monster merah jambu)





(Ni plak nak main stereng.Punyalah dia mengamuk.Gila stereng sungguh anak ku ini.Inipun me memang dah jadik monter merah jambu.Sebab awok nak drive dia sibuk nak dok atas riba.Ha ni memang kena piang.hehehehe)




(Tapi bila dia wat muke comel macam ni..hati mak cair kau!hehehehe)


Rasanya cam banyak jer me tempek gambo..hak lain tu..menyusul la nanti.

(Harapnya tak ada lagi kejadian yang tak diingini berlaku.Biar diri ini dan anakanda senantiasa diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Rete kurang takpe.Harta yang paling mahal kesihatan anakanda dan me....)


Till then y'all.

Wednesday, September 28, 2011

Penyakit kaki tangan kuku dan mulut

Salam semua,

Maafkan achik kerana dah lama beno tak mengupdate cerita ceritun di diary maya yang buleh dibaca oleh sesiapa sahaja atas muka bumi ini.


Begini ceritanya, dek kerana dah lama tak menulis adalah disebabkan anakanda yang tersayang telah diserang penyakit kaki tangan kuku dan mulut ini.Mulanya awok ingat campak.Yelah berbiji bijan diserata badan kan?Tapi biji bijan nyer macam lain sikit dari campak yang jenis kecil itu.
Makanya awok pun kuarantin lah azryl selama seminggu dirumah.Penyakit ini buleh berjangkit.Entah siapa yang menjangkitkan tak pula awok pasti.
Takpe ..ini semua dugaan kan...maka terimalah awok segalanya dengan redho.
Alhamdullilah...putera kesayangan telah pun beransur pulih dengan bantuan ubat-ubatan..

Sebenarnya kalu dikesan awal, penyakit ini tak adalah sampai menyebabkan ulser dalam mulut.Tahap kebersihan sentiasa perlu di tahap Optimum.bayi yang mula mahu mengenali dunia ini panjang betul akalnya.Ada sahaja yang nak dicuba, di pegang, dimakan..
Makanya tangan dia sentiasa perlyu dibasuh dengan air sabun .

So bagi ibu bapa diluar sana, kita perlu extra prihatin dengan setiap perubahan yang terjadi kepada anak kita.Naik bintik merah tak bermakna dia cuma digigit nyamuk barangkali kurang platlet darah,Ataupun kena campak ataupun penyakit yang macam azryl kena.Tapi jangan pula terlebih concern..takut kita jadi paranoid plak.hehehe

Paling penting...jaga pemakanan dan kebersihan anak-anak kita dengan baik.


Awok mintak diri dulu ye?anti ada kesempatan lain awok menulis semula

Tuesday, September 20, 2011

I think I am ready for a second one.

Wah!sudah ku berkira-kira mahu menulis entry ini ke tak...

walaupun aku masih belum dikurniakan rezeki lagi..Tapi ya, aku sudah merindui zaman berperut besar dahulu...

Perasaan ini kebelakangan ni datang tanpa dipinta, tanpa diduga..azryl sudah mahu masuk 2 tahun insyaallah pada bulan dua tahun hadapan..Dia tak ada kawan dirumah..berseorangan dengan ku, walhal di tempat pengasuh atau ibu keduanya itu sungguh ramai anak-anak..yang membuatkan dia seronok bila berada disana..denganku fiilnya semacam sebab sunyi barangkali.hmm.....


Diharapnya Pada tahun hadapan ada berita gembira buatku...Menjadi ibu kepada cahaya mata amanah Allah ini adalah suatu pengalaman indah yang dikurniakan buatku.Kedatangan Azryl dalam hidupku banyak mengajar ku erti sebuah pengorbanan, erti sebuah ikatan kasih sayang,erti keinsafan..

dan aku bersedia untuk mengharungi detik detik indah sewaktu mengandungkan zuriat suamiku sekali lagi...Semoga doaku dimakbulkan...amin....

Monday, September 12, 2011

19 bulan sudah putera saya pada hari ini.

agak-agaknya kan macam mana rupa dia pada zaman kini.zaman lepas dia agak chubby.Zaman kini berat maintain 13 kilo tak naik tak turun semenjak 4-5 bulan lepas.
Yang Pastinya anak awok ini ghupanya macam awok sebijik.hehehehe.


Meh awok tayang sikit muka dia beberpa hari lepas.(Oh ya awok dah pun mempunyai kamera berhandphone setelah sangap 4 bulan lebih camera tak dak).





Chak!Sudah besar, sudah banyak fiilnya,sudah pandai bercakap pakai telefon walaupun mummynya tak faham sepatah haram pun apa yang cuba disampaikan.

Overall, he is one healthy baby.Wah !mummy dah mula merindui zaman kamu masih mulus dulu la sayang.Kamu perlahan-lahan meninggalkan mummy...sebab kamu semakin menginjak dewasa.Kalulah mummy bleh froze masa.Mummy nak kamu dengan mummy jer macam kangaroo.huhuhu.

so azryl daniel,Tak kiralah apa sekalipun yang mendatang, kasih mummy tak pernah kurang sekelumitpun buat kamu.doa mummy, semoga kamu sentiasa dibawah payung rahmat-Nya.

Thursday, September 8, 2011

Selepas 10 hari syawal

Hey peeps!

Selamat Hari Raya!!!Sana sinun kome-kome sibuk mengupload gambo raye bersama keluarga memasing.Awok tak do kamera.Makanya tumpang menumpang aje kameranya sebabtulah tak ada usaha nak mengupload gambo.Next week baru nak p bawak thumbdrive jumpe my mak angkat tersayang.kamera dia lah awok pinjam.

Hari raya 2011 buat awok dan azryl bese-bese sahaja.Kali ni super sial (eh special sikit)Sebab lepas berkurun lamanya awok tak beraya dengan sang suami, heh! kali ni baru tertunai sudah hajat awok.(oh awok ni maksudnya saya.saje tiru bahaso ucop wilca)hehehe.


Memang lah indah sungguh permandangan sawah padi yang terbentang.Sejuk dan aman sungguh mata memandang.Awok tak la terus berya di rumah suami.Sebab awok nyer madu ade sana.Sianla pulak kalu awok menyempit.Lagipun ni first time awok nak bertentang 4 mata dengan dia.Op coz la kalu dibanding umur dan rupa awok la lagi cun.(hehehehe, perasan sekejap disitu)Namun awok mai dengan hajat yang satu.Awok dah terima segalanya dengan bulat-bulat.selagi Awok bergelar isteri si suami ni,apapun awok kena terima.Kalu tak naya wat dosa kering.BUKANKAH SYURGA SEORANG ISTERI TERLETAK DI KAKI SUAMI?.Penerimaan Sang Madu terhadap awok frankly speaking tak dak la baik manapun.Yela awok muda bergaya.Dia plak dah tua.Ada sedikit irihati disitu.Takpolah kak.Awok tak kisah.Satu hari nanti awok harap akak buleh terima awok macam adik akak sendiri.Awok pun tak punya sesiapa.Awok ikhlas dalam menerima akak sebagai madu awok.Pedulikan lah manusia lain yang suka wat fitnah, menghancurkan rumah tangga kita kak oii.Bukan depa bagi makan kat kita, jauh sekali nak membantu.Depa cuma reti tepuk tangan diatas kemusnahan kita.Awok ni dahlama pekakkan telinga buat anasir-anasir luar seperti ini.Jadi awok harap akak pun sama.Tiada niat sekelumit pun awok nak bolot herta suami yang seciput tu.Apa yang awok nak cuma lah kebahagiaan rumahtangga yang tidak bertepi.

Raya kedua awok berangkat dengan azryl ke langkawi .Kelas u olls!Azryl perak tak pernah naik ferri , hamek !jenuh muka awok tebai mintak maaf kat passenger lain sebab anak awok wat bising dalam ferri.Cha u sungguh!(cha u-jakun).

Pengalaman di langkawi nilah awok nak share ngan u olls.Tapi gambo hujung minggu ni baru nak p amek.I tell u , baju kaftan murah kat sana.Mak angakat awok shopping mak aii..tak muat van yang disewa.memang meriah.Kesimpulannya, memang lain sungguh kalu beraya tak dak suami dengan ada suami disisi.Disebabkan sang suami ada, maka awok tak segan silu nak habaq awok tak puas lagi beraya tau.Awoknak balik lagi kat perlis nun kayangan tuh.

Till then na..Kalu ade open house jangan memalu ajak awok.Kompom kami berdua p serang. :)

Tuesday, August 23, 2011

Count Down Lebaran telah pun bermula!

Salam satu Malaysia!wah! wah !sana sinun, baik blog, Fb, tweet tweet, kat luar , kat atas , bawah, semua tengah hebat menyiapkan persiapan hari raya yang memang tak berapa hari jer lagi.Bagi mak- mak macam me nih, anak dulu yang disiapkan, mak-mak punya bahagian nenanti dulu kan?kan?ada yang sibuk dah tukar langsir, tukar rumah, pun ada.ada yang tukar perabot bagai..hmm itu semua atas bajet memasing..bak kata orang ukur baju di badan sendiri.

Kuih muih ade yang buat, ada yang menunjuk..hehehehe macam me.Beli jer udah.Wat masa ni, me tak buleh nak membuat kuih ke, kek bagai..peralatan dapur tak dak lagi.Jadi makanya me beli aja tahun ni.Kuih yang dibeli antaranya ialah kuih tart.Yang sedap di tekak me belilah.Next, kuih kapal terbang..Hah? penah dengar..? dia berbentuk macam bilah kapal terbang ..sangat rangup serta manis sebab disaluti gula icing.Tak la banyak sangat.Kuihni kuih tradisional jugakla..

ada jugakla biskut moden yang me beli sebalang dua..kek serawak, kek coklat,hmm kekcang.Rasanya tu jelah kot.

So me ucapkan selamat berperang di dapur buat kengkawan yang kental hati untuk membuat biskut raya air tangan sendiri bagi melengkapkan persiapan hari raya nanti.Semoga anda semua berjaya la ye?


tata , titi tutu!!

Monday, August 22, 2011

Menjelang Lebaran

Wah ! sedar tak sedar kita dah pun berada di fasa terakhir bulan ramadhan..

Bila diri ini bermuhasabah diri balik nampaknya..pengisian masa me secara berkualiti masih belum mencapai tahap yang baik.Malah jauh dari baik.


Seharusnya tidak boleh me membuat setiap macam alasan kerana semua itu tak boleh diterima.

Sungguh hina betul Hambamu ini Ya Allah, telah kau janjikan hadiah di bulan yang ,mulia ini namun hambamu ini masih gagal mencari erti sebenar disebalik bulan suci ini..


Bercakap tentang persiapan lebaran...me menyiapkan keperluan azryl dahulu..semuanya secara bersederhana ..baju azryl hampir setiap bulan me beli..jadi bolehlah dia dapat sepasang dua.Baju me nanti last minit baru nak beli.

Insyaallah kalu tiada aral melintang pada tahun ini, me akan beraya di kampung suami.
hmmm....diharapnya apa yang dihajati ini tercapai.

(Mode sekrang ini nampaknya lebih mahu bergoyang kaki dari membuat kerja yang menimbun diatas meja ni..alahai...)


Monday, August 15, 2011

Mummy mintak maaf sayang...

Disebabkan kelalaian ku, azryl terhantuk terkena bucu pintu kereta dan berdarah di keningnnya...Sungguh..me rasa bersalah yang a,at sangat.Sebolehnya me tak mahu menyakitinya walau apa pun sebabnya.Walaupun azryl biasa me tangankan pehanya kerana bermain wayar elektrik atau mengetuk kepala anak orang lain..tapi ini salah me.Me CUai!

Kan me ada cakap di entry lepas, bila disebabkan kelalaian kita sendiri rasa berslah itu menghantui me.


Berkali-kali me kucup dahinya,sambil berkata mummy mintak maaf sayang, mummy leka.

Anak itu seakan mengerti.

disebabkan itu, me hanya berbuka puasa dengan ayam goreng sahaja.Sahur cume meneguk segelas air masak.


Me perlu berhati-hati selepas ini kerana azryl boleh dikategorikan anak yang aktif.Budak bertuah itu sungguh banyak yang ingin diterokainya dalam satu masa.Tak sempat me nak ajar dia yang itu dia terus mahu yang ini.


Alahai anak..hujung minggu ni kita p beli baju baru k sayang?Mummy akan paksa abah kamu cuti.

sekian dari ibu yang terkilan.


Tuesday, August 9, 2011

Wahai Ibu Bapa Berwaspadalah!

Ini Peringatan untuk diri me sendiri jugak.Kalu buleh me tak nak menggunakan bahasa yang idak sopan bagi menjaga tatasusila di bulan yang mulia ini.

sila Jadikan pedoman dan iktibar agar kita tidak melakukan perkara yang sama.

Sabtu lepas, me dan suami pergi ke bazar melawati.Al maklumlah bazar melawati memang terkenal dengan segala jenis juadah yang memang sodap dan mahai.Maybe ramai artis serbu kat situ kot.Anyway, me bukan nak ciiter pasal lauk pauk..

Cuma mentaliti sesetengah ibu bapa yang masih naif dan mungkin mereka tahu tapi buat buat tak tahu bahawa MENINGGALKAN ANAK KECIL BERSENDIRIAN BERUMUR DUA TAHUN KEBAWAH
DIDALAM KERETA DENGAN ENJIN TERPASANG < PINTU TERKUNCI MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG TIDAK DAPAT DIMAAFKAN!!!!


Aduhai ibu, aduhai bapa, dah la kome parking kereta jauh dari bazar nun, nak menyampe ke bazar perlu lintas dua jalan beso tu.Tergamak kamu tinggal permata hati kamu berseorangan dalam keadaan begitu.disebabkan lauk tak samapi 2puluh hinggit mungkin nyawa anak kamu melayang begitu sahaja.

Apa terjadi kalu anak itu tak sengaja menolak brek automatik itu ke D, naya kereta tu bergerak sendiri.Buatnya aircond bocor ke, anak kamu akan meninggal secara senyap.Kamu sesampai ingat anak kamu tido tapi rupanya telah pergi selamanya.Apa perasaan kamu????

Haish!time tu darah me , meluap luap naik..dalam pada masa yang sama sayu melihat mata anak kecil itu yang tak mengerti apa-apa..
Bukan ke sejarah banyak mengajar kita..bukan satu atau dua kes begini yang mengakibatkan kehilangan nyawa tak berdosa..bnayak kes!!kenapa benda sebegini rupa diambil ringan???Me tak paham.Sungguh!!!

Subhanallah.....


Jadi..para ibu bapa beringatlah..!Seeloknya dibawa sekali anak itu bersama, kalu sesak baik ibu dok rumah jaga anak.biar bapaknya yang beli atau sebaliknya.Bila dah berkahwin ibu dan bapa dah tak boleh berlagak nakberdating berdua-duaan seperti keadaan solo-molo dulu.Dating-dating tu hanya boleh dilakukan bila masa ynag tertentu sahaja.Keselamatan anak lagi penting dari kuih lima 2 hinggit tuh!

Jangan kerana, kuih 2 hinggit, ayam golek 17 hinggit, Permata hati anada tak ada bersama anda bagi menyambut syawal yang tak berapa lama lagi.Sudah semestinya ajal maut ditangan tuhan.Tapi jika berlaku disebabkan sikap lalai dan cuai kita sendiri, menagis air mata keluar darah sekalipun, anak anda takkan hidup kembali..

Renung-renungkan..

Thursday, August 4, 2011

After a few days adjusting to Ramadhan..

Hi peeps!

Oh my,after a few days i tak post anything to my virtual diary..i feel kinda bad...

Actually,My first day puasa alone with hwnag tejha kinda made me feel totally knock out.I tell u, I almost nak pengsan.since i tak bangun sahur and during break th fast azryl made tantrums.Its quite challenging for me to eat .hehehe.
Out of all the time, suddenly he wanted me to suap him nasi.Padahal itu budak sudah makan.He will say" Nak..nak...nak..."betul betul buat me tukar jadi raksasa hijau.Tapi tulah..kids tahu apa kan?Dia manalah tahu maknya puasa tak makan pape..

So terpaksa lah me turutkan apa yang dia nak..


Move on to the second day..me diserang sakit perut dan cherry berry..Oh my..betul betul melemahkan segala anggota badan..me was on mc yesterday since tak larat nak panjat tangga pun.Still me send azryl to baby sitter during the day time so that me can have rest sebelum amik dia petangnya.

Begitulah alkisah...makanan berbuka me beli dekat bazar sahaja..terpaksa extra teliti la kan ..nak-nak perut tengah fragile...menu sahur cukuplah milo with roti and 2 gelas air masak.

(Teladan yang Tuhan mahu ajar kita sewaktu bulan ramadhan ini ialah..ingat kepada orang yang berada di dalam kesusahan tak dapat makan dan minum seperti kita hari-hari.Me rasa nikmat makan nasi sewaktu berbuka itu lain sungguh,walaupun lauk yang kita beli itu lauk biasa conthnya ikan goreng.Insaf me sekejap.Oleh itu mailah kita sesama menghayati bulan yang mulia ini dengan perasaan kasih, kusyuk dan tawadduk...kepada Maha Pencipta kita... )

Selamat Berpuasa kengkawan !

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan menjengah kembali pada tahun ini dan syukur kita masih diberi nafas untuk menunaikan ibadah lagi di bulan yang mulia ini.

Harapan me, semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu kebaikan buat me sekeluarga.

Ampunkan salah dan silap me jika ada dianatra waktunya kata-kata me di dalam blog ini menyakitkan hati kalian semua.

muah.salam sayang dari me dan azryl. :)

Wednesday, July 27, 2011

Kena mandrem kah ?

Is it true people say "Good looks people always got what their want"..

Hmm , me rasa kekadang ada benarnya jugak..nak-nak kaum hawa yang body ala-ala neelofa ke, montok dan gebu cam zizi ezet..sapa tak tertawan kan?huhuhu.

In certain cases, lelaki plak, walu pun muka yang ampun, ..dapat sembat hot chicks in town..macam me..hehehe(Harap maaf tuan tanah perasan lebih)


Tak caya?

moh tengok gambo ni:




Rasanya buat pertama kali achik letak muka laki akak kat sini.Tengok la muka achik waktu zaman kegemilangan dulu.siap higlight rambut bagai.tapi dah jadik mak..terus malap jer rambut.

Ha ni lagi muke achik zaman-zaman bintang dolu-dolu..kahwin tu dah cume belum beranak jer time nih.





Alangkah cemburunya achik dengan diri achik zaman dolu-dolu..huh!

Mungkin ade benarnya achik kena mandrem dengan laki achik sehingga sanggup terima nikahnya kan..(ini orang panggil jodoh syaitan..)Ada tiga jodoh la yang kekononnya manusia ni tetapkan, jodoh nafsu..yakni kahwin sebelum nikah, jodoh syaitan yakni jodoh pakai mandrem..last sekali jodoh Allah..yakni jodoh yang ditetapkan.

Sebenarnya me tak kisah la depa-depa diluar sana nak kategorikan jodoh me sebagai hapa.Sedapla mulut hangpa semua buat caturan macam tu, yang achik ni tak dak pun susahkan hidup hangpa semua.Nasi achik bukan hangpa bagi sedekah.

Achik percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah dan kebenaran disebaliknya.Kena mandrem atau tidak, bukan achik suka-suka nak p belajar kat perlis nun carik laki.Jodoh ,ajal dan maut telah ditetapkan semenjak azali lagi.Sekrang achik telah terima dengan seredha-redhanya diatas apa yang terjadi.
Laki achik ni ghupa tak dak tapi insyaallah takat lani masih buleh diharap.hehehehe.
Kami mungkin kurang dari segi harta tapi insyaallah kami akan penuhkan rumahtangga kami dengan kasih sayang yang tiada bertepi ..khasnya demi anak kami chenta hati kami.. :)

Selamat hari rabu :)

Monday, July 25, 2011

I meet Somebody Special :)

Last friday unintentionally, by coincidence, I met the mother to be aan at Mid valley. :).She is the proud mother of zara elena ,her sweet pwincess.

waktu i passed by her time dia tengah nak mencucuk duit, i takut i salah oranng but i beranikan diri jugak tegur dia.hehehe.She is one nice lady.Sweet and talkative like me. :).


(Adake patut aan kata muka me berseri-seri?hehehe.Salah tu aan.U should say i am chubby instead.I was envy at her because tho she is pregnant badan maintain beb!)

So, aan hope we met again in the future.. :)

To other blogger lain kalu terserempak me kat mana-mana tegur jer..me kompom tak makan orang.

Thursday, July 21, 2011

Harimau Malaya :)

Sekuat dan segagah namanye...

Doa kami sebagai rakyat Malaysia..agar kamu semua memberikan persembahan bermutu.Kalah tak mengapa tapi semangat yang enggan menyerah kalah itu yang kami mahu saksikan.

Selamat berjuang wahai perwira!


MAlaysia Bakal melawan Chelsea hari ini.Sama-sama kita doakan buat pemain-pemain kita nanti :)

Wednesday, July 20, 2011

Dalam Hati ada taman...

Dalam Perut ada isi?


Eh! Eh! ke situ la pulak mummy lin ni...belum lagi..belum masanya lagi untuk beri azryl adik supaya dia senang buli.hehehe..Perasaan untuk merasa kembali ada nyawa di dalam badan me tu membuak-buak..tapi keadaan luka c-sect tu yang membuatkan me tahan niat itu dahulu...


Kalu boleh biarlah rahim itu cukup sihat dan kuat bagi anak me supaya tidak ada masalah komplikasi dikemudian hari.

Tujuan me menulis entry berkaitan hati ini cuma sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati.setelah hampir setahun jugakla me tahu me dimadukan..hidup me sebenarnya tak banyak berubah.Perhubungan jarak jauh antara me dan suami..sememangnya penuh panca roba.Masakan tidak,sewaktu suami tak ada, kitalah ibu, kitalah bapa buat azryl.Me angkut kesana-kemari anakanda me yang satu itu.Adakalanya, badan melolong-lolong mintak direhatkan tapi kekangan tugas tidak menghiraukan sang badan yang merayu-rayu supaya direhatkan.

Sungguh,sememangnya besar tanggungjawab kita sebagai isteri dalam menggalas cabaran keseorangan di kota metropolitan tanpa suami disisi.Perkahwinan bukan sahaja membawa maksud ikatan halal bagi sang arjuna dan dewi cinta ..ia membawa maksud lebih dari itu.Nak-nak me terpaksa rela juga dimadukan walau hati ini tidak rela.


Tapi, semua itu cukup menjadikan me tabah dan cekal walaupun ada kalanya me ingin menyerah kalah....Menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...

Walaupun begitu, Jodoh kami berdua tetap kuat sehingga kini..Dan harapnya terus kuat sehingga bila-bila..

Walaupun sentiasa dihujani dengan pelbagai masalah..namun me masih lagi waras dalam menyusun langkah buat hari esok dan seterusnya.Me tak mahu merancang baik dari segi apapun.kerana tak selalunya yang dirancang itu akan menjadi.Biarlah semuanya datang secara semulajadi..baik dari segi apa-pun.

Setiap maslah yang dihadapi..mnemberi kita sebuah ruang untuk berfikir dari sudut dimensi yang lain dan seharusnya kita bersikap positif atas setiap apa yang berlaku.

Semoga kita para ibu yang mengalami nasib yang sama seperti me, yang menghadapi perhubungan jarak jauh atau pun dimadukan lebih tabah menghadapi liku-liku hidup yang mendatang.Itu lumrah kehidupan.

Tuesday, July 19, 2011

Kedudukan paling stress bagi wanita Malaysia di dunia ialah..?

Di tangga ke :


16!!!!


Ini menunjukkan wanita malaysia ni kebanyakannya mengalami tekanan perasaan.Mengapakah?
Mungkin disebabkan kita semua terpaksa mengimbangi tekanan kerja dan bebanan kerja rumah yang tak pernah habis tuh.

Alahai....

(Sumber news Strait time)

I guess sampai masanya kita para isteri ni curi-curi masa untuk menghadiahkan diri sendiri dengan rawatan spa ke shopping ke, makan kat tempat best ke..supaya semangat untuk terus berusaha mengimbangai beban kerja dan tugas sebagai isteri, dan ibu mampu digalas dengan sempurna.

Yang bapak-bapaknya pun apa salah menghulurkan bantuan sesekali.Orang tak pandang hangpa semua dayus la kalu sidai lampin anak.huhuhu.

Sesama kita pikirkan.. ye ?

Friday, July 15, 2011

A Parent always..

and should have the undying Faith to their children.And thats what i learned from Naruto Shippuden series .U know.


Kata-kata itu sungguh terkesan di hati saya.Sungguh!

Naruto its not just ordinary cartoon series.Sejak saya mengikuti cerita ini dari zaman anak dara sampai ke la ni dah jadik mak orang dah pun saya memang tak ketinggalan mengikuti cerita ni.Called me childish.But i learned a lot.

Hardwork, have faith, never give up,bersangka baik semua nilai nilai murni itu ada dalam jalan cerita ini.


(Happy weekend every one!)

Thursday, July 14, 2011

Azryl sudah setahun 5 bulan

Sowi entry ini juga tidak ada gambar...


Nanti me qadakkan balik segala gambo bila dah ade gadjet ...sendiri later on..

Move on to azryl's miles stone

1.Sudah faham instrunction sesikit.Seperti "No", "Sit","Jom Jalan" and etc.

2.Sudah reti kira sesikit.sebenarnya tiru apa yang me cakap.satu ..dua...senyap...pastu terus empat.Buleh la nak..

3.Sudah reti kiss pipi.

4.sudah paham untuk salam dan cium tangan.

5.Sudah banyak gigi tak terkira.

6.kalu tido dia akan cakap "Bam"

7.tak suka buah..tapi sayur makan.

8.pandai ajuk orang cakap kat telepon.

Huh!kalu nak senarai berkajang-kajang.Yang penting Hwnag tejha sihat walafiat.Alhamdulillah.

Sekarang me tengah ajar dia bagi salam sebelum masuk rumah.Yang dicakap nyer cuma "Kung" kung.

hehehehe.Buleh la..nanti pandaila tuh,Takpe nak sikit-sikit belajar...lelama jadik bukit kan?

Semoga anak jadi anak yang soleh.Amin.
Selamat ulang tahun yanng ke setahun 5 bulan nak.Mommy so proud of u. :)

Tuesday, July 12, 2011

Cemburukah Aku?

Entry yang dipaparkan ini tiada kaitan langsung dengan hidupku yang semua sedia maklum hidup bermadu.kalu ada yang bertanya "Takkan tak ada sikit pun?"

"heheh"..jawap ku tidak.kerna,matlamat hidup ku bukan bergomolan dengan suamiku, bukan juga duduk dibawah ketiak suamiku semata.Hatta aku kini mempunyai matlamat hidup yang lebih penting dari itu semua.

Apa yang lebih penting kita sebagai ibu ini kalau tak lain dan bukan menyediakan kehidupan yang hampir sempurna buat permata amanah Allah ini bukan?

(Yang lain itu me tolak tepi.Tak ada masa nak memikirkan Apalah laki aku buat dengan bini tua nun jauh di Perlis.Nan ado.Masa ku setiap hari dihabiskan dengan memikirkan apa yang perlu dibuat untuk esok, minggu depan , bulan depan dan tahun depan)

Tak lama lagi hwang tejha bakal memasuki alam pre-school, budjet dan sekolah yang sesuai me dah mula survey-survey..huhu..sesungguhnya ongkos memang perlu dibajet kalu tak nak berpeluh dikemudian hari.

Tipu jugak la kalu ada di waktu ketikanya me tak merindui laki me tu.ado mase-masenye namun masa amat mencemburui me.Lepas balik kerja , melayan kerenah azryl , mak ai barulah terasa segala otot sendi ni mintak direhatkan.tahu-tahu jer malap dan sedar keesokkan pagi.Tv pun mak tak sempat tengok nak..


Oh..muqadimah me terpanjang plak..hehehehe...Apa yang me nak ceritakan ini ialah..
Me memang CEMBURU Buta dengan Pengasuh me.Dilema bagi seorang ibu yang bekerja ialah anak kita lebih rapat dengan pengasuh.

Bayangkan bila sampai jer rumah pengasuh azryl terkinja-kinja melompat suka.Lain pula bila me amik dia time petang , dia leh wat tak tahu kat me.Kepala me dilanting-lanting nyer.lain pula dengan pengasuhnya...siap dicium-ciumnyer..adoyaii..cemburu mak nak...

dilemma la mak yang bekerja ni...rasa cam tak adil plak.Tapi tulah nak buat macam mana.Itu realiti yang harus diterima.Masa yang anak luangkan bersama pengasuh lagi lama dipada masa yang diluangkan bersama kita.Kalu buleh weekend tu memang me nak semaksimum mungkin bersama dia.

Tak ada yang lebih penting dari itu.Alahai anak..kalu mummy leh bekerja dari rumah alangkah heaven nye...hidup kan?

Beckham's new addition in the family

Ok peeps!Here is the latest news..Porch spice aka Victoria Beckham safely delivered a healthy baby girl last weekend .Woot! Woot!after the fourth attempt , finally the princess is in da house!!!

Yeay!


The baby and mother is fine in LA, They named the gurl Harper.

Welcome to the world Harper!So much more to explore lil one.hehehe

congratulations to the proud Parent. :)

(Semakin membuak-buak perasaan itu.huhuhu)


Update:
P/s:Victoria named the baby gurl Harper because actually Harper is the very old English name.Seven because 7 is lucky number, her father's jersey is seven and she was born on the month of July and she weight about 7 pounds..Wow!

So, Baby Harper seven Beckham..your name is sure full with deeper meaning! :)

Monday, July 11, 2011

Melaka world treasure heritage.

Morning Peeps!

Me wanna start my day with my latest adventure of course with hwang tejha gone to melaka on the Bersih day itself.watpo nak p bando dengan fru segala bagai tengah berperang dengan anwar, ambiga dan segala konco-konconya.Muhla lari beramai ramai ke selatan Tanah air kita .

To tell u the truth asal datang melaka bulu roma me memang meremang.Kat situlah segala titik tolak sejarah kita bermula.Kehandalan pahlawan pahlawan melayu dahulu kala semuanya bersemadi di Melaka .Jadi memang wajarlah Melaka dinobatkan sebagai salah satu harta dunia yang tidak ternilai.

Kebetulan my laki aka husband berada disana sempena sukan staff universiti..so daripada me memerap kat rumah baiklah me bawak hwang tejha berjumpa bapaknya kan?
Tak ado la jauh manapun melaka nun..sejam jer lebih kurang sama la dari nilai nak p kl.Punyalah seronak en azryl kita ..asyik pot pet pot pet dalam kereta sepanjang perjalanan.hohoho.

Sampai sana bila jumpa abahnya , terkinja-kinja seronokla dia.Ok tak pe biarkan la ..jumpa pun tak dalah kerap mana..so moment moment begini i biarkan anak beranak itu berdua sambil mata me melilau tempat mana nak lepak.

I tertarik dengan mydin sebesar-besar alam kat melaka nun.!hehehe..punyolah besau..and to tell u the truth i rasa koleksi tudung kat melaka macam lagi cantik jer warna and opcoz murah.Kat kl nih mahai!sayur kat dalam mydin tu lagi segar bugar berbanding giant nilai yang layu di tasik madu nih.

Adehla.....

Since my husband terpaksa bersokan (tak kurus pun)dan bekerja jadi makanya tak adelah kami berjalan sangat pun.Azryl la keutamaan kami pada hari itu.Me lebih biarkan azryl bersama apaknya..

Overall me suka p melaka walaupun sesak jalannya ya ampun.macam penang dah me rasa ghupanya.hoho..

Insyaallah nanti cadangnye nak p lagi..kali ni sajo nak p cari makan. :)

Till then peeps!

HAppy monday ;)

Wednesday, July 6, 2011

Bersih?version 2.0? wat der?

Mokcik agak hot la pepagi ni,

Huh!bukannya apa, disebabkan kita digembar gemburkan dengan reformasi or korupsy yang bakal berlaku sabtu ni, kita sebagai penduduk yang ingin keluar kerja pepagi demi sesuap nasik yang mahail nak mam.. sekarang ni diganggu dengan berpuluh macam road block di sana sinun.Yang mokcik tak tahan polis nun dok menyuluh mato mokcik yang sedia rabun ni.Bepinau la bang oi!

Seb baik mokcik tak langgo kon yang hangpa letak tengah jalan nun.Kalu tak naya yop!

Mokcik heran la , pasai pa depa takut sangat korupsy bersih nih?Kalu bagi jer depa jalan secara aman mungkin tak dak masalah kot.yang timbui masalah bila FRU mula sembur gas dan segala bagai..tu yang huru-hara...

Yang puak Bersih ni tak dak kerja lain ka selain nak p bersihkan sistem pilihanraya.Acu kome-kome sekalian wat perhimpunan bantahn rega makan, rega barang yang naik mencanak-canak kebelakangan ni.Kalu cam tu mokcik pun nak join jugak.
bayangkan gula la ni dah 2.60 hengget sekilo?

Nanti mokcik langsung tak terkejut kalu daging dan ayam hanya buleh di makan oleh golongan berado je.tok mustahil tuh...alahai nasib...

So kome-kome yang suke sangat wat perarakan ni tak kira bersih ka, kotor ka, acu cube buat benda yang berpaedah untuk orang ramai,
Ketua hok dok atas-atas tu bukan kenal pun kome-kome yang dok berarak tuh.buat penat ja.Tak kira hangpa dari parti manapu.Hak atas tak ado keje nak skodeng apa terjadi kat hak bawah yang berpeluh ketiak sebab berarak.Percayolah cakap den.

Sungguh emo hari ni sebab merosakkan mato den yang memang sudah sedia rosak.

Tuesday, July 5, 2011

Dark Of the Moon (my personal preview)

Demam Transformers melanda kembali.hohoho..Bagi yang belum tengok sila..sila ke panggung dan saksikan sendiri kehebatan prime dan kengkawan berjuang habis habisan untuk menangkis serangan megatron.

Perlu tak me cerita plot dia sesikit..

Acila no?

Ia bermula dengan sejarah lama dahulu kala di mana lelaki pertama yang menjejakkan kaki ke bulan iaitu Neil Armstrong..Actually dia ni on secret mission sebenarnya.Selepas pihak Nasa mengesan ada sesuatu di bulan sana nun..depa pun kekonon nak p siasat.Tapi di mata penduduk bumi sejagat time tu,itu adalah sains di luar jangkaan.Setakat tahun itu mano ado orang p ke bulan lagi yop!huhu..

Bila neil dan kengkawan berjaya mendarat di bulan..jeng! jeng! jeng!

Di situlah penggembaraan bermula....

Nah!sila ke panggung ye kengkawan..?

Ada banyak watak baru yang diperkenalkan di dalam cerita kali ini..Si carly ni merangkap gf si sam whitwicky ni terlalu "meganie foxxie" la sangat.Kesian kat dia.Cam tak dak identity.Plot permulaan dia cam agak kompius sikit.coz mukadimah panjang pehtu terus cut it short ke dunia zaman la ni.Maybe cerita ini di potong dek terlalu panjang kot..(kena tunggu blue ray special edition ..kot-kot ada extended version)

Oh mr hero dalam diam kita Sam nih masih tak berubah.Hidup kelam kabut dari awal cerita dulu sampaila ke Dark of the moon ni.Tak berubah.Still the silly old Sam.hoho.

Ada watak robot baru yang diperkenalkan dalam dark of the moon kali ni,..nak tahu?
again silalah tengok ye?Kalu me dedahkan macam tak syiok la plak kan..?

Ha lagi satu,tiket wayang kita ni dah naik rega ek?me dah lama tak masuk panggung.Tak sangkala plak tiket wayang dah berharga 13 hengget.ayo ma!ayo pa!
Seb baik setiap sen berbaloi tengok Transformers nih.Pertarungan antara megatron, sentinel prime and optimus kat tengah bandar tu buat me tak berkelip langsung mata wokey!

Teknik CGI yang digunakan memamg tak mengecewakan penonton.hoho...


Antara scene yang me suka ialah waktu megatron berjalan kat desert pakai cloak tuh.hehehehe.>Sexy beb wa cakap sama lu..
cer tengok gambo kalu tak caya.

(Tho gambar yang dipaparkan ni toys.hehehe)

kredit tu uncle google yer?




Tho megatron looks like a big piece of junk..still dia musuh berzaman untuk optimus Prime.Me agak keciwa sikit sebab Prime still di takuk lama..Tak kuat sangat.senang tumbang.

Oh well me bocor rahsia terlalu banyak.Again sila ke panggung ok kengkwan..

(Tak sabar tunggu finale harry potter plak next week.hehehe :) )

Till then peeps!

Friday, July 1, 2011

Salam Jumaat

Salam Jumaat buat rakan blogger tak kira di mana anda berada.

Sebenarnya dah lama me nak upload picca azryl yang terbaru.Tapi since camera tak ada ni..me hold la sementara waktu.Kalu dapat durian runtuh buleh la sembat Samsung Galaxy(cecewah..angan-angan tinggi menggunung nyer ...lin yer?)

Hmm....

Hari ni satu julai genap sebulan umat islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan.
Bulan yang ,mulia..me dah pasangkan niat agar dapat terus berubah walaupun sebsar zarah.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas.

(Doakan me buleh yer kengkawan?)


Semoga berat me turun lebih banyak lagi pada bulan puasa ni.Almaklumla me duduk kat walk up apartment katakan .huhuhu.dengan menggengdong hwang tejha yang seberat 12 kg itew..rasanya setakat sekilo dua tu no hal kot. :)


Dan yang anehnya lagi...

Perasaan ingin merasa kembali ada'nyawa' didalam badan me tumbuh segar semula..hmm entahla kenapa ..mungkin azryl dah besar, dan rasanya dia sunyi berseorangan..bila dia dikelilingi budak-budak yang ramai sungguh dia seronok.huhu..tengokla macam mana..

Parut operate c-sect dulu masih jelas kelihatan..kalu buleh biarlah yang kedua nanti lahir secara normal..(lagi setahun baru buleh la kot)


Me percaya pada rezeki yang telah ditetapkan..Insyaallah la kan...

So sebelum me mengakhiri entry ini, me nak ucapkan selamat berhujung minggu kengkawan! :)

Monday, June 27, 2011

Dengarnya...

Tiket wayang untuk Filem TERHEBAT TAHUN ini yakni TRansformers 3 dah fully book for the next three weeks Yall!!


OMG...


MAk peminat tegar optimus Prime..Cam no nih?Bikin bontot mak panas jer..

Semalam baru je dapat masa tengok citer Green Lantern.Sebenarnya lucu gak la sebab Bila Ketua Lantern ni cakap pasal kekuatan warna hijau ni..Mak terus teringat Parti Pas.hehehe.

Ayat Ketua Lantern berbunyi macam ni" kenapa hijau?hijau warna yang kuat , lambang kekuatan yang tak dak bandingan)"heh! lebih kurang cam tulah bunyinya.

Agak-agak Piliharan Raya akan datang Pas guna tak slogan ni?hehehehe.Kompom melotop kan?

Oho..overall green lantern ni cam lawak ..movie yang ringan tak berat manapun...Sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Apapun Heronya memang mak berkenan semenjak dia berlakon dalam Proposal Lagik.Seksi.


(P/s:Tak nerkesempatan tengok kungfu Panda lagi...macam ada harapan tengok kat Pc jer nih..hmmmm)


happy morning Gojes-gojes sekalian..muah!