Subscribe

Monday, November 14, 2011

Pneumucoccal vs Pneumonia

Annyong everybody!


Lama telah me tinggalkan warkah virtual ini setelah hampir seminggu berkampung di KPJ Seremban Specialist Hospital.

Rentetan dari warkah terakhir yang sempat me karangkan minggu lepas berkisar bagaimana hati me gundah gulana disebabkan anakanda tersayang terlantar sakit hampir sebulan lamanya.

Permulaan bagaimana penyakit ini bermula hanyalah sekadar demam biasa.Maklumlah cuaca tak menentu di kuala lumpur mahupun nilai membuatkan azryl lambat sembuh.Ditambah lagi dengan seorang dua di rumah pengasuhnya sakit lagilah bertambah lambat azryl sembuh.

Setelah 2 minggu , azryl sekali lagi tiba-tiba diserang demam panas.lantas me bawak dia ke klinik biasa.diberinya doktor ubat biasa, ada antibiotik, paracetamol, batuk dan selsema.demam kebah namun kembali berulang hanya di waktu malam.Bukan me tidak mahu segera bawa dia ke specialist yang biasa me bawak ke KPJ tapi me empunyai beban kerja yang meninbum di pejabat.Dengan cuti yang suam-suam kuku, lagilah membantutkan me untuk bercuti lagi.

Dan sewaktu raya haji hari tu keadaannya amat membimbangkan..Dia muntah pula.demam panas di malam hari.Nak serang KPJ cuti pula.Thats why hari selasa minggu lepas baru berkesempatan pergi ke sana.Nah!Diagnosis awal Doktor mengatakan dia kena pneumonia.
Agak hairan juga me kerana Azryl dah cukup dose penumucoccalnya tapi masih lagi terkena jangkitan kuman di peparunya.Diagnosis doktor dikukuhkan lagi dengan X-ray dan ujian darah yang dibuat.Ok!time to admit yourself son.Maka kelam kabut me uruskan admission dia, angkut segala tok nenek bagasi dan kelengkapan dia ke sana.
Segala ubat uang pernah azryl makan me angkut sekali buat rujukan Specialist itu m,cuma antibiotik nya telah me buang.Jadi tak hengat pulak namanya.

Suhunya waktu admit itu 39 darjah celcius.agak tinggi dan dia memang dah tak bermaya.
Dia kena ambil nebulizer, antibiotik dan kena buat physio dimana belakang badannya depan dan sisi ditepuk bagi melonggarkan cecair ataupun kahak di dalam peparunya bagi senang dia memuntahkannya keluar.

Seb baik dia suka nebulizer tu.Mungkin sebab berasap-rasap heheheh.Sengeh jer dia seiap kali pakai topeng gas oksigen itu.Nurse pun hairan.Sebab kanak-kanak lain asal nak pakai jer topeng tu nanges tapi ini budak suka. :)

Antibiotik sepanjang 6 hari diberikan without fail .

dan akhirnya setelah 6 hari berkampung semalam kami baru dibenarkan keluar.Actually kena stay lagi sehari tapi mak tak sanggup la since kerja di opis berlambak-lambak.Azryl me boleh katakan 94 percent dah sembuh.Batuk masih sesekali.Tapi selsema dan demam sudah tiada.Selera makan pun dah ada.Hidung tidak melecet.Kahak sudah hampir kesemuanya hilang.Cuma ada sikit aje kot.Sikit sesangatbukan dalam situasi yang membimbangkan.


Ok lah , panjang betul mak membebel,mari layan pica-pica yang me sempat snap waktu berkampung di hospital bebaru ni.-




(HAri sebelum dia ke hospital.mata merah sebab demam, hidung berair..)



(Di ward emergency sementara tunggu katil siap diatas.Lama jugak.And dia pun dah tak bermaya)





(Kena neb.suka dan pasrah.hehe)




(Mula tersenyum hari kedua)




(boleh bermain di hari ketiga)

hari ke-empat dan kelima serta ke enam ada gambarnya tapi sudah terlalu panjang rasanya post kali ini.hehehe.nanti bosan pulak nak membacanya kan?

Jadi para ibu yang dihormati, kesimpulan dan pengajaran yang me dapat ialah pengambilan vaccine tak bermakna seratus peratus anak kita dilindungi.Banyak lagi faktor lain yang boleh menyumbang kemudaratan sekiranya kita tak mengambil langkah yang sewajarnya.Keadaan cuaca yang tak menentu ini kita tidak boleh amik mudah.Bagi yang ada anak kecil dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya membawa anak bercuti di tempat yang ada kes-kes seperti influenza.Avoid crowd places.Kebersihan dirumah perlu dititk berat sepenuhnya.Pastikan rumah ada pengudaraan yang sempurna.Dan akhir sekali Bertawakal kepada DIA.Hanya DIA yang bisa menyembuhkan segala Penyakit.Kalu segalanya kita dah buat tapi diberi jugak ujian ini MAKA haruslah kita REDHA.Ini mengajar me untuk lebih bersabar..Bukan senang nak menyabarkan diri apabila anda pun sakit seperti mana anak anda.And me tabik spring kepada ibu 6 orang anak yang me jumpa di hospital.Setengah bulan berkampung di hospital dek kerana anaknya kena POX dan athma.huhu.Sungguh ada banyak perkara di luar sana yang me sendiri tidak tahu.dan me juga bersyukur kerana dengan pengalaman yang me dapat ini, dapat me jadikan panduan hidup di masa akan datang.

Salam sayang dari mummy azryl. :)

0 comments: