Hello!
Topik Pada hari ini ialah saya bangga menjadi anak Malaysia.Kenapa?Bukan sebab kita dapat emas sukan SEA, tapi sebagai manusia saya dambakan kedamaian.Walau pun pernah negara ini dilanda provokasi oleh pihak-pihak tertentu namun Hakikatnya kita tidak perlu tidur dalam ketakutan dek gempa bumi, dek bom oleh pesawat pejuang..Kepelbagaian kaum di negara ini tidak menjejaskan keharmonian kita sebagai rakyat Malaysia.
Ini Pesanan mummy buat Azryl jugak.satu hari nanti kamu akan dewasa.Satu hari nanti kamu akan berkawan.Nasihat mummy berkawanlah dengan semua orang tanpa perasaan prejudis pun terhadap mereka.Pandai-pandailah kamu membawa diri.Jangan tersilap memilih kawan.
Bagi mummy, mummy memang banyak rakan-rakan yang datang dari bangsa lain cina, india , kadazan, Italy, australia,Uk, sebab mummy bekerja di dalam syarikat yang multi culture.Tapi Kami saling menghormati akan adat dan budaya serta agama masing-masing.Santapan roti canai teh tarik memang tidak asing buat kami..Malah di dalam kantor mummy ada surau untuk umat islam bersembahyang.Dan setiap perayaan setiap kaum kami sambut dengan hati yang gembira.Makanya nak, kamu juga harus begitu
Kalu kamu berkesempatan Tontonlah filem Hati Malaya itu.Bagi mummy sejarah yang sudah lama dilupakan hidup kembali didalam cerita itu.Kamu harus minat sejarah seperti mummy.Sejarah membolehkan kamu menaakul balik di atas segala tindak tanduk kamu di kemudian hari.Bagaimana kita dulu hati nya sama walaupun rambut berbeda,Bgaimana nenek moyang kita berhempas-pulas dalam menuntut kemerdekaan.
Tahu tak azryl idola mummy dalam filem itu tak lain dan tak bukan Allayarham Tuanku Putra abdul Rahman?Selami erti kemerdekaan dengan setelitinya nak.
Jangan biarkan anasir anasir kuning meracuni pemikiran kamu sehingga boleh menjejaskan keharmonian kita sebgai rakyat Malaysia.Mungkin azryl tidak tahu, Dunia luar amat mencemburui keharmonian negara kita.Sungguh! tidak tipu.Masakan tidak , kita bebas menghirup udara ditempat sendiri walhal Palestin terpaksa meminta sedekah di negara mereka sendiri.Anak-anak muda disini mendapat peluang belajar sama seprti yang lain.Tapi tidak di somalia.Mereka terpaksa memikirkan berapa butir nasi yang buleh dimakan agar tidak mengalami kelaparan di minggu-minggu akan datang.Tengok? Betapa Beruntungnya kita sayang?
Makanya nak jangan disiakan peluang yang ada.Pilih jalan yang sebaiknya.Sesekali terkehel di perjalanan hidupmu takpa..kerna pengalaman mendewasakan kamu.Letakla AGAMA mu itu ditempat yang tertinggi didalam dirimu kerna ISLAM adalah agama kedamaian.Jangan takut dan gentar kerana kamu anak lelaki mummy danwira negara ini di generasi akan datang.
Jangan sesekali kamu lupa akan asal usul tempat mu .Tanah tumpahnya darah kita sayang ...MALAYSIA....
Wednesday, December 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Betul tu dear..
Ibu sokong!!!!
Plg risau waktu zaman anak2 kita dewasa nnt..
Post a Comment