Subscribe

Monday, December 5, 2011

Pelajaran Hidup.

Selamat Pagi semua!


Mummy azryl ingin memulakan hari senin dengan sedikit pelajaran yang mummy dapat dan ingin berkongsi dengan para mummy yang lain.Kisah ini berlaku terhadap mummy sendiri yang mana mummy sendiri terkedu setelah mendapati ada kebenarannya disebalik kata-kata yang hasil perbualan mummy dengan seorang wanita yang berketurunan cina.Perbualan ringkas dan singkat ini memberi mummy satu pengajaran baru buat mummy bagi menjadi "bookmark" dalam mummy menjadi ibu azryl.

Senario perbualan mummy bermula dengan rengekan azryl yang seperti biasa mahu bermain sudu dan garfu.Dia langsung tak mahu nak makan ,Apa yang me suap semua diluahkan balik.Bila berada di kedai memang agak segan nak memarahi si kecil di khalayak ramai.Me menggetap bibir dalam diam.


Tapi fiil azryl menjadi-jadi.Wah!bikin hati mak panas dong!Lalu terkeluarla suara garau me dan azryl apa lagi...mula la dramanya..WAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!.me biarkan aja kerana me tahu dia akan berhenti.Lagi dipujuk lagi kuat.Oh semestinya!

Ha..memang betul tak lama lepas tu dia diam.Lalu me didatangi oleh wanita yang sudah agak berumur ini.."I think u trained him quite well.Usually some children will cry for hours and the parent didint do anything to stop them." ME pun pelik.dalam hati "Eh nyonya ni perli aku ker?"hehehehe..

Anyway yang membuat mak sentap bila dia cakap macam ni"We adult already forgotten that we used to be kid long time ago.We should know how to tackle our children.After all they are our own blood and flesh right?"..huhu time ni mak rasa nak nanges ok?
Dia sambung lagi,"After all in their world there is no such thing right or wrong..they just want to explore.We should channel their curiosity in the right way"sambil tersenyum...Me mengggiakan banyak kali." Kau betul sungguh nyonya!Sungguh!


perbualan yang singkat itu betul betul memberi impak yang dalam buat me.Kekangan masa, keletihan akibat seharian bekerja dan merempuh kesesakan lalu lintas yang menggila ..membuatkan kita hilang pertimbangan apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang baru bermula hidupnya.

Me minta maaf banyak kali dekat azryl.huhuhu.ternanges plak me situ.Ya, dia bukan jenis anak yang banyak ragam.Dia tidak minta barang mainan ,tidak pula merungut bila terpaksa berhujan panas dengan me.Malah sering melontarkan senyuman dan gelak ketawa yang ikhlas terhadap me apabila me datang menjemputnya di petang hari.

Jadi..masih banyak yang perlu me belajar.dan akan terus belajar.Semahunya me mahu menjadi ibu yang terbaik buat anakanda me yang satu itu.Kepada-Nya me memohon agar dipermudahkan segala-Nya....

3 comments:

Moonchild said...

means? kalau anak wat perangai kita kena pujuk die ngan menda2 yg die suke?

ker mmg betul ape yg u buat,juz ignore sbb nanti sure die diam gak?

me pun kekdg confius,x tau jadi mommy yg garang yg bagus ke jadi mommy yg penyabar nih bagus?

slalu gak termarah hariz sbb menda2 yg kecik jer,pastu menyesal....

dan selalu gak rase kalau bersabar jer, tkut nanti die smakin naik lemak plak...

konfius..konfius...huhu

shaliza said...

kannns.
Saya pun gitu jugak..bila time letih, anak buat perangai mmg boleh jadi hantu...pastu nyesal...huhu selalu sangat.

linziana said...

Hi mummy hariz, mungkin apa yang ingin disampaikan oleh nyonya ini ialah bertindak ikut keadaan dan sebolehnya setiap patah tutur itu harus dijaga>Contohnya"Nakal la kamu ni.hmm ..mungkin harus ditukar menjadi.."Ada sebab ibu larang , kamu anak yang baik kan?"..bukankah kata-kata ibu itu doa?
Me sendiri urut dada banyak kali.Paling habis me buat pukul tapak kakinya dengan tangan me.Sepatah pun me tak cakap.Bila tangisnya redha baru me explain.kenapa..

Oh sungguh..diri kita sentiasa perlu membaca dan bersabarkan?Takpe..kita pelan-pelan k .. :)

shaliza-lin rasa cabaran shaliza lagi hebat sebab najibah dah ada adik.hehehe.Dua-dua nak perhatian..kan?hmm takpe shaliza,kita tak sempurna mana namun kita buleh berusaha memperbaiki kan? :).