Wohoho...
Bila achik berblog-walking sekali sekala...kekadang achik tersinggah di rumah yang menjalankan aktiviti MLM ni...
dasyat betul promo diroang sampai achik pun ternganga sekejap.Tak perlu disangkal lagi macam macam promo yang diorang buat untuk tarik pembeli yang sangat naif..seperti achik ni.
Yes lalink-lalink sekalian....achik nak bercerita pasal korset PB nih.Ingin dingatkan disini achik bukan menega wokey cuma achik rasa kalau ye pun nak goreng buyer janganla sampai dikatakan korset ni ajaib.Untuk shapekan bentuk badan tu achik percayala..dah nama pun korset.kompemla tolak lelamak kesana kemari..tapi untuk dijadikan alat nak menyembuhkan penyakit achik tak sokong ye ...?
Ni ha, berkaitan kalu pakai korset ni ,buleh tambah susu badan..achik tak pecayo.sebab?susu badan kita dirangsang sepenuhnya oleh mulut si kecil comel molek kita tuh.Selagi ada stimulation oleh bayi selagi tulah susu keluar biarpun setitik dua.Keduanya..korset ini buleh hilangkan fibroid.
selagi tak dak bukti saintifik dan disahkan oleh dr yang bertauliah , kita sebagai pengguna harusla peka dan tidak melulu percaya bulat-bulat...
Macam yang achik cakap tadi , cukupla korset ini dilabel sebagai pembentuk badan.Yang ade fir infra red apa jadah tu jangan letak.Sebab bagi achik tak logik langsung.
Hrap maklum ...achik bukan nak mengkondem sesapa.Cumanya..disebabkan barangan naik menggila kebelakangan ni achik rasa kita perlu menjadi pengguna berhemah.Bukan ditipu bulat-bulat....
amalkan pemakanan sederhana..rasalah semua makanan yang anda berkenan dengan kuantiti sederhana, bersenam, kurangkan stress dan bagi yang menyusukan itu...tak payah pikir mahu diet tak makan kerana anak anda perlukan nutrient dari zat susu badan anda.Kalau kurang susu macam achik nih, minumla halba, makanla jantung pisang, oats , susu dan segala yang berkhasiat supaya anak anda mendapat susu yang berkualiti.Kalu tak mencukupi jugak macam achik..mintak la bantuan lembu-lembu yang penyayang.Usah rasa bersalah kerana setiap benda yang diciptakan oleh ALLAh ada kegunaannya atas muka bumi ini.Susu lembu pun susu jugak .Achik sihat je minum susu lembu ni..tak jadik setan pun.Pokok pangkalnya hati..
Ceria-ceria selalu wokey?peace!!
Tuesday, January 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
:-)
Post a Comment