Subscribe

Tuesday, August 24, 2010

Al-Fatihah buat Akmal Haris dan Alanna Qish

Mommies,


marilah kita sama-sama sedekahkan Alfatihah buat anak-anak Syurga ini ini.Hari ini genapla Alanna Qish berusia setahun..sayangnya Allah lebih menyayanginya...Manakala bagi kanak-kanak bernama akmal haris ini yang mana ceritanya disiarkan di akhbar kerana terjatuh buaian 5 tahun dulu telah tamat penderitaannya semalam ...dimana dia telah dijemput oleh Ilahi...
Disebabkan kecederaan teruk dialaminya sewaktu bayi dahulu 15 kali pembedahan telah pun dijalaninya..namun ibu-bapanya tetap tabah dalam menghadapi situasi sedemikian..hancur hati mereka hanya mereka yang tahu...


Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar diatas kejadian ini.Ini juga bertujuan untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa sentiasalah mengingati-Nya,Hanya Dia saja mengetahui apa yang berlaku selepas ini di dalam hidup kita, Doa merupakan senjata kita,Moga-moga kita sekeluarga dilimpahi rahmat oleh Yang Kuasa....Amin...


Alfatihah....

3 comments:

Rozarina said...

Salam. Saya pn rozarina ibu kepada adik akmal harith. Terima kasih kerana membuat ucapan salam takziah yang saya rasakan cukup bermakna buat seorang ibu yang pernah mengalami saat saat ujian yanng cukup sukar.Apapun saya redha dan tetap yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.Boleh saya tahu apakah yang terjadi kepada alanna Qish?

linziana said...

Salam Puan,
Alanna Qish mengidap penyakit yang dinamakan Gautcher disease, dimana keboleh upaya untuk menelan tiada....akhirnya dia tak mendapat zat yang cukup and pengidap penyakit ini buat masa ini tiada penawar nye..........

Moga puan tabah dalam menghadapi ujian mendatang.

Rozarina said...

Terima kasih. Moga kita semua akan lebih kuat dalam menempuhi ujian dan dugaan.Harap dapat melayari blog anak saya untuk melihat lebih banyak gambar dan kisah sebenarnyanya.