Subscribe

Thursday, September 6, 2012

Which one would u choose?

HAri ni mak buyong nak buat sesi meluahkan perasaan sikit.Dah lama tak meluahkan perasaan kat sini especially hal-hal berkaitan rumah dan tangga.

Believed it or not..My marriage has gone through many difficulties , up and down,and hingga kini masih kekal lagi walau adakala hati ini tertanya-tanya sampai bila harus bertahan..dan apa yang diri ini inginkan dalam perkahwinan ini.Dan alhamdullillah me dikelilingi oleh insan-insan ,rakan-rakan yang tidak prejudis dan berfikir skeptikal dalam berkongsi suami.Yolah..tak semua orang boleh terima ye dok?Buleh la dikira dengan jari..


Bila duduk berjauhan dan dimadukan pulak tu..segla tugas dan tanggungjawab kebanyakannya me pikul seorang diri.Sampai bila ?ini yang menjadi tanda tanya..sebabnya sesi berjauhan untuk masa yang lama tidak elok untuk pertumbuhan anak-anak yang semakin meningkat usianya.Sesekali apabila badan ini tidak mampu lagi untuk mengerah tenaga dalam diri yang semakin memberat ni,tiba-tiba timbul la prasangka yang tidak enak dan tidak patut disebut lansung oleh setiap isteri yakni PENCERAIAN.


Sok-sek sok me dengan seorang rakan baik yang bapanya juga beristeri dua telah membuka persepsi baru dalam hidup me.Rasanya akal dan fikiran ini merasakan tindakan ini wajar dalam menaakul segala tindakan agar tidak memudaratkan dikemudian hari.

Ini antara perbualan me dengan sahabat karib me.Kakak la since umurnya lagi jauh bexanya terhadap me."Lin, mak aku isteri kedua.."rumah isteri pertama dengan rumah mak aku sepelaung jer tapi bapak aku sebulan 2 kali jer balik rumah weh.Mak aku memang jiwa kental la wei.Memang dia buat pekak la apa orang nak kata pasal rumahtangga dia.Orang kata dia perampas la, perosakla..bini tua ayah aku langsung tak bagi bapak aku balik rumah jenguk anak.Sampai anak-anak yakni kitaorang ni memang suruh mak aku bercerai la.Ni jawab mak aku"Yang korang sibuk hal dalam kain mak bapak kau kenapa, Kira syukurla bapak ko ingat nak bagi nafkah kat korang,korang tak pernah berlapar pun.Apa lagi naik tangan kat aku .Nak buat mana dah bapak kau kawin dua.."Asal korang cukup makan pakai udah.Sambung kawan me lagi.."Mak aku tak kerja lin..and memang kitaorang time bapak balik tu berkecamuk la lari nak jumpa bapak ..sebab dia sesekali balik kan..Tapi time kitorang kecik dulu-dulu mak aku memang dah bitau siap-siap yang bapak kitaorang kawin dua..kalu dia tak ade maknanya dia kat umah bini pertama."Kitaorg ok jer..paham la..so sebab tu kitaorg dengan adik beradik tiri tak ade masalah.Tapi bila time jenguk bapak aku sakit dulu memang terasa macam orang asingla..sebab dia stay kat umah bini tua kan?Last-last bila bini tua ayah aku mati dulu..anak-anak dia datang jumpa mak aku and mintak maaf atas sebab bapak aku tak dapat berlaku adil terhadap kitaorng sebab mak depa tak bagi bapak aku jenguk dia ngan anak-anak.

Sambung kawan me lagi.."Ko kena kuat l lin dalam hal ni,ko kena ingat yang cinta tolak tepi yang penting anak-anak ko cukup makan pakai wei.Bukan senang nak besarkan anak ko sendiri.Ni ko still boleh lagi memekak mintak duit kat dia hari-hari.Ko ingat bila dah cerai dia nak tanggung lagi ke ..time tu berjuta alasan wei dia akan bagi kat hakim.Elok elok dia bagi ko 3 ribu sebulan last last jadi 5 ratus sebulan.Time tu ko suffer habis la.


Kau kena ingat lin sekrang ni DUIT nak hidup yang penting.(oh kawanku..heheheh).LAki tinggal sebumbung pun belum tentu bagi nafkah cukup wei.Ko syukurla anak ko minum susu mahai, baju mahai,ko pulak tak kelaparan hari-hari.Gaji ko sekrang ni tak lepas lagi nak hidup sorang-sorang.Lain la kalu ko dapat gaji bos ko.Tu aku tak halangla ko nak dok sendiri wei.

Sambung dia lagi sambil tu me menarik nafas dalam dalam dan berfikir...sambil mendengar..
 Selagi dia tak naik tangan kat ko, selagi ko call dia mintak duit and dia tak kisah pun bagi bapa banyak kat ko..selagi anak ko pakai banayk duit nak-nak time kecik kecik ni..ko lantakkan aja semuanya.Dah kahwin lin, ko tak buleh nak expect apa orang lain dapat ko pun dapat jugak.Dah tersurat dugaan ko macam ni sebab tuhan tahu ko boleh handle.Bini tua dia tak kacau kau kan?Laki ko pun bukan sebulan 2 kali balik kan..time keje kat sini aku tengok ko hari hari berdating time lunch..kira ok la tuh!Ko nak macam mana lagik.Ini jalan yang kau pilih and untuk anak-anak ko tak kelaparan and tak cukup serba serbi..baik la ko stay macam ni dulu.Baik duit ko cukup setiap bulan dari ko terpaksa cut semua benda gara-gara nak puaskan naluri ko sebgai pompuan.Nanti ko tension dengan duit tak cukup..anak-anak ko jadi mangsa keadaan.Dahla mak janda bapak tak ade,makan pakai tak cukup.

Ok me terkesima..true..very very true indeed.JAdi hati bertabahla..Bukan senang..tapi ya me tidak menidakkan apa yang dia cakap.Keputusan BERCERAI bukan dalam hidup me buat masa ni.Dan harapnya ini perkahwinan yang pertama dan terakhir buat me.

Masa kedepan me tidak lagi pasti..Tapi yang pasti buat masa ini me masih perlukan dia dalam membesarkan anak-anak me or in directly saying his money.(oh kejam).muahahahahahahaa.


Ok tamat sudah sesi luahan perasaan...maybe ada yang tidak sependapat dengan me tapi sejujurnya..me memang tak suka buat benda separuh jjalan sebolehnya me nak benda itu menjadi.Dari dulu lagi me memang macam ni.Alang-alang melawan arus biarla sampai ke tepi tebing bukan tenggelam ke dasar laut dan biar lemas terhadap kekangan keadaan. :)

Sekian Wallauhalam.




2 comments:

shaliza said...

Betul sangat2 apa yang kawan Lin cakapkan itu.
Kalau kita nak ikut naluri pompuan mmg sampai ke sudah tak puas hati.
Jadi yang 1st ke 2nd ke..sama jer...
jadi sama2 kita bertabah..terima apa saja ketentuan sebagai cabaran hidup..keperluan anak2 yang penting.

Maria Rajab said...

lin...tabahla lin..xtau nk ckp ape..cuma harap lin bersabar..kalau benar buntu istiqarahla..semoga lin di beri keputusan yg benar..lin..ingat baby dlm perut k