Subscribe

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wassahlan YA Ramadhan

Alhamdullillah  dapat jugak me bertemu ramadhan kali ni,Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, bulan diampunkan dosa, bulan yang membolehkan kita mengkaji diri kita di takuk mana sebagai hamba-NYA, bulan yang membawa rezeki tak terhingga, dan bulan ramadhan kali ini, me berdua lagi..hehehe, membawa lil' a, dan berbuka juga tidak berdua lagi tapi bertiga..abang sulong lil'a akan mengecohkan rumah dengan aksi lucunya itu.huhuhu...

Ini kali kedua me berpuasa sewaktu mengandung.Dua dua adik beradik ini timenya sama.Berpuasa di trimester kedua. :).Harapnya me dapat berpuasa penuh seperti ibu-ibu yang mengandun lain.
Cumanya, me akan make sure ambil obimin di waktu pagi,minum air masak banyak-banyak and ambil madu.Mungkin akan makan jugak sebiji kurma.Sebenarnya me tak berapa suka tekstur kurma.Kurma cina yang merah tu okla me telan..entahla kenapa.

Buat rakan-rakan mommies dan blogger semua, me nak ucapkan selamat berpuasa, bagi para blogger merangkap isteri yang berkeinginan untuk mendapat cahaya mata, insyaallah bulan puasa ni doa dimakbulkan..moga tercapai hasrat anda sekalian..

Semoga..kita dapat bersama-sama menunaikan ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya. :)

Muah!


2 comments:

Moonchild said...

Sama la kita lin..semoga tabah menjalani ibadah puasa kali nih..me dulu first time preggy bulan pose jatuh mase kandungan baru 5 bulan lebih..so dapat la pose penuh..

this time dah sarat sangat..8 bulan lebih..harap2 dapat lar bertahan...hehe..

neway, juz wanna wish selamat berpuasa...

Hanani said...

selamat berpuasa lin. Nani 1st time peknen time pose. Xtau camne nanti ni. Moga dipermudahkan segalanya sepanjang ramadan ni. Amin.