Subscribe

Tuesday, July 31, 2012

Anak Gelandangan , akhirnya nasib mereka terbela..

Sob..sob..

Semalam tengok berita..berkenaan hal nasib anak gelandangan ni..kebanyakan ibu bapa sama ada berkahwin dengan warga asing atau anak tak saf taraf..rata-rata daripada mereka tak ade surat kelahiran.Akibatnya mereka tak boleh bersekolah seperti kanak-kanak seusia mereka yang lain.Sedih kan?

Ya inisiatif kerajaan untuk memberikan mereka sijil kelahiran sekaligus bantuan persekolahan kepada mereka memberi nafas baru ataupun nyawa buata anak-anak tak berdosa ni.Apa salah mereka?Mereka juga perlu diberi hak yang sama seperti kanak kanak yang lain..bersekolah, supaya nasib mereka kelak terbela..

BAb kanak-kanak ni me memang lemah sikit.mudah mengalirkan air mata.sebab hormon kot.Anyway di bulan yang mulia ni..sama -sama lah kita membantu insan yang memerlukan tak banyak sikit pun memadai..

Diharapnya ada sinar bahagia buata anak-anak ini kelak...

How i knew i was pregnant lil 'a'

Kita flash back sikit yer..hehehe,

Sebenarnya memang me inginkan second baby before reach 30 and tak mahu gap between azryl and adik terlalu jauh.5 tahun bunyi macam ideal..but bila fikir long term..sepatutnya bila umur 35 tu me dah boleh rancang diorang punya education and future..KAlu boleh umur 40 tak maula me kilik anak kecil lagi hohoho...Sebolehnya time tu kita dapat simpan dana untuk mereka belajar.Higher education bukan murah wooo..And semestinya kita hanya mahu yang terbaik buat anak-anak..(LAgipun husband i time umur i 40 dia sudah koff..koff 50 y'all, orang kata tu udah udah la wat anak..dok atas tikar semayang wat amal lagi baguih) heheh.

Jadi bila azryl mencecah umur dua tahun hari tu me cakap la dekat husband...lets try for the second baby..Dia agree sebab azryl agak besar..And usaha pun hanya bermula sekitar tahun lepas sahaja.Nilah kisahnya..bila mula menharap and tetiba cik 'p' mai menjengah hampa..u.Memang period me tak regular..and cycle pun tak konsisten.Dengan Husband yang 2 kali sebulan ja mai jenguk,rasa-rasanya nak letak harapan besar tak?Opcoz la tak..Tapi me percaya kalu DIA nak bagi tu pakai la pil perancang ka, implanon ka, iud ka, kun fayakun..lekat aja.

Then tiba bulan satu,azryl bakal dua tahun...and time tu me tak letak pun harapan tinggi menggunung,me ingat lagi time hujung bulan satu, husband datang..kitaorang p makan ..relaks-relaks layan azryl naik motor(Pinjam motor kawan husband)pusing-pusing bangi.hehehe.Ye time tu perasannya sungguh tenang. and pabila bulan dua menjengah azryl pun cukup dua tahun pada tanggal februari 12,i supposed to welcome my dearest miss p, tapi tak datang..oh well what do u aspect?period tak regular..Tapi selang 2 hari macam tu,i didatangi mimpi pelik and yet rasa macam betul jer..i melahirkan anak !anak perempuan disambut oleh husband i sendiri.the baby face so cute..with tiny little rose lip.rambut lebat..Bila terjaga..rasa cam tak puas.hmm..ok..so i decided to wait 2 days more.then on 16th, time to dah delay 3 hari,supposed dia datang 13 haribulan, i decided to buy cheap chepa pregnancy test kit.There is two very faint line but i dont want to 100% believed that i was pregnant at that time..i tunggu lagi sehari,and beli yang mahai sikit..ada double line.HEhehehehe,faint but enuff to tell that i am going to have another baby.I tak confirm kan dengan scanning till i agak my baby berusia 8 weeks gitu.I ke klinik biasa only to confirm it.Hehehe..time tu nampakla heartbeat dia.Husband i bitau after the second test,and opcoz dia suka.I tot i was expecting a girl since time mimpi tu i bersalinkan secara normal a cute baby gurl..But it turned out to be boboboy.hehehehe.

Begitulah hendaknya..Memang betul, kalu dah tersurat time tu kita akan pregnant , husband tak dok sekali pun buleh ja lekat.Rezeki, Ajal dan Maut dah tetulis sejak kita berusia 16 minggu didalam rahim ibu kan?

Sekian..

Monday, July 30, 2012

Terbaek dari ladang :)

Salam ramadhan yang ke sepuluh,
Menyepi sekejap di hari khamis dan jumaat hari tu.Walaupun menyepi tapi alhamdullillah ,masih berkudrat lagi untuk menunaikan ibadah puasa walaupun cuaca di nilai, ya hampun kering dan panas sungguh, Pepaham jela bila preggie, suhu badan extra high sikit.MEmang berpeluh peluh la mak buyong di siang dan malam hari.Nak mandi kerap tak boleh nokss..makhruh.hehehe.

Oklah..mak dah membebel panjang pulak..actually mak nak cerita pasal betapa terbaeknya kaedah 3d/4d scanning Malaysia ni.Seriously memang worth every penny.Udahler murah tapi berbaloi.Tak tahu la bagi mummy yang buat scanning 4d dekat private hospital atau vision college macam mana but me pernah try buat kat Pusat rawatan Islam KAmpung Bharu.All i can say is, not up to my expectation.

Actually me baru tahu pasal  3d/4d Malaysia scanning   ni dari hasil berblog hopping dan berjump blogging di blog-blog mummies.So stumble upon this one blog mentioning about this superb service from 3d/4d scanning.u can find it on FB as well .Untuk page diorang, boleh refer sini  .Di Fb mereka akan update tarikh bagi tujuan booking appointment.Ada tiga klinik yang terlibat.Di seri kembangan, ampang dan shah alam.Miss sonographer yakni miss jezzlyn dan pauline if i am not mistaken.Diaorang ni memang well experienced and me dapat jezzlyn.Amat comel dan kecil orangnya.Very friendly.She explain i ndetails the baby progress and pandai pujuk lil'a suruh tunjuk muka.hehehe.Anyway cost total cuma RM 100 only with cd and printout.Berbaloi kan?HAsil yang me dapat amatla memuaskan.Service yang ditawarkan adalah 3d/4d scanning, 2d detail scanning, and normal scanning.if buat detail scan and 4d scan cuma dua ratus jer.I dun think we can get that price outside.Huhu,
Masa sepanjang scanning adalah dalam 30 minit macam tu.And dun worry kalau baby tak tunjuk muka jugak, they wont charge u single penny pun.For first time mom to be opcoz la excited kan?hehehe.

Walaupun ni anak kedua untuk me tapi me pun excited terlebih jugak.Sebab,Azryl and abahnya ade, dapatla depa tengok adik azryl ghupanya macam mana.Dan hasilnya ..
Tak tumpah macam azryl newborn dulu.hehehe
Mohla me tempek gambar adik..untuk tatapan mummy and abzng azryl serta opcoz adikla bila bila besar nanti..hehehe.Usia 27 minggu tapi pipi nya ya hampun gebus gitu.Dah keluar nanti kompom lagi bam-bam.. :)


tengah tito..zzz.....




makan jari..lapo la tu sebab mummy pose.hehehehe


Can u sport his lil short gun?hehehee





Ni plak gambar azryl time newborn
baru beberapa jam keluar dari perut



Sekian..and once again..bagi mom to be, tak kisahla anak keberpa pun, thanks to our latest technology, keajaiban yang diberi, ni kita dapat tengok..crytal clear ..Truly me memang takjub sungguh akan keajaiban dan kekuasaan tuhan ni.Ada nyawa didalam badan me..

Subahanallah,

Anyway, bagi  yang nak buat sila ke FB 3d/4d scanning MAlaysia yer..Memang selalu diorang kan update tarikh..and cepat jugak appointment full.So to avoid that, rajin-rajin tengok update diorang. :)

Wednesday, July 25, 2012

Mak senang hati :)

Tilam lil baby 'a' baru sampai..semalam cik diva post hari ni dah sampai.hehehehe..ia adalah seperti ini..





 I knew macam nak gugurl punya design..tapi ia sangat cheerful and bright..mak tak kisahla..quality wise..sangat ok..hehehehe..

Beli kat mana..me beli kat sini Diva boutique. Memang diva ok..lately dia buat ready made only..custom made tak buat.Gigihla me surf blog dia hari-hari tengok dia upload tak new design..
Al-kisah pepagi buta me sampai..memang me terus terjah blog dia..kebetulan design ni baru sangat dia letak.terus me buat downpayment.hehehe..Atlast..sampai jugak.So baby..baby dah ade tilam baru..nanti menyusul la plak barang lain..cloth diaper and so on la..ok?Apa yang baby dapat sama macam abang azryl dapat dulu.Everything new.Kecuali baju bajan ..sebab ada abang punya yang mummy still boleh pakaikan kat adik.Baju pun mummy beli jugak baru..heheheh.Dun worry.Mummy try to be fair as much as mummy can.

A tiger,and unborn water dragon vs Mouse?

Errk!

According to Chinese calendar , Azryl was born on the year of the tiger..His lil' bro' is going to be a water dragon..(teringat cerita journey to the west, raja naga bagi hujan.hehehe). And sadly to say this mommy of the boboboy times two, born on the year of the mouse.Yep! Mishka , muska mickey mouse!!..heehehhehe

Dok pikir camno mummy mouse nak kawal harimau malaya dengan naga nih. huhhuhuhu

 Azryl memang cengai..rasanya baby ni pun sama.Dalam perut kemainla menendang sampai me boleh ter ouch!bayangkan dah keluo nanti camno?

Kelako la plak kan?hehehe

Tuesday, July 24, 2012

27 weeks and counting.

Double entry y'all!

Sebab phat mummy ni terlebih rajin gitew, nak habaq mai la, result routine check up dikala 27 weeks ni.Entah macam mana scale penimbang tu dah jahanam ker atau memang mak tak naik banyak bulan ni 1.5 kg jer.Syabas !mak terkejut wokey!nasi berkoyan jugak me makan, buah memang la tak cukup sebijik,kompom dua, air plak bergelen-gelen.(oho memang me kuat minum)..tapi naik banyak tu jer...cam tak caya..hehehehe...

Me berseloroh dengan doktor tadi, maybe sebab i puasa kot..Doc tu jawab,"Wah...4 days can shed alot  ahh?takla ".hehehe..(Dalam hati..hari tu dahla berkoyan durian aku telan..hmm..musykil-musykil)

Anyway..kena continue makan secara sihat la.Al-kisah me memang kurang jamah fast food, burger ke,kfc ke , piza ke, kek ke..baby ni memang origin anak melayu la.Tak boleh berpisah dengan nasik.Nasi pun ayam tak suka..daging only.Ikan lagila ya hampun.Sayur plak?Momantai..Semua boleh balun..asal bukan rumput ngan ranting jer.

Bila me suruh doctor double kompom gender..dah kena usik plak dengan dr tu "why u doubt my credibility ahh? tak la doktor oii senang ku nak cakap dekat abang sayang yang jangan berangan baby adik perempuan..dah..kompom boboy .Memang kompom jadik boboboy kuasa dua.Try next time eh?hehehehe.

Blood preassure ok, urine ok,skepala baby plak kat bawah semua ok..so tak ade masalah nak puasa.Cumanya Stay dehydrated!.Makan tak penting sangat janji air cukup untuk baby.Ini mummy akan makse sure tau adik?dun worry.

Lastly..walau this pregnancy mummy kepenatan sikit tapi alhamdullillah adik selamat, adik sihat dalam tummy mummy.Syukur. :)

Bersyukur..dan terus bersyukur.

Hari keempat diri ini berpuasa, Alhamdullillah..Masih bisa melakukan kerja kerja dan rutin seharian.
Melihat diri sendiri,walaupun berseorangan, namun masih dikurniakan kesihatan yang baik bagi menggalas tugas me sebagai ibu dan pekerja.Syukur.

Anak di dalam kandungan seakan mengerti apa yang dilalui oleh me sehari-hari..larat kamu berpuasa sayang..Mummy bersyukur untuk itu.

Azryl anak sulung mummy pun sihat dan ceria tak kala mummy ambil dari rumah pengasuh..syukur Ya ALLAh,

Walaupun diri ini banyak kelemahan dan kejahilan namun DIA masih sudi memberikan yang terbaik utnuk kami anak beranak. Syukur.

Tentang Suami?

Dia masih menjalankan tugasnya sebagai suami dengan semampunya.Hatta diri ini diduakan olehnya.
Agak kurang enak diucap apatah lagi didengar,Tapi itu telah tersurat buat diri ini dan seharusnya diri ini bersyukur kerna dikurniakan suami merangkap bapa yang penyayang.

Jadi lin sentiasa bersyukurla ..

Monday, July 23, 2012

Choco dates dan puasa

Alhamdullillah....kita dah masuk hari ketiga dalam  bulan ramadhan..
This phat mummy?Well walaupun amatla penat di petang hari dan malam hari..siang siang..suam suam kukula..bukan tak boleh berpuasa cuma agak lemah aja.Tak la sampai menggigil  ke , pening nak pitam ke..This phat mummy masih boleh drive dari nilai ke Kl di waktu subuh untuk ke kerja..
 :)

Dengan kehadiran toddler yang ya hampun kemain aktifnya..time bukak pose memang mencabar.Udah la me sorang.Time nak buka pose tu jugakla fiilnya datang.Selalunya me suap dia dulu.Me bukak pose ngan kurma and air suam.Lepas secepat kilat megunyah dan minumair suam..terus me sumbat azryl dengan nasi.Tak menyempat itu budak nak makan.huhuhu..Sabar-sabar..

+_______+

Di entry yang lepas , me ada cakap pasal betapa me tak berapa menggemari tekstur kurma..entahla kenapa..Seb baik la ade abang taiyoob nih.

Sodap!!!


Chocodates dengan almond pak taiyoob ni curlass.Sebab me tak rasa pun makan kurma.Macam makan coklat gitu.Ade isi kurmanya..tapi sebab ada kacang dan  coklat..rasa kurma di blend dengan begitu purrrfect sekali. hehehe.Tula yang me buleh telan...

Me tak ada ramuan rahsia untuk berpuasa ni..cuma me agak jaga bab apa yang me minum dan makan.Time berbuka, kalu tak pregnant dolu, air ais kompomla me sebat dulu..haus nokkss..and makan nasi pun lambat..sebab perut dah full dengan air kan?

Tapi pregnant kali ni, me buka dengan air panas dulu.Air kosong only..Kasi panas perut dulu..kasi tolak semua angin dulu..pehtu makan chocodates sebijik.Ha..pastu terus me menyantap nasi.Sambil menyantap nasi me suap si abang azryl jugak.huhuhu..Diakhiri dengan air suam lagik.
Pehtu semayang..and sambung makan..hehehee.Makan kuih dan buah.Adela segelas air tebu me minum..buat manis tekak.hoho...

Si adik dalam perut ni pepagi sampai la petang memang tak dok diam.Sebab lapo kot.(Tapi memalam dah kenyang sonyap sepi jer perut ..adik kenyang eh?hehehe).Tapi me tak gusar la sangat sebab tahu dia dapat nutrient dari obimin yang me telan time sahur .Sahur me simple, roti, sebijik chocodates dan segelas milo panas serta bergelas-gelas air suam.

Nampak sangat me memang suka telan air kan..Bukannya apa takut badan dehydrate. And me sentiasa makesure water intake enuff untuk bertahan sampaila berbuka..Makan pun me ambil  sayur dan daging.Dulu azryl me sepanjang bulan pose daging kicap ajela me makan.Sekrang adiknya me asyik daging rendang jerla.hehehehe.Entahla kenapa.

Harapnya me terus dapat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya..Dan baby 'a',be strong ok?I knew u can do  it!



Friday, July 20, 2012

Ahlan Wassahlan YA Ramadhan

Alhamdullillah  dapat jugak me bertemu ramadhan kali ni,Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, bulan diampunkan dosa, bulan yang membolehkan kita mengkaji diri kita di takuk mana sebagai hamba-NYA, bulan yang membawa rezeki tak terhingga, dan bulan ramadhan kali ini, me berdua lagi..hehehe, membawa lil' a, dan berbuka juga tidak berdua lagi tapi bertiga..abang sulong lil'a akan mengecohkan rumah dengan aksi lucunya itu.huhuhu...

Ini kali kedua me berpuasa sewaktu mengandung.Dua dua adik beradik ini timenya sama.Berpuasa di trimester kedua. :).Harapnya me dapat berpuasa penuh seperti ibu-ibu yang mengandun lain.
Cumanya, me akan make sure ambil obimin di waktu pagi,minum air masak banyak-banyak and ambil madu.Mungkin akan makan jugak sebiji kurma.Sebenarnya me tak berapa suka tekstur kurma.Kurma cina yang merah tu okla me telan..entahla kenapa.

Buat rakan-rakan mommies dan blogger semua, me nak ucapkan selamat berpuasa, bagi para blogger merangkap isteri yang berkeinginan untuk mendapat cahaya mata, insyaallah bulan puasa ni doa dimakbulkan..moga tercapai hasrat anda sekalian..

Semoga..kita dapat bersama-sama menunaikan ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya. :)

Muah!


Thursday, July 19, 2012

Attention to Shaliza Mummy Syahmi and Najibah :)

Wink! Wink!

Sempena menjadi top mummy commentor di blog ciput yang tak seberapa ni,Sukacita lin nak maklumkan..bahwa lin nka bagi sesuatu untuk menghargai shaliza kerna sudi menjengah blog yang suam-suam kuku ni.hihihihi,

Walau kita jauh , namun dekat di blog..tima kasih..lin ucapkan tak terhingga...Jadi terimalah cenderamata lin yang tak seberapa ni .

Jeng! Jeng! Jeng!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Colorful kain cotton.ngeh!ngeh!..bleh wat baju kurung najibah ker..bantal ker..sangat cute!huhuhu..nanti shaliza bagi lin address yer?lin nak hantar



Again!mecih banyak-banyak sebab sudi jengah blog ciout ni. :)

Wednesday, July 18, 2012

Cramping Leg During Pregnancy




On your usual snooz time..tetibe di malam hari menggerekot badan menahan urat yang tetibe kejang..Its normal during pregnancy as itu tandanya we need more calsium since the baby inside took the calcium from our body.In new obimin punya ingredient memang dah ada calcium lactate..tapi kalu still jadi juga, increase milk intake .I knew some mommies aduhai nak telan susu macam berchenta sungguh.Mungkin boleh makan cheese,or minum susu kotak dutchlady ke, milo ke, ..If nak amik calcium pills must consult doctor first.

Kalu cramp terjadi..try luruskan kaki jugak and tolak tapak kaki ke belakang.Ala-ala nak wat stretching gitu.Seeloknya jangan bagi kaki kita sejuk di malam hari..and jangan menggeliat terlalu kerap.huhuhu.

Walaupun tidor malam kita terganggu but remeber this,there is miracle in your tummy that growing each day healthily and tak sabar jumpa parent dia.hehehe.Cramp leg is not big matter compared to the miracle that HE gave to us.So mommies, jangan risau kalu cramp berlaku yer..normal untuk prempuan hamil.. :)

Tuesday, July 17, 2012

Between Baby "a" and Abang Azryl

Salam sejahtera,

:) ..senyum dulu sebelum membuka bicara,hehehehe..
Oklah kali ni me nak merapu pasal betapa berbezanya pengalaman sewaktu membawa dua orang putera ini..

Azryl:

1.Awal trimester dimulai dengan selera makan ya hampun..every month naik 3 kilo dengan jayanya.

2.Tiada mabuk langsung cuma mengantuk ya hampun di tengahari.

3.Bengkak kaki awal sungguh seawal 5 bulan.Seb baik bukan toximia.

4.Pendarahan yang agak serius di awal pregnancy.Sampai 4 bulan lebih ok.Azryl memang miracle...
   Me dapat cuti 2 minggu sebab itu.

5.Suka makan buah mempelam.Hehehehe.Azryl sampai dah keluar memang suka buah pelam ni.

6.Kalu orang tengok time me pregnant 6 bulan haritu, orang tak percaya, me masih memanjat sana sini, gigih mengusung barang sana sini..macam tak pregnant langsung.Time tu i siap kena p site lagi wokey?

7.Jerawat yang teruk di muka dan badan

8..Bau badan macam bau bapak azryl.Busuk!huh!hehehehe.

9.Pergerakan azryl di dalam perut hanya dirasai bila mencecah 22 minggu


Baby'A'

1.Selera makan ade cuma bese-bese aje.tak la macam azryl

2.MAbuk di awal trimester.Serius tak buleh bau kari, sambal,huhu..kompom loya.

3.Tiada pendarahan langsung.
 
4.Mengantuk tu ade cuma tak selalu

5.Wah!kali ni siksa nak bawak badan..6 bulan mak dah semput woo...Probably kena handle toddler yang kemain lagi aktifnya.Nafas mak pendek wokey?

6.Kali ni me kalu makan buah epal tu nikmatnya la..macam me makan buah pelam kat azryl dulu.hehehe.Sekrang buah pelam tu bese-bese aje.TApi kalu epal.hmm tak cukup satu biji..nak dua biji.Epal plak epal yang kecil jer bukan fuji epal.

7.Jerawat di muka tiada.Di sekeliling dada jer jerawat tiMbul.Peliks.

8.Bengkak kaki pun tak la seterul azryl dulu..6 bulan baru dah kembang jari jemariku.

9.Pergerakan baby dirasai seawal 16 weeks lagi.hehehehe.

Nanti dah masuk third trimester..me update la lagi yer..

*Apa yang me dapat simpulkan dari perbezaan kedua-dua pregnancy ini..sudah tentunya dua-dua akan mempunyai signature karakter nya yang tersendiri..dan me sebagai mummy kepada mereka haruslah menjadi mummy yang seadilnya tanpa prejudis terhadap mana-mana anak.Itulah doa me.Sebab satu..mereka berdua datang dari rahim yang sama..dan minum susu badan yang sama..

huhuhu..Insyaallah nak..kasih sayang mummy terhadap kamu berdua sama.Tiada sekelumit pun mummy akan kurangkan.Kamu berdua sayap kanan dan kiri mummy..muah.muah.muah.

Smapai kita ketemu lagi yer? :)

Monday, July 16, 2012

Keputihan sewaktu kehamilan and cara atasinya

Firstly i am not a doctor .hehehe..And pencegahan yang me ambil menggunakan pendekatan separa tradisional..based on my last experienced pregnantkan azryl hari tu..me mengalami masalah keputihan yang agak serius..and towards the end of pregnancy ade infection.Thats why i couldn't take risks to give birth naturally and undergo c-sect instead.

Since i memang dari zaman anak dara muda remaja memang i pakai cleanser untuk Miss V,so i ingatkan i stop la waktu pregnantkan azryl..takut azryl kena chemical reaction la kekununnya..and memcuci terlalu kerap menyebabkan bakteria yang baik pun turut terhapus.
Mungkin disebabkan hormon  time pregant bertukar, jadi masalah keputihan me yang cuma datang time nak period jer bertukar kepada masalah yang agak kronik time pregnant dulu.

Untuk mengelakkan pisang berbuah tiga kali, jadi me ambil pendekatan menggunakan cleanser jugak untuk second pregnancy ni..alhamdullillah..tak ade langsung masalah keputihan.

Cleaser yang me gunakan ialah Sumber Ayu,berasaskan daun sireh ataupun dalam bahasa omputihnya betel leaf.Memang dignakan secara turun temurun oleh tok moyang kita untuk masalah dalaman wanita.Kalu pakai yang original terus pun buleh.Caranya...ambil daun sireh 7 helai, rebus airnya..and buat bertangas..seminggu sekali..dengan izin_NYA, insyaallah masalah gatal kat miss v hilang.Disamping itu ,buleh juga buat air cucian kat miss v.Caranya ramas daun sireh tadi sampai keluar lendir dari daun tersebut and cuci sekeliling Miss v tadi..disamping menghilangkan bau yang kurang disenangi ia juga menaikkan seri wajah.Ini orang tua-tua dulu yang cakap.huhu.Kalu malas nak wat semua tu macam me, sila berkunjung ke Guardian, atau watson atau pasaraya carilah pencuci Sumber Ayu..hehehehe.Rega tak mahal..kalu bernasib baik kat guardion RM 4.50 jer.Selalunya rega 5 ringgit lebih.Harum jer Miss V.hehehehehe.Tak ade masalah bau ke, keputihannke..

Lagi satu brand yang me suka nak rekomen ialah Puteri binari dengan buah manjakani..memang marveles hasilnya..utnuk diri me at least.Me tak pakai LActacyd..mungkin me tak suka bau beras tu.huhuhu...

KAlu Doctor memang diaorang akan rekomen lactacyd..jadi makanya atas orang la kan..as for me..Me rasi dengan daun sireh, and 2 jenis brand ni..BAgi anak dara atau mak dara yang mengalami masalah keputihan ni..silalah cuba..mana tahu hilangkan?hehehehe.




Inilah rupanya sumber ayu ngan puteri bnari tuh..Kebersihan dalaman akan menyerlahkan kecantikan lauran juga..And bagi kita perempuan Miss V merupakan aset yang perlu dijaga dengan sebaiknnya.. :)


Friday, July 13, 2012

Big grape yang masak ranum

Hehehehe, kalau aan (one of my feveret blog yang me suka baca jugak) bercerita tentang raspberry pie, Me plak nak cerita pasal grape yang masak ranum.Not fully masak but on the way la process masak ranumnya.Apa lagi cerita kalu tak my baby bumps (Termasuk love handle la, kuali handle la, yang terdapat di badan ni).24 weeks pluss ...half of the journey already....Kali ni pregnancy journey me macam slow sikit la..sebab dah terasa tak larat awal-awal..Azryl dulu me rileks jer..and kaki me time azryl dulu bengkak awal.Me risau jugak yang ni pun sama.Have to watch out for the per-eclampsia symptom.Bahaya woo..

Me also have to deal with azryl odd behavior alone ..(most of the time..yela apaknya jauhkan?).Asyik nak bertomoi dengan mak buyong ni..fuh!mengah mak ngah.huhuhu.Me also dah start monitor baby's movement.Untuk pre-caution  kejadian yang tak diinginikan..(mintank simpang la segala yang tak baik tu).

Speaking of barang baby aka lil'hercules junior me.. hehehe, me baru start purchase set tilam.Very the cutie mutie...dekat mana..?hehehe online shopping as usual..mals nak meredah jam dan mengah nak berjalan membawa lomak di badan nih.

Online shop ni namanya  Little Diva.Tuan dia memang diva la dalam bab jahit menjahit ni.Me sungguh geram.Tak caya sila klik sini.rasa nak amik semua design .Buleh?hohoho.

Next baju bajan dan beberapa kelengkapan lainla. next month.After that dah boleh start prepare hospital bag.Dulu dok kl senang la..la ni berulang alik dari nila ke kl..seriau mak beranak atas jalan.Better prepare awal kan?Tak rugi pun.huhuhuhu.

Ok la penutup weekend me dengan gambar buah anggur masak ranum..yang me janjikan tadi.HAppy weekend to all mommies and diva's..muah!



Baby loading......... 60 percent..another  40percent to go

Wednesday, July 11, 2012

Antara Nasib, Suratan dan Takdir.

Nasib,suratan dan takdir rasanya membawa maksud yang sama..tul tak..Hence setiap insan diuji dengan perkara yang berbeza..Beberapa hari ni me memang rajin berblogwalking..and stumble upon beberapa blog yang cukup menyentuh jiwa dan perasaan me..Mostly memang mommies punya blog la me suka baca..how they handle their kids while working, ade blog tentang how they tried everything in order to conceive..Ada juga diuji dengan anak yang sakit dan ada juga blog dimana insan diuji dengan kehilangan anak yang dikandung ..Tak kala membaca semua coretan dan luahan hati seorang ibu ini..memang senang benar air mata ini gugur..mungkin sebab hormon tapi selasak-lasak me sebenarnya jiwa me sangat tersentuh..mereka-mereka ini begitu tabah dalam menghadapi ujian yang diberi.And me percaya mereka diuji sebegini kerana mereka mampu menanganinya dengan baik walaupun adakala nya rebah..walau pun adakalanya perasaan mereka tidak dpat dikawal..

Semua cerita kehidupan insan lain di alam maya ini membuatkan me berfikir sejenak..sesungguhnya dugaan yang menimpa me idokla seteruk mana..Alhamdullilah azryl anak me sihat, me juga sihat..walaupun hidup keseorangan tanpa suami menemani..dan lebih lebih lagi me memboyot sambil terpaksa mengharungi lebuhraya kl seremban di pgi hari dan pulang menjelang senja ..tapi me masih lagi mampu melakukan semuanya keseorangan.Walaupun me diuji dengan masa silam yang agak pahit untuk dikenang ditambah lagi apbila suami menduakan me tanpa me mengetahui...ya..apalah sangat dugaan itu jika di duga dengan kehilangan zuriat tercinta.Di duga dengan penyakit yang kronik..sesungguhnya diri ini terasa kerdil sekali.

Walaupun kadang-kadang me terfikir aduhai alangkah indahnya jika suami sentiasa disisi seperti juga wanita lain...tidak perlu keseorangan setiap kali nak-nak time emergency contohnya jika azryl sakit.Memang tak sempatla husband me terbang hari tu jgk.Sudahnya me la yang uruskan segalanya seorang diri.

Haih!memang fitrah manusia itu memang sentiasa tak cukup dengan apa yang ada.Kadang-kadang lupa akan nikamat yang diberi and me termasukla dalam golongan pelupa itu.Sepatutnya me bersyukur diatas segala yang diberikan.Walaupun berseorangan menguruskan segalanya namun kami anak beranak cukup makan,azryl diberi kesihatan yang baik,tempat kerja me sangat memahami tugas me sebagai seorang ibu.Dan suami pula wlaupun terpaksa berkongsi kasih namun..dia tidak penrah melupakan tanggungjawabnya hatta kami kami terpisah berqatus kilometer jaraknya disebabkan kerja.Mungkin satu hari nanti me akan behijrah ke utara nun..tapi idokla wat masa sekarang..

kerna me ingin kutip sepuasnya pengalaman disini dahulu...memberikan yang terbaik buat azryl dan adiknya..


Semoga hati ini terus tabah, semoga kekuatan dalaman diri ini terus kuat bagi menempuh ahri yang mendatang.Buat insan merangkap wanita dan ibu diluar sana yang diuji..bertabahla wahai saudaraku kerna anda merupakan golongan terpilih untuk ujian yang sedemikian rupa.Balasan yang baik pasti menanti mu...


kerna "Tuhan tidak akan menguji seseorang itu lebih dari apa yang mampu ditanggungnya".Semoga ada sinar bahagia yang menanti mu...amin...



Tuesday, July 10, 2012

The sweetest smile ever.

Dek kerna senyuman ini yang bikin dari lembik ke terus bertenaga,
Dek kerna senyuman ini juga diri ini pasti seiap halangan yang datang dapat diatasi dengan jayanya,
Dek kerna senyuman ini,
Setiap hari ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi diatas anugerah yang diberi...
Dek kerna senyuman ini,
Hati yang sedih jadi gembira.....

Semoga kesihatan yang baik itu milikmu, akhlak yang baik itu menjadi milikmu,umur yang panjang juga milikmu.

\





Diharapkan kamu terus tersenyum sebegini sayang...

Friday, July 6, 2012

Kesedaran Sivik Nan Hado

Sadly to say Malaysia ni bab kesedaran sivik memang kurang.Saban hari me baca kat blog mommies..yang preggy and ada anak..beratur kat dalm bas ke , kat dalam LRT ke, Kat supermarket ke...Kaum adam nak nak bangsa kita ni buat dek, buat bodoh jer kalu nampak perempuan memboyot berdiri dalam bas or LRT..Apa la nak jadi..kalu bini ko sendiri mengalami situasi macam ni macam mana ko rasa..Ko lebih rela menganga tido atu pun buat buat tido dari nak bagi seat ko kat perempuan pregnant kan?

Tu belum lagi tak heran langsung warga emas yang terpaksa berdiri dalam bas pun ko wat tak heran jer.Sok ko tua..kalu orang buat ko macam tu..tahula ko rasanya macam mana..

Memnag perempuan mengandng ni cuma mengandung jer bukan cacat pun..tapi kesian kat depa sebab perut ke depan..dah terpaksa berlaga-laga ngan perut bangla,indon,kena tolak kena himpit..sadis tau tengok...tapi entahla manusia ni kan..

Insiden yang berlau kat diri achik ni sendiri pun ade jugak.Kebetulan la nak beli makanan kat gerai pakcik ni.Memang la pakcik ni punya lauk cam ok la di tekak ni.So petang tu ramai la orang baru balik kerja serbu kan..Yang nak dijadikan cerita nya,
Bapak -bapak budak ni..(rasa me la ade yang bawak anak, walu tak bawak anak nampak gaya macam dah jadi bapak orangla)Berebut rebut macam budak sekolah takut lauk habis.Depa ni dah la tak bagi laluan pun dekat makcik buyong ni..main rempuh jer and terus la cedok lauk macm tak da dah lauk yang sebanyak banyak tu...udah ler cakap mintak lalu pun tak ade..kau main rempuh and buat bangang jer tengok achik dengan anak achik terkebil-kebil .As for achik, i dun mind.Biorla jantan jantan rakus tu settlekan hal dia dulu..kami kemudian takpe.Tak ke mana pun lauk yang banyak itu.Perasaan tamak dan rakus menguasai badan gitu ghupa dan perangainya..

Pada pendapat me, Orang tua-orang cacat, perempuan mengandung  yang yang naik bas, yang beratur,naik LRT , ni bukan nak simpati tapi commonla common sense,Hidup saling bantu-membantu sesama insan tak rugi pun..Hari ni hari depa..esok hari kita sapa lah tahu.PAhala pun dapat kalu kita tolong insan yang memerlukan...Bukan senang nak mebawa nyawa dalam perut ni..kaun adam tak tahu rasanya macam mana..dan sok-sok kita pun bakal tua jugak..Jadi fikir-fikirkanlah..


Thursday, July 5, 2012

Catriona in memory

My sweet beloved Catriona..one of my manja anak buluss passed away last year.Yesterday was her birthday..4th of July.She died because of the non stop flue that affected her lungs.She died while me stroking her fur..I cried non stop and let her go peacefully on my lap.

Tho mummy had azryl and lil "a' but mummy never once forgot about u.Before azryl was born, U , aaron, kitty, inky lighted my life.Everyday u will wait for me at the door .Aaron your brother is more manja compared to u.But u such a sweet lil princess.I hope u enjoyed to the fullest in heaven,

Right now aaron, kitt and inky are under my parent care.Your brother is healthy and playfull but when u died he was a bit down..Now he is fully recovered and he got alot of fur friends at my parent house.Dont u worry ok angel?

Baby u always in my heart.Mummy loves u..always

My sweet angel

Wednesday, July 4, 2012

Little Chugger of mine :)

Traintastics!

hehehe..Since the mummy kerja as a railway engineer, this cheeky lil'boy suke sangat tengok Chuggington.Menyanyi, menari time theme song played at Disney Junior tu..I hope i give u a basic idea on what u going to be bila besar nanti.Learning is fun son..trust me tak kisah u nak jadi apa but u have to know that learning is a never end process while u still alive.Even bila u reached your final breath pun people will teach u how to mengucap.

At your age everything is new to u..U like to venture this and that..Sometimes u made me exhausted.And since mummy right now carrying your lil brother..and excuse mummy's extra fat..my movement is very limited nowdays..I am sorry son..I should play with u more..Selagi mummy ade kudrat ni..We play together and sing together ok?

Like watching Chuggington and Lil tayo the bus. :)U love this two series very much.I know that u dont like to just sit and coloring the books..u like movements.U love singing the song..U love to learn while dancing..And mummy got to dance with u too..huhuhu..(harap tak ade orang skodeng this phat mummy while dancing.It looks so silly.

Ok la this entry is written by mummy because mummy start missing u while mummy reached the office.I hope u eat well at your nanny's house.Be good boy ok?love u son.

Here is your cheeky looking picture while dancing during the Chuggington theme song is played on tv last weekend.Mummy love this picture so much.:)




Tuesday, July 3, 2012

MAk over atau teremosional sikit

Adoi, memang time pregnant nih mak agak sensitive sikit nk-nak bab anak nih.Alkisah last weekend mak anak beranak together dengan husband makan kat luar..Seperti biasa,azryl memang tak duduk diam..dia suka bebas berlari..kalu makan tu memang tak aman la..selalunya me akan biar husband makan dulu..sebab dia makan macam datin..slow betul..dan me akan makan sekali nafas jer..dah biasa bekejar ke sana ke mari kan?Jadi semuanya harus pantas..semuanya harus cepat untuk mengejar waktu yang bukan sahaja berlari malah terbang...

Ok la back to the story...azryl ni fiilnya dah biasa bermain sorang sorang..yes true , dekat rumah ibu pengasuh dia ada teman..tapi selalunya dia buat hal sendiri...Kat tempat makan plak kebetulan open space..ade sudut karoke ditengah-temgah tempat makan tu..dia memang akn berlari keliling tempat karoke tu sambil mengejar kucing ke atau berenti menyanyi jika dia degar lagu yang digemarinya...

Nak dijadikan cerita ade la seorang budak perempuan ni, umur mungkin dalam 4 atau 5 tahun ..mainla kucing dekat termpat karoke tersebut..azryl plak ade sekali dia mengalah la..jadi dia pun menyanyi sorang sorang...tapi entah apa yang merasuk budak perempuan tadi terus disambar nya tangan azryl, dicubit cubitnya..di tarik telinganya anak haku itu.Mak hangin ok?Tapi me sabar lagi..sebab husband kat a biarlah bebudak lagi..Me jawabla Bebudak apa!Dah besar galahmacam tu dipukulnya anak lin kenapa!Lin tak oernah ajar anak lin pukul anak orang ok?Azryl plak jenis tak membantah.ditepis  aja tangan budak perempuan tadi.Benda yang buat me hilang sabar dan mahu menyepak jer budak perempuan tadi bila dia menolak azryl dari tangga..terjatuh anak aku..mujur tak terkehel ke tak luka kalu tak kau kena budak oii!dah aku cakap elok-elok jagan dikacaunya anak aku..kacau jugak..ini sudah lebeh!Dah pulak tu siap cakar anak aku.Ni mesti kes mak bapak tak kisah kamu buat pa..yang salah pun dibiarkan aja...mengucap panjang ok mak ni..mungkin me agak emo tapi me tak ade la sampai menyepak budak itu cuma meninggikan suara sikit..cakap please jangan kacau anak auntie..dia tak kacau kamu pun kan..yang mak bapak dia buleh buat dek jer...lagi la mak hangin!

Betula ade pepatah melayu cakap..sayang anak tangan-tangankan..Azryl kekdang ade sesekali memang mencabar me sebagai ibunya dan punggungnya itu memang tak terlepas dari tangan me..memang dia selalu kena lepuk tapi selepas itu me akan terangkan kenapa dia kena lepuk..Bukan tak sayang cuma mahu mendidik ..dia angguk setiap kali me bagi penerangan ...huhuhu...Sian anak mummy kena cakar ...bila teringat peristiwa itu..memang darah me naik., haish!geram sungguh!