Subscribe

Tuesday, November 16, 2010

Erti Sebuah Pengorbanan

Aidil Adha menjengah lagi untuk kesekian kalinya.Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang merupakan hanyalah sebuah pinjaman semata-mata.Bagiku erti pengorbanan itu terlalu subjektif.Terpulang pada individu bagaimana untuk mentafsir sendiri erti korban .


Di dalam Al-Quran nurkarim telah termaktub sebuah kisah bagaimana seorang Rasul dan Nabi yang bersedia mengorbankan anaknya sendiri demi Perintah Allah.Tapi itu hanya merupakan ujian untuk nya dan itu juga merupakan betapa tingginya taqwa dan iman yang dimiliki oleh nabi Ibrahim.Bagaimana pula aku?yang hanya memiliki iman senipis kulit bawang.Belum tentu lagi lagi aku sanggup untuk melakukan sedemikian rupa.

Subhanallah......


Bagi seorang wanita, termaktub sejak azali lagi kita dikurniakan dengan satu keistimewaan yang luar biasa.Apabila Allah menjadikan lelaki dan perempuan, Ditanya Allah "siapakah yang akan melahirkan zuriat untuk menyambung generasi umatmu kelak...makanya wanita juga yang bersetuju untuk menggalas tanggungjawab yang maha berat itu.Setiap inci tubuh badan wanita telah direka dengan penuh teliti oleh ALLAh s.w.t untuk menahan segala kesakitan,walupun pada dasarnya wanita mempunyai tubuh badan yang halus.

Jadi tanggungjawab untuk melahirkan dan mendidik semuanya diatas bahu wanita..............
Kita wanita sejak azali lagi telahpun bersedia berkorban selama 9 bulan atau 40 minggu membawa zuriat penyambung generasi.jMakanya para suami sekalian , sayangilah isteri anda kerana mereka merupakan permata berharga didalam rumahtangga anda.



Semoga, Hari raya qurban pada tahun ini memberikan seribu makna buat kita semua.


salam Aidil adha..............

0 comments: