Subscribe

Tuesday, November 9, 2010

Interesting Fact bout me.

I came across wif dayu journal bout the 30 days challenge..hehehe

But belum sampai seru lagi untuk menyahut seruan cabaran free itu...nanti nantilah nak pergi bertapa supaya datang 'aura' menulis blog.

Still it give me idea to jot in my blog.for the past feww weeks bukan tak ada idea nak menulis.banyak sangat..sampai tak tahu mana satu nak diceritakan dulu..tapi kepala ku berserabut sekali takut ayat yang ditulis tak sama atau disalah ertikan oleh pembaca yang membacanya.......................


Ok lah.....................


SIAPA LINZIANA?
...........................
...............
......
..

1.Keras kepala-Adoyai , tak tahula ni sikap positive ke negative sebabnya tuan empunya blog ni susah sikit nak dengar pendapat orang lain.Bukan tak dengar tapi selalunya ditimbang tara masak-masak..walaupun kadangkala keputusan dibuat berdasarkan kata hati

2.Panas baran-Ini tak dapat dinafikan lagi asal ada salah sikit je kompom telinga ni cepat merah...tapi cepat sejuk.Saya tak pernah bergaduh dengan suami lebih sehari.

3.Sensitive- Tuan punya empunya blog ini memang senang berhambur air mata, nak nak tengok binatang kena dera, binatang mati tengah jalan, bayi dibunuh dengan kejam..

4.Pantang Mengaku Kalah-Ini memang prinsip hidup.Bagi saya , Jikalau saya yakin saya betul sehabis-habisan saya akan buktikan saya betul.kalu saya salah saya akan mengaku dengan relanya walau pada mulanya susah untuk menerima.Suatu masa dahulu, ada yang berkata otak saya ni lembab, memang tak boleh bawak pergi mana.Masa depan gelap.Saya akui laluan hidup saya tak rata, saya merangkak dalam setiap arah tuju namun saya sampai juga walau dengan seribu kepayahan.

5.Mula belajar bercinta umur 18 tahun-Gatal jugak tuan empunya blog ni.Setelah berkahwin saya rasa lebih baik bercinta selepas kahwin.Sebab?saya rasa bercinta selepas kahwin itu indah..entahla...

6.Lasak-Mak memang lasak dari sekolah lagi.Kaki mak ni, zaman sekolah penuh parut.jatuh la, lebamla dek main bola baling.Haaaa, bukan tu aja seawal umur 14 tahun mak dah tawan 2 buah gunung.Gunung Tahan dan Gunung Nuang.hehehehehe.

7.Berat badan Macam Yoyo-Adoila... ini masalah negara!!Tak tahula nak maintain berat badan ni macam mana.La ni jangan cakapla badan macam tong.Malu la nak sarung seluar jeans..Selepas beranak, hanya turun 18 kilo.Sedangkan naik dekat 30 kilo.Macam mana nak buat?

8.Pernah tipu keputusan periksa-Okay waktu saya darjah lima, dek takut dengan keputusan periksa menurun maka dengan beraninya saya liquidkan keputusan periksa saya .wuahahahahahahah!!Akibatnya saya didenda oleh bapa saya yang sememangnya garang itu.hohoho scary wokeh!!tapi lucu jugak.

9.Tak pernah terpikir nak Jadi Engineer-Serius!!Walau saya berada dikelas sains tulen yang rata-ratanya semua nak jadi engineer dan doktor, saya seorang minat pakaian beragam.Saya nak jadi polis,Bagi saya jadi polis wanita ni cool sangat!!provided badan kurusla.Toink!! sila berhenti berangan ye linziana.Nak dijadikan cerita fizik saya sebenarnya cukup macam dan saya pun mengambil keputusan untuk ikut arus aja.Tup-tup dapat course engineering dan akhirnya jadik jurutera keretapi.Siapa Sangka?Semuanya Datang Dari-NYA.Alhamdullilah....

10.Saya Tak nak Kahwin AWAl- Ye, inilah hakikatnya...saya kalu boleh nak kahwin umur 30 selepas kerjaya stabil dahulu, menikmati hari bujang selepas berhempas pulas menenung buku.Tapi sudah suratan makanya saya terima seadanya.

11.Saya suka cerita Korea- Zaman uni- lagi saya memang suka layan cerita korea walaupun bukanlah secara serius tapi cerita cerita dari negara korea telah menceriakan hari-hari suram saya .Saya syorkan anda menonton MY girl, Palyful kiss..dua cerita ini evergreen.Hero hero pun not bad.Pereka fesyen Malaysia buleh cilok idea baju yang dipakai oleh mereka.Up to date and sangat fresh ..cute sekali..hehehehe.

12.Saya Makan Apa sahaja-olak benda yang haram dimakan, semua saya tibai wokeh!!Sayur, rumput ke bagilah saya tak menolak.hehehe(no wonder badan macam apam)

13.Saya bertangan Kidal- Tapi saya menulis tangan kanan.hehehehe.Segala permainan melibatkan tangan saya pakai tangan kiri macam badminton ke, bola baling ke...

14.Saya nampak sombong- Sebab muka saya serius sentiasa tapi cubalah tegr sapa saya kompom macam ayam saya celoteh..pot pet pot pet......ish ish...ish...

15.Handphne saya selalu tak tahan lama-Tak tahu la ni sumpahan ke apa...Setiap tahun mesti ganti handphone baru.Pening la mak macam ni.I bukan nyer IT savy atau Gadget freaks..Cumanya handphone i ni cepat jer kong.kerja kat ;andasan kekadang jatuh atas trek.Pehtu tengah pegang elok elok entah macam mana leh tergelincir la pulak...haish....nasib-nasib...

Wooo...bayak betul la fakta-fakta mengenai empunya blog ini.Cukupla kot...Nanti macam syok sendiri la pulak jadinya.Till then gorgeous!!

2 comments:

Unknown said...

hahahaha
sama tak sangka jadik engineer
tapi dah mmg suratan kan..

linziana said...

betul dayu rezeki jangan disangkal walau kedangan lin cari bala sendiri..