Subscribe

Tuesday, April 9, 2013

Adab tertib ketika bercakap....

Sesungguhnya apabila me telah mengalaminya sendiri baru me tahu bagaimana siksanya nak menjawab satu persatu soalan bertubi tubi tatkala adam meninggal dunia dahulu.Kalau dulu jika seseorang meninggal dunia sifat manusia ni ingin tahu, kaki sibuk pun ade jugak..so kita tak tahu sebenarnya soalan itu sebenarnya menyesakkan dada kepada si pengalaminya walaupun niat kita sekadar nak tunjuk simpati.

Sebab itu,sesiapa yang bertanya suami me yang jawab itupun tak semua yang dia jawab.Dia pun berangin jugak.MAna nak jaga anak lagi, mana nak jaga me yang lumpuh sementara lagi, mana dengan urusan pengebumian lagi..so terlalu banyak perkara dengan nasib rahim me time tu tak tahu macam mana.

kawan kawan yang menelefon termasuk la adik beradik sendiri semua me tolak tepi, tutp telinga.Sebab time tu me rasa kosong.Rasa tak percaya adam tiada.Me amik masa 3 hari untuk make sure me bukan di alam mimpi.

Udah le berdesup hati ni rasa nak cekik jer doktor yang agak kuan jaq sesuka hati main seluk kat bawah nun tanpa perasaan belas kasihan langsung.Siap perli me lagi"Anak awk mati awak tak ade perasaan langsung ke"Me time tu lemah selemah lemahnya.Dalam hati tuhan sajalah yang tahu.Dah dioperate me tak tahu me lumpuh sementara sebab ingat kesan bius tak habis lagi..so me tak dapat pangku adam pun buat kali terakhirnya....

Dengan kengkawan yang tak berenti telefon Sampai ke italy nun sibuk bertanya keadaan ku.Lepas tiga hari baru aku sms only kepada yang berkenaan , beritahu  keadaan ku secara ringkas.Time tu susah nak jelas kan keadaan me lagi.Udahla berada di ICU,dengan parut czer sebesar lengan,terpaksa pakai pampers dewasa pulak.Dengan darah nifas ku berbau ya hampun sebab infection .Dengan aku disuspect terkena heart attack lagi...dengan antibiotic ku ditukar beberapa kali..Jika diingatkan kembali memang horror.

Ada yang menelefon dan memberi ayat yang memang mengguris hati ku me ,letak terus phone.Kengkwa ku semuanya terkena.Ada aja ku cakap" tanya wat pe, cer tanya tuhan pasaipa jadi laguni, aku ni sapa,bukan kuasa aku nak wat anak aku jadi lagu ni."Sampai macam tu sekali me jawab.

Menangis , usah cakapla..sampai kena send ke hospital gila la jugak sebab menangis jer.Depa takut me jadik gila nak bunuh diri.Udahla tak sensitif dengan me tak buleh jalan..badan sebelah kanan bengkak and mengakibatkan me lumpuh sementara..bawak ambulan macam harem mu jadah.Siksa menahan sakit parut c-zer tuhan sajalah yang tahu.

Tak cukup dengan tu, luka czer lepas dibuang benang..(kerana jahitan czer me bukan czer biasa, ini czer tradisional kerana dikuatiri infection yang terjadi takkan buat luka itu tertutp dengan sendirinya..maka mereka guna cara jahit diluar..hasilnya?hmm...tuhan sajalah yang tahu betapa huduhnya.)

Luka me time tu ada pistel.Dimana ade part yang tak boleh baik sendiri sebab ada nanah.So terpaksalah me dressing hari hari...dimana kapas sepanjang panjang nya dimasukkan kedalam lubang tersebut samapailah daging baru naik sendiri and tutp luka tersebut.MAsa yang diambil?Dua bulan untuk luka itu sembuh kembali.Nerves kaki me pulak?Froze sementara.Dr cakap nerves kaki permanent damage.Tapi sapalah dr tu berbanding ALLAH?me amik homeopathy disarankan oleh rakan baik me sofea..dan dengan Kuasa ALLAH me jalan dah tak berjongket dah...

Atas semua yang berlaku ini...pengajaran yang me ambil...janga nterlalu banyak bertanya.Adalah lebih baik berdoa untuk si pengalaminya..bila keadaan dah reda biarlah si pengalaminya buka mulut dan bercerita sendiri...Nak nak macam me, anak yang me kandung 9 bulan itu tiba tiba dengan
sepantas kilat diambil oleh-Nya macam iu aja.Without warning.Penyebabnya preeclampsia during labour causing my uterus injured and a died sentence to my baby...

The pain is always there..4 months has passed but this eyes never stop crying everyday without fail.

When u asked its like u want the person to rewind back those horrible nightmare which she tried to overcome everyday..That friday..my whole office when into chaos..but Shiela my officemate merangkap kakak sendiri yang bawak me p dressing hari hari dah pesan kat depa depa semua, brisbane , perth, noida supaya jangan tanya sepatah haram pun kat me.She knew my condition.thats why she warned them.huhu..bila me balik office they treat me as usual tak adelah sesibuk nak menanya.
Key word is..dont ask anything at all.GIve time .KAlu nak tunjuk support..pun tell org yang rapat dengan si pengalaminya bukan direct terus kepada si pengalaminya.Rimas dan lemas.itulah me rasa.Rasa nak duduk dlm gua.Even the dr explained to me kenapa diorg hantar i pergi hospital gila tu sebabnya maybe kat hospital ok tp bila balik rumah dikelilingi ahli keluarga yang over concern buat u jadi gila.I replied back..i dun need dr for this i need ustaz or ustazah because we got our religion to hold on..i will not jeopardize my life because of this.I got another son to take care of. 

Even up till now..i shut myself from outside of the world.Me only mahu ditemani husband and my son only.thats all.

Because everyday i am trying hard to keep myself sane ...and now me byk bermonolog dgn ALLAH for HE would never ever judge me bad walaupun dosa setinggi gunung.Maybe itulah hikmahnya.huhu


1 comments:

shaliza said...

Assalam Lin,
Walau apa pun terjadi, saya doakan Lin terus kuat & tabah:-) Pedulikan lah apa pun...