Subscribe

Wednesday, April 3, 2013

Demi anak ini

demi dia,

Adalah lebih baik berdiam diri dari menunjukkan kebodohan diri sendiri,
Kerana akhirnya kebenaran terbongkar jua,
Kerana semuanya bergantung kepada niat dihati,
Jika untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa,
Bukan anda, bukan saya, bukan undang undang,
TAPI,
DIA Sang Pencipta yang maha Agung,
Kebenaran mutlak dan hakiki,

Siapa anda, siapa saya untuk menentukan itu salah, ini salah,
Jadi lebih baik berdiam diri sambil melihat diri sendiri ,
Memperbaiki diri sendiri kerna umur setiap hari melanjut,
Dah lanjut, kubur pun semakin dekat menghampiri,
Dan bagi diri ini, setelah apa yang terjadi, semakin ingin musabaqah diri,
Apakah layak saya menjadi tetamu agungnya apabila dijemput kelak,
layakkah saya mendapat kad terlepas dari siksanya dengan kematian permata hati saya itu?

Hanya Dia yang layak mengadilinya..bukan, awa, bukan saya, bukan juga sesiapa....
Kerna dalam hati ini hati meronta mahu bertemu kembali permata hati yang dipinjamkan sementara itu disana..tapi tugas yang digalas sebagai ibu azryl belum selesai lagi.

Azryl ambillah teladan dari segala sikap baik yang mummy tunjukkan kepada kamu dan buangla sikap yang tidak baik yang kamu nampak dari mummy...Semoga kamu menjadi anak yang soleh sayang..kerana sebagai ibumu,tidak pernah mummy doakan yang tidak baik buatmu.Mummy menjaga mu kerana ALLAH,satu hari nanti kamu akan berkahwin dan ada isteri, tidak terlintas di hati mummy untuk kamu membalas jasa mummy kerana mummy pilih untuk melahir kamu, membesarkan kamu dengan sepenuh jiwa raga mummy.Apabila kamu mempunyai isteri di kemudian kelak jagalah dia elok elok kerana dia penyambung generasi kamu nak.

Dan tuntutla ilmu selagi kamu boleh kerana ilmu yang berguna akan memimpin kamu didlm kegelapan..Titipla doa buat adikmu adam selalu nanti ye nak...

Mummy berjanji dengan nama ALLAH mummy menerima kamu dengan hati yang terbuka, mummy tetap meyayangi mu tidak kira kamu macam mana pun.Pegangala agama kita di di dlm hatimu nescaya kamu tidak sesat walaupun dimana kamu berada...

Sayang kamu ketat ketat anak mummy

0 comments: