Petikan ini diambil dari Sham Kamikaze status:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Berfirman Allah Ta’ala:
Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mu’min, lalu ia
bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada
pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku
(penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang
lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat
bekerja semula (setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah
ampunkan semuanya).” (HR Al Hakim)
Ujian yang kau timpakan ini maha berat Ya Allah..hampir aku tidak mampu menangunggnya.Iya sering kali aku bertanya kepada suamiku..mengapakah adam diambil dari ku,sehingga di awal kematian adam dahulu setelah seminggu baru aku sedar yang adam telah tiada...Adamku diambil-Nya.
Tapi kini..aku tahu semua itu ada hikmah yang tersembunyi.kehilangan adam mengeratkan lagi kasih sayangku antara aku dan suamiku,NAh, kata lah apa pun ,hatiku telah tetap pendiriannya.Akan aku cuba habis habisan mengekalkan rumahtangga kami.Kami bahagia dengan cara kami sendiri.Kami mengambil langkah untuk ke arah yang lebih baik.Kami buang segala ego , segala prasangka buruk demi mempertahankan masjid yang kami bina selama ini.
Anak syurga itu kini bahagia disamping Sang Pencipta-Nya.Lalu ibunya yang masih hidup ini meneruskan sisa hidup yang ada dengan cuba menjadi ibu yang baik buat anak anak nya yang lain.
Perjalanan ku sebagai hamba-Nya masih jauh. Ku harapkan lepas ini, kami dikurniakan seorang puteri pula.Puteri yang bisa mengeratkan lagi hubungan kami.Dengan itu, tiada yang lebih baik dari sampaikan niatku kepada Yang MAha esa di Pintu Baitullah.Disebabkan tidak dapat lagi pergi kesana, Kukirimkan doaku dengan penuh rasa rendah diri dan akan disampaikan Oleh Ibu angkat ku yang akan menunaikan umrah tak lama lagi.Dia yang nak pergi aku yang tak sabar, Aku yang terlebih eksited macam aku yang nak pergi.Hanya kepada Engkau tempat aku bergantung harap kerana Hanya Engkau YAng MAha Pengampun..Hanya Engkau memandangku dengan penuh kasih dan sayang.Hanya Engkau YA ALLAH.
Dan aku takkan putus berharap takkan putus berdoa..untuk berjumpa dengan adamku di akhirat kelak..untuk berjumpa seketika walaupun hanya di alam mimpi.Mummy tidak di beri kesempatan untuk menyusukan kamu nak.Hanya doa, hanya kiriman surah yang mampu mummy berikan untukmu.Kamu sentiasa di dlm ingatan mummy setiap saat dan ketika..tak pernah mummy lupakan mu sayang.Wajah mu persis abangmu.Dengan itu terubat juga rindu mummy padamu.
Friday, April 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment