Hehehehe.
Actually Singapore bukan terkenal dengan universal studio jer, Rojak Singapore pun famous amos tau!Itu antara favorite food i jugak.Another makanan yang dikaitkan dengan singapore ni ialah bihun Singapore.Serius, walau dia plain dan berwarna putih rasanya me lebih suka berbanding bihun goreng biasa tu...
Ni cheq nak habaq la ni(tetiba bahasa utara keluaq),dah lama cheq tak berkesempatan memasak sendiri makanan en azryl daniel anak teruna cheq tu.Dulu rumah mana ada apa satu, asyik boli jer..bukannya cheq tak tau bukan elok sangat kalu dibeli hari-hari..cian anak cheq..
Anak cheq memang suka makan bihun,(mungkin sebab time pregnantkan dia dulu memang cheq suka makan bihun goreng telur dadar),Jadi cheq pun dah terpikir la nak masak untuk dia malam tadi, lepas balik dari kerja semalam,semangat okeyh!
Balik dari kerja trus lari p tesco, sambar udang, sambar bihun, sayuq campur,cili padi, bawang segala, pecut ke rumah.
Sememang nya bihun singapore ni tersangatla simple cuma 30 minit aja masa penyediaannya.hehehehe.
Azryl ni plak tak menyempat, asyik dok kata "nak makan, nak makan"naik lemaih perut cheq.LAgila tangan ni bekerja macam lipas kudong.
Anyway Ni resepi ya..semsuai sangat untuk todller, tak banyak rencah tapi sodap,atleast untuk tekak me. :)hehehe..
Bahan_bahan nya ialah:
- Bihun dicelur, ikut berapa orang yang nak makan , in my case seorang sahaja,
- Sayur campur (ikut sayur ape nak letak)
- Udang atau ayam atau daging.
- Bawang merah seulas
- Bawang Putih
- Telur
- garam
- sedikit perasa..(cheq pakai maggie cukup rasa.hehehe)
- Bawang merah and Bawang Putih pun ikut sesedap rasa.In my case cheq memang penggemar bawang putih,Jadi memang i letak lebih sedikit.Cara pemotongan pun ikut suka.Ada suka hiris, tapi cheq suka chop bak kata omputih.Satu tips dari cheq, bawang putih memang kandungannya antioxidant yang tinggi jadi seeloknya di chop chop samapi halus dan dibiarkan seketika, jangan min terus campak dalam kuali sebab bila kita biarkan seketika,antioxidant yang terkandung dalam bawang tadi akan dirembes keluar.So sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.
- Sedikit minyak untuk menumis
Bolehla tumis bawang merah dan bawnag putih ,samapi naik baunya, kemudian masukkan rencah udang atau ayam, goreng hingga empuk,Pecahkan telur dan kacau hingga jadi ala-ala scramble egg gitu,masukkan sayur campur dan akhir sekali masukkan bihun yang telah dicelur tadi, gaul sehingga bihun sebati dengan rencah-rencah tadi dan boleh la masukkan garam dan perasa secukup rasa..hehehe.garam tu cheq letak secubit kecil aja..coz todller yang nak makan jadi tak perlualah masin sangat sebab maggie secukup rasa dah ada..Gaul lagi sehingga bihun tadi dah kering sedikit kemudian tutp api dan hidangkan panas-panas.
Bagi orang dewasa buleh la ambik kicap dan potong cili padi untuk dibuat sosnya.Gerenti terangkat tau!
Wala! Inilah hasil bihun express ciptaan saya yang sungguh mudah disediakan dan sesuai untuk kanak-kanak makan, berkhasiat pulak tu.heheheh.
Masak sendiri punya pasal, boleh letak berketui-ketui udang.hehehehe |
1 comments:
sodappppnyer...senang pun iya. Kalau buat kat rumah...suka hati jer kan nak buat banyak mana..pastu leh ulang2 makan...
Post a Comment