Akan saya usulkan tentang keperluan menyediakan kemudahan untuk ibu yang menyusukan anak anak mereka.Sekarang ini hanya segelintir pusat membeli belah yang menyediakan tempat untuk menyusukan anak dan menukar lampin.
Tapi sebenarnya unuk menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan maka harusla kemudahan disediakan bagi ibu yang bekerjaya.
Antaranya:Tempat bekerja mestilah ada bilik khas untuk ibu mengepam dan tempat untuk menyimpan stok ebm mereka.
Majikan hendaklah memahami tanggungjawab pekerja wanita yang juga merupakan seorang ibu juga.Apabila majikan memahami bahawa ibu ibu memerlukan masa antara 15 minit hinnga 20 minit waktu kerja bagi sesi mengepam,jadi ibu-ibu yang bekerja tidak akan serba salah meninggalkan kerja mereka kerna takut ditegur oleh majikan .
TAska dan nurseri yang berdaftar di bawah Badan kebajikan masyarakat hendaklah diberi tunjuk ajar tentang cara-cara 'menghandle' susu ebm ini.Maknanya pekerja taska dan nurseri diberi latihan khusus tentang bagaimana untuk menguruskan ebm anak-anak yang dijaga.
Memang ada sesetengah taska dan nurseri tahu cara-cara menguruskan ebm tapi tidak semua dan perkara ini haruslah dikuatkuasakan demi kesenangan ibu-ibu yang bekerjaya.
Susu ibu susu yang terbaik,PM selaku pemangku menteri pembangunan wanita diharapnya peka terhadap isu ini.Demi melahirkan generasi yang sihat dan cergas. :)
Wednesday, June 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kannn..walau ada tapi tak banyak.
p/s sokong2x:-)
betul tu..saya sokong..
Greeat blog
Post a Comment