uhuks!!uhuks!!dah bersawang blog aku nih.hehehehehehe.Pejam celik aja dah tahun 2010...Alhamdullillah masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan liku liku hidup dia atas dunia fana yang berpancaroba ini.
Seingat ku karya pertama ku berkisarkan permulaan awal hidup bersama kedua orang tua selepas diserahkan kembali oleh atuk dan nenek ku .Kalau buleh ingin ku muntahkan segala yang terbuku di dadaku ini kepada blog maya ini namun ia ibarat membuat luka itu bernanah kembali.Tidak sanggup ku mengingat semula kerana ia masih segar di dalam ingatan sanubariku.Biarla ia menjadi pengajaran buatku agar aku tidak ulangi kepada ank yang bakal lahir ini.Tidak sekali-kali aku akan biarkan anakku melalui pengalaman yang sama seperti ku dahulu.
Aku ingin curahkan segala kasih dan sayang ku terhadap anak ini kerana bayi umpama kain putih betul tak.dan ibu dan bapa la yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu.
Pada tahun ini,aku berazam untuk menjadi ibu yang baik.ingin menyusui bayi ku sendiri dengan segala kudrat yang ade walaupun aku bekerja.itu bukan kukuh untuk mengabaikan tanggungjawabku sebagai ibu.Setiap hari aku selalu berpesan kepada anak ini supaya menjadi anak yang soleh,menjadi anak yang berguna kerana kata-kata ibu merupakan doa bukan...?alhamdullillah seoalah anak ini mengerti akan kesusahan yang dialami oleh ibunya kerna sedari awal kehamilan ku tidak sekelumit pun dia menyusahkan ku.Aku tidak mengalami alahan,buleh kesana-kemari tanpa menharapkan ihsan orang,Sehingga di akhir peringkat kehamilan pun aku masih sihat bertenaga untuk ke tempat kerja.MAha suci Tuhan..Terima kasih ya Tuhanku kerna permudahkan urusan ku walau tanpa suami disisi.
Tanggal 26 Januari ini genapla 4 tahun aku menjadi isteri kepada suamiku.Perjalanan kehidupan kami berdua penuh ranjau namun kasih dan sayangnya terhadap ku kekal utuh wlaupun terpisah beribu batu.Perbezaan darjat dan umur tidak menghalangku dari terus mencintai dia suamiku kerna aku menerimanya seadanya.segulung ijazah tidak pernah membuatku membezakan status aku dan dia.Malah aku aku bersyukur kerna mempunyai suami yang sungguh penyabar dengan kerenahku yang tak menentu ini.Ramai orang tidak percaya aku akan mengahwini seorang yang pernah berkahwin dan hanyalah pemandu sahaja berbanding ramai lagi lelaki yang berstatus penjawat tinggi.Oh well persetan mereka..mereka hanya tahu mengutuk , menghina ...lain tak tahu.Status dan darjat bukan kunci utama sesebuh perkahwinan itu kekal lama.kalu iye la,roslin hasyim punya perkahwinan cume bertahan dua minggu.wat pa kahwin kalu cuma dua minggu.?huhu itulah sandiwara dunia.Seingatku sepanjang tempoh perkahwinan kami,suamiku tidak pernah mengabaikan nafkahnya kepadaku.yela duit gaji ku semuanya habis membayar sewa dan hutang.makan minumku diala yang menanggungnya.tidak ade isu suami makan gaji isteri disini.
Hujung minggu ja dapat melepaskan rindu.Ku sedar tempat isteri adalah disisi suaminya.Aku ingin pulang ke utara semula..tapi aku ingin mengutip pengalaman dahulu sebelum pulang kesana.kalu ikutkan hati mahu aja aku brhenti kerja dan menjadi pensyarah sambilan di kolej di utara namun masa depan anak ini membuat aku tahan niatku dulu.Lagipun aku tiada sesiapa di kota kuala lumpur ini.Insyaallah lagi dua atau tiga tahun aku ingin pulang kesana..rindu aku terhadap sawah padi yang menghijau, musim buah yang sungguh best....angin timur yang membulehkan aku bermain layang layang.rindunye...tak sabar nak ke sana semula.
Tuhan rahmatila keluarga kecil kami.Tiada apa yang aku ingin pinta selain petunjuk darimu.Semoga aku dan suami sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan yang maha hebat ini.Cekalkan hati hambamu ini ya tuhan..........Sesungguhnya engkau yang menyaksikan segalanya dan permudahkan urusan bersalinku ya tuhan....Jadikanla hambamu ini ibu dan bapa yang baik agar dapat mendidik anak yang engkau anugerahkan ini dengan sebaiknya.Semoga dia menjadi anak yang soleh.....semoga doanya menjadi syafaat didalam kubur buat kami berdua nanti...amin.........
Wednesday, January 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment