U can't simply give up!
Sewaktu me, dan rakan-rakan menjoyah sambil menikmati burger mac D yang sungguh enak itu, tiba-tiba salah seorang daripada rakan bertanyakan tentang kehidupan me kini.Ya , me jarang bercerita tentang keadaan saya kepada rakan karib.Kerana me rasa tiada keperluan kot.
"Lin macam mana kamu menghadapi perasaan kamu disini,dengan dia di sana bersama orang lain sedangkan kamu di sini, dengan berbadan dua dan membesarkan anak kecil seorang diri ?How u manage yourself?
Me hanya tersenyum...
JAwapan saya cuma " Try to make my life less complicated as it should be..Betul perempuan ni ratu sandiwara, ratu perasaan,tapi janganlah sampai memakan diri.Tipu kalau me tak terfikir langsung hal itu di kala malam menjelma especially.Keseorangan dengan perut memboyot.huhuhu..Sambung me lagi" Itu antara dia dan isteri pertamanya, me tak mahu ambil peduli, yang penting tanggungjawab dia sebagai bapa kepada anak-anak me dia tak abaikan.Satu penyelesaian harus dibuat apabila azryl jejak kaki ke sekolah .dan tentunya me harus berpindah kerja di utara berdekatan dengan suami me.Tapi buat masa ni biarlah me kutip duit puas-puas dahulu disini,sebabnya..agak membazir jika ilmu yang me pelajari sewaktu di Uni dulu tak me praktikkan.Susah, jerih, payah memang tak dapat dinafikan.Hati kena kental.Tapi tak semestinya me tak dpat menjaga anak anak me walaupun tiada bantuan suami. :).Tentang perasaan , sebenarnya hanya sesekali saja me terfikir namun tak lama sebab tugas seharian menuntut akal dan fikiran me lebih dari memikir benda-benda yang bukan-bukan.
Alhamdullillah perkahwinan masih utuh sehingga ke hari ini,asam garam, badai yang melanda dapat me dan suami sama-sama hadapi.Dan moganya akan terus kekal begitu.
Begitulah penjelasan panjang lebar yang me berikan kepada rakan-rakan me sewaktu bersantai santai dahulu, dan mereka mengucapakn selamat maju jaya.Ada diantaranya mengatakan kepada me" lin aku tak mungkin jadi setabah kau"..Pesan me kepada dia.."Setiap orang habuannya lain-lain..bersyukur dengan apa yang diberikan lebih penting".kami sama-sama tersenyum...heheheheh.
Tuesday, May 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
lain orang lain kehidupannyakan..tapi masih boleh bahagia dengan cara yang tersendiri..wallahua'alam
Post a Comment