Subscribe

Friday, February 11, 2011

kehadiran mu merubah segalanya


Esok..
Genaplah azryl daniel berusia setahun...perjalanan hidup aku sebagai ibunya dalam membesarkannya penuh cubaan dan cabaran yang kadang kala bisa menggegarkan perasaan dan jiwa..namun kami berdua masih tabah dan terus menapak berdekit-dekit sehinggalah sekarang.


Azryl,
Putera kesanyangan dan kebanggaan mummy..
Selamat Hari ulang tahun yang ke satu tahun...Bermula saat ini bermulalah episode azryl dalam menjadi seorang dewasa..

Sepanjang hampir setahun meniti alam keibu-bapaan ini..banyak yang mummy pelajari,Mummy belajar erti sabar, mummy belajar erti pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya, mummy belajar keajaiban tali hubungan ibu dan anak bila mana mummy mendapati bahawa naluri keibuan yang Allah kurniakan itu amat tepat.Perasaan itu hanya bagi yang telah menjadi ibu sahaja mengetahuinya.

Banyak yang azryl ajar mummy sayang...
Pengalaman amat mendewasakan mummy..Segala jerih perih mummy dalam membesarkan azryl..amat berbaloi...walaupun kita berdua keseorangan di kotaraya kosmopolitan ini namun...kita dikelilingi oleh insan-insan yang amat menyayangi kita berdua.

Azryl membawa sinar baru terhadap keluarga kita.Sungguh..Atukmu begitu menyayangimu dan mummy sangat jeles wokey..hehehe.Perlakuanmu begitu memikat hati sesiapa sahaja yang berkempatan mengenalmu..Tingkah lakumu, hilai tawamu begitu mencuit hati sehingga kalu tak dengar kamu gelak satu hari terasa sunyi betul rumah atuk tau.

Kehadiran azryl juga merapatkan hubungan mummy dan abah azryl.walaupun mummy pasrah dan rela menghadapi kenyataan mummy dimadukan tetapi mummy ikhlas hadapi semuanya untuk Azryl.Mummy tak boleh berlaku tidak adil terhadap anak mummy dan mummy perlu berkorban agar azryl lengkap mempunyai ibu dan ayah..
Pada mummy azryl adalah segala-galanya..sumber kekuatan mummy sehingga sekarang...

Selamat Hari ulang tahun hwang tejha azryl daniel..semoga sayang menjadi anak yang soleh dan senantiasa dirahmati-Nya



4 comments:

Salina@IbuAqil said...

Selamat Hari Lahir Dear!!!! Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki & menjadi anak soleh hambanya yg taat.. :D

linziana said...

Insyaallah ibu...amin... :)

S.A.L.J.U sha said...

esok besday hero lin la...

eppy besday 1

12feb eh.... awal 2 bulan dr qaish. :)

hero ensem t tiup lilin mamalin anta kek kat kajang la..hehehe

linziana said...

sha kalu dia dalam umur dua tahun baru sedap sikit wat party kan..ni macam tak paham ape jer tula yang tak buat tu setakat tiup lin jer jela esok...kalu antar gambar kek aci tk?hehehe.

Yup azryl tua dua bulan dari qaish...hehehe