Subscribe

Monday, December 3, 2012

Pengorbanan Sang suami

Ya,kali ini ku tak nafikan bahawa pembedahan c-sec yang ku lalui sungguh berbahaya...Dr juga sudah berpesan kepada ku awal awal bahwa ..kemungkinan rahim ku dibuang chances nyer amatla tinggi..aku seperti orang bodoh , lidah kelu, mati akal..kerana badan ku lemah,disuntik dek bermacam dadah,dirodok di bahagian bawah sana tanpa relaku...seperti dirogol pulak rasanya..bila dr mengesahkan anakku tiada lagi di dunia ini..tiada setitik air mata pun tumpah kerana aku rasa semua ni cuma mimpi buruk...

dan bila semuanya selesai..anakku dibawa berjumpa dengan ku untuk mengesahkan jantinanya..sungguh..aku  merasakan bahwa dia masih hidup lagi disebabkan wajahnya sungguh tenang...kaki comelnya , mulut merahnya..masih terbyang bayang dimataku sehingga kini..

Sekali lagi dr bercakap dengan ku bahawa mereka meneyelamatkan rahimku,mereka juga mengatakan aku mengalami pelbagai komplikasi, kadar denyutan jantungku pantas, tekanan darahku naik mendadak, buah pinggangku mengalami kecederaan,ini telah menyebabkan kaki kanan dan tangan kananku kebas sampaila skrg....

Aku diberi berjumpa sekali lagi dengan anakku sebelum diberikan kepada suamiku..dan terus dibawa ke ICU.Suamiku menguruskan jenazah anakku dan petangnya berjumpa denganku.hanya 10 minit.kesian azryl.Suamiku mengatakan bahwa Azryl jalankan tangunngjawab sebagai abang sulungnya dengan  baik.Dia tolong Pak imam mengambus tanah buat tempat persemadian terakhir adiknya..time tu memang ku sebak..tapi..air mata ini tidak dapat keluar...

Pada hari aku dipindahkan ke wad biasa , time tu aku sedar semua ini benar..dengan semahu mahunya aku menangis..menangis dan menangis...

Disebabkan ku dipindahkan ke wad biasa,tiub cateter untuk membuang air kecil dicabut dan akibatnya...aku terpaksa memakai pampers bagi mengawal air kencingku..Agak siksa kerana aku tidak boleh bangun sehingga hari ke 4.Dan Suamikulah yang akan memakaikan ku pampers.huhu..menukarkan bajuku,menyuapku makan,menyeka air mata ku yang memang setiap saat mengalir tanpa dipinta..Hampir dua minggu dia menjagaku dan kini,tiada insan yang paling rapat denganku kecuali suamiku sendiri dan anak sulongku.Aku bina semula kekuatan dengan kehadiran dua insan ini.


Semoga selepas ini,keluarga kecil ini terus utuh walau apapun badai yang melanda..dan buat rakan rakan ku, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan buatku.Ya adam kini Anak syurga...namun begitu..adam tetap anak mummy yang Tuhan hanya pinjamkan sementara buat mummy dan abah.Mummy dan abah tetap akan ingatiku dan kamu sentiasa bersemadi didalam hati mummy dan abah sayang...

6 comments:

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Ya Allah, sungguh besar dugaan yang Lin hadapi..sesungguhnya suami dan Azryl menyayangi Lin sentiasa..Adam anak syurga pasti..dia tunggu mummy di sana

Aan Andes said...

Lin...takziah. Me tak tahu nak cakap apa, me terkejut..me missed cerita awal2.

Adam anak syurga, akan mendoakan lin di syurga jugak.

Kuat ye lin..jaga diri elok2..

:(

Feed by Ummi Najla said...

Lin... * Hug* :"(

Wordless..

Unknown said...

Ya Allah, lin.. sedih.. dah panas bijik mata
besar dugaan lin

*xleh nak kata apa dah*

hawanie said...

aku menangis lagi ni Lin...sebak sgt2...

Imaan09 said...

Allahu Rabbi..kenapa sangat lambat ku menyedari kisah sedih ini..takziah dear.. TUHAN tak menguji hamba yang tak mampu