Subscribe

Wednesday, December 12, 2012

Menumpang Kasih....

Alhamdullilah..me di kelilingi oleh insan-insan yang penyayang..tidak prejudis terhaadap me dengan status me sebagai isteri kedua suami me,menerima diri me seadanya tanpa persoalkan apa-apa pun...Me bersyukur sangat untuk itu.


Insan-insan ini tidak bertanya banyak dia ats apa yang berlaku malah berterusan memberi sokongan yang tidak bertepi di saat me cuba membina kekuatan yang telah pun musnah sama sekali bersama perginya anak me..adam..
Ibu angkat me menjaga me macam anak sendiri.Luka c-sect yang sangat hudoh tidak seperti luka c-sec yang biasa itu..dicucinya hari-hari..tanpa perasaan gelipun..Makan minum me dijaga sunguh.Ayam bagi c-sect patient memang tidak buleh disentuh langsung.Nak -nak infection yang me kena sangat serius.nanah keluar macam mata air sewaktu me mula-mula keluar hospital dulu...Kaki kanan me juga bengkak  masa mula-mula dulu..jalan pun berseret..jadi azryl dia yang uruskan..huhu..
Aku hanya mkn haruan , tenggiri dan kerapu.Itu aje menu yang dibenarkan mkn.Ubatku dia akan make siure aku telan semuanya..Susu pun dia paksa aku minum.hoho.Pokoknya semuanya terjaga.

Sahabat karibku shila merangkap opis mate ku juga tidak kurangnya .Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasanya.Setiap petang..dia akan bawa aku dressing di hospital.Rakan rakan opisku yang prihatin telah memberi sumbangan yang agak byk juga untuk aku buat rawatan hari hari di hospital.Sungguh...aku amat terharu.

Dan selepas seminggu lebih aku berada di rumah mak angkatku, aku tidak perlu memakai pampers lagi, bengkak kaki ku surut, tak perlu mengheret kaki semasa berjalan lagi..Aku masih mengalami kesukaran berjalan dek kebas kakiku tak hilang lagi..tapi bulehla drive dah..walu tak jauh..


Kini luka c-sect ku kering walau me masih perlu melakukan dressing hari hari disebabkan ade satu lubang kecil yang jahitannya terbuka kerana area itu infectionnya teruk..dulu ia mengeluarkan air nanah tak berhenti apabila ditekan..kini telah kering.Dressing dilakukan  sehinggalah daging baru mentupnya sendiri....


Ada yang mengatakan semua ini dugaan bagiku..iya aku terima segalanya dengan redha..takpelah...Sebgai manusia , memang sinonim sungguh dengan perkataan alpa.Pabila diberikan kesihatan yang sempurna seringkali lalai bahawa nikmat sihat itu merupakan nikmat terbesar sekali dalam kehidupan sehari-hari..Pabila sakit datang menjengah barulah kita akan hargai nikmat sihat itu...




P/s:Adam anakku, semalam kawan mummy aunty sofea datang ,melawat mummy..dia tolong mummy consult dr homeopathy and tolong mummy amilkan ubat untuk mummy.Mummy berikan cd-cd mu yang tak sempat adam pakai walaupun sekali kepada anak keclnya Daryl yang mummy dah anggap macam anak mummy sendiri.Mummy tahu adam tak kisah...Walaupun adam tiada dengan mummy tapi adam dah buat pahala dengan berikan cd-cdmu kepada yang memerlukan....
Akhir sekali sayang,walau dimana pun anak mummy adam berada, ingatlah sayang, tidak ada sedetikpun dlm hidup mummy , mummy tidak ingatimu...Demimu juga mummy akan lakukan perubahan terhadap diri mummy kelak selepas mummy suci nanti.Kalau adam senang , sesekali adam muncul lah dalam tidur mummy ye nak?agar terubat rindu mummy terhadap mu...biarpun sesaat cuma...

5 comments:

Unknown said...

bunyinya sangat teruk..semoga lin cepat sembuh..maria xdpt tgk lin..doa dari jauh je mampu..semoga lin cepat sembuh dan terus kuat semangat..jaga diri ye lin..

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

dari jauh Nani doakan Lin tabah hadapi semua ini. I know u're strong. Di saat ini, dorongan dan sokongan dari insan tersayang dan rakan-rakan adalah yang diperlukan. Tabah ye Lin..Kalau nani di tempat lin tak tau nak gambarkan macam mana..sesungguhnya Lin adalah insan terpilih..

Moonchild said...

my dear lin,
x dpt nk bygkan kesakitan dan kesedihan yg lin harungi..pastinye sgt perit...me hanya mampu doakan moga lin trus tabah...me doakan jua moga lin sentiasa dikelilingi insan2 yg menyayangimu...

Aan Andes said...

everytime me baca mesti me sebak..me know u miss adam so much. u r one strong lady. semoga semuanya dipermudahkan. this is cliche but you know ada hikmahnya, yg kita tak nampak skrg. so have faith with God, he knows best...take care..

Imaan09 said...

komen ini mungkin dah terlalu lambat, tp sgt berharap ur condition is much2 better now dear..