My husband is here..for couple of days..and semalam ialah hari Jumaat...Memang me extra emo kalu hari Jumaat tiba..sebab..it will kept reminded me how my life change forever...How i struggle to keep my self sane and terima semuanya dengan redha..Tapi hati ibu ini..mata ibu ini..masih mahu bersedih,masih mahu menangis semahunya...
Ini kerana rindu me tak tertahan sungguh...pabila melihat bayi kecil yang lain terus hati ini teringatkan adam,Bagaimana me tak ingatkan dia..me tak dapat menyusukan dia untuk kali pertama biarpun setitik...me tak dapat pakai kan dia pakaian baru sebaliknya hanya kain kapan yang membaluti tubuhnya...
ya...ini semua ku cakapkan kepada suamiku...kebelakangan ni kalau dia datang memang dah jadi rutin dia untuk menyeka air mata ku yang tumpah tanpa semena-mena...
dan semalam sambil dia menyeka air mataku..terus dia berkataq kepada ku.."hny,meh abang nak ceritakan satu cerita..Pada zaman nabi ada seorang pemuda ni yang kematian isterinya..Isterinya baik, cantik..dia berkabung terlalu lama, orang pun tak mahu dia nak jumpa..dia berkurung terus dalam rumah dia..seoalah olah macam dia tak redha yang isterinya dah tak ada...So ade suatu hari tu ada seorang perempuan datang ketuk pintu rumah dia..dia memang tak nak buka..sampai perempuan tu kata takpelah berapa tahun sampai aku mati aku tetap nak suruh kamu buka pintu ni jugak sebab aku ade masalah.Aku perlu jumpa kau..
Sambung laki ku..."akhirnya laki tu pun mengalah dan buka pintu rumah dia setelah bertahun tak terasing dari dunia luar..kata perempuan itu"begini aku ada pakai rantai emas ni, bertahun aku pakai..tapi itu hak orang..bukan aku punya.Jadi orang tu nak amik rantai ni balik.Masalahnya dah bertahun aku pakai, aku sayangkan rantai ni.Aku tak nak pulangkan.
Lalu lelaki itu berkata"Eh itu hak orang..kau pinjam bila tuannya mintak balik kau wajib pulangkan..."Lalu wanita itu berkata..Aku tak nak pulangkan ..aku sayang betul dengan rantai ni...Lelaki itu berkata.."tak boleh kau kena lepaskan rantai itu kepada tuannya",Wanita itu berkata semula"Sedangkan engkau berkata demikian dengan menyuruh aku memulangkan kembali rantai ini kpd tuannya,demikian jugalah engkau..Allah cuma meminjamkan isterimu kepada engkau ..sampai masa Dia mahu mengambilnya semula engkau harus berikannya kembali"..
Lelaki itu tersedar ..dan beristigfar berulang kali...dia sedar yang selama ini dia trlupa..akan hakikat bahwa semua ini hanyalah pinjaman...
Begitulah cerita yang suamiku sampaikan kepada ku..."Abang bukan lin tak tahu tu bang...Lin ni ibunya bang,lin tak boleh pegang dia walau untuk kali terakhir sebab lin tak daya..."Suamiku berkata"Sabar hny...sekurangnya tuhan pelihara dia dari siksa dunia ni...dia tunggu hny nanti..dia takkan masuk syurga selagi mummy dia tak masuk...dia jaga hny kat sana nanti..."Aku hanya mampu menangis perlahan....aku belum cukup kuat lagi..untuk tersenyum seperti sediakala...Aku tahu suamiku juga merasai kesedihan yang sama..cuma dia tidak tunjuk didepan ku kerana dia tahu ia akan memburukkan lagi keadaan.....
Adam...anakku,hanya melaui tulisan di alam maya ini mummy dapat meluahkan segalanya tentang betapa mummy merinduimu nak,,tentang betapa kehilanganmu merupakan dugaan yang maha hebat untuk mummy nak..mummy hampir tak dapat bangun semula..mujur abang mu memberi mummy sebab untuk terus bertahan, sebab untuk terus hidup dan berjuang...
Namun begitu adam, adam jangan risau ye sayang...biarpu air mata mummy jatuh tanapa dipinta kerana mengenangkan mu..ini tidak beerti mummy patah semangat untuk hidup.Air mata ini jatuh kerana terlalu merinduimu nak.
Akhir sekali ,bersemadilah sayang dengan tenang disana,mummy tahu sayang bahagia,Nanti sesekali datangla berjumpa mummy ye nak...
Saturday, December 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
lin..
aku sdih baca
walaupun aku cuba pahama apa yg kau rasa, perasaannya xkan pernah sama kan.. tabahlah lin
aku tau x mudah
tapi aku pasti kau boleh
setiap kali baca entry lin buatkan nani sangat sedih. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..sabar ye, hanya itu yang mampu nani ucapkan sebab nani bukan di tempat lin tapi nani tau lin sangat kuat..
*hugs*
sabarla wahai sahabat...semoga lin terus tabah
Post a Comment