Subscribe

Monday, June 27, 2011

Dengarnya...

Tiket wayang untuk Filem TERHEBAT TAHUN ini yakni TRansformers 3 dah fully book for the next three weeks Yall!!


OMG...


MAk peminat tegar optimus Prime..Cam no nih?Bikin bontot mak panas jer..

Semalam baru je dapat masa tengok citer Green Lantern.Sebenarnya lucu gak la sebab Bila Ketua Lantern ni cakap pasal kekuatan warna hijau ni..Mak terus teringat Parti Pas.hehehe.

Ayat Ketua Lantern berbunyi macam ni" kenapa hijau?hijau warna yang kuat , lambang kekuatan yang tak dak bandingan)"heh! lebih kurang cam tulah bunyinya.

Agak-agak Piliharan Raya akan datang Pas guna tak slogan ni?hehehehe.Kompom melotop kan?

Oho..overall green lantern ni cam lawak ..movie yang ringan tak berat manapun...Sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Apapun Heronya memang mak berkenan semenjak dia berlakon dalam Proposal Lagik.Seksi.


(P/s:Tak nerkesempatan tengok kungfu Panda lagi...macam ada harapan tengok kat Pc jer nih..hmmmm)


happy morning Gojes-gojes sekalian..muah!

Thursday, June 23, 2011

Meeting Pasu Bunga

Hey Peeps, hari ni me nak menjoyah pasal perihal Meeting Pasu Bunga nun seperti tajuk diatas.

Istilah ini dimulakan oleh my Team leader sebenarnya.al maklumlah terlampau banyak sangat mesyuarat-mensyuarat yang perlu dihadirinya..

So dia mengklasifikasikan beberapa buah mesyuarat itu kepada beberapa kelas atau nama.hehehe

Disinilah datangnya meeting pasu bunga ni..


Nak tahu kenapa?

Bila attend meeting pasu bunga..Fungsi kita tak ade apa..sekadar penghias majlis.Nah samakan fungsinya dengan si pasu bunga,?sekadar Penghias rumah jer...

hehehehehehhe..

Kalu setakat jadi pasu bunga..hmm banyak kali la me pernah jadi.Me pernah jadi bunga kembang semangkuk, bunga taik ayam pun pernah.hehehehehehe...


Macam mana dengan u olls?Pernah jadik pasu bunga?

Wednesday, June 22, 2011

Car Seat..It is a must for Infant and Todler

Hi gojes mum!

Ape Pendapat u olls tentang Car seat nih?
Ade sesetengah mengatakan tak perlu sebab buleh riba..tak pun anak tak mahu dok dalam nya.Meraung raung..Tapi rasa adil tak kalu kita pakai tali pinggang keledar tapi anak kita ,kita riba?rasa cam logik tak?


Bagi me as a working mum yang selalu mengheret azryl ke sana ke mari...me dah ajar dia dok dalam car seat semenjak dia infant lagi.lantak la dia nak melalak sampai pecah anak tekak me tak kisah janji mu selamat nak.Bior mu nangis dari mummy yang nangis.

Huhuhu....setelah di trained berulang kali akhirnya bila dia nampak car seat..dia tahu nak jalan..dan merelakan diri dia untuk diikat.Senang hati mak.heheheheh.

Kalu dekat over the sea..kompomla mat salleh kat sana titik beratkan tentang perlunya car seat ni.Memang kena invest sikit.Tapi kena jadi bijak juga dalam berbelanja ..macam tunggu factory sale ke...mother care sale gile-gile ke ha time tu buleh beli.kalu pegi menonong masuk kedai time tak dak sale, rabak poket bapak-bapak anak-anak.heheh...

Al kisah time me pregnant dulu me tak belipun carseat tapi me request kat company kalu buleh me nak car seat as a present jadik depa tak yahla sesusah bagi hamper besar gedabak yang sama reganya macam carseat tuh.hehehe..Permintaan me ditunaikan..
dapat la car seat mydear yang cam gini ghupanya...





(credit to uncle Google for the Picture)

Tapi me punya warna merah...hehehe

Pehtu Azryl dah pun menginjak ke setahun lebih, kaki dah panjang..badan pun sama ..makanya kenala berpindah ke booster plak.Ha yang ni me beli sendirilah..kebetulan last friday mother care sale besar-besaran..carseat ni 50 percent plak tuh diskaunnya..turun punya turun dapat seratus lebih jer cap graco.ha apa lagi me pun sembat je lan..entah bila la plak nak buat sale macam tuh.Buleh plak me tengok rega model yang sama tapi color baru kuar..mencanak sampai 600?tuh memamg kompomla me telan air liur je..takpela model sama color je lama ..warna hitam..seperti ini





(credit to uncle google again)


Jadilah kan daripada tak dak langsung..luas sikit untuk dia.maklumla dah jadik anak bujang dah en azryl me nih..asal dalam perjalanan dia selamat udah..


Makanya me nak ucapkan selamat berbelanja dengan bijak yer mummy-mummy sekalian..heheh.Keselamatan anak harus diutamakan.Pesanan ini me tujukan untuk diri me yang sentiasa on da go nih dan untuk mummy-mummy yang senasib dengan me. :)

Monday, June 20, 2011

Sangap

Ye lalink-lalink sekalian..mak sangap sekrang.

Sebab?

(Korang , korang..ye korang sekalian mesti pikir biru dan kuningkan.Maklumla laki mak jauh.hehehe.Kalu dekat sure dah bernak pinak dah.)


Tet!

sudah mengarut disitu..

Al-kisah sebnarnya mak sangap nak handphone baru.

Sebab handphone mak sekrang ni tak ada fungsi da bomb kecuali leh call jer.Mak nak handphone berkamera.senang, bila azryl ada sesuatu yang baru untuk ditunjukkan kepada mummy dia yang chumel ni..mak leh snap jer terus.Ini tak..bila mana azryl ada sesuatu contohnya sekrang dia tahu dah kalu nak jalan kena pakai kasut, jadi dia pun amik kasut tunjuk kat me...ha tengok..mana mak tak gigit jari?tak dapat nak jadi mamarazzi?

adehla..mak tak suka la kamera gedabak gedebuk macam dslr tuh..mak bukan photograper freak pun.asal gambo sedap dipandang mak ok jer...

tulah penting nyer phone ade kamera nih.

(bila la tabung ayam nak penuh nih.asal penuh susut balik, asal penuh susut balik..heheheh.entahla nape sebabnyer yer?)

Sekian dari mak yang sangap.

Wednesday, June 15, 2011

Susu Kambing She male goat leh Jadi susu manusia?

Wo..wo..wo..

I dunno what happened to the scientist now days.were they gone mad or they just bored so they tend to do mad science?

No kidding guys!I've heard in the radio yesterday, recently they've done some researched about making the male goat into female goat and they discovered the milk that produced by this she male goat similar to human milk.

How can it can be similar as human is human.Goat is goat !

Even the spelling is different!hmmph!

Why don't u guys do research how to save our earth by creating a car using air (which air is free)no need to refill every time.No need a station because fuel cost is increasing every month.Instead of trying to be GOD , u better do something good for human being benefit.

Oh my...

Tuesday, June 14, 2011

Pada-Mu aku Bersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

pada-MU

Source: http://liriklaguindonesia.net/a/afgan/afgan-padamu-kubersujud/


Menitik air mata me pabila dengar suara gemersik afghan mendendangkan lagu ni...

Sebenarnya hari ni me nak buat sesi curahat kat blog me ni.Pada me,keimanan seseorang tak patut dinilai oleh manusia kerana HANYA DIA YANG BERHAk.Kita ini hamba-Nya.Siapa kita untuk kata si polan ini tidak sembahyang,siapa kita untuk mengatakn si polan ini kafir?murtad,si polan itu melakukan maksiat.tanpa bukti yang sahih?tanpa saksi yang sah?Siapa Kita?


Kita dikurniakan hati.di dalam hati HANYA DIA saja yang MAHA mengetahui-NYA.Kayu ukur Keimanan HANYA DIA yang MAHA mengetahuinya.Disebakan sifat manusia yang suka benar menilai manusia yang lain timbul la prasangka buruk, timbulah perasaan syak.
Walaupun dia bertudung litup , bersembahyang bagai, belum tentu lagi dia kompom masuk syurga.KERANA pokok pangkalnya hati.Hati kita ini selalu berbolak balik ,tidak pernah tetap, dan ada pelbagai suara yang berkumandang didalam hati.Berdasarkan itu fikiran manusia menaakul dan anggota badan menzahirkannya setelah ditafsir oleh akal kita.


Apa yang ingin me sampaikan ialah tak salah untuk mengingat-menginngati sesama kita kerana manusia ini tabiinya mudah lupa.Cuma kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui zahirnya.Siapa kita?sebab kita tidak punya hak malah kita digalakkan bersangka baik sesama insan.Barulah tiada sengketa,barulah tenang hatinya,barulah aman dunia.

Me bukan sempurna manapun .Dosa bergunung-gunung..acap kali melakukan kesalahan namun dari kesalahan itu ada pengajaran disebaliknya.
(teringat cerita mat salleh tajuknya thirty flirty and thriving-Budak ni tanya mak dia,"mummy have u done any terrible mistakes when you were young?-maknya menjawab-Yes ,there were some mistakes which i I've done in the past, still i am not regret at all because through mistakes u tend to be a better person.Because you've learned from it)

:)-Sesungguhnya DIA MAHA MENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.Walau acap kali kita melupakan-NYA, namun Dia tak pernah tinggalkan kita berseorangan...

Seandai hidup dilanda badai,seandai hati dirundum malang, ingatlah ia hanya sementara..Kabus tidak selamanya berada disitu ia akan berarak pergi..diganti pula dengan sinaran sang suria yang indah..begitulah lumrah kehidupan.Tak selamanya berada diatas..dan tidak selamanya juga berada dibawah.Selagi hayat dikandung badan selagi itu tugas sebgai hamba-Nya perlu digalas dengan sebaiknya.

Monday, June 13, 2011

Mengawal Perasaan Amarah

Disini me ingin berkongsi pengalaman me sebagai seorang ibu yang anak me masih kecil yang penuh fiil dan ragamnya.pabila kita sebgai orang dewasa berada didalam situasi kusut,kadang-kadang kita terlupa dan hilang pertimbangan bilamana anak kita mula menunjukkan fiilnya.

Bukannya me tak tahu , bahawa dia hanya mahu perhatian setelah seharian tidak berjumpa kerana me bekerja namun sebagai manusia biasa , marah itu terus menguasai minda bila melihat anak me berbuat sesuatu yang contohnya seperti bermain wayar elektrik.Sudah dibilang dengan lembut tapi tangannya terus gatal memegang wayar elektrik tu sehinggakan me terpaksa 'melepok'tangannya.Tapi diganti pula dengan tangisan meminta simpati.

Alahai anak....


Sungguh, sebolehnya me tak suka naik tangan tapi situasi berbahaya ini memang tiada kompromi.Sambil itu me jelaskan bahawa bahaya bermain wayar elektrik.Me tahu bahawa dia juga tahu itu adalah sesuatu yang dilarang.Cuma dia inginkan perhatian.Sudahnya me tak buat apa oun kerja rumah.Melengut tengok dia bermain.Kalu dia bosan me bawa dia berjalan-jalan...

Macam mana pula mommy-mommy diluar sana?
Apakah langakah yang mommy-mommy ambil apabila anak kita berkelakuan agak notti dirumah?

Apakah cara melepok tangan satu cara yang elok?atau ada cara lain yang boleh dikongsi?
Sungguh bidang keibu-bapaan ini sebenarnya satu subject yang tak pernah habis.We learned through experienced kan?

Share-sharekan la dengan me :)

till then..

Thursday, June 9, 2011

Hoping for the best

Me berharap selepas mega mendung berarak pergi,Muncul pula sinaran pelangi memancar terang buat me dan azryl pada episod hidup akan datang.


Sungguh,pabila hidup berseorangan dengan mengilik azryl ke sana kemari , amat belas sekali melihat azryl yang tak mengerti apa-apa diheret dalam masalah yang tidak bertepi.

Namun, tak sekali-kali me tunduk dengan keadaan yang kalu hati nya tidak kuat buleh jatuh tersungkur .entah boleh bangkit kembali atau tidak.

Takpe k azryl, mummy bersalah dalam hal ni.mummy sepatutnya beri azryl yang terbaik.Mungkin ada hikmahnya kita berdua melangkah pergi...

Berita baik yang mummy terima sebentar tadi ialah mummy bakal di promote untuk menjadi fully qualified competence engineer..Air mata mummy yang tumpah mengenangkan nasib kita, diganti TUHAN dengan kegembiraan lain pula.Sungguh Allah Maha Besar.Takpernah sekali DIA melupakan Hamba-Nya yang berada di dalam kesusahan.Takkan me baru sikit di-uji sedemikian begini mahu menyalahkan takdir?Me sedar...me patut berfikiran positif.Dalam setiap perkara.After all azryl, Tuhan hanya akan menguji Hamba-Hamba yang disayangi-Nya. :)

So azryl, just wait a little while after this our life is gonna be better and better each day.You are my strength , my reason to continue my life with dignity, pride and honor.Sambil tu mummy bersyukur walaupun kita ditimpa musibah sayang, tapi kita dikurniakan kesihatan yang baik.

Again my smoochy pie, mummy promise u to provide the best in every aspect in your life.

(bulan tujuh maybe ada habuan ..pastu maybe juga ada promotion...tengokla tak bulan tujuh bulan 12)Still, mummy tetap happy. :)

Mummy rindu sama kamu bangat.Dont be notti netti okay?

Monday, June 6, 2011

Random thoughts

Me feel down lately...

It seems to me , pengajaran yang me dapat ialah,

1.Me cant satisfied everybody's need.Ada limitations dalam setiap perkara.

2.Nowdays, kita terpaksa terima hakikat , people with more money get the most attentions.Tak kiralah kita berada dimana walaupun di dalam kelompok yang dinamakan keluarga.


3.Kadangkala bersikap berdiam diri sebenarnya lebih mulia dari mezahirkan setiap patah perkataan.Kerana, tak semua paham akan pendirian kita.jadi lebih baik berdiam.Berdiam tak semestinya kalah.

4.Ihklas-Perkataan ikhlas ini sangat besar dan dalam ertinya.Apabila kita meminta maaf atau memaafkan dasarnya mestilah kita ikhlas meminta maaf atau memaafkan betultak?Namun hati manusia sapa yang tahu...
Seeloknya kita mesti meaafkan jika seseorang meminta maaf barulah hati akan tenang.Ini me belajar atas sejarah hidup me yang lepas-lepas.

6.Menjadi ibu adalah perkara paling indah yang berlaku dalam hidup me.Ia mengajar me erti sebuah pengorbanan , sabar, kasih sayang,dalam membesarkan zuriat amanah Allah ini.Dalam hati, setiap detik, ketika tak putus-putus me berdoa agar azryl sentiasa selamat di bawah lindungan NYA...

Semoga me lebih kuat dan tabah untuk mengharungi sisa-sisa hidup yang tinggal tak seberapa ini...

Amin..

Thursday, June 2, 2011

E.coli atttack!

Mommies!

Beware of this horrible virus as it is very very dangerous to us and our kid especially.

Sekarang ni tengah menyerang negara eropah .So sesiapa yang baru balik melancong bagai sila lah buat health screening dulu ..bukannya ape takut merebak .Kalu kena kat kita kita buleh cakap kita sakit, kalu kena kat babies?apelah depa tahu..


Sob..sob..me tengah risau as azryl dah memang terkenal dengan perut lemah.


So in order to prevent this virus from spreading..HYGIENE is very important!

No compromised at all.!


1.Wash vegetables, fish,meant through flowing water before cooking.No such thing of raw meat, fish,veggie to be given to our kid.

2.Clean and sanitized your hand after going to the toilet

3.Don't hesitate to visit doctor if u have any symptom like this.

a)vomiting

b)diarrhea with blood

c)Stomach cramp

d)fever

and so on...

I hope we all save from this virus attack.I am sooooooooooooo afraid now.
sama-samalah kita jaga kebersihan demi untuk keluarga tersayang ...

Confinement center

Hi mommies!


Tengok betapa modennya zaman kita lo ni..ada pusat jagaan untuk ibu-ibu yang baru lepas melahirkan.Me baca dalam star semalam.cost untuk sebulan RM 6000 untuk single room.Dari baby sampai ke emak tip-top depa jaga..Tak tahu la plak kalu ada untuk orang melayu kita but as for other races yes they provided this center for mommies yang baru deliver.Mommies can rest, surf internet, food provided ..depending weather u gave birth normal or operate.Best kan?Asal ade fulus semua jadi tau!

Center ni sesuai la untuk mommies yang duduk di ibu kota di mana susah beno nak cari mak bidan untuk urut, bertangas dan bagai..datang bawak beg and baby je.Tak silap me baju baby pun di provide kat center ni.

Ni antara website yang me jumpe..

1.http://www.lovemumbabycare.diytrade.com

More stories about confinement centre in the star.com.my
1.http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/6/1/lifefocus/8539839&sec=lifefocus


So mommies u've got plenty of places for confinement stuff.Tak payah pening pening..cuma pening cari duit jer.hehehe


P/s:Congrats to serina ridzwan (anak chef wan)sebab pregnant kali kedua..So very the productive.heheheh...so tristen tak lama lagi dapat adik.Yeay!(terpikir bila plak azryl nak ade adik.tunggu azryl masuk sekolah dulu ye)