:)
Sebenarnya, dah lama nak update pasal poligami ini..tapi terntunda tunda tertangguh tangguh dek kejadian kejadian yang berada di luar kuasa bidang me..
Me nak jadikan platform blog ini untuk wanita di luar sana yang mengalami situasi me untuk berkongsi dan mungkin juga membantu dlm menangani masalah masalah dalamn yang berlaku secara berhemah tidak emosi.
Bila bercakap tentang poligami, semua nak salahkan wanita ketiga itu.Ketentuan, Qada' dan qadar sejajar dengan rukun iman yang ke-6 perlu diletak kan di tangga teratas sekali.Me tak pernah menjangka satu hari bahawa me akan dimadukan oleh suami.Kita tidak tahu tentang masa depan.Dan jodoh juga merupakan Rahsia ALLAH S.W.T.Kita cuma mampu merancang tapi DIA yang menentukan segala-galanya.
Setelah kita redha,
Now permasalahan yang timbul smestinya soal hati.Syaitan akan sentiasa menghasut dan menggerakkan hati manusia ini berbolak balik.sudah tentunya makhluk puaka ini akan mencari jalan untuk memporak perandakan rumahtangga umat umat islam ni.Di tiupkan rasa cemburu, ditiupkan rasa tidak puas hati ke dlm benak benak hati wanita ini yang kebetulan nya sifat semulajadi wanita didorongkan oleh emosi secara keseluruhannya...
Jadi,
Fight!Fight with all u might!lawan dengan doa, lawan dengan segala gala yang positif.ajar akal dan mata serta hati untuk melihat dari sudut dan dimensi yang berbeza.
Lapangkan hati sentiasa dan sentiasa berperasangka baik terhadap suami kita.Bagi wanita setelah dia berkahwin dosa dan pahala suami lah yang tanggung.Untuk berperasangka yang tidak baik mendapat Kemungkaran dari DIA.Ya hak isteri juga ada.Selagi Suami tidak menyuruh isteri daripada melanggar hukum syarak..makanya., apa kata suami adalah benar.Sudah tentu suami juga harus adil dan saksama.Tapi suami juga manusia biasa.suami bukan maksum seperti NABI MUHAMMAD.Asalkan pakaian, makan minum dan tempat tinggal cukup,itu sudah memadai.
di dalam perkahwinan, perkara yang paling utama ialah tolak ansur.Isteri muda seperti me kena akur bahwa suami juga mempunyai tanggungjwab terhadap isterinya yang lain.
Mari kita lihat dari aspek yang positif,Berkongsi suami bukanlah satu perkara yang negative.Anda akan punya masa untuk diri sendiri.Bagi me jika suami tidak datang, me boleh bersantai lewa dengan anak.Pergi bershoping, pergi tgk wayang..huhu..dan bila dia datang, me akan jadi isterinya sebaik mungkin.ada masa nak berdandan berhias.. :).Tidak kelam kabut.Kalu dia nak me masak ,me akan masak.adakalanya me cakap me penat.dia puntak banyak songeh.sama ada dia masak atau kami makan di luar. :)
Keyword.Tolak ansur dan saling memahami serta sabar...
Cuba buat kehidupan berumatangga ini semanis yang mungkin.Mungkinkita tak dapat berbaik dengan madu kita.Iya..sapa yang mahu berkongsi kasih..ye dak.dan bagi wanita ia umpama menelan hempedu..tak mengapalah ..asalkan suami itu cuba sehabis mungkin untuk berlaku adil.
Bagi me dan suami...dia tidak dapat berlaku adil sepennuhnya kerana kami berjauhan dek mencariksesuap nasi.adakalanya me kong.me sedih, tapi me tidak berseorangan .ALLAH ada, azryl pun ada, me alih cepat cepat ke arah benda yang me suka buat.SHOPPING :P.
Bila dia datang kepada kami anak beranak, rasa happy tak terhingga.Mungkin itulah manis disebalik perpisahan.rasa macam zaman bercinton.kikiki.Tiada masa untuk bergaduh..dan masa yang sedikit itu kami penuhkan puas puas dengan melayan kerenah comel anak kami. :).
Usah mengeluh, bersedih.Bak kata org putih suck up and buck up.Hanya kita saja yang berhak untuk membuatkan diri kita bahagia.Kalu berterusan berada di dlam suasana negative dan berperasangka negativ maka rumahtangga takkan berdiri teguh.Tutp telinga puan puan dari manusia yang suka mencucuk menghasut supaya puan puan bergolak dengan suami.Ini rumahtangga puan puan.Yang menanggung pun diri kita bukan mereka.
Banyak kes kisah benar yang me lihat akibat hasutan rumahtangga banyak yang hancur.Yang merana siapa?anak anak ..bukan kita.mereka tidak mengerti apa-apa..anak anak menjadi mangsa.Dan jangan biarkan perkara sebegini berlaku.Jadi bertabahlah.Insyaallah perkara yang baik pasti akan menyusul ..hadiah diatas ketabahan kita ini. :)
salam sayang,
LIN
Thursday, June 6, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Good lin. Apa2 pun, paling penting positive minded. "Dunia dalaman menentukan dunia luaran" Prof Dr Muhaya :)
Yes Lin..U are right.. thats what always remind me.. nak dapatkan aura positif.. bermula dari dalam rumah.. tau what I did.. setiap hari.. bukak langsir luas2..biar kasi cahaya masuk..cerah sikit..bile gelap2..kita jadi malas and aura negative datang.. walaupun simple..tapi tetap memberi kesan..selalu pasang ceramah2 motivasi kat TV, pasang ayat2 alquran.. jiwa kita lebih tenang,, banyakkan baca al-Quran dan solat2 sunat..
Post a Comment