Me buka tv satu hari ini dan doktor Fatma az zahrah bagi ceramah...
(boleh pergi kerja lambat sikit sebab jalan tak jam :)
Ada satu cerita yang amat menarik untuk me kongsikan petikan dari ceramahnya..
Beliau bercerita tentang di zaman rasullullah, ada seorang wanita yang datang kepada Rasulullah dengan menangis teresak esak.Rasulullulah bertanya kepada wanita itu" Wahai wanita mengapakah kau menangis?"
wanita itu menjawab "Ya Rasulullah aku sedih kerana suamiku tidak izinkan aku pergi menjenguk kedua ibu bapaku yang sakit".Maka Rasulullah berkata "Jangan kau menangis lagi kerana aku telah melihat kedua ibu bapa engkau di dalam syurga kerana taat nya engkau kepada suamimu.'
:). Senang nya wanita nak melangkah ke syurga.Asal taat kepada Perintah-Nya dan juga taat kepada suaminya.
Bagi me pula dunia me cuma ada anak me dan juga suami.They rock my world in a very unique way.Masakan mahu sama dengan semua org.Bahkan nama serta rupa juga berlainan.
Nasib kita bukan ditentukan oleh sesiapa.Barangkali ada diantara kita tidak dapat pakai pakaian yang cantik, tidak ade emas bergram gram..duduk dirumah bese bese sahaja perabot tiada macam me ni.Usah la bersedih.Buangkan semua perkara perkara negative itu kerana, hanya bersikap optimis baru kita mengetahui dan sedar bahawasanya hidup ini takla seteruk mana.bahkan bersyukur kerana kita diberi kesempatan untuk bernafas lagi di BUMI ALLAH ini.
Ya, suami saya cuma pemandu bas.Ya suami saya memadukan saya dan ya, saya seorang jurutera.Tapi dia tak lupa memberikan nafkah saya setiap hari walau kami jarang bertemu.Dan ya kami tidak pernah kelaparan dan anak kami berada didlm keadaan yang baik.makan pakainya cukup.Dan ya walau saya jurutera tapi Suami tak pernah minta duit saya langsung dan tak pernah bertanya kemana duit saya hilang.disebabkan jauh dengan dia saya rindu .Anak juga rindu.Dan ya, kini saya lebih bersikap positif diatas yang terjadi dan ya, Saya juga ingin mengejar syurga yang ALLAH janjikan itu dan ya, saya juga menjauhi segala benda benda negativ dari hidup saya.Dan kini, ya kami merancang untuk tinggal berdekatan..tidak mahu berjauhan lagi.Dan ya kami juga merancang untuk ada seorang lagi cahaya mata.Dan ya tiada yang lain dari saya untuk sentiasa berdoa agar rumahtangga kami sentiasa utuh walau sehebat mana badai melanda.Kerana semua itu asam dan garam kehidupan.Saya tidak takut mendirikan rumah di tepi pantai.andai kata dilambung badai, saya akan bina sekali lagi.kali ini yang lebih utuh dan kukuh.kegagalan mengajar kita erti kesabaran dan menunjukkan jalan penyelesaian.BMW tidak dibina dalam sehari beribu kegagalan dan keringat dicurahkan untuk menghasilkan sebuah kereta yang kompak dan elegan seperti itu.Tanpa kesungguhan thomas Alva edison tidak akan berjaya menghasilkan arus elektrik dan memberi kesenangan kepada manusia sejagat di zaman ini.
Saya orang sains.Dan memang takkan lari membuat perumpaan saintifik jugak. :P.jom kita sama sama menjadi para isteri yang baik buat suami kita kengkawan?<3 .="" p="">
Salam sayng dan cinta dari me ,
LIN.
3>
Wednesday, June 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Alhamdulillah Lin,,
semoga kebahagiaan itu akan sentiasa menjadi milik lin dan berpanjangan hingga ke syurga.. Orang macam kita memang selalu kena bace, dengar dan tonton perkara2 yg positif utk elakkan kita sentiasa bersedih dan berfikiran positif.. Just remember this word,," jangan lihat ape yg kita tak ade.. lihat apa yang kita ada,, dan bersyukurlah kerana ada lagi orang yg lebih teruk nasibnya dari kita"
:).Happynya nani bca lin nyer entry.Nanti lin call ye darling.And yes..mari kita melihat kearah sudut yang postif agar tidak lemas didlam arus negative.
nani baru nak aktif balik blogging ni..dah lama terkubur nampaknye.hehe.. jom kita jadi org yg lebih positif..in shaa Allah..
Post a Comment