Subscribe

Monday, January 9, 2012

Dua senario yang sama tapi impak berbeza

Salam isnin.


Hari permulaan minggu dimana me ingin mulakan dengan entri berbaur nasihat buat ingatan me dan teman blogger yang lain.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan jadikan panduan di dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.


Kisah nyer bermula begini,

Seperti kebiasaannya me dan tok laki akan bawa azryl bersiar-siar pada hujung minggu.Last week kami ke Melaka.Bandaraya bersejarah.Makan asam pedas, makan mee bandung, makan cendol, makan ikan bakar, dan pokoknya agenda kami memang makan sahaja.hehehe,

Seperti biasa,

Tiba disebuah kedai makan untuk bersarapan pagi(Kami tido satu malam di melaka), Kami pun duduk la disebuah meja.Nak dijadikan cerita semasa kami makan ,seorang remaja lelaki datang ke meja kami lalu teru mengambil tisu diatas meja kami, tanpa cakap sepatah pun Dia dalam bahasa rocknya..bla macam tu aja .Rasanya dia datang dengan family..Me ni agak sentapla sikit.Dah datang tak bagi salam,kau bla macam tu jer.Memang la tisu ni kedai yang punya.Tapi mana santunya?mana adabnya?

Putus hangin nak makan.

Lepas tu datang pula , seorang nyonya makan kat situ.Nyonya tu dengan santunnya bercakap dengan me"if u dont mind can u please give me some tissue.Our table dont have"Me bagi terus sekotak tissue tu kat dia.Kalu begini tak dak sapa pun nak marah tul tak?Yang sadisnya, dia berbangsa cina.Kadang-kadang me sedih sungguh dengan orang melayu kita sekrang.Apa kome culture shock ke apa.No manners at all.Bukan sekali dua senario ini berlaku.Banyak kali.Baik nak amik kerusi dari meja sebelah, sudu garfu,hmm main rentap je.


Cubala kita berhemah sikit.ucapan terima kasih , mintak izin ,Senyum selalu. seeloknya kita praktis didalam kehidupan kita sehari-hari.Tak rugi satu sen pun tapi sekurangnya kita dapat menjalin persahabatan yang baru dengan sahabat-sahabat yang lain.Kita kan rakyat satu Malaysia.I am proud to be Malaysian.Memang kita terkenal dengan sikap ramah tamah ni.Jangan biar ia pudar.

Sekian . :)

0 comments: