Subscribe

Tuesday, January 31, 2012

Rindu Kami tak?

Check!Check!

Testing one two three...


Oh ok...Hai semua!

Hari ni mummy bagi azryl mengarang dekat blog kesayangan dia ni kununnya..dia cakap dia sangat bzz dengan Project keretapi dia..tu..(hmm yela tapi azryl tengok dia ade je masa tengok citer korea la jepun la..samap paksa azryl tido awal hari-hari untuk buat kerja kerja yang bukan dalam skop tugas sebagai mak ni)


Oh, sebenarnya, Azryl nak ucapkan happy belated anniversary to my mummy and abah..without both of u,azryl tak ada..dah 6 tahun depa kahwin..tapi mummy maintain chumel.Sekarang lagila chumel(mummy dah jadi elli azryl.Elli= elephant.hehehe).Depa sengkek jadi depa tak buatla majlis bagai.Cuma sms-ing jer.Tapi sesengkek depa pun depa bawak azryl jalan merata, Pantai Morib la,Mid-valley la..jalan cuci mata mummy cakap(Pss!sebenarnya ,mummy sesenyap pergi kedai Face shop beli bb cream.mahai!kalu dia bagi tahu abah kompom dia kena bebel..pastu dia rasuah azryl beli pampers.Kekunun dia cakap dekat abah yang pampers kat jj murah.Since kita tak pandai cakap lagi..kita senyap jelah..kalu kita pandai cakap kompom kite report abah.hehehe.Mummy watch out la yer)

Ramai sangat cakap muka kita macam muka mummy.Yeke?Mummy dah perasan tahap dewa dah tuh.Hmm kita tak kisahla ikut muka sapapun ..asal, susu maintain dapat, makan pulak maintain sedap.Yang lain kita tak peduli.Mummy cakap penting ikut muka dia sebab saham tinggi sikit.Hehehe.Kalu ikut muka abah mummy tak gerenti la...nanti mummy cakap kena nyanyi lagu wali band cari jodoh.hmmPernah dengar ke ?kita tak pernah.

Opps!times out!cerita favorite kita dah start!BoBoBoi!!!hehehe..kita nak layan citer dulu, manakala u oll's yang gorgeous gorgeous ni layan muka kita ngan mummy kay?










Tata!

Wednesday, January 25, 2012

Perihal Servis kereta.

Ye tuan tuan dan puan puan!!!Especially puan-puan!

Sebagai pompuan i pun tak terkecuali , kita ni bab benda benda bermekanikal ni jarang amik peduli.Motokar asal start engine buleh jalan ..kira hokey la tuh.Tapi bila tetiba mati terngah jalan kalu???gelabah sudah..tel laki camno nak buat.hehehehehehe.

Since i ni hubungan me and laki PJJ sungguh, bab kereta me amik peduli.Setiap kali kereta kena servis, memang me ikut.Bukannya apa, Udahle teman dok sorang-sorang, lalu highway setiap hari..kalu tak jaga kereta teman dok harap tok laki pantau segala..jawabnya jenuh teman menolak kereta sorang-sorang.

Al-kisah, bebaru ni hari jumaat yang lepas , teman p servis la kereta teman.Timing belt teman dah mintak tolong untuk ditukarkan dengan yang baru.Jangka hayat timing belt antara 80000-120 000km kalu tak silap teman.Tapi kereta buatan malaysia ni 80 000-90 000km jer tahannya.Lebih dari tu..putus kalu, siapkan duit 250 untuk tow kan kereta anda yer?Kereta automatic pula power stering punya minyak tu pun every 2 tahun tukarla untuk pemanduan yang lancar.Ha ini teman tak tuko lagi sebab ongkos tak cukup.Bulan depan teman tuko.Minyak hitam tu..selalu la tukar supaya enjin tahan lama.Bateri?ha tang bateri ni, paling lama buleh tahan 3 tahun lebih bagi yang free maintenance dengan syarat aircond jarang pakai dan tidak menunggu didalam kereta sambil enjin terpasang.Tak elok untuk alam sekitar dan tak elok jugak untuk poket anda.Bateri cepat habis.280 ringgit untuk bateri persona.Free maintenance la tapi.Agak mahai.

ni pun teman tukar hari tu.Sebab dah 3 tahun pakai bateri tu.elokla ditukarkan yang baru.Tayar kereta pula teman punya misi bulan 4ni.Tukar 2 tayar baru.Nak tukar 4 terus duit tak dakla pulak.Hari tu dah tukar 2 tayar sebelum raya tahun lepas.ni kena tukar lagi dua.Cat kereta kasi cantik sikit.Sebab dah banyak kesan calar balar .Isk!isk!kesian sungguh.

:).JAdi kenali kereta anda sedalam-dalamnya agar pemanduan anda diatas jalan raya selesa dan lancar.Jangan tahu bawak jer tau!heheheh.Selamat memandu dan hati-hati di jalan raya. :)

Tuesday, January 17, 2012

Weekend with The Cheeky Cempedak.

Oh my!

What can i say about my tremendous weekend?Hubs not around..With this cheeky boy with me, my weekend sort of happening unlike before , i usually have a wonderful cozy weekend ..watching korean drama, with nescafe and biscuits..wondering alone at shopping complex..till evening..

But since I got the tile mom..everything changed bit by bit.And of course !with my hwang teja aka cempedak,Thanks to him, no more korean drama in the morning unless when he is sleeping, and nescafe too.

He is close to two years old now.If i got baby gurl then it is easy.Ask her to color the books, main masak-masak, play dress up or what so ever.But boys?

I got to be like one!My son is an action guy of type.Like to play balls, playing with his mini car tyres,love to dance.

So u bet!i was dancing crazily with him, play balls at the park with him, Let him splash my whole house with water...He love to pour the water in the bottle ..too.

And the result?my whole body is aching!hehehe.Got to mop the whole house because its too slippery, he took bath 5 times a day.!

Oh my! But i managed to teach him a bit and he begin to like books!hohoho,..kalu dulu buku tu ibarat boomerang dia.Sesuka hati campak merata.But..is not that easy to make him to read u know.He only love to read when i make crazy sound especially the sound of vehicle.Mummy jadi clown sekejap.With the vroom..pin, pon,he love it!And the animal too.He cannot tell the word exactly but when i say , cat bunyi mcacam mana?he will say meow..heheheh..


Anyway, i got to be prepare my stamina to handle this one active boy.Surely my weekend is not like before.I got to be jumping running, dancing alot with this cheeky cempedak.Kenapa cempedak.Bila dia pakai rompres macam cempedak kena balut.hehehehe. :)


Can't wait this weekend to come.this time with the father.Rasakan la laki oi!!Sila berjogging bersama anak anda while me?I am going to be sitting and watching only while drinking fresh lemonade nanti ye???miaahahahahahahahahah(gelak dark witch)


Thursday, January 12, 2012

Tahukah anda?

Jikalu kita ketawa sebanyak 500 kali adalah bersamaan dengan berlari di atas treadmill 2 jam?

Sapa Kata senaman itu sesuatu yang sukar.Dah tak dak masa, meh kita ketawa beramai-ramai.Kempis terus perut yang macam belon itu. kan? kan? kan?


sumber dipetik dari radio Fly fm.hehehehe

Wednesday, January 11, 2012

Keletah si Anak

Setiap kali me balik dari kerja dan ambil azryl dari rumah pengasuhnya..kalu dia kat laman rumah untuk bermain..sepantas kilat dari jauh lagi dia cam kereta mummynya..dan terus berlari pantas sambil menjerit kesukaan.

Dari pening dek jam atas jalan terus hilang pening.Rutin nya setiap kali me ambik dia, kompom peluk cium.Dolu-dolu kecik tak la berlari bagai kan.ni, Bau masyaallah masam.Peluh berjurai-jurai.Dia anak yang aktif.Me boleh gelarkan dia lil' explorer.Semua benda nak amik tahu.

Lepas ambil dia, jangan harap dapat bersembang dengan baby sitter, dia punya fiil kalu ada me kat situ, mulalah dia nak tunjuk skil.Skil memanjat, skil melompat, skil main pagar pengasuh sampai nak roboh pagar dibuat dek azryl.Udahler teman baru tukar pagar baru.Roboh kalu?hmm...



Begitulah pesen azryl bila balik dari rumah pengasuh. :).

Next month sudah menginjak usia dua tahun dah buah nangka mummy ni. :).Tengok la kay?kalu apa yang mummy rancang ni diizinkan Oleh-NYA, buleh la kita bercanda ria di....????

Next month baru kasik tahu.hehehehe.

Till then Daa...

Tuesday, January 10, 2012

Pembikin drama dan filem Malaysia, Sila ambil Perhatian!

Kepada tuan producer,


Adalah diminta jasa baik tuan dan puan produser mengambil contoh dalam filem dan drama korea serta jepun dalam mempromosikan negara kita di mata dunia.Jika tuan dan puan mengganggap ini isu yang remeh dan mementingkan selera penonton tempatan dengan mengeluarkan cerita entah apa-apa , well ..what can i say , kita takkan kemana.

Kalu di tanya muda-mudi sekarang, kimchi tu ape..kompom mereka jawap tahu, sushi apatah lagikan?..tengok bagaimana penangan drama dua negara ini telah merubah sama sekali citarasa kita , malahan seluruh dunia?


Kita di Malaysia lagilah best sebab kita dianugerahkan dengan kepelbagaian kaum and opcoz sudah tentulah kepelbagaian makanan.Jangan sia-siakan anugerah ini.Teh tarik sinonim dengan masyarakat dinegara kita.Kaum apa yang tak minum teh tarik di pagi hari?habaq mai?

Pada pendapat saya, Jepun dan Korea amat bijak dalam menglamourkan negara mereka diseluruh dunia.Fesyen mereka, hollywood pun kalah , make up apatah lagi,begitu juga dengan makanan.Ambilah peluang yang terbentang luas ini wahai produser, promote negara kita ni di mata dunia.

Satu hari ini rasanya tak mustahil, drama keluaran negara kita pulak melotop kat luarkan?

Insyaallah..

Dengan ini, saya akhiri dengan selamat maju jaya!

Terima kasih. :)

Monday, January 9, 2012

Dua senario yang sama tapi impak berbeza

Salam isnin.


Hari permulaan minggu dimana me ingin mulakan dengan entri berbaur nasihat buat ingatan me dan teman blogger yang lain.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan jadikan panduan di dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.


Kisah nyer bermula begini,

Seperti kebiasaannya me dan tok laki akan bawa azryl bersiar-siar pada hujung minggu.Last week kami ke Melaka.Bandaraya bersejarah.Makan asam pedas, makan mee bandung, makan cendol, makan ikan bakar, dan pokoknya agenda kami memang makan sahaja.hehehe,

Seperti biasa,

Tiba disebuah kedai makan untuk bersarapan pagi(Kami tido satu malam di melaka), Kami pun duduk la disebuah meja.Nak dijadikan cerita semasa kami makan ,seorang remaja lelaki datang ke meja kami lalu teru mengambil tisu diatas meja kami, tanpa cakap sepatah pun Dia dalam bahasa rocknya..bla macam tu aja .Rasanya dia datang dengan family..Me ni agak sentapla sikit.Dah datang tak bagi salam,kau bla macam tu jer.Memang la tisu ni kedai yang punya.Tapi mana santunya?mana adabnya?

Putus hangin nak makan.

Lepas tu datang pula , seorang nyonya makan kat situ.Nyonya tu dengan santunnya bercakap dengan me"if u dont mind can u please give me some tissue.Our table dont have"Me bagi terus sekotak tissue tu kat dia.Kalu begini tak dak sapa pun nak marah tul tak?Yang sadisnya, dia berbangsa cina.Kadang-kadang me sedih sungguh dengan orang melayu kita sekrang.Apa kome culture shock ke apa.No manners at all.Bukan sekali dua senario ini berlaku.Banyak kali.Baik nak amik kerusi dari meja sebelah, sudu garfu,hmm main rentap je.


Cubala kita berhemah sikit.ucapan terima kasih , mintak izin ,Senyum selalu. seeloknya kita praktis didalam kehidupan kita sehari-hari.Tak rugi satu sen pun tapi sekurangnya kita dapat menjalin persahabatan yang baru dengan sahabat-sahabat yang lain.Kita kan rakyat satu Malaysia.I am proud to be Malaysian.Memang kita terkenal dengan sikap ramah tamah ni.Jangan biar ia pudar.

Sekian . :)

Friday, January 6, 2012

Deworm your lil one

Hi peeps!


I think azryl is ready for the de-worm process.Its not complicated..as oral medication will do.I dunno i heard somewhere that if the child like to sleep in crawling position.(meaning..lebih kurang menonggeng la kan)..that means ada cacing dalam pom-pom dia.(Pom-pom= butt)

Azryl like to sleep in that position a lot.After all, he almost 2 years old.See how fast time zoom in.Sat yer dah 2 tahun.hmmm


Kena jumpa paed jugak la next month.Lepas ni i have to watch out la in case dia main tanah kan.selalu kena ajar dia basuh tangan.Dia suka mengutip.Bikin fening mak ni.

By the way peeps happy weekend. :)

Wednesday, January 4, 2012

Entri Pertama di bulan satu 2012

What to expect?

What to achieve?


HOPE?


Dream?


Plan?


back up plan?



Banyak sungguh yang bersarang di benak hati ni.Perancangan, masih berada di dalam kepala, tapi knowing me, planning not really my style.Sebab?apa yang me rancang tak pernah menjadi.tapi seperti biasa semestinya me harapkan yang terbaik tahun ini.walaupun mat salleh predict 2012 world end..still itu di luar bidang akal manusia.Sebagai hamba kerdil dan selagi nafas ada didalam badan ini, tugas sebagai hamba dan ibu harus me laksanakan dengan sebaiknya.


Cuti panjang baru-baru ni me habiskan masa bermain dengan azryl.Ya anak itu sudah besar.Pertumbuhannya dikira ok la ..tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat.


Secara keseluruhannya me nak rumuskan bahawa i am looking forward this year.Tahun naga kan ? Harapnya ada ong untuk kami anak beranak. :)