Subscribe

Wednesday, December 28, 2011

Kisah krim Hilangkan Parut

Al kisah suatu hari mummy lin berjalan-jalan di sebuah pasaraya...tak la besau mana pasaray tu cumanya mummy kalu shopping tak suka sales girl atau sales man membontoti buntut lebau mummy ini.hoho..tapi maybe itu kerja depa dan rasanya kerja depa pun kena biarkan pelanggan bersendirian mengira budget dulu sebelum membeli..tul tak..Usah diasak..kalu tak nanti elok-elok customer nak beli tak jadi beli.


Ok berbalik kepada krim hilangkan parut ni..Ada satu jurujual mendekati mummy..time tu mood tak berapa nak elok.Saja buat window shopping untuk hilangkan stress.Bagi pompuan jalan-jalan cuci mata tengok barang yang berkenan dihati tu kiranya macam pil penenang la kot kan?kan?kan?

so mamat ni pun try la pancing me.."kak mehla tengok and try krim hilangkan parut ni kak, parut luka, stretchmarks,parut jerawat..boleh hilang kak.."sambil dia tersenyum memandang mummy.

bagi mummy pulak time tu mood tak berapa la baik sangat" So mummy cakap balik kat dia"dik macam mana nak pakai krim ni kalu luka kat sini masih berdarah lagi..sambil mummy tunjuk dada mummy.(refer ke hati la tuh)..Ternganga sekejap jurujual tu.Mummy pun angkat kaki and cau tanpa menoleh pun ke belakang .hehehehehe


:)

Lawak tak?ke tak berapa nak lawak?

Anyway buat teman blogger,..(kalu masih ada yang baca blog ni)me rindu banget sama kalian.Rasa dah lama tak menulis.Blog dah macam rumah percutian mummy disaat hati ini runsing tak ketahuan.

Walaubagaimanapun , segalanya harus bisa ditempuhi dengan hati yang cekal tak gitu?

Till then ya folks!muah!

Wednesday, December 21, 2011

Sebelum tido..Senyum dulu






:)

Ok dah senyum!Actually, setiap malam memang my routine to spoke softly to my hwang teja to tell him how much i love him, how much he meant to me, how wonderful to have him as my son..will kiss him madly till i made him uneasy with my smooching activities.hohoho.

Namanya pun berdua kan..So time tido is my best time to straighten our bonding.mother and son bonding..I always tell him to be a good boy whenever i am not around,Please be a good son , a good friend, a good brother later on..He will just simply angguk.hehehe.

Anyway Sebelum dia tido mesti nak me polok dia.Dalam Pada tu me suka snap gambar dia jugak.TErsipu-sipu menyengeh macam kerang wangi.hehehe.Dah gosok gigi ma, mestilah wangikan?
Dah dia lena, baru me buleh wat aktiviti lain.Tengok citer korea sambil minum nescafe.What a day!


Lagi sebulan lebih dia bakal berusia dua tahun..lepas tu tiga dan empat...and the counting will still on going ..How time zoom so fast.

I hope i can still preserved this mother and son bonding walaupun dia dah besar but opcoz with different approach later on.Cara nak tackle anak bujang mesti dah lain pulak nantikan..hmm..me Hope for the very best..

Tak sabar nak cuti panjang next week. :)

Friday, December 16, 2011

Macam Pop Corn.

Hoho..

I think most of my blogger friends as well as my colleagues semuanya dah selamat melahirkan anak.Macam Pop corn.Kenapa me cakap macam Pop corn?Sebabnya tak berhenti henti.At least once a week me mesti dapat sms mengatakan mereka sudah selamat melahirkan.hehehehe.So sweet.Macam Pop corn jugak.(teringat Pop corn GSC MID VALLEY)

Anyway , Kompom la ada sok sek sok sek tanya , woi ang bila nak tambah umat pulak.Aku dah second round dah nih.Amboila cheq..Hang takpa la, laki hang dok sedia ngan hang hari-hari.Laki cheq ni PJJ.Rezeki anak, datang nya dari DIA, Bukan tak mau,cuma belum masanya kot.Mungkin keadaan azryl perlu stabil dahulu.Biar dia polok cium puas-puas dulu mummynya ini. :).

Kepada teman yang selamat melahirkan, tahniah dan alhamdullilah me ucapkan.Amanat Yang ESA ini marilah sama-sama kita bajai dengan penuh kasih sayang dan kecintaan.

Lastly, Happy weekend!!Muah!

Lots of love from mummy and azryl.

Tuesday, December 13, 2011

One after another

Just a little update from mummy azryl..

Azryl kena attack pulak by rashes yang tak la berapa teruk sangat dekat kedua dua belah tangan dia.Oh my.Lucky i save Elomet cream at home.Calamine lotion tak jalan.This cream is the best to treat Rashes.

By the way Azryl sudah setahun sepuluh bulan semalam.YEay! I am happy coz aside from the rashes he is one healthy young man. :)

Gosh! i miss him already.


Hmmm..till then folks!!!

Wednesday, December 7, 2011

Bangga Menjadi Rakyat Malaysia

Hello!


Topik Pada hari ini ialah saya bangga menjadi anak Malaysia.Kenapa?Bukan sebab kita dapat emas sukan SEA, tapi sebagai manusia saya dambakan kedamaian.Walau pun pernah negara ini dilanda provokasi oleh pihak-pihak tertentu namun Hakikatnya kita tidak perlu tidur dalam ketakutan dek gempa bumi, dek bom oleh pesawat pejuang..Kepelbagaian kaum di negara ini tidak menjejaskan keharmonian kita sebagai rakyat Malaysia.


Ini Pesanan mummy buat Azryl jugak.satu hari nanti kamu akan dewasa.Satu hari nanti kamu akan berkawan.Nasihat mummy berkawanlah dengan semua orang tanpa perasaan prejudis pun terhadap mereka.Pandai-pandailah kamu membawa diri.Jangan tersilap memilih kawan.

Bagi mummy, mummy memang banyak rakan-rakan yang datang dari bangsa lain cina, india , kadazan, Italy, australia,Uk, sebab mummy bekerja di dalam syarikat yang multi culture.Tapi Kami saling menghormati akan adat dan budaya serta agama masing-masing.Santapan roti canai teh tarik memang tidak asing buat kami..Malah di dalam kantor mummy ada surau untuk umat islam bersembahyang.Dan setiap perayaan setiap kaum kami sambut dengan hati yang gembira.Makanya nak, kamu juga harus begitu

Kalu kamu berkesempatan Tontonlah filem Hati Malaya itu.Bagi mummy sejarah yang sudah lama dilupakan hidup kembali didalam cerita itu.Kamu harus minat sejarah seperti mummy.Sejarah membolehkan kamu menaakul balik di atas segala tindak tanduk kamu di kemudian hari.Bagaimana kita dulu hati nya sama walaupun rambut berbeda,Bgaimana nenek moyang kita berhempas-pulas dalam menuntut kemerdekaan.
Tahu tak azryl idola mummy dalam filem itu tak lain dan tak bukan Allayarham Tuanku Putra abdul Rahman?Selami erti kemerdekaan dengan setelitinya nak.

Jangan biarkan anasir anasir kuning meracuni pemikiran kamu sehingga boleh menjejaskan keharmonian kita sebgai rakyat Malaysia.Mungkin azryl tidak tahu, Dunia luar amat mencemburui keharmonian negara kita.Sungguh! tidak tipu.Masakan tidak , kita bebas menghirup udara ditempat sendiri walhal Palestin terpaksa meminta sedekah di negara mereka sendiri.Anak-anak muda disini mendapat peluang belajar sama seprti yang lain.Tapi tidak di somalia.Mereka terpaksa memikirkan berapa butir nasi yang buleh dimakan agar tidak mengalami kelaparan di minggu-minggu akan datang.Tengok? Betapa Beruntungnya kita sayang?

Makanya nak jangan disiakan peluang yang ada.Pilih jalan yang sebaiknya.Sesekali terkehel di perjalanan hidupmu takpa..kerna pengalaman mendewasakan kamu.Letakla AGAMA mu itu ditempat yang tertinggi didalam dirimu kerna ISLAM adalah agama kedamaian.Jangan takut dan gentar kerana kamu anak lelaki mummy danwira negara ini di generasi akan datang.

Jangan sesekali kamu lupa akan asal usul tempat mu .Tanah tumpahnya darah kita sayang ...MALAYSIA....

Tuesday, December 6, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga.Jom yuk! kita berias!

Salam sayang mommies!especially la kan..sebab blog ni pun lebih kepada cerita mok-mok,cerita keluarga, cerita anak, cerita gossip (ini kengkadang), cerita 18 sx( Ini juga kengkadang)..namun secara keseluruhannya memang cerita seorang wanita yang sedang kuat berusaha untuk memperbaikkan diri demi menjadi seorang ibu, isteri , kepada sebuah keluarga kecil.Insyaallah..


Ok berbalik kepada betapa berharga dan pentingnya wanita sebagai tunjang utama keluarga sering kali kita mengutamakan orang diseliling kita .Dalam konteks kita sebagai mak, op coz la anak adalah segalanya.Once wanita itu dah berkahwin memang dah tak pakai dah segala make up( ini saya..kalu yang lain me kurang pasti), baju berbranded, kasut mahai(Selalunya me pakai sandal.No high heels), oh Bab penjagaan muka amatlah ringkas hanya cukup dengan pencuci muka sahaja.


lama kelamaan, wajah jadi tidak bermaya, kulit menjadi kusam, dah wujud beg mata (eye bag)Badan pulak ..?Amboi semakin gebu gitew.

Bagi me, zaman anak dara dulu tak banyak bezanya dengan sekarang kerana me bukan suka berdandan.Habis kuat me buat curl rambut, kengkadang rebond, kengkadang color..itu sahaja.Tentang wajah pula tak pernah dan tak suka pakai krim.Kulit mak dah memang tak do jerawat.alhamdullilah.Jadi me kurang titik beratkan bab wajah.Tak pernah pakai losyen pun.Bab baju plak.asal senang sarung sudah.Environment kerja juga memberi kesan dalam fesyen me ke kantor sebab?semua lelaki yob!kerja kasar dan juga pakaian beretika bukan menjadi isu besar di tempat me.Sebab mat salleh di tempat ni ni asal kerja jalan sudah.Jangan pergi kerja tolanjang bolat udah.heheh


Setelah beranak ni, dan baru mula menyedari usia mahu masuk ke angka tiga polohan..
Timbul satu kesedaran sivik setelah pada satu hari me mentelaah setiap inci tubuh me.Mak ai..pening mak nak!muka udah tiada seri, rambut udah tiada volume,lomak di badan diternak dengan jayanya.. ish..ish..ish...


Jadi di satu hari yang tenang, me ambil kunci , start kereta..zoom ke guardian.Azam baru yob!upacara meng make overkan diri bermula dengan mencari krim muka.(buat pertama kali dalam hidup.Disebabkan pipi dah gebu (macam roti benggali) Me mahu mencari krim yang leh susutkan sket muka ni disamping menyerikan balik muka yang udah kusam ni.

Jeng! jeng! Jeng!MAta terus terpandang BIO ESSENCE (face lift) with pine pollen.(sesekali pakai duit plastik apa salahnya.(duit plasti=kredit card)Me dah naik cemuih tengok muka sendiri.rega dalam 60 hingget sebab guardian ada diskaun untuk 40g.Sesekali memanjakan diri apa salahnya.Since dah lama tubuh ini terbiar...

Jika ditanya berkesankah?Apa seperti di dalam tv ?Jawapan me..ya dong!pertama kali pakai , ia panas-panas sejuk gitu.Barangkali molekul-molekul krim sedang bekerja keras membakar lomak degil di pipi .hehehe.Hasil nya agak memberansangkan walu seminggu pakai.Me memang pakai Bio essence produk untuk pencuci muka jugak.Yang warna gold tuh.bird nest series.Tapi pencuci muka jela .no toner and serum bgai.Dengan harga rm 23.90 , pencuci muka ini tahan 3 bulan lamanya.So not bad la kan.Cuma serum dan krim agak mahai sikit.


Untuk eye bag plak tengok la macam nak beli eye serum bio essence jugak.huhu(Tengah congak duit claim).

Untuk mommies di luar sana, tak kira lah apa brand yang dipakai, at least kita seharusnya tidak buleh abaikan langsung akan diri kita.Ya kita sibuk nak uruskan anak-anak, suami, kerja rumah, kerja di opis, masak bagai tapi, cuba curi masa untuk diri kita .5 minit cukupla.tepek krim tuh.Ha! barulah berseri kan?baru berkondifen sikit bila jalan dengan suami walu tanpa secalit lipstik pun.Ingatla ibu-ibu walaupun kamu tunjang utama keluarga namun kamu juga ibarat warna di dalam syurga kecil mu itu.Biarkan warna-warna itu sentiasa terang dan ceria.Jangan biarkan ia pudar ok?

OH!meh la mak tepek gambo setelah seminggu dua pakai krim nih..hehehe.Tak nyesal mak beli nok!




Jika nak tahu krim bio essence tu rupa macam mana? ni dia



(Mak bukan dibayor ye oleh bio essence cume mak adalah salah seorang pengguna yang agak berpuas hati dengan hasilnya.hehehe)

Ha! Apa kata mommies share produk apa yang mommies sekalian guna?
sharing is caring kan...?hehehehe..


(Anyway akan datang me akan post something about menghapuskan lomak degil nih.Tapi me nak tengok hasil nya dulu dalam sebulan dua ni baru me akan post)


Till then ya!

Monday, December 5, 2011

Pelajaran Hidup.

Selamat Pagi semua!


Mummy azryl ingin memulakan hari senin dengan sedikit pelajaran yang mummy dapat dan ingin berkongsi dengan para mummy yang lain.Kisah ini berlaku terhadap mummy sendiri yang mana mummy sendiri terkedu setelah mendapati ada kebenarannya disebalik kata-kata yang hasil perbualan mummy dengan seorang wanita yang berketurunan cina.Perbualan ringkas dan singkat ini memberi mummy satu pengajaran baru buat mummy bagi menjadi "bookmark" dalam mummy menjadi ibu azryl.

Senario perbualan mummy bermula dengan rengekan azryl yang seperti biasa mahu bermain sudu dan garfu.Dia langsung tak mahu nak makan ,Apa yang me suap semua diluahkan balik.Bila berada di kedai memang agak segan nak memarahi si kecil di khalayak ramai.Me menggetap bibir dalam diam.


Tapi fiil azryl menjadi-jadi.Wah!bikin hati mak panas dong!Lalu terkeluarla suara garau me dan azryl apa lagi...mula la dramanya..WAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!.me biarkan aja kerana me tahu dia akan berhenti.Lagi dipujuk lagi kuat.Oh semestinya!

Ha..memang betul tak lama lepas tu dia diam.Lalu me didatangi oleh wanita yang sudah agak berumur ini.."I think u trained him quite well.Usually some children will cry for hours and the parent didint do anything to stop them." ME pun pelik.dalam hati "Eh nyonya ni perli aku ker?"hehehehe..

Anyway yang membuat mak sentap bila dia cakap macam ni"We adult already forgotten that we used to be kid long time ago.We should know how to tackle our children.After all they are our own blood and flesh right?"..huhu time ni mak rasa nak nanges ok?
Dia sambung lagi,"After all in their world there is no such thing right or wrong..they just want to explore.We should channel their curiosity in the right way"sambil tersenyum...Me mengggiakan banyak kali." Kau betul sungguh nyonya!Sungguh!


perbualan yang singkat itu betul betul memberi impak yang dalam buat me.Kekangan masa, keletihan akibat seharian bekerja dan merempuh kesesakan lalu lintas yang menggila ..membuatkan kita hilang pertimbangan apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang baru bermula hidupnya.

Me minta maaf banyak kali dekat azryl.huhuhu.ternanges plak me situ.Ya, dia bukan jenis anak yang banyak ragam.Dia tidak minta barang mainan ,tidak pula merungut bila terpaksa berhujan panas dengan me.Malah sering melontarkan senyuman dan gelak ketawa yang ikhlas terhadap me apabila me datang menjemputnya di petang hari.

Jadi..masih banyak yang perlu me belajar.dan akan terus belajar.Semahunya me mahu menjadi ibu yang terbaik buat anakanda me yang satu itu.Kepada-Nya me memohon agar dipermudahkan segala-Nya....

Thursday, December 1, 2011

Esok Kamek Tak da...

Teehehehe...





Mak nak p kenduri kahwin Edward dengan Isabella swan tu.Hangpa kenai tak?Jemputan exclusif sebab berbayor.hoho..musim Mengawan kan la ni..tak terkecuali jugak la depa berdua...


Poster kahwin melotop kau.Cer tengok nih:



(Credit to google)


Rata-rata yang p, kata kenduri depa meriah.Mak pun nak jugak rasa p kenduri celebrity( oops!sudah melalut di situ)


U olls dah tengok?Rata-rata kata best gilos.hmmm....see how la after tengok kan.hehehe