Subscribe

Wednesday, March 16, 2011

-Andaikata...-

Terguris hati,
Maafkanlah,walau kau tak bisa,
Tapi telah ku cuba buat yang terbaik,
Telah ku cuba berikan yang termolek,

Kini,stanza sepi kembali bertandang,
entah kenapa,
entah bagaimana,

Persoalan demi persoalan, tidak terjawab,

satu yang Pasti aku hanya manusia biasa,
Aku tidak mampu memuaskan setiap hati,
kerna aku juga punya hati untuk difahami,

Andaikata,
Ini juga meyenakkan buatmu,
Bersabarlah kerana semua ini hanya sementara...

Mungkin aku bukan yang terbaik,
Percayalah, aku inginkan yang segala yang terbaik buatmu,

Semoga semua duka berlalu pergi, dan bahagia pula menanti di tepi titian hidup ini
suatu hari nanti.

0 comments: