Subscribe

Monday, October 24, 2011

Bulan Haji Menjelma lagi

Selamat menunaikan Haji buat Bakal-bakal jemaah haji yang telahpun berangkat mahupun yang bakal berangakat.Semoga mendapat haji mabrur.diucapkan juga selamat pergi dan selamat kembali. :)


(Bulan haji diserikan lagi dengan ibadah korban.bagi yang berkemampuan, sama ada lembu, qibas atau kambing mahupun unta disembelih menandakan simbolik korban bagi memperingati Pengorbanan nabi ibrahim terhadap anaknya Ismail.Bagimana tingginya Iman Nabi allah itu terhadap PENCIPTA melebihi kasihnya terhadap anaknya sendiri.Jikalau Ditanya aku, belum tentu aku sanggup kerna imanku cuma senipis kulit bawang.)

Terima kasih juga ku ucapkan kepada para perajurit yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Malaysia ini dengan darah dan keringat mereka ..sendiri,Disebabkan Jasa kalian..Kami hidup aman tidak seperti negara Libya,yang berpuak-puak akhirnya menyebabkan negara huru hara dan kucar kacir.

Sungguh besar konteks pengorbanan ini.Apapun semoga kita semua sentiada berada di wah lindungan RAHMAT yang MAHA ESA. :)

Thursday, October 20, 2011

Berdua Bersatu.

Wah ! lagu ni memang meletup da vaasss , da voom gitu..at least it did to me.Sebab?
Memang kena dengan citer cheq.hehehe...


Kenapa cinta kita,

selalu saja diduga,

bagai ada tak merestu,

Kita berdua bersatu,


Atau mungkin kau dan aku,

ditakdir untuk berpisah,

Walaupun melawan arus ,

Kita BERDUA bersatu,

Sering kali ku mendengar ,

patah tumbuh ,hilang berganti,

tetapi ku tidak mahu,

Cinta selain darimu,


JIKA DENGAN MU SALAH,

KU TAK MAHU YANG BENAR,

JIKA DENGaN MU REBAH

BIARLAH KU TERCALAR,

WALAU DILANDAI BADAI,

KU SANGGUP KERNA KU MAHU,

KITA BERDUA BERSATU...


**Ya begitulah hendaknya...Sungguh,, memang banyak dugaannya, memang banyak cabarannya,Tapi Cheq dan tok laki masih utuh lagi hubungannya walau berjauhan.Sebab sesuap nasikla terpaksa berjauhan macam ni kalu tak dah lama cheq angkut azryl balik perlis.Mungkin tak lama cheq berada di kuala lumpur ni disebabkan mungkin cheq akan bertukar kerja di utara plak.Sebenarnya, ini telahpun bermain main dikepala cheq dah lama dah.Cumanya time tu pengalaman kerja tak ada and peluang bekerja di sana amatlah tipis sebab kerja yang ditawarkan tak seberapa.

Azryl semakin besar dan tak lama lagi akan menginjak ke alam persekolahan...Suasana persekitaran di kl ni tak begitu sesuai sangat untuk tumbesarannya as banyak betul anasir-anasir durjana yang bersedia merosakkan minda suci anak-anak yang tak tahu ape-ape ni.At least kalu disana pergi dan balik sekolah cheq jemput.Kos sara hidup pun rendah tak la semput menjelang hujung bulan.


(banyak betul yang bersarang di benak hati ni..tapi inilah perancangan dalam masa terdekat ni.Duit boleh cari ,kebahagiaan rumahtangga dan anak-anak tak boleh ditukar ganti dengan duit.Syurga buat me ialah melihat azryl sihat , gembira dan berjaya didalam hidupnya, tak ada yang lain.Barangkali ini sifat semulajadi yang dianugerahkan oleh DIA buat wanita yang bergelar IBU.

:)

Monday, October 17, 2011

Love ada expiry date tak?

Ting!

Semua benda kat dalam duani ni ada tarikh luput.Even Nyawa kita pun sama?Bagaimana pulak dengan perasaan kasih dan sayang ..?


Dalam banyak banyak benda..rasanya ini sahaja yang tiada tarikh luputnya nak-nak kasih ibu terhadap anaknya..Tak kira apapun , bagaimanapun keadaan anaknya itu, baik mahupun buruk, sihat mahupun sakit kasih ibu takkan pernah berubah.Kerana ibu sendiri pun tak dapat mengukur sejauh mana kasihnya terhadap anaknya itu.Setuju tak para ibu sekalian?

JAdi kalu ada yang bertanya teka teki "dalam banyak banyak benda benda benda apa yang tiada tarihkh luputnya? JAwapannya ialah kasih ibu terhadap anaknya.Kerana Kasih ibu membawa ke syurga.

(entry ini khas untuk anakku azryl.Dia demam di waktu ini.Tadi sewaktu hantar ke rumah pengasuh tak plak demam.Tiba-tiba pengasuh call beritahu status kondisi kesihatannya.Sabar ye nak.Kalu tak kerana mummy ada kursus dah lama mummy balik amik sayang.Mummy promise balik awal tau.)

Friday, October 14, 2011

Tahniah buat sahabat ku liza ...

Ini merupakan sahabatku dunia dan akhirat.Di waktu susah dan senang, pendengar yang setia diwaktu jiwa ini berduka,seorang sahabat yang cukup istimewa.

Perkenalan ku dengan Liza bermula di zaman kami bermatrikulasi bersama-sama sehinggalah menggenggam segulung ijazah di universiti yang sama , school of electrical engineering bersama-sama namun kursus yang berbeza.

Seluruh kaum keluarganya aku kenal, keluarga disebalah bapaknya mahupun disebelah emaknya.Last-last aku menjadi anak angkat ibunya dan semstinya azryl menjadi cucu angkat didalam keluarga itu.

Kalu ke rumahnya, bilang aja mahu makan apa..mesti mak angkat ku yang pot-pet pot pet itu tunaikan.hehehehe....

Dan kini sahabatku ini selamat bergelar isteri pada sabtu minggu lepas.Pasangannya Faiz juga memang ku kenal kerana aku liza dan dia belajar di universiti yang sama.Malah usia perkenalan mereka sama seperti usia perkenalanku dengan suamiku .8 tahun lamanya....

So kepada liza semoga perkahwinanmu sehingga ke anak cucu...dan aku tumpang bahagia melihatmu gembira...

Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku..dan semoga persahabatan kita kekal walaupun kita sudah tiada di alam ini. :)



Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Hati manusia sukar difahami?

Mungkin kerana setiap dna yang dijadikan olehnya Maha unik.Hanya Dia sahaja yang MAHA mengetahui.


Hati ini mudah berbolak balik.Kejap disuruh ke kiri, sekejap disuruh ke kanan.Kadang-kadang aku rasa perkahwinan ku dan suamiku adalah suatu kesalahan, namun ada diantara harinya aku merasakan ia telah tersurat.Nah!ini adalah fakta dan bukan auta.

Aku mencintai suamiku bukan di atas syarat-syarat yang tertentu.Perasaan cinta lahir tanpa dipinta.Tuhan menggerakkan hati berdasarkan apa yang difikirkan oleh Hamba-Nya.(dipetik dari ceramah Fadhilah Kamsah).



Jadi buat insan yang sedang bercinta , tahniah kerana dikurniakan perasaan berkasih sayang ini merupakan anugerah teragung dari Ilahi buat manusia.Lebih elok diteguhkan lagi dengan ikatan suci perkahwinan dan dimuliakan lagi dengan Mengingati DIA Tuhan yang mengurniakan Perasaan kasih dan sayang ini buat kita.


Kasih Manusia tiada abadi ,

Sayang manusia tidak kekal selamanya,

Namun kAsih Tuhan tiada bertepi,

Malah tidak memilih dia itu kaya, berdarjat atau papa,

Apatahlagi kasih-NYA tidak pula berbelah bahagi.....

Tuesday, October 11, 2011

PMS or Preggo?

Seriously i myself confuse about this two scenario.Woman Body has been designed by God in a unique way.

U think u pregnant but actually it is a sign that ur best friend going to visit u any time and vice verse.


Honestly I've been trying for several month but still no luck in my bambino quest.

Still, keep trying and no giving up is the key right?

Ok la ..actually what i am going to write is i want to list all the pms symptoms that are very much similar to early pregnancy symptoms.So those who are ttc (trying to conceive).. listen to the body carefully.Because we women have this special instinct telling that u are actually preggo.



PMS Symptoms:

1.Headache -similar to early pregnancy ..lightheaded..

2.Acne- this happen to me when i was pregnant to azryl

3.Bloated- hoho..yes definitely for early pregnancy..(it happened to me)

4.Lower abdomen cramp.-mild pain but sometimes it could be painful as the fertilized
ovum is trying to lining up with the uterus

5.Back ache -first trimester i did feel it but very mild.But in pregnancy it
will increase gradually as the uterus is stretching up for the baby to
snug in.

6. Nausea- Yep usually it happen in the first trimester and last trimester

7.Food craving- Some women do eat a lot.but can't really tell as different pregnancy
different symptom

8.Spotting - brownish kinda discharge ..i consider it as blood..happen maybe
because of the implantation bleeding or its a sign of your period
going to start soon enough

Breast enlarge and tender- This is similar symptom for pms and pregnancy.


There u go..to me its very confusing.

So like usual.. i will wait till the period late about a week and then rush to the drug store and do the test.Funny thing is when i was pregnant to azryl..i thought that i've bought various brand of tests and all came back negative till i was 8 weeks pregnant.

So dont worry ladies.Maybe u are pregnant but the HCG level is too low to be detected by normal HPT tests.

Thats why they encourage us to do several tests to make sure the result is accurate.
If still worried consult your gynae.

Right now i am collecting baby dust as much as i can.
huhuhu..

Till then love...

Tuesday, October 4, 2011

Random Bable..

Setelah hampir seminggu menyepi diri, maka me ingin berkongsi lagi cerite-ceritu yang telah berlaku sepanjang minggu.

anak teruna me azryl sudah semakin besar..kena "piang"kat kaki itu memang dah biasa bagi dia.Asal me kata "aip!bese ni!pok (lepok ) kang baru tahu!" mula la air mata berjebah-jebah..hehehehehe...Azryl seorang anak lelaki yang aktif.Pada me lebih baik aktif dari pasif.Cuma keaktifannya itu perlu disalurkan dengan kaedah yang betul.I think me sebagai ibunya kenalah mainkan peranan.fiil nya suka berlari tak tak tengok depan.Berapa kali terhantuk berdarah.Lebam kat kaki.
Suka betul mengutip apa aje dia atas lantai.Ha! time ni me memang tak tolak ansurla.Udah dicakap elok..jangan dikutip, kutip jugak, memang me bertukar menjadi singa betina.Apapun sebelum me marah dia, memang me kata dalam hati, me marah bukan tak sayang tapi niat nak mengajar..Ini me buat untuk mengingatkan me ada hadnya kalu nak marah anak teruna me.


Kadang-kadang memang mencabar kesabaran..nak-nak ada satu-satu masa me memang tak larat.Ada satu ketika me tengah minum teh panas..nak jugak minum, menjerit-jerit..pastu me bagi rasa mug panas tu.Terus terkejut tak nak dah.hehehehe..tulah mummy cakap tak nak dengar.

Fiil dia bila makan plak memang memilih sikit.Tapi kalu dia tak nak me tak paksa asal dia minum susu cam biasa udah.Buah memang tak suka.tak tahu la kenapa.sayur makan plak.Daging?aiyo lagi lah tak suka.Dia suka makan nasi dengan telur dada.Roti canai , tosei memang feveret sungguh.Bihun pun sama.

Hai anak..takpelah..apa sahaja yang kamu buat memang mencuit hati mummy.At least terubat jugak hati mummny bila mummy balik dari kerjA.


Tanpa membuang masa me tempekkan beberapa aksi yang kekadang tu membuatkan me bertukar Mommy Monster.



(Ni gambo semalam.Nampak ada parut luka kat dahi tu?entah apa dia buat kat rumah babysitter sampai jatuh...)



(Ni plak gambo ngan bapaknya nak p berjalan..kemain la sengihnya ...sampai semua gigi nampak)





(Ha, ni plak bila kat super market..aduhla..nak dok dalam troly..pehtu tak dapat apa dia nak..mula me nak jadik Monster merah jambu)





(Ni plak nak main stereng.Punyalah dia mengamuk.Gila stereng sungguh anak ku ini.Inipun me memang dah jadik monter merah jambu.Sebab awok nak drive dia sibuk nak dok atas riba.Ha ni memang kena piang.hehehehe)




(Tapi bila dia wat muke comel macam ni..hati mak cair kau!hehehehe)


Rasanya cam banyak jer me tempek gambo..hak lain tu..menyusul la nanti.

(Harapnya tak ada lagi kejadian yang tak diingini berlaku.Biar diri ini dan anakanda senantiasa diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Rete kurang takpe.Harta yang paling mahal kesihatan anakanda dan me....)


Till then y'all.