Subscribe

Tuesday, August 23, 2011

Count Down Lebaran telah pun bermula!

Salam satu Malaysia!wah! wah !sana sinun, baik blog, Fb, tweet tweet, kat luar , kat atas , bawah, semua tengah hebat menyiapkan persiapan hari raya yang memang tak berapa hari jer lagi.Bagi mak- mak macam me nih, anak dulu yang disiapkan, mak-mak punya bahagian nenanti dulu kan?kan?ada yang sibuk dah tukar langsir, tukar rumah, pun ada.ada yang tukar perabot bagai..hmm itu semua atas bajet memasing..bak kata orang ukur baju di badan sendiri.

Kuih muih ade yang buat, ada yang menunjuk..hehehehe macam me.Beli jer udah.Wat masa ni, me tak buleh nak membuat kuih ke, kek bagai..peralatan dapur tak dak lagi.Jadi makanya me beli aja tahun ni.Kuih yang dibeli antaranya ialah kuih tart.Yang sedap di tekak me belilah.Next, kuih kapal terbang..Hah? penah dengar..? dia berbentuk macam bilah kapal terbang ..sangat rangup serta manis sebab disaluti gula icing.Tak la banyak sangat.Kuihni kuih tradisional jugakla..

ada jugakla biskut moden yang me beli sebalang dua..kek serawak, kek coklat,hmm kekcang.Rasanya tu jelah kot.

So me ucapkan selamat berperang di dapur buat kengkawan yang kental hati untuk membuat biskut raya air tangan sendiri bagi melengkapkan persiapan hari raya nanti.Semoga anda semua berjaya la ye?


tata , titi tutu!!

Monday, August 22, 2011

Menjelang Lebaran

Wah ! sedar tak sedar kita dah pun berada di fasa terakhir bulan ramadhan..

Bila diri ini bermuhasabah diri balik nampaknya..pengisian masa me secara berkualiti masih belum mencapai tahap yang baik.Malah jauh dari baik.


Seharusnya tidak boleh me membuat setiap macam alasan kerana semua itu tak boleh diterima.

Sungguh hina betul Hambamu ini Ya Allah, telah kau janjikan hadiah di bulan yang ,mulia ini namun hambamu ini masih gagal mencari erti sebenar disebalik bulan suci ini..


Bercakap tentang persiapan lebaran...me menyiapkan keperluan azryl dahulu..semuanya secara bersederhana ..baju azryl hampir setiap bulan me beli..jadi bolehlah dia dapat sepasang dua.Baju me nanti last minit baru nak beli.

Insyaallah kalu tiada aral melintang pada tahun ini, me akan beraya di kampung suami.
hmmm....diharapnya apa yang dihajati ini tercapai.

(Mode sekrang ini nampaknya lebih mahu bergoyang kaki dari membuat kerja yang menimbun diatas meja ni..alahai...)


Monday, August 15, 2011

Mummy mintak maaf sayang...

Disebabkan kelalaian ku, azryl terhantuk terkena bucu pintu kereta dan berdarah di keningnnya...Sungguh..me rasa bersalah yang a,at sangat.Sebolehnya me tak mahu menyakitinya walau apa pun sebabnya.Walaupun azryl biasa me tangankan pehanya kerana bermain wayar elektrik atau mengetuk kepala anak orang lain..tapi ini salah me.Me CUai!

Kan me ada cakap di entry lepas, bila disebabkan kelalaian kita sendiri rasa berslah itu menghantui me.


Berkali-kali me kucup dahinya,sambil berkata mummy mintak maaf sayang, mummy leka.

Anak itu seakan mengerti.

disebabkan itu, me hanya berbuka puasa dengan ayam goreng sahaja.Sahur cume meneguk segelas air masak.


Me perlu berhati-hati selepas ini kerana azryl boleh dikategorikan anak yang aktif.Budak bertuah itu sungguh banyak yang ingin diterokainya dalam satu masa.Tak sempat me nak ajar dia yang itu dia terus mahu yang ini.


Alahai anak..hujung minggu ni kita p beli baju baru k sayang?Mummy akan paksa abah kamu cuti.

sekian dari ibu yang terkilan.


Tuesday, August 9, 2011

Wahai Ibu Bapa Berwaspadalah!

Ini Peringatan untuk diri me sendiri jugak.Kalu buleh me tak nak menggunakan bahasa yang idak sopan bagi menjaga tatasusila di bulan yang mulia ini.

sila Jadikan pedoman dan iktibar agar kita tidak melakukan perkara yang sama.

Sabtu lepas, me dan suami pergi ke bazar melawati.Al maklumlah bazar melawati memang terkenal dengan segala jenis juadah yang memang sodap dan mahai.Maybe ramai artis serbu kat situ kot.Anyway, me bukan nak ciiter pasal lauk pauk..

Cuma mentaliti sesetengah ibu bapa yang masih naif dan mungkin mereka tahu tapi buat buat tak tahu bahawa MENINGGALKAN ANAK KECIL BERSENDIRIAN BERUMUR DUA TAHUN KEBAWAH
DIDALAM KERETA DENGAN ENJIN TERPASANG < PINTU TERKUNCI MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG TIDAK DAPAT DIMAAFKAN!!!!


Aduhai ibu, aduhai bapa, dah la kome parking kereta jauh dari bazar nun, nak menyampe ke bazar perlu lintas dua jalan beso tu.Tergamak kamu tinggal permata hati kamu berseorangan dalam keadaan begitu.disebabkan lauk tak samapi 2puluh hinggit mungkin nyawa anak kamu melayang begitu sahaja.

Apa terjadi kalu anak itu tak sengaja menolak brek automatik itu ke D, naya kereta tu bergerak sendiri.Buatnya aircond bocor ke, anak kamu akan meninggal secara senyap.Kamu sesampai ingat anak kamu tido tapi rupanya telah pergi selamanya.Apa perasaan kamu????

Haish!time tu darah me , meluap luap naik..dalam pada masa yang sama sayu melihat mata anak kecil itu yang tak mengerti apa-apa..
Bukan ke sejarah banyak mengajar kita..bukan satu atau dua kes begini yang mengakibatkan kehilangan nyawa tak berdosa..bnayak kes!!kenapa benda sebegini rupa diambil ringan???Me tak paham.Sungguh!!!

Subhanallah.....


Jadi..para ibu bapa beringatlah..!Seeloknya dibawa sekali anak itu bersama, kalu sesak baik ibu dok rumah jaga anak.biar bapaknya yang beli atau sebaliknya.Bila dah berkahwin ibu dan bapa dah tak boleh berlagak nakberdating berdua-duaan seperti keadaan solo-molo dulu.Dating-dating tu hanya boleh dilakukan bila masa ynag tertentu sahaja.Keselamatan anak lagi penting dari kuih lima 2 hinggit tuh!

Jangan kerana, kuih 2 hinggit, ayam golek 17 hinggit, Permata hati anada tak ada bersama anda bagi menyambut syawal yang tak berapa lama lagi.Sudah semestinya ajal maut ditangan tuhan.Tapi jika berlaku disebabkan sikap lalai dan cuai kita sendiri, menagis air mata keluar darah sekalipun, anak anda takkan hidup kembali..

Renung-renungkan..

Thursday, August 4, 2011

After a few days adjusting to Ramadhan..

Hi peeps!

Oh my,after a few days i tak post anything to my virtual diary..i feel kinda bad...

Actually,My first day puasa alone with hwnag tejha kinda made me feel totally knock out.I tell u, I almost nak pengsan.since i tak bangun sahur and during break th fast azryl made tantrums.Its quite challenging for me to eat .hehehe.
Out of all the time, suddenly he wanted me to suap him nasi.Padahal itu budak sudah makan.He will say" Nak..nak...nak..."betul betul buat me tukar jadi raksasa hijau.Tapi tulah..kids tahu apa kan?Dia manalah tahu maknya puasa tak makan pape..

So terpaksa lah me turutkan apa yang dia nak..


Move on to the second day..me diserang sakit perut dan cherry berry..Oh my..betul betul melemahkan segala anggota badan..me was on mc yesterday since tak larat nak panjat tangga pun.Still me send azryl to baby sitter during the day time so that me can have rest sebelum amik dia petangnya.

Begitulah alkisah...makanan berbuka me beli dekat bazar sahaja..terpaksa extra teliti la kan ..nak-nak perut tengah fragile...menu sahur cukuplah milo with roti and 2 gelas air masak.

(Teladan yang Tuhan mahu ajar kita sewaktu bulan ramadhan ini ialah..ingat kepada orang yang berada di dalam kesusahan tak dapat makan dan minum seperti kita hari-hari.Me rasa nikmat makan nasi sewaktu berbuka itu lain sungguh,walaupun lauk yang kita beli itu lauk biasa conthnya ikan goreng.Insaf me sekejap.Oleh itu mailah kita sesama menghayati bulan yang mulia ini dengan perasaan kasih, kusyuk dan tawadduk...kepada Maha Pencipta kita... )

Selamat Berpuasa kengkawan !

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan menjengah kembali pada tahun ini dan syukur kita masih diberi nafas untuk menunaikan ibadah lagi di bulan yang mulia ini.

Harapan me, semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu kebaikan buat me sekeluarga.

Ampunkan salah dan silap me jika ada dianatra waktunya kata-kata me di dalam blog ini menyakitkan hati kalian semua.

muah.salam sayang dari me dan azryl. :)