Subscribe

Wednesday, August 19, 2009

Buku Pertama:Kisah hidup lin

Sudah tertulis di dalam qada' dan kadar setiap insan akan rezekinya,hidupnya dan matinya di arash yang Agung.Cuma kita sebagai manusia terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka.Begitu juga diri ini.

Diberi nama Norlinziana, anak pertama bagi keluarga Shahrulzaman dan Noor Aini.Dilahirkan pada 30 March 1984.Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Muda.Seterusnya menyambung di peringakat menengah di SEK.MEN.Pandan Indah.

Begitulah serba sedikit maklumat peribadiku sewaktu kanak-kanak hingga awal remaja.Akan ku ceritakan lagi kemudian di mana aku menyambung pelajaran sewaktu tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

Seperti yang kukatakan tadi perjalanan hidup setiap insan berbeza dan itu tidak terkecuali buat diriku.Oleh kerana sewaktu kecilku , ayahku seorang askar, maka kehidupan keluargaku sering berpindah randah dan ini menyebabkan mereka membuat keputusan menyerahkanku kepada atuk dan nenekku.Masa kecilku cukup indah,ditatang minyak yang penuh oleh atuk dan nenekku .

Segala-galanya berubah apabila atuk dan nenekku behajat untuk ke tanah suci Mekkah.Aku diserahkan kembali kepada kedua org tuaku.Ketika itu usiaku baru berumur 6 tahun.Perasaanku ketika itu bercampur baur, takut terasa terasing,maklumlah aku sudah terbiasa dengan atuk dan nenekku.Pada mulanya segalanya agak baik sehinggalah atukku dan nenekku pulang kemali dari tanah suci.mereka ingin mengambilku semula tapi dihalang oleh kedua org tuaku.Atuk dan nenekku memang kebeatan untuk menyerahkan ku kembali kerana au dijaga oleh mereka sedari bayi lagi.Namun mereka terpaksa akur dengan permintaan kedua org tuaku.Dari situlah cabaran hidupku bermula.........

Sewaktu aku mula melangkah ke alam persekolahan sikap baran ayahku terserlah....apa shaja pergaduhan dia dan ibuku,akulah yang menjadi mangsa tempat dia melepaskan geram......Keadaan ku menjadi bertambah parah apabila pemahaman ku terhadap pelajaran agak perlahan.Disebabkan panas baran ayahku ,dia tidak dapat bertahan apabila cuba mangajarku kira-kira kerana aku mengambil masa yang lama untuk memahaminya.Akibatnya aku ditumbuk,diterajang dengan sekuat hati.Mungkin ada sesetengah yang berkata kalu tidak bertindak sedemikina, masakan anak menjadi org bila ewasa kelak?Tapi bagi anak kecil yang baru diambil kembali dari asuhan atuk dan nenekku ia merupakan kejutan yang besar buatku.Berat badanku susut,setiap kali aku pulang dari sekolah aku berasa takut untuk pulang kerumah...



Bersambung........

1 comments:

Kapitiam kapitan said...

Thanks for the nice story.