Subscribe

Wednesday, September 28, 2011

Penyakit kaki tangan kuku dan mulut

Salam semua,

Maafkan achik kerana dah lama beno tak mengupdate cerita ceritun di diary maya yang buleh dibaca oleh sesiapa sahaja atas muka bumi ini.


Begini ceritanya, dek kerana dah lama tak menulis adalah disebabkan anakanda yang tersayang telah diserang penyakit kaki tangan kuku dan mulut ini.Mulanya awok ingat campak.Yelah berbiji bijan diserata badan kan?Tapi biji bijan nyer macam lain sikit dari campak yang jenis kecil itu.
Makanya awok pun kuarantin lah azryl selama seminggu dirumah.Penyakit ini buleh berjangkit.Entah siapa yang menjangkitkan tak pula awok pasti.
Takpe ..ini semua dugaan kan...maka terimalah awok segalanya dengan redho.
Alhamdullilah...putera kesayangan telah pun beransur pulih dengan bantuan ubat-ubatan..

Sebenarnya kalu dikesan awal, penyakit ini tak adalah sampai menyebabkan ulser dalam mulut.Tahap kebersihan sentiasa perlu di tahap Optimum.bayi yang mula mahu mengenali dunia ini panjang betul akalnya.Ada sahaja yang nak dicuba, di pegang, dimakan..
Makanya tangan dia sentiasa perlyu dibasuh dengan air sabun .

So bagi ibu bapa diluar sana, kita perlu extra prihatin dengan setiap perubahan yang terjadi kepada anak kita.Naik bintik merah tak bermakna dia cuma digigit nyamuk barangkali kurang platlet darah,Ataupun kena campak ataupun penyakit yang macam azryl kena.Tapi jangan pula terlebih concern..takut kita jadi paranoid plak.hehehe

Paling penting...jaga pemakanan dan kebersihan anak-anak kita dengan baik.


Awok mintak diri dulu ye?anti ada kesempatan lain awok menulis semula

Tuesday, September 20, 2011

I think I am ready for a second one.

Wah!sudah ku berkira-kira mahu menulis entry ini ke tak...

walaupun aku masih belum dikurniakan rezeki lagi..Tapi ya, aku sudah merindui zaman berperut besar dahulu...

Perasaan ini kebelakangan ni datang tanpa dipinta, tanpa diduga..azryl sudah mahu masuk 2 tahun insyaallah pada bulan dua tahun hadapan..Dia tak ada kawan dirumah..berseorangan dengan ku, walhal di tempat pengasuh atau ibu keduanya itu sungguh ramai anak-anak..yang membuatkan dia seronok bila berada disana..denganku fiilnya semacam sebab sunyi barangkali.hmm.....


Diharapnya Pada tahun hadapan ada berita gembira buatku...Menjadi ibu kepada cahaya mata amanah Allah ini adalah suatu pengalaman indah yang dikurniakan buatku.Kedatangan Azryl dalam hidupku banyak mengajar ku erti sebuah pengorbanan, erti sebuah ikatan kasih sayang,erti keinsafan..

dan aku bersedia untuk mengharungi detik detik indah sewaktu mengandungkan zuriat suamiku sekali lagi...Semoga doaku dimakbulkan...amin....

Monday, September 12, 2011

19 bulan sudah putera saya pada hari ini.

agak-agaknya kan macam mana rupa dia pada zaman kini.zaman lepas dia agak chubby.Zaman kini berat maintain 13 kilo tak naik tak turun semenjak 4-5 bulan lepas.
Yang Pastinya anak awok ini ghupanya macam awok sebijik.hehehehe.


Meh awok tayang sikit muka dia beberpa hari lepas.(Oh ya awok dah pun mempunyai kamera berhandphone setelah sangap 4 bulan lebih camera tak dak).





Chak!Sudah besar, sudah banyak fiilnya,sudah pandai bercakap pakai telefon walaupun mummynya tak faham sepatah haram pun apa yang cuba disampaikan.

Overall, he is one healthy baby.Wah !mummy dah mula merindui zaman kamu masih mulus dulu la sayang.Kamu perlahan-lahan meninggalkan mummy...sebab kamu semakin menginjak dewasa.Kalulah mummy bleh froze masa.Mummy nak kamu dengan mummy jer macam kangaroo.huhuhu.

so azryl daniel,Tak kiralah apa sekalipun yang mendatang, kasih mummy tak pernah kurang sekelumitpun buat kamu.doa mummy, semoga kamu sentiasa dibawah payung rahmat-Nya.

Thursday, September 8, 2011

Selepas 10 hari syawal

Hey peeps!

Selamat Hari Raya!!!Sana sinun kome-kome sibuk mengupload gambo raye bersama keluarga memasing.Awok tak do kamera.Makanya tumpang menumpang aje kameranya sebabtulah tak ada usaha nak mengupload gambo.Next week baru nak p bawak thumbdrive jumpe my mak angkat tersayang.kamera dia lah awok pinjam.

Hari raya 2011 buat awok dan azryl bese-bese sahaja.Kali ni super sial (eh special sikit)Sebab lepas berkurun lamanya awok tak beraya dengan sang suami, heh! kali ni baru tertunai sudah hajat awok.(oh awok ni maksudnya saya.saje tiru bahaso ucop wilca)hehehe.


Memang lah indah sungguh permandangan sawah padi yang terbentang.Sejuk dan aman sungguh mata memandang.Awok tak la terus berya di rumah suami.Sebab awok nyer madu ade sana.Sianla pulak kalu awok menyempit.Lagipun ni first time awok nak bertentang 4 mata dengan dia.Op coz la kalu dibanding umur dan rupa awok la lagi cun.(hehehehe, perasan sekejap disitu)Namun awok mai dengan hajat yang satu.Awok dah terima segalanya dengan bulat-bulat.selagi Awok bergelar isteri si suami ni,apapun awok kena terima.Kalu tak naya wat dosa kering.BUKANKAH SYURGA SEORANG ISTERI TERLETAK DI KAKI SUAMI?.Penerimaan Sang Madu terhadap awok frankly speaking tak dak la baik manapun.Yela awok muda bergaya.Dia plak dah tua.Ada sedikit irihati disitu.Takpolah kak.Awok tak kisah.Satu hari nanti awok harap akak buleh terima awok macam adik akak sendiri.Awok pun tak punya sesiapa.Awok ikhlas dalam menerima akak sebagai madu awok.Pedulikan lah manusia lain yang suka wat fitnah, menghancurkan rumah tangga kita kak oii.Bukan depa bagi makan kat kita, jauh sekali nak membantu.Depa cuma reti tepuk tangan diatas kemusnahan kita.Awok ni dahlama pekakkan telinga buat anasir-anasir luar seperti ini.Jadi awok harap akak pun sama.Tiada niat sekelumit pun awok nak bolot herta suami yang seciput tu.Apa yang awok nak cuma lah kebahagiaan rumahtangga yang tidak bertepi.

Raya kedua awok berangkat dengan azryl ke langkawi .Kelas u olls!Azryl perak tak pernah naik ferri , hamek !jenuh muka awok tebai mintak maaf kat passenger lain sebab anak awok wat bising dalam ferri.Cha u sungguh!(cha u-jakun).

Pengalaman di langkawi nilah awok nak share ngan u olls.Tapi gambo hujung minggu ni baru nak p amek.I tell u , baju kaftan murah kat sana.Mak angakat awok shopping mak aii..tak muat van yang disewa.memang meriah.Kesimpulannya, memang lain sungguh kalu beraya tak dak suami dengan ada suami disisi.Disebabkan sang suami ada, maka awok tak segan silu nak habaq awok tak puas lagi beraya tau.Awoknak balik lagi kat perlis nun kayangan tuh.

Till then na..Kalu ade open house jangan memalu ajak awok.Kompom kami berdua p serang. :)